Adakah ini satu Tabungan???

Monday, April 9, 2012

Udang Goreng Lada Hitam

Assalamualaikum.... dah bersarapan ke belum??
Harap-harapnya sudah lah ye! Dah lewat ni!

Hari ni Akak masak udang goreng aje pun....senang sikit....buat hidangan tengahari dan bekal Hubby gi kerja tadi. Akak memang suka buat menu yang ringkas aje...sebab pagi-pagi..terkocoh-kocoh kat cerok dapur memang berpeluh....otak lak kena ligat jer dok fikir nak campak apa lah lagi dalam kuali tu.

Tak nak lah bebel panjang-panjang....banyak lagi nak kena Akak uruskan ni...karang sedar tak sedar dah nak kena gi menjemput anak dara tu balik dari sekolah. Jomlah kita layankan menu untuk tengahari ni ya!


Menu untuk udang ni senang sangat-sangat...Layankan ajelah...buat rujukan generasi yang kan datang...terutamanya anak cucu Akak lah kan....!

Resepi : Udang Goreng Lada Hitam

Bahan-bahan:
  • 300 grm Udang saiz sederhana(digaul garam dan kunyit)
  • 2 -3 ulas Bawang putih (ditumbuk)
  • 2-3 ulas Bawang merah (ditumbuk)
  • 1 sudu kecil serbuk Lada hitam -lebihkan jika mahu
  • 1 inci Halia (dihiris tumbuk atau hiris halus)
  • 1 labu Bawang besar (dihiris bulat-bulat)
  • 1 -2 tangkai Cili merah (dihiris)
  • 1 - 2 tangkai Cili hijau (dihiris)
  • 4-5 biji Cili api diketuk-ketuk/ hiris nipis (lebihkan ikut citarasa masing2)
  • 1/4 cawan minyak masak
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. Tumis kesemua bahan tumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan udang. kaup balikkan.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, cili api, halia , bawang besar dan hirisan cili.
  5. Gorengkan sebentar hingga bawang bulat tu layu.
  6. Perisakan dengan sedikit serbuk ikan bilis jika mahu.
  7. Angkat & hidangkan.











Hidangan macam ni tak menjemukan....ringkas dan mudah! Cubalah!


Di samping tu Akak cuma sempat buat sayur taugeh goreng berkicap dengan tofu telur aje....untuk  peneman udang tadi dan ikan goreng bekal Hubby untuk ke pejabat hari ni. Kan Akak dah kata tadi menu sempoi-sempoi aje kalau kat dapur Akak ni.






9 comments:

Cendana Kasih said...

salam akak..sedapnyer lauk udang..kena plak ngan nasi goreng pagi tadi. Ada lagi tak?? hehe

hazila said...

Saya pun baru je buat udang masak lada hitam tapi tak sempat nak posing sebab malas...

wanita mutalib said...

AKAK!!!!!

INGAT ITA LAGIK TAK!!!!???

akakkkkk...
apsal lama tak dengar cerita??!!!!

halahai..anak ita pun dah besar kak :))))

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam K.Watie..masakan udang ni klu mkn ngan nasi panas mmg sedap!
Mesti berselera HB akan menikmatinya :D

Watierman said...

Assalam Dik CK...nasi goreng dah lama habis...namanya pun untuk breakfast..kalau udang tu ada lagi..kita makan dengan nasi panas dah le!Boley!

Watierman said...

Assalam Dik Zila....ini pun dah nyaris tak snap dah tadi tu..tapi Hubby lak ingatkan..dah bergambar ke belum..tu yang main snap aje tu!Tak ada presentation..zoom dari kuali jer!

Watierman said...

Assalam Dik Ita...ingatttttt! mana nak lupanya...ermm mesti anak dara Ita dah besar kan...!!Entah2 dah nak dapat Adik tak?

Watierman said...

Assalam Dik Atie...menu simple aje dengan udang ni...sebab sibuk kan pagi pagi...boleh lah dari tak ada langsung nak dibekalkan ye dak!

Si Matatajam said...

Assalamualaikum, just blog walking .. Hope u can visit my page n follow me back. Tq. Anyway... Interesting blg:)