Assalamualaikum
KUIH KASWI
sumber: Yatie ~Sinar kehidupanku
sumber: Izah Muffin Lover
Bahan-bahan
Selamat Mencuba dan menjamu selera!
Dah hujung minggu...dan hari Ahad memang tak berapa best...sebab terasa yang esok dah nak mula balik routine harian...yang bekerja pulak dah kena masuk kerja...tak kiralah opis ke kilang ke....kat mana sekalipun...yang suri di dapur pun...macam tulah jugak...tambahan kerja di rumah tiada batas kesudahannya....
Kalau ikutkan check list ada banyak lagi yang belum beres....baju dah basuh ?, dah kering?, dah kutip?, dah lipat?dah gosok?...Itu baru urusan baju....belum lagi masuk bidang cabang tugasan yang lain....nak masak untuk sarapan?, tengahari karang pulak?...petang?...malam?
Adakah Akak sedang membebel???...Tak lah!!!!
Ini adalah kehidupan....dan paparan kehidupan hari ini kita mulakan dengan juadah sarapan pagi ni.
Apa bezanya kuih kaswi dengan kuih lompang?
Kalau mengikut pemahaman Akak....kuih kaswi ni di buat dari tepung gandum dikukus di dalam loyang atau bekas besar ....orang utara panggil pelengat....manakala kuih lompang ni pulak bahan utamanya tepung beras dan di kukus di dalam cawan atau acuan kecil dipanggil cawan lompang.
Akak memang suka dengan rasa gula merah ....jadi tak kiralah sama ada kuih kaswi ke kuih lompang ke...dua dua Akak makan!
Jom layan kan resepi kuih kaswi yang Sedap ni dulu....Akak ambil resepi kuih ni dari blog Dik Izah dan resepi yang sama juga telah terdahulu di cuba oleh OTAI kuih talam yang terkenal...iaitu Puan Yatie.Kepada kalian berdua Akak ucapkan jutaan terima kasih dan mohon halalkan kerana telah mmemberi laluan untuk Akak memanjangkan perkongsian resepi kuih ini di sini.
KUIH KASWI
sumber: Yatie ~Sinar kehidupanku
sumber: Izah Muffin Lover
Bahan-bahan
- 1 cwn gula pasir *izah guna 3/4 cwn sahaja
- 1 cwn gula merah
- 1 1/2 cwn tepung gandum
- 1/2 cwn tepung ubi
- 1/2 cwn tepung beras
- 3 sb air kapur (cair2 aje)
- 5 cwn air
- 1/2 sk nescafe - untuk aroma yg wangi
- 2 helai daun pandan carik2 *izah tambah
- sedikit minyak utk disapu diloyang
- 1/2 biji kelapa parut gaul dengan garam
- Masakkan gula pasir dan gula merah bersama daun pandan dengan 2 cawan
- air sehingga gula larut. Juga masukkan nescafe.
- Tutup api , ketepikan sebentar.
- Campurkan ketiga2 tepung dan bancuhkan dengan 3 cawan air. Kemudian tapiskan air gula yang dimasak tadi ke dalam bancuhan tepung.
- Masukkan pula air kapur. Kacau sebati.
- Loyang disapu dengan minyak, dan pastikan air pengukus betul2 mendidih.
- Kukus adunan selama 30-40 minit, sejuk dan hidangkan.
Selamat Mencuba dan menjamu selera!
6 comments:
Salam kak watie!! kita sukeeeeeee sgt kuih kaswi! minggu depan nak buatlah :D alahaiiii sedapnyerrr tgk kuih akak niii.. kelapa parutnya putih melepak! suke kita! hihihi... selamat beristirehat kak!
salam k.watie..tumpang bekpes kat sini ya:D
Assalam Dik Ikaa...kan dah selalu Akak nampak kuih cam ni kat dapur Dik Ika...malahan photo shoot nya lagi mengancam selera Akak Dik...dengan kamera cap Ayam Akak ni....hasilnya...macam gelap jer!!..Oh kelapa tu...MIL yang bekalkan dari kampung..terbaik dari ladang you!!!
Assalam Dik Atie..meh la...join apa salahnya...budak2 ni kalau hujung minggu suka bangun lewat...jadi brekfastnya pun lewat lah!!!
cantiknya warne dia kak.. itam menawan!!!
Assalam Dik Izah tu la pasal...susah juga nak dapat angle yang cerah sikit nak buat laporan...maklumlah kamera cap ayam!....
Post a Comment