Adakah ini satu Tabungan???

Friday, April 6, 2012

Nuttella Swiss Roll


Assalamualaikum & Selamat Malam....

Saja jer nak share keterujaan Akak memotong swiss roll yang sedap ini....silapnya kelam kabut sangat...lupa pulak nak lapkan pisau dulu lepas setiap kali memotong..itu yang buat sememeh hasil potongan kek ni.



Resepi asal dari blog CMG namanya Kek Gulung Seri Kaya....maaflah ya....Akak dah tukar sikit ...ikut kesesuaian barangan dapur yang ada.Resepi ni dah Akak olah kepada filling Nuttella instead of guna Seri Kaya macam yang CMG buat tu...maaflah ya Cik Mat...Akak tak ada stok serikaya...lagi pulak anak-anak lebih suka perisa cokelat. Sila ke blog Cik Mat untuk santapan mata....hasil karya beliau yang memikat kalbu....Terima Kasih ya Cik Mat atas perkongsian ilmu di alam maya ni!Mohon halal ya untuk Akak paparkan di sini demi memanjangkan lagi perkongsian tersebut atas tujuan rujukan di hari kemudian.

Resepi : Nuttella Swiss Roll

berdasarkan resepi Kek Gulung Seri kaya
sumber resepi Asal dari Blog Dapur Tanpa Sempadan milik Blogger tersohor Cik Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 70 gram tepung gandum*
  • 1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
  • 3 biji telur gred A
  • 60 gram gula halus
  • 60 ml minyak jagung (mat guna minyak canola)
  • 2 camca teh ovallate
  • 1 camca teh esen vanilla
  • Sedikit pewarna hijau muda (Akak guna coklat paste)
  • Seri kaya Nuttella secukupnya 

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, sediakan loyang swiss roll berukuran 9 inci x 9 inci, alas dengan kertas minyak, sapu sedikit mentega pada kertas minyak tadi. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan2 diatas kecuali, minyak, jem blueberry dan pewarna. Putar dengan kelajuan perlahan hingga semua sebati, kemudian tukar pada kelajuan tinggi dan putar hingga kembang dan pekat.
  3. Tuang minyak dan gaul rata gunakan spatula. Asingkan 3 camca besar adunan tadi dan selebihnya tuang dalam loyang dan ratakan. Campur warna hujau muda coklat paste tadi dalam adunan yang diasingkan, kacau rata dan masukkan dalam plastik bersih. Gunting bucu plastik dan paipkan secara melintang atas adunan dalam loyang tadi. Kemudian paipkan melintang tapi kali ini melawan arah dan mendapat corak kotak-kotak.
  4. Bakar 18 - 20 minit. Bila masak, keluarkan dan biar sejuk sedikit (dalam 2 minit macam tu). Terbalikkan atas plastik cling yang telah dibentang. Buang kertas lapik atas kek dan sapu dengan seri kaya Nuttella rata2 dan nipis. Gulung kemas dan biar sekejap. Boleh dipotong untuk dimakan...(Akak sejukkan dalam peti sejuk sekejap....baru umph!)





Biar sememeh...namun rasanya sangat memikat .......Tak rugi mencoba....apatah lagi kesedapan Nuttela Spread yang sedia dimaklumi......NiKMATnya....!!Oppps...lupa sekejap pada lemak tepu dibadan...tak pe esoklah kita gi jogging!




6 comments:

Anna Qawina said...

Aslmkm...sedapnya nampak dari kejauhan..dan rajinnya buat kek ni..

ummiaisyah said...

sedapnya...kalo dh ada nutella tu mmg best la kan!

Watierman said...

Assalam Dik Anna Qawina...dari kejauhan nampak sedap..nak nya yang dekat Dik ooi...kalau tak merajinkan diri...tak merasalah jawabnya!

Watierman said...

Assalam Dik Ummie...ya..hanya pengemar tegar Nuttella dan seangkatan dengannya LEBIH memahami...apa yang tersirat & tersurat...hihihi!

ogyep yummy mellow said...

Wahhhh... kelas tu... cantik marblenya... Rajin betul buat kek gulung...

Watierman said...

Assalam Dik Ogy....Buat untuk perap sekejap dalam ais box...senang untuk budak dua orang tu nak snack...in between meals...more nutritious rather than snacking on junk food with preservatives & msg.