Adakah ini satu Tabungan???

Monday, August 24, 2009

Salam Ramadhan Al Mubarak dari Akak Sekeluarga Buat Semua Pengunjung!

Salam buat semua pengunjung.....selamat menjalankan ibadah puasa dan amalan yang akan meningkatkan lagi keberkatan & kemulian hidup kita sempena bulan yang membawa seribu keberkatan dan rahmat dalam hidup kita semua, Amin!


Di sempatan ini....jutaan terima kasih akak ucapkan buat semua yang telah mendoakan kesihatan Mil akak. Syukur Alhamdulillah... Mak dah kembali ke rumah tetapi masih lemah untuk menunaikan ibadah puasa buat ketika ini kerana perlu mangambil bekalan ubat-ubatan bagi kesembuhan sepenuhnya. Buat masa ini Mak masih belum dibenarkan menjalankan kerja harian dan perlu mendapat rehat yang total.


Akak juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat semua yang meninggalkan komen di ruangan ini....dari seluruh pelusuk dunia...tidak mengira bangsa dan agama kerana terus memberi kata-kata semangat dan ucapan serta doa buat Mak khasnya dan Akak sekeluarga. Tidak lupa pada adik Maz yang berada di Riffa, Bahrain yang bersusah payah menghantar SMS bertanya khabar Mak dan Akak sekeluarga dengan bantuan Eja.Terima kasih yer Dik!

Ramai yang menjemput Akak untuk berkunjung ke ruangan mereka untuk kad dan ucapan Ramadhan....untuk itu akak dengan besar hati akan meluangkan masa untuk tujuan tersebut.




Kad dari Ieda yang kat atas ni.....akak terima dengan tangan terbuka.....semoga Ieda dan keluarga selamat mengerjakan ibadah puasa dan segala urusan dipermudahkan nya.Amin!


Kad di atas ni dari Kak e yang sangat mulia hati dan luhur hatinya...sangat mengasihi dan menyayangi kucing....juga hebat dalam memasak terutama membuat kek yang sangat mengagumkan...moga Ramdhan ini membawa rahmat dan keberkatan dalam hidup kita....AMIN!


Kedua-dua kad di atas ni dari As yang berada di New Zealand....yang sering sampai ke blog akak pagi2 lagi....terima kasih yer As....moga bulan ini membawa rahmat buat kita semua.....AMIN!


Dua kad di atas ni pulak dari Jieda....yang akak tahu hobinya juga membaca novel....jadi kalau perlu bahan bacaan menarik...akak akan selalu ke blog ni untuk bahan2 bacaan semasa....terima kasih Jieda.


Kad di atas tu dari Aziemas....A....yang juga dikenali sebagai ustazah Azie kat selatan tanah air....terima kasih Azie....akak masih lagi kagum dengan agar2 lapis pelangi tu.....terima kasih dan halalkan ya....moga kita semua mendapat keberkatan darinya...Amin!



Kad di atas ni pulak dari Zana nun di selatan tanah air....yang sangat kreatif dengan resepi yang memikat kalbu.....terima kasih kerana kiriman kad ni dan moga zana sekeluarga juga dipermudahkan segala urusan olehnya, Amin!


Salam Ika dan terima kasih atas pemberian kad ini...Ika ni seorang Adik yang berada di Thailand....bersama suami tersayang dan cahaya mata mereka yang tiga orang tu....Akak doakan Ika juga selamat mengerjakan ibadah puasa di sana.


Kad Ramadhan yang berwarna biru kat atas tu dari Sue....yang akak selalu usik ...sangat rajin dan aktif...berdokong berkelek dengan anak kecil tapi masih mampu melaksanakan tugasan sebagai suri rumah dengan baik....akak Tabik Sue....kalau ada terkasar bahasa...melawak yang berlebihan maaf yer Sue...tak ada niat apa2 pun....moga Sue sekeluarga selamat menunaikan ibadah puasa dan segala urusan dipermudahkan olehnya ....Amin!


Salam Buat pengirim kad di atas tu...Amy Cik Mek Kelate yang dah bermastautin di Germany...dan akan pulang bercuti tidak lama lagi....dengan suami tercinta....terima kasih akak ucapkan....maaf yer Dik terlalu banyak aral kebelakangan ni tak sempat akak nak membuat sebarang checking tentang hotel2 di Penang...walau bagaimana pun moga segala urusan dipermudahkan olehnya untuk Adik nanti....terima kasih dan maaf sekiranya akak tidak dapat menunaikan harapan Adik....sempena coti2 M'sia adik yer....panjang umur insyaallah kita kan dipertemukannya!



Salam Mizan...pengirim kad di atas ini merupakan seorang adik yang baru akak kenali tapi dah rasa macam lama jugak akak kenal dia....terima kasih yer Mizan...macam mana puasa di Paka, Terengganu?
Kad di atas ni dari seorang guru muda yang sangat akak senangi dengan pekerti nya yang mengambil berat hal keluarga terutama orang tuanya...moga Cikgu mendapat keberkatan dan dilimpahkan rahmat dari Allah kerana menjadi seorang anak yang baik dan menjadi pembimbing generasi yang akan datang...AMIN!


