Adakah ini satu Tabungan???

Wednesday, October 7, 2009

Roti Sosej & Chocolate Brownies

*.*

Salam semua....yang telah mendoakan kesihatan kami sekeluarga....alhamdulillah....hari ni semua dah kembali ke sekolah dan berkerja seperti biasa......Cuma badan akak ni aje yang rasa seram sejuk macam nak demam pulak....Kejap lagi nak kena telan Panadol cepat sebelum melarat ke demam pulak....

Semalam hari yang sangat sibuk.....sebabnya bukan setakat budak-budak tu demam....kereta Abah dia orang pun demam...dari office lagi dah buat perangai.....sampai kena tow dengan AAM ke garage mechanic hari Isnin malam tu!....Alhamdulillah semalam pukul 11 malam mechanic dah hantar balik kereta ke rumah. So pagi ni semua dah boleh ke sekolah dan kerja....Bila semua ada kat rumah.....banyak betul kerenah dia orang...yang budak baru nak baik demam tu pun....banyak betul....agenda dia....

Since semua ada kat rumah...dan kereta lak masuk workshop.....dari pagi lagi ada yang nak makan bun sosej lah...nak brownies lah....mulanya malas nak layan....tapi budak tu kan baru baik demam....!!

So kesibukan semalam buatkan Akak tak sempat nak jenguk blog akak....lagi pun ada saja aktiviti dengan dia orang kat rumah....

Apa-apa pun jom layan gambar acara meroti ni dulu.....ni resepi dari Yani Taukeh MYR yang akak selalu guna...






















So ini juga lah juadah sarapan pagi dan bekal mereka yer untuk pagi ini.....


Akak mohon copy & paste resepi Yani ini untuk rujukan Akak kemudian hari yer....harap Yani tolong halalkan yer.....terima kasih daun keladi....nanti Akak nak guna resepi ni lagi.....

Bahan-bahan

  • 120ml susu segar-akak panaskan sekejap
  • 50g telur(Akak guna sebiji telur)
  • 300g tepung roti
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula
  • 60g butter-suhu bilik
  • 11/2 sudu kecil dry yeast
  • 12 btg sosej-direbus atau di panggang sebentar. Toskan.

Cara-cara

1. Masukkan tepung roti, gula, garam. Gaul sebati dan masukkan pula yis kering dan telur.
2. Masukkan pula susu segar dan kacau sebati sehingga doh kenyal dan licin. Masukkan mentega dan uli lagi 5-10 minit.
3. Tutup dengan cling wrap dan naikkan sekali ganda.
4. Apabila doh telah naik sekali ganda keluarkan dan tumbuk untuk mengeluarkan angin.
5. Bahagikan doh kepada 12 bahagian(terpulang pada saiz yang diingini).
6. Rehatkan 10 minit.
7. Setelah itu gentel satu doh menjadi bentuk panjang lebih kurang 30 cm.
8. Lilitkan doh pada sosej dan buatlah sampai habis.
9. Naikkan roti hingga menjadi sekali ganda..lebih kurang 45minit-1 jam.
10. Bakar pada suhu 180C selama 12-15 minit bergantung kepada oven masing-masing.



Sambil tunggu roti tu mengembang...akak buat adunan untuk brownies....ni request dari anak dara kecik tu.....













Resepi Moist Chocolate Brownies ni dari gerobok Hana yang sedang berpantang di Nihon....Terima kasih yer Mama si Darwish.....

Hana Akak mohon copy & paste yer resepi ni untuk rujukan Akak...sebab rasanya yang enak bangat!!!..

Bahan A (sebatikan)
  • 1 cawan susu cair (Akak guna susu segar) -
  • 1 cawan air panas
  • 2 cawan gula perang

Bahan B (diadun sebati)

  • 2 biji telor (gred B)
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan C (diayak)

  • 2 cawan tepung
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara

  1. Pre-heat oven pada suhu 175 C selama 10 minit.
  2. Sebatikan semua bahan A.
  3. Tuangkan pula bahan B dan kacau.
  4. Masukkan bahan C dan kacau hingga sebati.
  5. Alaskan loyang 10 x 10 inci dengan kertas minyak dan tuangkan adunan ke dalam tin. Bakar selama 40 - 45 minit.
  6. Sejukkan dan tuangkan bahan topping di atasnya. Biarkan sebentar sebelum dipotong kecil-kecil.

Chocolate Topping

  • 250 gm cooking chocolate
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu teh susu cair (fresh milk)

Cara-cara

  1. Cairkan cooking chocolate dengan kaedah double-boil.
  2. Kemudian masukkan butter dan kacau sebati.
  3. Masukkan susu cair dan kacau. Sedia untuk digunakan

Dan untuk makan tengahari.....cuma buat nasi goreng tomyam.....dah penat....






*.*

12 comments:

sharamli said...

nak..nak...
0rg xmkn ap2 p0n lgik pg ni

Precious said...

Nampak sedap tu. Tapi nak membuatnya yg kurang sedap. Hih hiii ... pemalas betul ler haku ni yer! Malu ah!!

Watierman said...

Sha...nape lambat...dia orang dah bawa bekal..dan makan pagi...dah habis...bronis ada la lagi...nak???

Watierman said...

Salam Queen..buat la..tak susah..ingat susah...godek2 jer...lagi senang dari wat kek..haha..cuba lah!

kucingorengemok said...

i've given up on buat roti... maybe cuba balik kalau ada orang hadiahkan bread maker, hehe

Watierman said...

Dah jangan nak ngada-ngada....akak tak ada BM yer..guna tangan jer untuk menguli yer KOG...tak susah...perlu sabar aje!!!

sI tEDI said...

aduhai... nampak macam senang je buat roti tu..

pernah buat brownies sekali jek... ekekekekke
walau rupa x cantik.. rasa boleh thn. ekekekee

akak ada cutter die ke.. canti je potong2 tu

Watierman said...

Salam Tedi ..tak de cutter lah..main potong guna pisau potong roti..haha..berselebet jer..canti hape!

Mawar Merah said...

Hmmm...yummy...yummy...tengok Brownies tu kecuq ayaq lioq ku....

azuan said...

nak jugak hehe..

blogresipi said...

Adehh... semua sedap nie kak...akak jgn lupe mkn ubat tau.karang akak pulak yg demam..

Watierman said...

Salam Mawar Merah...nak bronies ada sikit lagi tu ha...kalau rajin wat sendiri sedap !!! Nak kena wat lagi ni utk jamuan sekolah Reena esok.

Azuan pun nak...maih ...Bonda letak dalam tupperware..boleh?

Ijan....Tq..Akak dah makan ubat dan bersantai sepanjang hari...hari ni dah okay....