Adakah ini satu Tabungan???

Wednesday, June 30, 2010

OREO NON-BAKED CHEESE CAKE........Along suka ni!!!

*.*

Assalamualaikum.....

I am back.....again dengan demam cheese cake.....tanpa proses pembakaran.....which is so simple yet so rich, creamy.......so ......fattening.....but as per request by my eldest kid......Along ....I layankan juga!

Since Akak dan keluarga akan ke KL menghantar Along......dan most probably juga ke Melaka atas undangan keluarga.......pada hari Khamis ni....dan blog ini pasti akan sepi buat seketika....jadi....Maafkan Akak sekali lagi kerana tidak mampu untuk membalas kunjungan malahan jerit pekik di Shout Box tu buat ketika ini.....

Non Baked Oreo Cheese Cake ni permintaan Along.....so dalam Akak sibuk ni...Akak cuba penuhi permintaan anak bujang Akak yang sorang ni....layankan dulu pictures nya ya!




Resepi asalnya seperti berikut: (klik pada Oreo Cheesecake tu untuk ke laman web yang Akak terjah!) Akak cuma buat 1/2 adunan jer.....so derhaka atau tidak....pandai-pandai Akak jer tu nak edit sukatan yang di sarankan!

Oreo Cheesecake
A deliciously flavoursome cheesecake.

PREPARATION: 15mins COOKING: 0mins SERVES: 10
Ingredients:
Base
  •  1 cup crushed OREO* Original Cookies (Akak guna +- 12 kpg biskut =3/4 cawan serbuk Oreo dibuang cream tengah)
  • 50g butter, melted (Akak guna 30g unsalted butter)
Filling
  •  500g block PHILADELPHIA* Cream Cheese (Akak guna 250g = 1 blok cream cheese)
  •  softened ¾ cup caster sugar (Akak guna 1/3 cup gula halus)
  • 3 teaspoons gelatine, dissolved in ¼ cup boiling water (Akak guna 1 table spoon Halalgel)
  •  2 tablespoons lemon juice (Akak guna 1 table spoon)
  • 1 cup cream lightly whipped (Akak guna 1/2 cup)
  • 100g OREO* Chocolate Creme Cookies, crushed (Akak guna 4 keping biskut dihancurkan)
  •  50g OREO* Chocolate Creme Cookies extra, roughly chopped (Akak potong kasar biskut bertangkup untuk masukkan dalam adunan jadi chunky pieces)
Method:
1. COMBINE the crumbs and butter and press into a lined 20cm springform pan ( Akak guna 6" pan). Chilled the base for at least 30 minutes!
2. BEAT the Philly* and sugar with an electric mixer until smooth. Fold in the gelatine mixture, lemon juice, cream and Oreo* Chocolate Creme Cookie crumbs.
3. POUR the filling into the prepared crust, refrigerate for 30 minutes.(Akak tuang adunan yang dicampur semua bahan dan sejukkan hingga dinner time)
Sprinkle with extra OREOs* and refrigerate for another for 2 hours or until set.
Handy Hint:
The best way to soften Philadelphia* block is to allow it to stand for 1 hour at room temperature or remove Philly* from foil, cut into chunks and microwave on high for 30 seconds per 250g.









Rasanya...cheese cake jenis yang mudah ni dah mula mendapat ruang dalam kehidupan Akak sekeluarga....especially kalau Along is around!!!!Yang lain tu layan biasa-biasa jer....because they are more into chocolate cakes....tapi kalau Along...semua dia bedal!!



Kalau panjang umur....kita jumpa lagi sekembalinya Akak dari KL nanti.......doakan perjalanan kami sekeluarga ya!


Monday, June 28, 2010

Blueberry Cheese Cake...hrmmm Yummmmm!

*.*

Assalamualaikum.....

Oh my......dah hari Isnin.....and a very hectic & tiring weekend!!!Busy as a bee....dengan tetamu datang .....and all the football matches.....more activities with family and friends during the weekend....Mak aiiiii...Akak kelelahan...!!!

