Tabungan

Monday, June 11, 2012

Doakan Moga Akak Cepat Sembuh....Salam Rindu Buat Semua!



Assalamualaikum buat semua......dah hampir sebulan Akak tidak sihat! Mula dengan batuk-batuk dan sakit tekak biasa jer......kesudahan nya Asthma menyerang kembali!...Dan sudah hampir sebulan juga suara Akak masih lagi serak.....hampir susah nak difahami orang ....sebab tenggelam timbul suara Akak bila bertutur. 


Terima kasih kepada Adik Mimi (Chik Mimi dari Aku dan Kehidupanku...dulu tapi sekarang dah bertukar ke nama baru....Akak tak perasan pulak bila masa bertukar ni....ke ~Di Sini Segalanya Bermula~)..yang sudi menalipon Akak tapi tak boleh nak cerita apa pun sebab suara Akak memang tak keluar...sangat susah nak di fahami....lagi pulak memang Akak banyak tidur aje sebab ubat tu nak kasi Akak rehat....kalau tak tidur batuk teruk...dan tak boleh bernafas....kena Asthma attack!....dah macam2 petua dan ubat yang Akak cuba....entahlah apa kesudahan penyakit Akak ni....doakanlah moga Akak sembuh dan pulih kembali.






Akak dah banyak kerja tertunggak kat rumah ni....sebab banyak rehat dari buat routine biasa....hingga makan minum pun lately ni banyak beli kat luar....bekal Hubby pun kerap juga office boy tolong belikan.....ada ketikanya anak-anak yang sediakan....dan hari ni....semua dah kembali ke sekolah dan college...tinggallah Akak sorang-sorang kat rumah....dan tugas harian yang banyak tertunggak tu....Akak buat pelan-pelan setakat yang mampu....

Moga Allah ampunkan segala dosa Akak dengan keredhaan Akak menerima dugaan kecil darinya ini......

Akak juga nak ambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang meninggalkan jejak dan komen serta mendoakan ke atas arwah anak sedara Akak dan keluarga....di atas pemergian anakanda Farizal tempoh hari.


Insyaallah jika Akak lebih kuat menghadapi hari-hari mendatang...Akak akan terus paparkan kisah hidup Akak nanti...buat masa ini....Akak belum betul-betul kuat....Insyaallah berkat doa dari semua yang mengenali Akak....Akak akan segera kembali aktif berblog seperti biasa...dengan izinnya....Amin! Insyaallah!

Terima kasih juga buat semua gambar ikhsan dari Encik Google....dan sesiapa yang telah berkongsi dilaman google!



Sunday, May 20, 2012

Al Fatihah - Buat Anakanda Farizal

Assalamualaikum.....



Hari Jumaat yang lepas Akak dikejutkan dengan berita yang sangat tragis tentang kemalangan yang telah mengakibatkan kami kehilangan seorang lagi ahli keluarga Akak...Muhammad Farizal Bin Rofaizi. Arwah yang berusia 17 tahun agak rapat juga dengan Alang Nizam anak kedua Akak yang dua tahun lebih tua darinya. Arwah ialah anak kepada adik sepupu Akak yang tinggal di Kg Batu 10 Terap...antara Kulim dan Serdang. Arwah juga merupakan cucu kedua kepada Arwah Pak Ngah Akak yang pernah Akak paparkan satu ketika dulu. Arwah terlibat dalam kemalangan motosikal dengan lori....Akak tak tahu cerita detail sebab masih dalam siasatan polis.

Kejadian berlaku pada tengahari sebelum Jumaat dan Arwah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 6:30 petang. Jenazah selamat disemadikan lewat jam 1 pagi kerana mengalami pendarahan berterusan jadi disempurnakan secepatnya. 

Kami sekeluarga mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama hambanya yang beriman.Amin!

Semoga Ani (ibu Arwah) yang mengidap sakit buah pinggang dan mendapat rawatan dialisis terus tabah menghadapi dugaan ini....dan Faizi (adik sepupu Akak) juga redha dan terus tabah menerima ketentuan ini.Yang paling menyayat hati kerana adik bongsu (Fadzli) Arwah yang baru darjah 2 tidak dapat menerima kenyataan ini....kerana masih kecil dan tersangat rapat dengan Arwah. Mereka cuma tiga beradik dan ketiga-tiganya lelaki. Akak juga berharap Abang Sulong Arwah (Firdaus) yang cuma beza setahun dari beliau juga terus cekal menerima takdir yang telah ditentukan ini. Akak rasa Firdauslah yang lebih rapat dengan Arwah kerana beza umur mereka cuma setahun...dan sebagai anak lelaki sulong dia masih mampu tenang di hadapan kami sekeluarga!