Kad di atas ni dari Wanita Mutalib....terima kasih Wa....akak doakan moga akan bertambah rezeki dan keberkatan di bulan yang mulia ini....moga beroleh cahaya mata tidak lama lagi...Amin!Terima kasih untuk kad dan ucapan.


Kad biru romantik ni pulak dari Leen di Skudai Johor....terima kasih yer dan doa akak Leen juga akan selamat melahirkan....moga dipermudahkan segala urusan...dan mendapat keberkatan darinya...Amin!


Kad berbunga Ros yang cantik di atas tu dari Dayang Jack....yang sangat rajin dan bijak menghasilkan resepi masakan yang berjaya menambat banyak selera....moga mendapat balasan dari Allah atas segala ilmu yang dikongsi dengan semua itu...terima kasih yer Dayang...moga Ramadhan ini membawa seribu rahmat buat kita semua ....Amin!


Kad ini datang nya dari Hana yang berada di Kanazawa , Japan....sedang sarat mengandung....sangat kemas menguruskan rumah tangga....moga diperkenankan doa untuk seorang puteri kali ni sebab Hana ni memang TERAMAT rajin memasak dan sangat cantik dan menyelerakan persembahan hidangan yang di sajikan...bertuah Hamzah....! Terima Kasih dan semoga segala urusan dipermudahkannya buat kalian yer!


Kad di atas ni dari Kak Ina kl yang sangat Watie segani dan kagumi....sentiasa mengisi masa yang terluang dengan aktiviti yang pelbagai...Watie rasa tepat jika panggilan Super Mom buat Kak Ina, terima kasih yer kak Ina untuk kad ini...Watie juga turut mendoakan agar Akak juga dipermudahkan olehnya segala urusan....Amin!



Kad dan gambar di atas ni dari Ros di Tokyo yang memang terkenal sebagai Tokey Roti....adik ni lemah lembut dan sangat rajin orang nya.....terima kasih yer Ros...akak juga sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Ros sekeluarga.


Kad yang di atas ni pulak dari Mimi atau lebih dikenali dengan Chik Mi....ni dekat je dengan rumah akak...tapi belum bersua muka....Mimi kat Sg. Ara mesti selalu lalu lalang depan rumah akak kat Bukit Jambul....Insyaallah....akan tiba masanya kita jumpa juga kan Mimi....Terima kasih atas pemberian kad ini .


Kad yang di atas ni pulak dari Nor dari Terengganu....seorang suri yang sangat Akak kagumi kerana diberikan Allah bakat yang besar dalam bidang masakan dan menjadi suri mithali...yang menjadi ikon pada ramai yang mengenali beliau. Dikurniakan anak2 yang ....menurut pendapat akak semua ibu bapa inginkan....memang akak yakin Nor berjaya membentuk sebuah keluarga contoh mengikut amalan Islam yang sepatutnya...Amin! Tahniah Nor...dan terima kasih untuk kad yang cantik ini!
Kad di atas ni pulak dari adik Lyana yang berada di Lunas...terima kasih Lyana kerana sudi memberikan kad yang cantik ini....moga kita sama-sama dipermudahkan segala urusan dalam menjalani ibadah Puasa kali ni...Amin!


Kad di atas ni dari Mr. & Mrs. Faiz (Ijan) dari Blog Resipi di Finland yang sedang menunggu kelahiran putera sulong mereka. Moga dipermudahkan segala urusan buat kalian yer!


Kad ini dari Maria di Borneo, asal dari Kedah ni.....sedang di peringkat awal kehamilan yang ketiga...moga tabah menjalani ibadah puasa di samping keluarga tersayang...





Kad dua keping di atas ni pulak dari Ayu Singapore.....ni rakan blogger yang akak selalu usik...pemalu orang nya...in person...but di alam maya ni Ayu is just another friend yang suka usik mengusik macam dah bertahun2 kita kenal...Thank you Ayu for the wishes...hope segalanya akan di permudahkan olehnya buat kita semua,Amin!

Buat Semua.....Selamat berpuasa dan moga ibadah kita diterima olehnya, Amin!




*.*

3 comments:

sharamli said...

uish..byk t0l..slamat berpuasa jugak wat akak sekeluarga

myQza said...

uwaaaaaaaaaaaaaa!! Rasa terpukul betul.. sebab saya tak pernah amek award atau kad :( pemalasnya umangggg ai... !

selamat kembali kakrina

Watierman said...

Salam Sha....selamat berpuasa untuk Sha sekeluarga...org memberi kita menerima...

Salam tedi...wah Dak utih berkomunikai dgn kak rina ker???Ni mama dia ni korang dah lupa ke???Salam Ramadhan buat Tedi & gang...