Adakah ini satu Tabungan???

Wednesday, April 25, 2012

Kuih Talam Lapis Roti Gardenia

Assalamualaikum

Salam Sejahtera buat semua....pagi ni Akak sangat-sangat sibuk....sebab ada beberapa tugas yang MUSTAHAK  Akak perlu berikan perhatian.....jadi rasanya tak patut sangatlah Akak mengadap PC ni lama-lama...makanya kita cuma nak kongsikan juadah sarapan pagi ni aje pun!!



Dah ramai bloggers yang dah mencuba resepi talam roti lapis coklat ni....dengan paparan yang sangat menarik dan comel-comel aje kejadiannya....Antara saudara-mara bloggers kita yang dah mencuba resepi ni...ialah Dik Ayu nun di Singapore sana @Curlybabe's Satisfaction, Kak Ross @ My Kuali, Dik IzahDaud @Izah Muffin Lover, dan paling akhir beberapa hari lepas  di dapur Dik Zila @ zila4ever. Terima Kasih buat pencetus ilham resepi yang marbeless ni....kalau tak silap Akak Puan Wan @ Citarasawan.Mohon halalkan segala perkongsian ilmu di alam siber ni ya!! Tak lupa juga pada semua saudara mara yang telah mencuba dan berjaya mengoda Akak untuk rasa lebih berselera untuk mencuba resepi ini dengan paparan menarik yang korang dah experiment tu!!


TALAM ROTI LAPIS COKLAT
resepi : kak Wan
sumber: kak Yatie, kak Anim @ kak Ayu

Bahan-Bahan (Akak buat 2 adunan jadi resepi di bawah kali2 ya!)
  • 4 keping roti sandwich - buang tepi, siat kecil + rendam dgn 100 ml air 
  • 50 gm gula pasir
  • 1/4 sudu teh garam
  • 200 ml santan KARA
  • 100 ml air
  • 60 gm tepung beras
  • 20 gm tepung sagu/tpng ubi
  • 1 sudu teh coklat emulco 
Acuan Lompang (10-12 biji)
Akak guna : Loyang saiz 5 inci

Cara-cara :
  1. Masukkan roti yang direndam ke dalam pengisar. Ketepikan.
  2. Satukan air, santan, gula dan garam, masak hingga gula larut. Biarkan suam. Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
  3. Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang di rendam hingga halus.
  4. Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di campur dengan coklat emulco.(Akak bahagi 3 bahagian)
  5. Tuang warna asal, kukus selama 5 minit dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu.
  6. Tanpa mengangkat dari pengukus, tuang adunan coklat ke atas lapisan bawah tadi. Lap tutup pengukus dan kukus selama 10 - 15 minit dengan api sederhana hingga masak (Akak selang selikan lapisan kukusan tu setiap 5 minit hingga lapisan terakhir selama 20 minit)

Seperti biasa kalau juadah manis cam gini....mestilah nak ada dih lain jugakkan...nak kenyangkan perut penghuni rumah Akak ni kan!



Dan pagi ni Akak cuma sediakan menu ringkas buat Hubby....





Okaylah Akak terpaksa gerak dulu ya....banyak betul nak Akak uruskan hari ni....tambahan pulak dalam kepala ni asyik dok fikirkan Pesta Buku di PWTC hujung minggu ni......nak pergi ke tak....50-50!

Moga Allah permudahkan segala urusan buat Akak...Insyaallah...Amin!

NOTA:
Hari ni Mak dan Ayah akan berlepas ke Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah...Akak sekeluarga hanya mampu mendoakan dari kejauhan moga mereka berdua sihat dan selamat mengerjakan ibadah dengan tenang dan mudah serta sempurna.....dan selamat pergi dan balik ke tanah air nanti...AMIN!!!!










17 comments:

quinnie said...

