Adakah ini satu Tabungan???

Thursday, April 5, 2012

Karipap Sardin

Assalamualaikum.....terlebih dahulu jangan..jemu ya..asyik-asyik tayang karipap....sebulan berapa kali Akak  dok canai karipap ni ha????

Pejam celik...pejam celik dah hari Khamis ya hari ni....sekejap aje masa berlalu pergi, apatah lagi jika kesibukan hingga tak terasa ia berlalu pergi. Kalau tak kita manafaatkan setiap detik tu..mahunya terasa...kosong....tak tahu nak diisi dengan aktiviti yang bagaimana..akhirnya ia pergi....begitu saja..alangkah ruginya saat-saat yang berlalu itu....kerana ia pasti tidak akan kembali lagi!

Wah panjang berjela pulak mukadimah Akak pagi ni.....

Semalam masa berbual dengan anak-anak Akak....Alang ada tanya...kalau-kalau Akak nak buat karipap sardin.....maklumlah orang kat college ni makannya kena beli...kalau beli sebiji dua bukannya nak puas makan....lagi pulak air tangan mama mana nak sama dengan orang lain kan....Jadinya menu pagi ni....apa lagi....dah ada permintaan kan...Karipap Sardin lah......


Kalau ada yang sudi nak mencuba karipap versi ni....silalah....inti tu nak letak rempah kari ke tak nak ke terpulanglah....kalau buat macam inti sandwich biasa pun boleh juga....ikutlah mana yang sempatkan....

RESEPI KARIPAP SARDIN
Inti Sardin
Bahan-bahannya:
  • 1 tin sardin ditoskan sosnya.(Akak biasa guna King Cup)
  • 1 labu bawang besar.-diracik halus
  • 2 ulas bawang putih.-diracik halus 
  • 1 inci halia-diracik halus
  • 2 atau 3 biji limau kasturi @ 2 sudu besar jus asam jawa
  • 4@5 biji cili api ikut citarasa masing-masing diracik halus
  • 1 sudu besar serbuk kari ikan dijadikan pes
  • Garam secukup rasa.
Cara-caranya:
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih,halia dan bawang besar
  2. Masukkan rempah kari dan tumis hingga naik baunya
  3. Masukkan cili api (atau boleh juga gantikan dengan cili kisar)
  4. Masukkan sardin dan kacau hingga hancur
  5. Masukkan garam, jus asam jawa ataupun jus limau kasturi secukup rasa 
  6. Masak hingga inti sardin kering.
  7. Angkat dan sejukkan.
Dan perihal kulit karipap ni...memang Akak suka sangat....cara ni tak pernahlah menghampakan Akak lagi....sangat ranggup dan mudah....

Kulit Karipap (> kurang 15 biji)
Bahan-bahannya:
  • 2 cawan tepung
  • 1sudu besar marjerin/butter dipanaskan  
  • 1/4 cawan minyak masak dipanaskan dengan margarine/butter
  • air sejuk dari peti ais secukupnya
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak masak dengan marjerin
  2. Tuangkan kedalam mangkuk tepung gandum yang telah di campur & digaul garam terlebih dahulu 
  3. Tuangkan air sedikit demi sedikit kedalam tepung gandum tadi
  4. Uli hingga doh tidak melekat ditangan.Rehatkan sekejap lebih kurang 5 minit.
  5. Bulat bulatkan doh(saiz kecil sikit dari bola ping pong) dan gelekkan hingga nipis.
  6. Isikan inti dan diklim 
  7. Goreng hingga masak keperang-perangan








Dan ini pulak bekalan untuk Puteri Bongsu.....untuk dibawa ke sekolah hari ni....



Cubalah.....Mana tahu kalau-kalau kena dengan selera anda!

Okaylah ya....Akak nak bereskan kerja yang masih terbengkalai lagi tu.....moga ada kesempatan untuk kita bersua lagi di alam maya ni ya!!!

6 comments:

ijayuji said...

Salam kak watie!!! takpe kak tyg hari2 pun tak kesah kita pun tak pernah jemu nak makan karipap hari2 cuma malas nak buat sbb bab2 kelim kita tak berapa nak laju lagi hihihi...lama sgt tak buat inti sardin, sedap nii sesekali layan inti sardin :-) btw, terima kasih byk2 ya kak resepi kerabu ikan tongkol tu mmg peberet kita dah byk kali buat hihihi..sedap sgt2!

izahdaut said...

CANTIKNYA KELIM KARIPAP AKAK TU.. NI PUN FEBERET SAYA. BANYAK2 KARIPAP, INTI SARDIN LA PALING HEAVEN SKALI. HEHE

Sheila Shafeareen said...

Salam kak Watie ehheh lawa ropol karipap akk..kita mmg peminat tega karipap...masa megandung ank yg baru ni hari2 saya megidam karipap....hemmm karipap sardin mmg laku kat rumah ni..nak rasa 6 ketul boleh.......:-)

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Am joining you for some sardine curry puffs dear! So mouthwatering pagi2 ni..:)

HALAMANKU said...

Salam Kak Wati.. penggemar karipap dah mari he he he sedap tu.. nyum3 he he he memang rajin akak selalu wat karipap sedapni.. sumpah erma tak jemu he he he tapau 3 biji..

misshannajr said...

wah ini boleh menjejeskan air liur ni hehe..lama tak mkan karipap..nak buat tak pandai..tp nak try la juga esok.harap2 mnjadi..cantik akak kelim kan :)