Adakah ini satu Tabungan???

Showing posts with label paparan kehidupan. Show all posts
Showing posts with label paparan kehidupan. Show all posts

Monday, June 11, 2012

Doakan Moga Akak Cepat Sembuh....Salam Rindu Buat Semua!



Assalamualaikum buat semua......dah hampir sebulan Akak tidak sihat! Mula dengan batuk-batuk dan sakit tekak biasa jer......kesudahan nya Asthma menyerang kembali!...Dan sudah hampir sebulan juga suara Akak masih lagi serak.....hampir susah nak difahami orang ....sebab tenggelam timbul suara Akak bila bertutur. 


Terima kasih kepada Adik Mimi (Chik Mimi dari Aku dan Kehidupanku...dulu tapi sekarang dah bertukar ke nama baru....Akak tak perasan pulak bila masa bertukar ni....ke ~Di Sini Segalanya Bermula~)..yang sudi menalipon Akak tapi tak boleh nak cerita apa pun sebab suara Akak memang tak keluar...sangat susah nak di fahami....lagi pulak memang Akak banyak tidur aje sebab ubat tu nak kasi Akak rehat....kalau tak tidur batuk teruk...dan tak boleh bernafas....kena Asthma attack!....dah macam2 petua dan ubat yang Akak cuba....entahlah apa kesudahan penyakit Akak ni....doakanlah moga Akak sembuh dan pulih kembali.






Akak dah banyak kerja tertunggak kat rumah ni....sebab banyak rehat dari buat routine biasa....hingga makan minum pun lately ni banyak beli kat luar....bekal Hubby pun kerap juga office boy tolong belikan.....ada ketikanya anak-anak yang sediakan....dan hari ni....semua dah kembali ke sekolah dan college...tinggallah Akak sorang-sorang kat rumah....dan tugas harian yang banyak tertunggak tu....Akak buat pelan-pelan setakat yang mampu....

Moga Allah ampunkan segala dosa Akak dengan keredhaan Akak menerima dugaan kecil darinya ini......

Akak juga nak ambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang meninggalkan jejak dan komen serta mendoakan ke atas arwah anak sedara Akak dan keluarga....di atas pemergian anakanda Farizal tempoh hari.


Insyaallah jika Akak lebih kuat menghadapi hari-hari mendatang...Akak akan terus paparkan kisah hidup Akak nanti...buat masa ini....Akak belum betul-betul kuat....Insyaallah berkat doa dari semua yang mengenali Akak....Akak akan segera kembali aktif berblog seperti biasa...dengan izinnya....Amin! Insyaallah!

Terima kasih juga buat semua gambar ikhsan dari Encik Google....dan sesiapa yang telah berkongsi dilaman google!



Wednesday, May 16, 2012

Minggu Penuh Ujian & Cabaran~ Mummy Akak pulak Demam!

Assalamualaikum Semuanya.....mulanya Akak memang tak nak buat entry untuk blog buat beberapa hari ni...sebab keadaan Akak sendiri memang dah tak terurus....ada selsema sikit , batuk...dan sakit tekak!Badan ni dah macam sayur lecur....overcooked! Tapi semuanya Akak gagahkan juga kerana masih ada insan-insan yang Akak sayangi masih memerlukan kudrat ini. 

Sekitar jam 1:50 tengahari semalam....Akak baru jer nak keluar rumah nak ke sekolah, jemput Reena balik....Mak Tam Akak di kampung pulak talipon. Dia bagi tahu yang Mummy Akak pulak demam panas...dah pun ambil ubat tapi dia tak nak bangun...tak nak makan...tak nak buka mata pun.....!!!Alamak..kenapalah pulak!..Biasalah bila jadi warga emas ni Akak rasa...naluri dan perasaan mereka lagi rapuh...jadi kitaran hidup ni kadang-kalanya buat mereka mahu kan perhatian yang lebih...mahu dibelai dan dimanjakan...seperti mana mereka memanjakan kita sewaktu kita baby dulu kan!

