Adakah ini satu Tabungan???

Sunday, August 16, 2009

Daging Paprik...untuk Sunday Lunch

*.*


Again ...a simple dish on Sunday....for a simple life.....no hectic on Sunday okay!


Enjoy cooking....something as simple as "Daging Paprik"......kind of a simple throw in the big wok......haha...








Let's share the recipe....shall we?....

Bahannya:
  • 1/3 kilo daging (batang pinang) dipotong kecil2
  • 1 batang lobak merah dipotong sesuka hati
  • beberapa batang kacang buncis dipotong anggaran 1 inci
  • 1 biji kentang dipotong memanjang...nipis
  • 1 biji cili merah dipotong sesuka hati
  • 4 biji cili api diketuk
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 2 batang serai
  • beberapa helai daun limau purut
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap soya
  • 3 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • beberapa ulas bawang putih untuk menumis
  • sedikit air untuk kuah
  • minyak masak untuk menumis

panaskan minyak...dan tumis bawang putih.
masukkan serai...dan kacau hingga wangi, diikuti dengan daging dan dikacau lagi
bila daging agak2 separuh masak....masukkan lobak merah & ubi kentang...kacau sekejap
masukkan kicap, sos tiram, sos tomato, sos cili...& sedikit air....kacau & biar mendidih
Masukkan baki sayuran dan kacau lagi
masukkan daun limau purut, bawang besar....dan cili...kacau sekejap
bolehlah ditutup api
Siap untuk dihidang!









*.*

No comments: