Adakah ini satu Tabungan???

Saturday, April 7, 2012

Kuih Cakoi @ Pak Tongko

Assalamualaikum

Wah hari Sabtu ni memang sibuk sikit...nak-nak pulak si Reena ada ujian untuk Pandu Puteri kat sekolah pagi tadi....so lepas tu terus kita orang ke pasar....

Jap ni nak berehat sekejap sebelum sambung bersilat kat dapur....tapi dengar suara-suara halus cakap macam tak payah prepare lunch tengahari ni....sebab nak berhoye-hoyey ke Mall. Lega juga rasanya kalau tak payah masuk dapur sekali sekala ni....dapat buat exercise kaki jalan-jalan....jamu mata....bukan tak biasa..."Window Shopping"!

Apa-apa pun....jom kita layankan selera pagi ni....


Cakoi atau nama cina nya...yau char kue (chinese crullers) merupakan makanan yang tidak asing bagi masyarakat cina di negara ini. Makanan ini semakin popular di kalangan masyarakat Melayu di negara ini. Bagi Akak yang di utara ni kami lebih mengenali kuih ni dengan nama Pak Tongko.....ermmm...sehingga ada juga terdengar lawak-lawak lucu dan senggal yang menggelarkan nama orang dengan nama Jamal Pak Tongko...kenapalah si jamal pulak yang dapat jolokan nama bersempena nama kuih ni????

Walau bagaimanapun kuih yang mempunyai texture unik ini...menambat selera ramai orang dengan keenakan dan kelembutan nya sehingga ada yang memakannya begitu saja.

Bagi keluarga Akak pula...lebih enak di cicah dengan cili sos..atau kadang-kadang tu Akak adjust lah sikit sos tu dengan menumis bawang putih dan diblend cili api dan cili hidup dam masakkan sekejap dengan campuran sos cili yang sedia ada tu...adjustlah perisa garam dan gulanya...paru perrrrh!!



Cantikkan rongga kat dalam kuih tu!

Resepi kali ni Akak dapat dari blog sifu masakan tersohor di cyberland ni juga...Mamafami yang sangat berbakat dalam bidang masakan. Selalu bila buat kuih ni Akak refer resepi ni sebab ia tak perlu menggunakan allum (tawas) atau pun amonia (air abu)...yang tak pernah ada dalam simpanan Akak. Kebanyakan resepi masakan kuih cakoi ni menggunakan kedua-dua bahan ni. Namun setelah mencuba resepi ni...Akak puas hati dengan kejadian kuih ni. So it's a recipe that I have to Keep & Use for many years to come. Terima kasih tak terhingga buat Mamafami dan juga Dik Izahdaud yang mana sumber salinan kali ni Akak senduk aje dari blog Adik Izah...masa dok mengodek cari resepi nak paste ke sini.Mohon halal ya kepada penyumbang resepi.



CAKOI
resepi: MamaFami
sumber: kak Azura Rahman
sumber salinan resepi : Izah Muffin Lover

Bahan-bahan :
  • 400 g tepung ~ diayak
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar majerin ~ dicairkan
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1 kuning telur
  • 2 sudu kecil yis segera
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • minyak untuk menggoreng
Kaedah :
1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.

Jadi untuk lihat hasil kuih yang lebih menarik eloklah menjengok sendiri ke blog sifu Mamafami atau Dik Izah Muffin Lover tu ye!





8 comments:

ijayuji said...

Salam kak watie! kita dtg nak tumpang makan pak tongkoooo :D lamaaaaaaaaaa sgt tak makan tp masa balik mesia kenyang jugak lah makan, beli jerr nak buat tak berapa nak pandai, nanti nak cuba resepi dr akak, mcm termengidam lah pulak hihihi... selamat hujung minggu kak!

Cendana Kasih said...

salam kak Watie...kuih faberet saya ni, tiap2 minggu mesti beli kat pasar malam... tingin gak nk cuba

ogyep yummy mellow said...

Bahagianya kan... tak yah masuk dapur ari ni.. ogyep pundah dapat green light tak yah masak ari ni... Merdeka.. Nak berhoyey-hoyey ke mana tu??? Cakoi tu ada lagi tak?

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Watie, hehehehehe... kak, first time sy tau nama timang-timangan cakue ni Pak Tongko, hehehehe.. akak buat sy sengih sampai ke telinga ni.. tapi sy suka sangat cakue ni. Masih ingat dulu2 seringgit dpt 5, besar & panjang lak tu.. skrg 4 singgit, tapi kecik & kontot, oleh itu sy dah jarang membelinya.. hehehe. Lain kali boleh cuba resepi Kak Watie ni, tenkiuuuuuuu, Kak Watie

Watierman said...

Assalam Dik Ika....Akak pulak jarang beli..Hubby suka cakoi ni...trylah...resepi Mamafami ni memang classlah!

Watierman said...

Assalam Dik CK...ermmm kalau tiap2 minggu beli tu memang peminat tegar...harus dicuba buat sendiri...boleh makan puas-puas!!

Watierman said...

Assalam Dik Ogy....hooray....tak ke mana sgt pun ke mall pun tak sempat..just ke rumah bujang anak sulong..tolong dia fix dead bolt kat pintu bilik...prevention dari di masuk pencuri lagi....then kita lepak borak-borak makan-makan anak beranak kat restaurant tepi pantai dekat Tanjung Dawai, Merbok...lepas Isyak baru balik Penang...precious moments with my kids & Hubby!

Watierman said...

Assalam Dik Yusa...kalau dah suka kuih tu tak kiralah dulu ke skg..harus di coba supaya puas kamu memakannya....bukan setakat 4 ketoi....lebih lagi...biar sendawa kekenyangan...hehehe!