Akak ni jenis yang suka berseloroh...bergurau...tak kira lah..walaupun dalam keadaan bermasalah...bila Akak balik..Akak bawakan lah apa yang ada dalam peti hikmat Akak tu..sebab Akak tak plan nak balik pun kan!...adalah dua tiga biji epal merah, limau sunkist dan epal hijau.....dan yang paling dia suka jeruk buah2an Penang seperti pala, mempelam, kedondong, salak, betik dan sebagainya. Akak umpankan lah agar dia jamah bubur nasi dulu...lepas tu makan ubat....lepas tu kasi minum air zam-zam & makan kurma nabi yang Mak mertua Akak kirimkan. Makan bubur tu pun adalah dalam tiga empat sudu jer pun....itu pun kena suap....selebihnya..anak bujang Akak bedal licin! Lewat petang dia dah mula bercakap....badan pun dah kurang panas...sebab kita orang jelum dengan air asam. Muka dia yang pada mulanya macam bengkak pun dah surut sikit....tapi Akak pesan pada Mak Tam Akak supaya kasi ubat sekitar jam 8:30 malam lagi sekali.

Akak ajak dia balik ikut Akak ke Penang...dia tak nak...nak tahu tak kenapa??? Dia kata...dua hari lagi dia nak pergi rombongan ke Terengganu.....hehehe...dalam sakit2 tu ingat lagi tu nak turut serta rombongan pergi jalan-jalan Pantai Timur.....okaylah Mummy Ku Sayang.....buatlah apa pun..janji Mummy kena sihat dulu! dalam 6:30 petang Akak drive balik dengan Nizam , Reena tak ikut sama sebab sibuk study for exam. 

Pagi ni Akak dah call tadi...dia dah bangun makan...dah semakin sihat..Syukur Alhamdulillah!Lega sikit....!
Okaylah ya...ini jer lah paparan untuk hari ni....sebab semua kerja kat rumah ni masih bertangguh lagi....jadi hari ni Akak kena betul2 fokus untuk cuba selesaikan semua timbunan kain baju yang semak samun kat rumah ni....



For breakfast.....itu jer lah!



For Lunch pulak dadar & ayam masak merah sos tiram.....

For now I have to go.....sempena hari Guru hari ni Akak nak panjatkan doa buat semua guru di seluruh dunia agar sentiasa diberkati Allah kerana telah menjadi tenaga pengajar dengan menyumbangkan segala ilmu, mendidik dan mengasuh ramai umat di dunia ini agar terus maju dalam apa jua bidang yang diceburi...AMIN! Semoga para guru yang pernah mengajar Akak dan suami serta anak-anak Akak dapat menghalalkan perkongsian ilmu dan tiada yang mampu Akak hadiahkan hanyalah DOA yang tulus Ikhlas dari hati kecil Akak yang paling dalam....Amin!

SELAMAT HARI GURU!


Tuesday, May 15, 2012

Kereta Rosak di Simpang Pulai, Perak - Peristiwa 13 Mei,2012 & Sempena Hari Ibu !

Assalamualaikum.... Salam rindu buat semua.....terima kasih buat semua yang telah mendoakan perjalan pergi dan balik Akak ke KL untuk menjemput kedua mak & ayah mertua Akak yang baru pulang dari mengerjakan Umrah pada minggu lalu. Syukur Alhamdulillah....keduanya sihat walaupun sedikit batuk, demam dan sakit kaki  akibat Ghaout (Bapa mertua Akak lah tu!)!




Perjalanan ke Kuala Lumpur berjalan dengan lancar.dan selamat...sempat lagi bawa mak & ayah pergi Senawang dan Semenyeh menziarahi rakan taulan mereka pada sebelah petangnya. Dan pada keesokan paginya sekitar jam 9 pagi Akak bertolak balik ke Utara.

