Salam Ramadhan....di hari ketujuh kita berpuasa....dah hari Jumaat yer hari ni!
Cuaca di Penang masih lagi sejuk....dengan hujan yang turun tak henti-henti kebelakangan ni.....kalau tarik selimut sedap ni!...hihihi!
Mai kita tengok apa juadah berbuka puasa akak sekeluarga semalam pada hari keenam kita berpuasa.....
Lepas tu called back my husband and explained to him he said ....Insyallah after berbuka will have to drive to Kulim to visit him.
Dengan bantuan anak dara kecik tu....maka terhasillah....
Bahan-bahan:
- 12 keping roti gardenia dipotong kecil-kecil
- 4 biji telur
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula pasir
- 2 cawan susu segar/susu cair/air (akak guna susu segar)
- 1/4 cawan choc chips/ kismis (optional)
- Panaskan oven pada suhu 180 darjah
- Blend semua bahan kecuali roti & choc chip/kismis
- Tuang adunan kedalam roti & choc chips & kacau rata
- Sapukan butter pada loyang dan tuangkan adunan tadi
- Bakar selama 30 -45 minit....ikut suka kadar kerak yang diinginkan....jangan hangus dah!
Lepas solat Isyak Akak sekeluarga terus berangkat ke Kulim, actually rumah Pak Ngah akak di Terap, atas dari Sungai Ular ...on the way ke Serdang....dengan keadaan hujan dan jalan yang berliku-liku tu.....mengambil masa juga...tiba lebih kurang jam 9:40 malam dan kami balik dan tiba di rumah sekitar jam 12:15 tengahmalam!
Keadaan Pak Ngah stabil...just that dia menahan kesakitan bila batuk kuat....dan tidak berselera menjamah sebarang makanan....bubur lambok tu akak bawa sikit untuk dia...pun dijamahnya cuma 2 sudu! Menurut Mak Ngah akak dia dah cakap merepek-repek sejak beberapa hari kebelakangan ni...antaranya...Aku nak balik rumah jalan kaki....tapi kenapa jauh sangat ni...tak sampai-sampai lagi!
Sama-samalah kita doakan agar Allah memudahkan segala urusan buat Pak Ngah sekeluarga dan Moga Allah memberi kesempatan untuk Pak Ngah menjalani pembedahan nanti....Penyakit kanser paru-parunya disyaki telah menular ke bahagian pinggang....