Since we have a couple of friends over for dinner during the weekend.....and I was really excited to prepare a special dessert for dinner on Saturday night.....after surfing for the right dessert to prepare, on the internet ...I end up choosing the simplest one....hahaha.....as always I like to prepare simple and easy recipes...as usual!!!Kan kena hidup sempoi gitu!! End up.....senduk & cedok resepi dari gerobok Hana.....mohon restu ya Hana Akak copy & paste....and edit the recipe as it suits me....Thank you so much for sharing the recipe....Minta Halal ya Dik!For original recipe.....Hana buat strawberry cheese cake...click here for the original recipe!

Presenting.....My first Blueberry cheese cake ever...........



NO BAKE BLUEBERRY CHEESE CAKE

Bahan-bahan (loyang bulat 8")
Bahan-bahan A
  • 250 gm biskut mudah hadam(merie or etc)
  • 125 gm mentega tanpa garam
Bahan-bahan B
  • 200 ml krim putar(whipping cream)
  • 250 gm krim keju
  • 165 gm gula kastor ( Akak guna 125 gm gula halus)
  • 1 sudu besar jus lemon
Bahan-bahan C
  • 15 gm gelatin halal
  • 100ml air
  • >> campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 min
Topping
  • Blueberry topping secukupnya
Cara-cara:- (ini untuk buat base)
  1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk. Sediakan loyang bulat 8in. ( Akak guna 8 " spring foam)
  2. Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat. Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.



Cara-cara untuk prepare cheese cake fillings :
  1. Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu. Ketepikan.
  2. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati. Setelah itu masukkan gelatin yg telah di double boilerkan dengan air tadi dan gaul lagi sehingga sebati.
  3. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  4. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais. Tuangkan adunan krim cheese tadi ke atas adunan biskut. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 2-3 jam.
  5. Buat topping dgn mencampurkan bhn topping semua sekali, apabila telah mendidih,tutup api. Sejukkan.
  6. Tuangkan kuah topping hingga habis. (Akak guna blueberry topping dari tin jer....just double boil sekejap then simbah jer atas kek tu!)Sejukkan semula.
  7. Potong dan hidangkan.





 Well...that's what I have to share for now......akan muncul lagi kiranya berkesempatan....sebab minggu ni sangat busy nak sediakan keperluan Along untuk balik KL.....Maaflah ya...kalau tak sempat nak balas kunjungan atau baca pesanan dan jerik pekik korang ya....if urgent please Call or SMS...you got my numberkan!

Enjoy....the cheese cake ya!!


    Friday, June 25, 2010

    Bubur kacang.....enak dimakan dengan biskut!

    *.*

    Assalamualaikum.....

    Wah petang-petang Jumaat ni....nak jamu apa pulak kat budak-budak kat rumah ni...... Kerajinan yang seciput jer ni....buatkan Akak terfikir nak rebus kacang hijau..buat bubur jer lah!




    Kalau kena gayanya sedap juga makan bubur kacang ni.....nak nya kalau tak habis pun tak membazir ....masuk fridge jadikan icecream...mak aiii nikmatnya....anak-anak nyonyot sekejap jer....tapi jangan kasi idea tu awal-awal...nanti dia orang minta versi icecream terus....

    Nawaitu nak buat ice cream tu kita guna pakai kalau versi bubur ni tak habis.....
    Si Reena suka kalau bubur tu di letak sedikit sagu.......Alang pulak nak kan gula merahnya lebih sebab rasa dan baunya ala-ala cendol gitu.....Along belasah aje...apa yang Mama dia masak.....
     


    Ini pulak.....cara permakanan yang di sarankan.....cara arwah nenek Akak .....suka patah-patah biskut.....campak dalam bubur.....biar sekejap...cedok dan makan....Alahai nikmatnya!!





    Sekianlah saja pelajaran tentang cara-cara nak menikmati bubur kacang....ada banyak cara sebenarnya...yang makan durian...akan memasukkan durian.....Oh no....Akak tak suka bau durian...cam mana nak makan..........cukuplah sekadar Akak makan dengan biskut 4 segi ni saja!!!

    Hujung minggu ini.....ada banyak sangat aktiviti....dengan anak-anak & staffs office Hubby....jadi might be sepi seketika......tak sempat kot nak buka PC or lappy....

    So...hope everybody will have a nice weekend....and enjoy yourself ya!!!



    Resepi Asam pedas Tomyam

    *.*

    Assalamualaikum

    Hari  ni dah Jumaat ...keadaan sedikit sibuk..anak2 balik awal dari sekolah....semua nak cepat...update ala kadar jer lah....

    Jadi layankan ajelah apa yang ada ya!!



    Resepi Asam Pedas Tomyam
    Bahan-bahan
    • - ikan pari/tenggiri (atau apa2 ikan, ikut selera)
    • -3 labu bawang besar-dikisar
    • -3 ulas bawang putih-dikisar
    • -sedikit serbuk kunyit
    • -1 atau2  btg serai dititik & bahagian bawahnya di racik & blend anggaran 1 inci
    • -daun kesum secukupnya
    • -1 inci halia juga dikisar
    • -1 bunga kantan-dibelah dua (akak tak letak sebab terlupa stok dah habis)
    • -1/2 mangkuk kecil air asam jawa
    • -10 tangkai cili kering yg  di rebus & dimesin sekali dengan bahan kisar yang lain
    • - secubit belacan (optional) untuk aroma!(dikisar)
    • -1 1/2 mangkuk kecil air
    • -garam dan gula (ikut rasa)
    • -1 sudu besar sos tiram
    • -1 sudu besar pes tomyam
    • -minyak masak
    Cara-cara
    • -Panaskan minyak, masukkan serai,  dan tumis bahan kisar .Tumis hingga naik bau.
    • -Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, & pes tomyamsdan sos tiram kacau dan biar mendidih.
    • -Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air. Biar mendidih.
    • -Masukkan ikan, garam.sesuaikan rasa,bila masak boleh la dihidangkan.


      Okaylah ya....Akak kena masuk dapur balik ni...hujung minggu ni sedikit sibuk.....ada macam aktiviti bakal berlangsung.......jumpa lagi ya!


      *.*

      Thursday, June 24, 2010

      Resepi Pulut Seri Lapis

      *.*
      Assalamualaikum semuanya.....

      Dah minum petang ke belum? Akak baru jer layan anak-anak......Apa juadah minum petang ni......alahai Akak ni dah terkena demam melapis.....jadi mengolah mana-mana resepi yang ada.....mengikut kesesuaian bahan yang ada kat dapur Akaklah.

      Mulanya pagi tadi Akak nak buat Kuih Seri Muka lepas menjenguk ke dapur Maz (Ilham Dapur).....sekali dalam resepi tu ada sebut air abu....mana pulak Akak nak cari bahan tu...kat rumah tak pernah beli pun...so selepas di belek-belek resepi2 yang terkumpul....dan dengan menjenguk ke dapur Yatie, Ika, Izah, Hana, dan beberapa dapur Otai yang ada....Akak pun memulakan operasi.....maka inilah hasilnya....





      Terima kasih dan mohon halalkan perkongsian ilmu dari penyumbang resepi yang asal....tetapi telah Akak menderhaka mengikut keperluan Akak.....Ampun ya!

      Resepi Pulut Sri Lapis
      (di olah dari beberapa resepi yang ada sebagai rujukan)

      Bahan-bahan:

      Lapisan Bawah

      • 2 cawan beras pulut - rendam dulu 30 minit
      • 2 1/2 cawan santan (akak guna 1 paket  santan serbuk Brand KARA + air = 21/2 cawan)
      • 1 sudu teh garam
      Cara-cara