Perjalanan kami mengalami masalah ketika singgah sebentar di hentian sebelah Simpang Pulai sekitar jam 12 tengahari.....dimana water stopper pada radiator telah bocor dan mengakibatkan tangki air kosong dan kereta berasap.....Kami dapatkan bantuan Plus Ronda yang kebetulan meronda di kawasan tersebut....malangnya.....masalah tersebut terpaksa di rujuk kepada pakar....kena tow masuk bengkel...dan pada hari Ahad....susahlah nak dapatkan bengkel baiki kereta....Nasib baiklah Hubby ada seorang sahabat yang dah lama kami tak jumpa tinggal di Ipoh....so Akak & Hubby telah MENYUSAHKAN beliau sekeluarga dari tengahari tu sampai ke malam......dalam meguruskan hal kereta kami yang rosak tu!


Ketika ini kami berdua dalam kereta dan sedang di tarik oleh Plus Ronda ke Plaza Toll Simpang Pulai. Terima kasih buat dua orang petugas PLUS Ronda yang sangat baik dalam memberikan bantuan ketika kami dalam kesulitan......


Dalam Proses menaikkan kereta ke atas tow truck at Plaza Toll Simpang Pulai.


Dan di ketika ini kereta kami masih di Perak....sedang dibaiki.

Apa cerita mak dan ayah pula.....??? Dalam keadaan sedang dilanda kesulitan kita pasti terlepas pandang beberapa perkara....kerana suasana kelam kabut dan panik....kami telah cuba menghubungi beberapa orang yang tinggal di Perak.....malangnya....tiada jawapan atau return call dari mereka....dalam Hubby dan Plus Ronda menguruskan hal kereta kami tu....Akak pulak terpaksa menguruskan cara menghantar Mak & Ayah yang kurang sihat untuk selamat sampai ke Alor Setar. Jadi Akak telah menalipon Along...anak sulong Akak yang baru habis kuliah sekitar jam 1 tengahari supaya drive dari Merbok ke Simpang Pulai untuk menjemput datuk & neneknya dan bawa balik mereka ke Alor Setar. Perbualan talipon Akak dengan Along telah menarik perhatian seorang Hamba Allah yang sedang berehat di wakaf yang ada di perhentian tersebut. Hamba Allah yang sangat baik hati dengan ikhlas telah mempelawa kedua Ayah & Mak Akak untuk menumpang beliau hingga ke hentian Sebelah Juru.....Atas perbicangan dengan Hubby dan atas persetujuan kedua ayah & mak.....mereka sanggup menompang kereta Adik tersebut. Walaupun dalam nada bergurau Akak ada menyuarakan....." Saya tak kenal Encik.....Apa saya nak buat kalau Encik kidnap both my parents?"....Hanya berbekalkan nombor talipon beliau yang Akak minta darinya.....Akak telah dengan mudah membiarkan kedua orang tua Akak pergi dengan perfect stranger! Betapa Akak & Hubby sangat careless jika diingatkan balik.....Nasib baiklah beliau seorang yang memang berhati mulia......Tak sanggup Akak nak fikirkan...all the "What If..........?????". 

Ayah & mak Akak telah di jemput oleh anak Akak di Plaza Toll Sg Dua....sebab saudara tersebut menyarankan supaya anak Akak cuma perlu menjemput dari situ lebih mudah lagi dan kebetulan beliau ada urusan di Sungai Dua.Sykurlah Allah telah memudahkan urusan kami untuk menghantar mak & ayah balik dengan selamat ke Alor Setar.

Apa hal Akak & Hubby pulak???

Kami telah menghantar kereta ke bengkel yang disarankan oleh sahabat lama Hubby. Since hari Ahad...bengkel tak beroperasi so..kami cuma jumpa dengan taukeh kedai tu sekejap untuk tinggalkan kunci aje.Proses membaiki akan bermula keesokan harinya...namun taukeh tu sempat mengenal pasti punca kerosakan we think ....the car is in good hands! 

Kami berdua telah menyusahkan sahabat lama Hubby tu....dari petang kejadian hingga lewat malam kerana terpaksa tunggu Along berpatah balik dari Alor Setar selepas menghantar kedua mak & ayah dan datang menjemput kami berdua di Batu Gajah, Perak. Pada mulanya kami ingat nak balik naik bas aje berdua...tetapi memikirkan masih ada barang-barang mak & ayah dalam kereta...terutamanya tong air zam-zam...mak aiii naik bas.....cancelled! Along tiba agak lewat...selepas dijamu makan malam....kami bertolak balik ke Penang sekitar jam 11.15 malam dan tiba di Penang menjelang jam 1 pagi. Letih kepala otak dan badan hanya Allah yang tahu....Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan keluarga sahabat lama Hubby tersebut....dari maknya & isterinya yang terpaksa melayan celoteh Akak sepanjang kami di sana.

Keesokkan harinya ...Akak bangun macam biasa....walaupun...badan ni rasamacam nak demam namun sebab Reena sekolah dan dalam minggu exam...terpaksalah Akak gagahkan juga....bersilat ala-ala Tai Chi....aje....goreng ikan & goreng telor aje pun....masakkan bekal yang sempoi betoi untuk Hubby...yang dah tentu sedikit terjejas selera makannya..ketika bermasalah!


Lepas selesai Hubby bertolak ke pejabat, Along ke Merbok....Akak & anak kedua...Alang pula memanjangkan langkah kami bertolak balik ke Alor Setar menghantar saki baki barang mak & ayah yang ditinggalkan dalam boot kereta semalam. Akak sampai Alor Setar sekitar jam 10 lebih dan bertolak balik ke Penang sekitar jam 12:15 tengahari sebab nak jemput Reena balik sekolah jam 2 petang.....tu pasal semalam Akak tak sempat langsung nak buka blog......keletihan...hingga ke hari ini...dan bekal hubby hari ni pun lebih kurang macam semalam jugak......memang....kami masih letih dan life has to go on....walaupun mood tak stabil....


Inilah kejadian yang paling tak boleh Akak lupakan sempena hari Ibu tahun ini....mujur Allah telah memudahkan segala urusan buat keluarga Akak.....dan yang paling penting dari segala-galanya....kedua orang tua kami selamat....Syukur padamu Ya Allah!

Akak tak tahu lagi sama ada akan sempat menjenguk blog ni macam biasa dalam sehari dua ni....sebab badan sangat lemah....dah nak semput.....banyak nak settle kain baju dan mengemas....so....kalau segala komen tak berjawab tu....maafkan lah ya.....akan blogwalk bila tenaga Akak pulih kembali dan mood Akak kembali stabil ya....Salam Rindu Buat Semua......!

Sementara tu ada sedikit promosi buku nak Akak buat tapi buat ketika ini....layankan dulu promosi ringkas ni......ya! Pada sesiapa yang ingin memiliki naskah buku ini sila hubungi no talipon yang disertakan ya....(Akak rasa para wanita di luar sana patut memiliki senaskah buku ini.....banyak isu-isu menyentuh masalah wanita yang dipersoal jawapkan...!)


Kenapa kita perlu memiliki senaskah dari buku ini?????



Saiz buku sebenar.....cuba bandingkan dengan sebuah novel melayu!


Harga jualan di kedai-kedai atau toko buku.....adalah seperti di atas tetapi anda boleh mendapat POTONGAN Harga HEBAT jika anda mendapatkan naskah anda melalui Encik Munirzali Bin Abdullah selaku pengurus jualan Cahaya Raudah Publication di Ipoh, Perak. 
Sila Hubungi beliau melalui Hp: 013-4577103.


Harga Promosi yang sangat hebat RM 240 sahaja
 (tidak termasuk harga pos)

Dapat kan naskah anda sekarang selagi stok masih ada!!!

