Assalamualaikum
Akak dah olah ikut kesesuaian barangan dapur yang ada kat rumah ni lah ya!!! Tapi berpandukan resepi ni jugaklah...dah ramai try buat resepi Chef ni....Akak selalunya main campak-campak aje apa yang ada ....tapi kali ni nak juga abadikan panduan ni di sini buat rujukan Akak dan anak cucu Akak pulak suatu ketika nanti....mohon halal ya Chef....dan terima kasih atas perkongsian ilmu masakan ni ya!! Juga terima kasih Akak ucapkan pada Nor Secubit Garam....sebab Akak mohon copy & paste sumber ini dari blog Nor.
KERABU SOTONG & SUHUN
Resepi asal : Chef Hanieliza
Copy & Paste Resepi dari: Puan Nor Secubit Garam
Copy & Paste Resepi dari: Puan Nor Secubit Garam
Bahan
Bahan Tumbuk(Akak hiris jer pun !)
3 tangkai cili api
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
Bahan Mayang
2 kuntum bunga kantan (Akak tak letak tak ade stok)
1 labu bawang besar
1 batang timun [kecil](Akak tak letak tak ade stok)
3 tangkai cili merah
Cara
1. Sotong dibersihkan. Buangkan kulit dan potong bulat.
2. Masukkan sotong dalam kuali dan masakkan sehingga keluar airnya.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
4. Rasakan masam dan masinnya.
5. Hidangkan.
Nota;
Masa masak sotong dalam kuali tu jgn masukkan air nanti sotong tu akan berkuah due to sotong akan keluarkan air semasa masak.
Cuba jangan tak cuba...SEDAPPPPPPPPP!!!
- 500 gm sotong sederhana besar (Akak potong cincin)
- 50 gm suhun [rendam dan celurkan air panas]
- 3 s/b jus limau nipis
- 1 s/b sos ikan [boleh gantikan kicap cair + 1 s/k kiub ikan bilis dihancurkan](Akak letak serbuk ikan bilis)
- 1 s/k gula (Akak tak letak)
- garam [jika perlu]
- 2 pokok daun ketumbar [racik kasar](Akak tak letak tak ada stok)
Bahan Tumbuk(Akak hiris jer pun !)
3 tangkai cili api
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
Bahan Mayang
2 kuntum bunga kantan (Akak tak letak tak ade stok)
1 labu bawang besar
1 batang timun [kecil](Akak tak letak tak ade stok)
3 tangkai cili merah
Cara
1. Sotong dibersihkan. Buangkan kulit dan potong bulat.
2. Masukkan sotong dalam kuali dan masakkan sehingga keluar airnya.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
4. Rasakan masam dan masinnya.
5. Hidangkan.
Nota;
Masa masak sotong dalam kuali tu jgn masukkan air nanti sotong tu akan berkuah due to sotong akan keluarkan air semasa masak.
Cuba jangan tak cuba...SEDAPPPPPPPPP!!!
6 comments:
daapnyer kakwatie..bak sepiring!! kempunan dh nih..
akkk menu akak selalu yg terbaik lahhh .. saya x pernah makan layie kerabu suhun sotong nie ;)
Assalam Dik Ina...memang sedap..main ratah gitu lagi sedap...meow!!!Senang jer...nanti beli sotong buat ye..nakbagi sepiring ....boleh..sila buka tingkap di kaunter bayaran klinik anda..Akak nak bagi ni!!
Assalam Dik Ieda..kalau belum pernah try elok try cepat..bukan susah pun letak aje apa yang ada....dah tak pandang kiri kanan dah!!!
yang ini lagiiiiiiiiii sukeeeeeeeee.... sukeeeee dgn sotongggggggg suke dgn kerabuuuuuuuuu bestnyer! byk sgt yg nak dibuat ni kak :D
Assalam Dik Ikaaa...mula nak buat kerabu ikan sekali nampak lak sotong segar bugar..hehe tukar arah tujuan..idea dah dapat pepagi tadi...memang sedap kan kerabu ni walau tak lengkap rencah dia tu!!
Post a Comment