Assalammualaikum kak..nampak cantik je belang2 kuih tu..saya part nak membelang ni paling malas..kekekek

moga selamat pergi dan kembali utk kedua ibu bapa akak...:)

Bicara Kak Noor said...

salam Watie, bnyak nya menu pagi2 dah kuar sampai umo akak dh terlebih ni belum pernah buat kuih lapis ni aduii bukan apa sekadar nak makan sornag ja tak berbaloiiiii,tapi tingin nak buat tengok susunan tu cantik sangat..

Fakiroh said...

Salam akak sedapnya kuih lapis nie...masih ada lagi ke??? kasi la sepotong...ha ha..

layarila blog baru saya...
http://fakruza.blogspot.com

hazila said...

Salam kak watie,
Saya bab melapis memang "terlebih rajin" sebab tu kalau teringin nak makan, hulur singgit kat penjual kuih je..

Sue @ Nenie said...

Salam kak Wattie..sejak dulu saya kenal akak di alam maya, tak pernah miss ngan bekalan yang best-best untuk Cik Hubby, bukan 1m kadang kala 2~3 lauk sampingan...tabiklah kat akak....

Emmmm...roti lapis ni menarik betul untuk di cuba....

KakAsma said...

sangat mengujakan..ada lagi tak???
boleh dicuba nie..

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Kak Watie.. kuih-kuih lapis ni bukan saja nampak menarik tapi tentu sedap. DItambah lagi masakan2 lain tu buat saya nak terduduk ni, cemana??? Tulunnnnnn...

Semoga ibu bapa Kak Watie dimudahkan segala urusan di sana, insyaAllah..

Ayu said...

Assalam kak watie,
semuga urusan dipermudahkan ya kak..
dan semuga ayah & mak akak selamat pergi & pulang dari umrah ya..insyaallah..
kita nampak kuih lapis dari jauh ..terus terbang kesini..cantik warnanya kak..terimaksih kak sudi mencuba dari pihak puan punya recipe kak wan dan lain2 juga..

HALAMANKU said...

Salam Kak Watie.. rajinnyer melapis.. n kemas jek.. wah meriah nyer kak banyak menu.. semua sedap2 hu hu hu buat erma lapo balik da neh he he he

Yatie said...

Assalamualaikum Kak Watie,
moga di permudahkan segala urusan,Yatie doakan moga mak dan ayah akak selamat pergi dan kembali, semoga mereka mendapat umrah yg mabrur. Aminn..

btw cantik kuih lapis roti akak ni, menarik warnanya..yatie mmng suka kuih2 mcm ni..terliur dah niiii..

Ilhamkreatif said...

salam kak Watie..hai..rajin kak watie melapis..mintak cikit leh...

Ummi said...

Assalam Watie cayang ooiii...mintak la barang 2 potong kuih lapis tuh..nampak cukup sedap, ngencesss tgk taaauu... ^__^ Rajin tul diaaa...

zila 4ever said...

salam kak watie
doa buat emak dan ayah kat watie..semoga dpermudahkan segalanya..amin
dah buat yer kak..alahhaiii akk punya pun cantik laaa..pink lg..sedap kan kak:)

ijayuji said...

Salam kak watie! doa dr kejauhan juga buat ibu n ayah kak watie semoga dipermudahkan segala urusan n selamat pergi n kembali insyaALlah!

Kita nak nasik goreng akak tuu sedap betul tgknyer! lagi satu nak bekal mcm hb akak tuuu :D kalau leh beli kita nak beli dgn akak :D

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Kak wahhhhhhhh... sedapnyaaa... BW memalam gini... kuih lapis menyelerakan.. nasi bungkus hubby akak tu beralaskan plestik wahhhhhhhh... teringin nak makan camtu!! mana nak cari??? datang rumah akak boleh tak??

Shahriah Abdullah Novelis said...

Cop! Tertinggal komen... moga ibu dan ayah akak selamat kembali dari mengerjakan umrah ya kak... aminn

HaSue said...

Morning kak...
akak ni mmg super duper rajin laa...bestnya nengok kuih lapis tuuu..

semoga ibu dan ayah kak watie selamat pergi dan slmt pulang ke tanah air nanti ye kak...aminn