Psst:   Better Late Than Never.....Selamat Hari Ibu buat Semua......maaf ...hampir terlupa!

Tuesday, November 2, 2010

Sarapan berat......Kue Teow Udang!

*.*

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Wah terasa macam dah tukar musim pulak......ala-ala Fall ....nak masuk Winter gitu.....tapi snow tak ada lah...cuma drizzle yang berpanjangan........wah liputan cuaca kat Penang ni tau....bukan kat luar negara tapi oversea.....jugaklah....!Sejuk......tarik selimut pun okay jugak ni......tapi alamat kerja rumah semua tak siaplah! Apa pun kain baju yang jadi masalahnya......basuh....tapi lambat sikit nak kering....

Sejuk2 cam gini asyik lapor jer! Tu yang tak habis2 kerja di dapur tu......mulut asyik nak mengunyah! Hari ni Reena ada lawatan ke Alor Setar....dan Lembah Bujang! Just a one day trip.....excited....sangat anak dara tu....padahal baru minggu lepas balik Alor Setar rumah Tok & Tok Wan dia!.....Sejak semalam dia dah call inform Tok dia yang dia akan ke Alor Setar....semoga perjalanan mereka dipermudahkan dan selamat pergi dan balik hendaknya!

Pagi ni Akak sediakan juadah berat....Kue Teow sebab nak bagi kejap perut si Kecil tu nak travel jauh-jauh ni...bila ditanya nak bawa bekalan apa-apa tak......dia tak nak...sebab excited nak spend dengan kawan-kawan....



Dah makan pagi......siap bertolak ke sekolah sebab kena sampai sekolah sebelum pukul 7 pagi....Agaknya dari semalam dah tak berapa nyenyak tidor tu....dok teringat nak pergi trip hari ni....Antara tempat yang bakal dilawati....Muzium Arkeologi Lembah Bujang.....Muzium Padi dan Muzium Negeri Kedah.....juga Planetarium  di Wilayah Utara....





Nanti 11hb November Akak akan ke KL untuk hantar Reena dengan best friend dia Latifah untuk menyertai program Jom Kembara! ....anjuran Bank Rakyat yang mana program ni julung-julung kali di adakan yang merupakan ekspedisi pengembaraan bersama rakan strategik Kelab Nuri, Petrosains dan Planetarium Negara yang mengajak peserta menjelajah angkasa dan menerokai dunia sains.Program 3 hari 2 malam ni akan bermula dari 12 hingga 14 hb November dan bertempat di Petrosains KLCC dan Planetarium Negara! Both of them are really looking forward to go ......and Mama pun is counting days to go to IKEA again...hahaha! lain pulak......program Jelajah Sains Mama!!!






Well.....juadah apa yer untuk Hubby pagi ni.....bawa bekal ke Office....layankan ajelah...dengan left over daging semalam ya......!






Okaylah.....Akak nak gi buat kek untuk tempahan jap ya.....nanti siap Akak jenguk lagi ya!!!Daaaaa!

Thursday, October 21, 2010

Kuih Lapis Ubi Kayu.....lemak manis gitu!!!

*.*

Assalamulaikum.....dan salam sejahtera semua...

Kembali bersiaran .....dah macam "CHIPSMORE"......sekejap ada sekejap tak ada!...Banyak yang bersarang dalam kepala Akak kebelakangan ni.....mana yang nak SPM.....mana yang nak ke Mekah....baru dapat tahu tarikh penerbangan.....mana yang nak berkursus serentak masa tarikh penerbangan tu.....mana nak uruskan anak-anak ke sekolah,....tempahan kek lagi....."Moga ALLAH permudahkan segala urusan buat Akak sekeluarga!"

