Assalamualaikum kembali bersiaran di penghujung petang Isnin....dah nak mencecah senja dan Maghrib pun dah dekat....Saja jer nak kongsikan menu juadah minum petang untuk anak-anak ....
Kebetulan nak menghabiskan stok Mission wraps yang ada daam peti hikmat tu....
Pada mulanya bercadang nak buat karipap sardin jer petang ni....tetiba teringat pulak stok mission wraps masih ada dalam peti ais....maka memudahkan lagilah kerja Akak...sebab inti karipap masa tu dah siap Akak buat pun!
Resepi Inti kari Kentang & Sardin
Bahan-bahannya:
- 1 tin sardin ditoskan sosnya.(Akak biasa guna King Cup)
- 3 biji kentang di potong dadu
- 1 labu bawang besar.-diracik halus
- 2 ulas bawang putih.-diracik halus
- 1 inci halia-diracik halus
- 2 biji limau nipis
- 4@5 biji cili api ikut citarasa masing-masing diracik halus
- 1 sudu besar serbuk kari ikan dijadikan pes
- Garam secukup rasa.
Cara-caranya:
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih,halia dan bawang besar
- Masukkan rempah kari dan tumis hingga naik baunya
- Masukkan cili api (atau boleh juga gantikan dengan cili kisar)
- Masukkan sardin dan kacau hingga hancur
- kemudian masukkan kentang dengan sedikit air
- Masukkan garam, perahan limau nipis secukup rasa
- Masak hingga inti sardin kering dan ubi kentang empuk.
- Angkat dan sejukkan.
Wraps tu Akak panaskan sekejap dalam pan TANPA minyak.....then letak inti dan gulongkan aje!
Panaskan sekejap jer pun.....
Banyak mana inti nak letak terpulang....kalau nak letak salad ke apa ke pun ikut suka& selera masing-masing....
Gulung kemas-kemas untuk mudahkan kerja nak hidangkan atau pun di makan....
Kalau tak nak potong pun okay jugak.....sebab Nizam makan seketol tu terus aje....tak dipotong pun! Malahan bukan setakat seketol..tapi 3 ketol tau tak???
Inilah bungkusan Mission Wraps yang Akak gunakan...kalau berminat sila ke JUSCO untuk dapatkan bekalan anda.....promosi percuma dari Akak......Cubalah!