Keadaan kesihatan Akak masih sangat tidak stabil dan ditambah pulak dengan kami berulang alik dari Penang ke Kulim ....beberapa hari ni...jadi maaflah ya...sekiranya Akak masih belum mampu menziarahi rakan taulan atau menjawab tegus sapa kalian ya!

Moga Allah memudahkan segala urusan buat keluarga Arwah dan Allah menerima doa dan sedekah Al Fatihah dari kita semua buat arwah Muhammad Farizal...Al~ Fatihah!





Wednesday, May 16, 2012

Minggu Penuh Ujian & Cabaran~ Mummy Akak pulak Demam!

Assalamualaikum Semuanya.....mulanya Akak memang tak nak buat entry untuk blog buat beberapa hari ni...sebab keadaan Akak sendiri memang dah tak terurus....ada selsema sikit , batuk...dan sakit tekak!Badan ni dah macam sayur lecur....overcooked! Tapi semuanya Akak gagahkan juga kerana masih ada insan-insan yang Akak sayangi masih memerlukan kudrat ini. 

Sekitar jam 1:50 tengahari semalam....Akak baru jer nak keluar rumah nak ke sekolah, jemput Reena balik....Mak Tam Akak di kampung pulak talipon. Dia bagi tahu yang Mummy Akak pulak demam panas...dah pun ambil ubat tapi dia tak nak bangun...tak nak makan...tak nak buka mata pun.....!!!Alamak..kenapalah pulak!..Biasalah bila jadi warga emas ni Akak rasa...naluri dan perasaan mereka lagi rapuh...jadi kitaran hidup ni kadang-kalanya buat mereka mahu kan perhatian yang lebih...mahu dibelai dan dimanjakan...seperti mana mereka memanjakan kita sewaktu kita baby dulu kan!

Akak ni jenis yang suka berseloroh...bergurau...tak kira lah..walaupun dalam keadaan bermasalah...bila Akak balik..Akak bawakan lah apa yang ada dalam peti hikmat Akak tu..sebab Akak tak plan nak balik pun kan!...adalah dua tiga biji epal merah, limau sunkist dan epal hijau.....dan yang paling dia suka jeruk buah2an Penang seperti pala, mempelam, kedondong, salak, betik dan sebagainya. Akak umpankan lah agar dia jamah bubur nasi dulu...lepas tu makan ubat....lepas tu kasi minum air zam-zam & makan kurma nabi yang Mak mertua Akak kirimkan. Makan bubur tu pun adalah dalam tiga empat sudu jer pun....itu pun kena suap....selebihnya..anak bujang Akak bedal licin! Lewat petang dia dah mula bercakap....badan pun dah kurang panas...sebab kita orang jelum dengan air asam. Muka dia yang pada mulanya macam bengkak pun dah surut sikit....tapi Akak pesan pada Mak Tam Akak supaya kasi ubat sekitar jam 8:30 malam lagi sekali.

Akak ajak dia balik ikut Akak ke Penang...dia tak nak...nak tahu tak kenapa??? Dia kata...dua hari lagi dia nak pergi rombongan ke Terengganu.....hehehe...dalam sakit2 tu ingat lagi tu nak turut serta rombongan pergi jalan-jalan Pantai Timur.....okaylah Mummy Ku Sayang.....buatlah apa pun..janji Mummy kena sihat dulu! dalam 6:30 petang Akak drive balik dengan Nizam , Reena tak ikut sama sebab sibuk study for exam. 

Pagi ni Akak dah call tadi...dia dah bangun makan...dah semakin sihat..Syukur Alhamdulillah!Lega sikit....!
Okaylah ya...ini jer lah paparan untuk hari ni....sebab semua kerja kat rumah ni masih bertangguh lagi....jadi hari ni Akak kena betul2 fokus untuk cuba selesaikan semua timbunan kain baju yang semak samun kat rumah ni....



For breakfast.....itu jer lah!



For Lunch pulak dadar & ayam masak merah sos tiram.....

For now I have to go.....sempena hari Guru hari ni Akak nak panjatkan doa buat semua guru di seluruh dunia agar sentiasa diberkati Allah kerana telah menjadi tenaga pengajar dengan menyumbangkan segala ilmu, mendidik dan mengasuh ramai umat di dunia ini agar terus maju dalam apa jua bidang yang diceburi...AMIN! Semoga para guru yang pernah mengajar Akak dan suami serta anak-anak Akak dapat menghalalkan perkongsian ilmu dan tiada yang mampu Akak hadiahkan hanyalah DOA yang tulus Ikhlas dari hati kecil Akak yang paling dalam....Amin!

SELAMAT HARI GURU!