Jadi maaflah ya jika kunjungan balas dari Akak buat ketika ini kurang memuaskan....layanan pun tak seberapa...."too much on my mind"!....Yang paling pening....Hubby nak gi kursus di Alor Setar dari Selasa hingga Khamis 26-28 Oct....dan penerbangan Mummy & Mak Tam Akak pulak pada 28 Oct dari KLIA jadi tak dapatlah nak menghantar dia orang ke KL...infact at the moment masih serabut dengan masalah tak ada yang offer nak hantar dia orang ke sana. Kemungkinan nak kena sewa van suruh hantar terus ke Kelana Jaya. Kesian.....Mak Tam tak ada anak(akak nilah juga anak dia)....Mummy Akak pun cuma ada Akak...dan adik (juga ada urusan yang tak dapat dielakkan) yang juga anak angkat (anak sedara)......adalah anak2 sedara....tapi kurang berkemampuan....dan tinggal  jauh pulak tu!....Hubby punya kursus pulak tu ....tak boleh nak postpone .....kesian  Mummy & Mak Tam akak....!Macam-macam masalah....!Mujurlah... Mummy dah pernah pergi Mekah sebelum ni...this time ...nak temankan Mak Tam....moga selamat dan berjalan lancar segala urusan ni nanti....!

Week end ni Akak akan balik lagi...ke rumah Mummy..dah 2 minggu berturut-turut kami berulang alik ke sana....minggu ni keluarga mertua Akak pulak nak datang menziarah ke rumah Mummy....jadi akan sedikit sibuklah.....

Wah panjang lebar pulak curahan perasaan Akak pagi ni.....dah ---dah...jom kita layan resepi Kuih Lapis Ubi Kayu .....yang sangat mengujakan Akak ni.....sedap hingga menjilat jari you!!!!(Kata Akak lah.... yang memang minat dengan ubi kayu...hehehe!)









Jom kongsi resepi mudah ni.....betoi Akak suka buat yang senang2 jer tau!









Resepi Kuih Lapis Ubi Kayu

Bahan2 yang digunakan:
  • Ubi Kayu di sagat (Akak sukat 4 cawan) 
  • 1 cawan gula pasir (kurangkan jika tak suka manis)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 peket santan serbuk (kalau nak guna santan agak2 macam buat bengkang lah ya!)
  • 1 sudu besar minyak
  • beberapa titik pewarna atau paste perisa(1 sudu kecil) yang anda sukai (akak guna pandan, keladi, pewarna kuning & gula merah( 1atau 2 sudu besar))

Cara-caranya:

  • Sagatkan ubi dan campur dengan 1 1/2 cawan air (lebih pun tak apa)
  • Kemudian tapiskan, biarkan ubi tu dalam penapis selama lebih kurang 15 minit atau lebih
  • Panaskan kukusan dan biar mendidih
  • air tapisan dibuang.....tuang perlahan-lahan untuk sagu yang tinggal mendap dilapisan bawah
  • campurkan sagu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk
  • masukkan santan serbuk, gula, garam, dan minyak
  • Campur sebati dan sukat 1 cawan adunan ubi & tambah 1 atau 2 sudu gula merah mewarnai lapisan bawah, kacau sebati
  • Tuang dan ratakan 1 cawan adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci diameter
  • Kukus selama 10 minit
  • Ulang melapis dengan 1 cawan adunan lagi di campur dengan pewarna kuning pula, kukus lagi selama 10 minit
  • Di ikuti dengan lapisan seterusnya dicampur dengan paste keladi pula, kukus lagi
  • Lapisan seterusnya pula dengan paste pandan
  • dan akhir sekali dengan gula merah lagi.....(anda boleh olah warna dan perisa ikut kesukaan masing2 ya!) Kukusan terakhir selama 20 minit
  • Bila dah sejuk....baru cantik dipotong....
  • Selamat mencuba!









Okaylah.......itu aje paparan pagi ni.....by the way......plastik bekal Hubby habis stok...jadi bekal masuk tupperware jer lah!!!






Moga ALLAH Permudahkan segala urusan buat kita semua....Amin!






*.*

Tuesday, June 22, 2010

Penghuni Perkuburan.......Kita patut Bersyukur!!!!