      • Satukan semua bahan-bahan dan kukus selama 30 minit (tutup penutup pengukus dengan kain/towel) - loyang tu kita alas dgn plastik wrap,supaya senang nak keluarkan dari loyang ***(Akak guna plastik yang buat alas nasi bungkus kat warung2 jual makanan tu..actually platik bekal Hubby)
      • Selepas 30 minit tekan-tekan permukaan pulut dengan belakang cawan atau senduk atau spatula
       Lapisan Atas
      •  2 cawan santan (akak guna 1 paket  santan serbuk Brand KARA + air = 2 1/2cawan)
      • 1 cawan tepung gandum
      • 1 cawan gula pasir
      • 2 sudu makan tepung beras
      • 2 sudu makan tepung kastad
      • 1 sudu kecil minyak
      • 1 sudu teh garam
      • beberapa pewarna yang di sukai
      • (Kesilapan Akak jangan letak warna kuning dekat merah...tenggelam!)
      Cara-cara
      • Campurkan semua bahan dan kacau sebati. Kemudian tapiskan.
      • Sendukkan 1 cawan dari adunan ke dalam mangkuk dan warnakan dengan warna disukai
      • Tuangkan  adunan yang diwarnakan ke atas pulut dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
      • Kemudian lapiskan pula 1 cawan adunan warna seterusnya dan kukus juga selama 8 minit.
      • Buat sehingga siap setiap lapisan
      • Semasa kukusan akhir, kukus lebih kurang 15-20 minit.
      • Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.






      Okaylah ya....Akak ni jenis yang tak suka pulut...so bahagian pulut pass dekat anak bujang Akak...Akak makan bahagian lapis jer....boleh lah kan!

      Okaylah.....nanti ada kelapangan Akak berkunjung ke dapur korang ya....tertakluk pada masalah berbangkit ....kat dalam rumah ni.....Ni nak kena gi lipat kain baju pulak!


      Lempeng Banjir......

      *.*

      Assalamualaikum.....

      Ini Akak nak kongsikan lagi satu resepi mudah....yang sangat digemari anak-anak Akak.....resepi ni sangat sesuai kalau ada masa dan ketika kita jemu atau bosan nak makan nasi....terasa nak ubah selera pulak....kalau jenis yang suka makan makanan seperti roti canai , roti jala, capati tosai, roti arab dan sebagainya lah... tapi kalau orang yang jenis suka makan nasi....tak jalan jugak resepi ni.....


      Lempeng ni ada sejarahnya tersendiri dalam keluarga Akak...ni zaman nenek Akak dulu...menoreh getah...jadi arwah nenek suka makan lempeng ni dengan kuah kari ikan atau kuah asam pedas ....Mungkin sebab mudah nak membuatnya...harga tepung pulak lebih murah berbanding dengan beras....Lagi pulak kejap perut...katanya...bila makan lempeng ni....maksudnya tu.....boleh tahan kenyanglah....sebab tepung tu ala-ala mengembang kot...bila dah masuk perut...hehehe..jadi bagi para penoreh yang keluarnya awal .....tatkala ramai masih dibuai mimpi....dan pulangnya agak sore...bila matahari dah hampir terpacak di atas ubun-ubun kepala kita.....juadah inilah penyelamat...dan memberi kekuatan serta tenaga....buat mereka! Tambahan pula arwah nenek Akak ni seorang ibu tunggal yang membesarkan 3 orang anak.....tentu kira hidangan ekonomilah ni!

      Akak dibesarkan oleh arwah nenek masa kecik-kecik dulu....antara masakan yang akak pandai buat.....haha.."pandai"....actually well trainned to do....juadah ni lah!....pandai lenggang kuali tu....untuk menghasillan roti yang nipis dan.....garing on the edge....Anak-anak juga di beri pendedahan tentang resepi ni sejak dari kecil.....sebab maybe nostalgia kot...dalam kehidupan Akak. Yang pasti...dah jadi salah satu resepi kegemaran anak-anak Akak....infact...modalnya cuma tepung, air, garam dan sedikit minyak atau margerin!Ada kala substitute dengan minyak sapi....nak dapat aura roti canai...taraf kedai mamak lah!Kira up lah tu!

      Mula-mula kita bancuhkan .......
      • 2 cawan tepung gandum
      • 1 sudu kecil garam
      • air secukupnya
      agak-agak tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.....sesuai mengalir bila disendukkan.....

      • Panaskan kuali dengan api sederhana
      • lenserkan kuali dengan sedikit minyak atau margerin...atau minyak sapi pun boleh...supaya lempeng yang terhasil tidak melekat pada kuali semasa nak dibalikkan
      • tuang sesenduk besar adunan dan lenggangkan kuali supaya adunan jadi bulat sekata nipisnya
      • Biarkan sehingga bahagian atas adunan lempeng tidak lagi menjadi adunan tepung dan sapukan minyak di permukaan lempeng....
      • Kemudian balik-balikkan lempeng sehingga garing 
      • Bila dah garing ikut citarasa kita..bolehlah diangkat...untuk dihidangkan. dengan cara memotong ikut suka kita lah....
      Untuk kuah banjir tu..anda cuma perlu buat kari ...tak kiralah nak letak ikan ke ayam ke .....janji ada kuah nak simbah....kalau family Akak kuah asam pedas pun jadik.....lagi best kalau ada kuah laksa atau kuah mee ........

      Sedar tak sedar maunya  4 atau 5 keping lempeng.....dah masuk perut!!!

      Hrmmmm....teringin nak coba.....senang saja kan....!
      Jom kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah Buat Arwah Nenek Akak....Hajah Siti Sara Binti Che Mat....moga ilmu peninggalan arwah ini menjanjikan pahala dan keberkatan....dan Moga Nenda dicucuri Rahmat dikalangan Hambanya yang Beriman....Al Fatihah!

      Amin...Amin ya Rabbalalamin.....Terima kasih buat semua....


      *.*

      Resepi Sambal Udang....Kegemaran Keluarga!

      *.*

      Assalamualaikum...bertemu kembali....tapi Akak sekadar nak berkongsi resepi sambal udang kegemaran keluarga Akak ni aje.....Ini pun resepi simple dimple yang dah selalu sangat Akak kelentang kelentung di dapur sempit Akak tu!...Mungkin ada yang dah selalu buat...malah lebih sedap dari apa yang Akak hidangkan ni...

      Namun...tak salahkan Akak berkongsi ilmu yang seciput ini...dengan adik-adik diluar sana yang mungkin ada yang mengidam ke....teringin ke...malah tidak keterlaluan jika Akak katakan ada diantara pembaca yang sebaya anak-anak Akak...yang belum pernah masuk dapur ......potong bawang pun tak pernah....Ada  tak???

      Jadi sebagai seorang Kakak...atau lebih tepat lagi ibu juga bagi anak-anak di luar sana....jom kita kongsi pengalaman memasak ni bersama-sama....kalau ada yang nak jadi calon menantu.....elok try resepi -resepi yang dah di entrykan kat dalam blog ni.....hehehe..ada ... ke????


      Resepi nya seperti berikut......
      Bahan-bahan

      • 10- 15 tangkai cili kering dipotong dan direbus
      • 2-3 labu bawang besar
      • minyak untuk menumis secukupnya (anggaran 1/4 cawan)
      • 2 sudu besar sos tiram
      • 1 sudu besar gula
      • garam secukup rasa
      • 1 sudu kecil asam jawa dibancuh dengan sedikit air
      • secubit belacan (optional)
      • sotong / udang dalam 10-15 ekor saiz sederhana ( lebih pun boleh)

      Caranya:

      1. Blend / Kisar cili kering, belacan & bawang dengan 1/3 cawan air
      2. Panas kan minyak dalam kuali
      3. Tumis bahan kisar dan masukkan gula
      4. Kacau sampai nampak pecah minyak, masukkan garam, sos tiram dan air asam jawa
      5. kacau dan biar mendidih dan kuah agak pekat baru masukkan sotong atau udang
      6. Gaul sebati kalau sotong biar lama sikit....sampai sotong kecut sikit dan kuah cukup pekat baru dipadamkan api. Kalau udang sekejap jer dibalik-balikkan kalau perlu nak potong hirisan bawang besar pun boleh juga ditabur sebelum tutup api!
      7. Dah siap untuk dimakan!
      ***** Kalau terlalu pedas..boleh tambah gula atau garam atau asam...ikut rasalah...sebab setengah orang suka pedas-pedas manis....kalau tak cukup pedas..potong cili api buat tabur di atas....sebab semuanya bergantung pada citarasa anda sendiri...tepuk dada tanya selera!*******

      Nota....jangan guna banyak air...masa nak blend cili & bawang besar.....especially untuk sotong..sebab ianya akan mengeluarkan air dan mencairkan kuah!


       
      Terima kasih.....kerana ingin dan sudi mencuba resepi Akak ni....Insyaallah....jadilah....seperti apa yang Akak selalu hidangkan buat keluarga Akak.....tak salah kalau Adik2 & anak-anak nak olah....quantiti bahan-bahan yang Akak gunakan...ikut kesesuaian...sebab ada kalanya Akak tak sukat langsung apa yang Akak nak masak...main campak-campak dan agak-agak aje...mungkin dah terbiasa agaknya.....

      Kalau ada yang lebih atau istimewa...itu semuanya dari Allah....segala kelemahan atau kesilapan dari diri Akak sebagai Hambanya.....moga suksess....

      Selamat mencuba!



      *.*

      Wednesday, June 23, 2010

      Ayam Goreng Kicap Bersos Lada Hitam

      *.*

      Assalamualaikum...

      Dah kembali seketika dengan paparan ayam goreng Kicap Bersos Lada Hitam.....ni versi Akak untuk anak-anak jadikan rujukan suatu hari nanti....

      Layankan lah aje...selera anak-anak....yang tak jemu-jemu dengan masakan bertemakan ayam...walaupun semalam baru jer masak ayam masak cabai atau masak merah....hari ni dah request ayam lagi....



      Ayam Goreng Kicap Bersos Lada Hitam

      Bahan-Bahan:

      • beberapa ketul ayam yang di goreng dengan garam & kunyit tidak terlalu garing
      • 3 labu bawang besar ( 2 labu dikisar/tumbuk)** + 1 labu di potong bulat untuk taburan/hiasan
      • 3 ulas bawang putih dikisar/tumbuk**
      • 1 inci halia dikisar/tumbuk**
      • 1/2 sudu lada hitam dikisar/tumbuk**
      • 2 inci kulit kayu manis, 2 biji buah pelaga, sekuntum bunga lawang & 2 tangkai bunga cengkih untuk menumis (ditumis...untuk aroma & rasa ...tak letak pun tak apa!)**
      • 2 sudu makan sos tiram
      • 2 sudu makan kicap
      • air secukupnya
      • sedikit minyak untuk menumis
      • lada hijau & merah untuk hiasan / taburan

      Caranya:
      • Goreng ayam dengan garam & kunyit terlebih dahulu
      • panaskan minyak dalam kuali
      • tumiskan  semua bahan **
      • kemudian masukkan kicap dan sos tiram...kacau 
      • masukkan air ikut kepekatan yang anda suka
      • masukkan ayam di kaup balikkan
      • hiaslah dengan bawang, cili merah & hijau (ikut suka anda)
      • tutup api dan siap untuk menjamu selera
      Rasa.....kalau Akak, Along tukang rasa....tak payah tambah garam...dah okay!
      Makan dengan nasi panas.....siap bertambah anak-anak Akak....Akak tak makan ayam...cuma puas hati tengok dia orang makan!


      Nanti Akak kongsikan menu ikan pari pulak.....kalau sempat lah!!!
      Got to go for now!!


      *.*

      Sarapan......itu nak...ini pun nak....!

       *.*

      Assalamualaikum.....


      Pagi-pagi bangun...ingat boleh relax sikit sebab Hubby tak payah bawa bekal nasi hari ni..dia kerja luar so makan kat luar lah karang.....

      Relaxnya apa...ada yang tak suka sardin....ada yang tak nak heavy breakfast...nak makan roti jer....macam-macam lah budak-budak ni....

      Sarapan.....nak pedas.....nak ringan.....nak berat....macam-macam...last-last..jadi sarat kan!!

      Siapa jugak yang kena buatkan.....MAMA jugak.....yelah....janji korang makan....tau!

      Ada lagi ni........

       
       
      Okaylah.....ada kelapangan Akak update lagi ya!....nak beres kerja rumah daaaaa!




       *.*