*.*

Assalamualaikum.....

Bersyukurlah dengan kehidupan kita semua.....walau sekecil mana kediaman yang kita ada....ia tetap milik kita....yang pastinya penempatan nya di skala normal bukan?Maksud Akak....kita pasti tinggal di sekitar kawasan perumahan....atau kampung yang memangnya di diami penduduk dengan infrastruktur yang terancang....

Eh...kenapa Akak buat ucapan ala-ala Datuk Bandar pulak ni???Mesti ada ura-ura nak masuk bertanding....jadi Adun atau Wakil Rakyat kot!.....Minta jauhlah....Ya Allah.....dari bidang Politik yang sememangnya tak pernah sangkut sikit pun di penjuru hati kecil Akak.....

Namun paparan yang Akak nak kongsikan bersama Adik-adik dan rakan-rakan semua...mungkin dah ramai yang dah baca atau terima melalui e-mail sebelumnya....namun....buat yang belum membacanya....jomlah kita sama-sama berkongsi bahan bacaan ini...di samping kita renung-renungkan....betapa kita patut mensyukuri kehidupan kita....seadanya.....

Sekitar 10.000 keluarga filipina tinggal di perkuburan di manila.
Beberapa makam mewarisi dari keturunan nenek moyang serta sedara mereka dan sekarang tinggal di sana . Sebagian dari provinsi lain dan tidak mampu untuk mendapatkan wang yg cukup untuk tinggal di kota besar, terutama untuk keluarga yang tidak tahu harus tinggal dimana...
Ini adalah gerbang depan alias pintu masuk menuju komplek pemakaman, wah serasa masuk gerbang Ancol atau Dufan ya bow...!




Aku bingung, ini mendoa'kan buat 2 arwah kuburan di depan atau asyik karaoke siap dgn tv.



Ini contoh permainan Bola Volley yg tidak patut dicontoh, masalahnya silap2 jatuh kebawah pun boleh jadi.. bahaya!!!


aduuuh, kalau begini gayanya, No Komen... Adek- adek tolong letakkan ditempatnya balik ya, itu bukan buat mainan sayang.....jangan dibuat perkara yang bukan2 yaaa!!! Jenuh...!!!! Pulangkan ke tempat asalnya... Entah2 dah lupa dimana tempatnya!!!
Mulalah tak senang duduk nih....!!!!!




Mak aihhhh..... ada barang baru nih, bukan main lagi petinya, kurang2 saja di dalam peti ini ada HP Nokia terbaru, jam tangan Rolex dgn duit yang tebal2.... ayuh semua berkumpul...



Bukan main lagi istirehat


Eh... jangan cuba-cuba main tipu sama aku ya, kalo tipu aku masukkan dlm peti di tempat aku nih, baru padan muka ko!!!!


Yang ini mcm pemandangan di kampus Amerika pulak, masing2 warganya punya loker sendiri.
CLASS GITU...





TRAGIS benar nasib MARIO CACAYUMAN, sudah meninggal bukan nya diwangikan Kamboja atau bunga setaman tapi sebaliknya diberi bauan sampah.
Oh dunia........betapa.... malang nasibku....


Awas woooi...Yuhuuuuu...
Nih... Aku kenalkan diri aku calon artis top Filipina, Maribeth mah Lewat,
"Aku dah tak peduli kanan kiri, apa pun yang penting joget teruuuuuusss. Goyang......!
Tariiiiikkkkkkkkk Maaaaaaaaaang....!!!!

Amacam.....ada rasa keinsafan....ada rasa betapa beruntungnya kehidupan kita???.....Mungkin ada di antara paparan ini sedikit mencuit hati....melucukan...namun....ianya patut menjadi bahan renungan buat kita semua....Ada yang kita boleh pelajari....tentang kehidupan....."Life Goes On...No Matter How Hard It Is....and Make full Use of it.....because Life is too short to waste.....!"




*.*