Adakah ini satu Tabungan???

Thursday, October 22, 2009

Chocolate Butter Rolls & Mini Sosej Bun

*.*

As Salam semua...kembali bersiaran...dengan juadah yang disediakan untuk minum petang semalam dan sarapan pagi ini.....(senang kerja....untuk makan pagi..petang semalam dah ready...ni kes mengelat....bukan curi tulang...curi masa pagi2...agar kurang stress...hahaha...opis hour akak awal loooo pukul 5 tiap2 hari mana ada jalan....korang ada yang masih berdengkur!!!....Tambah yang manja2...ada mak dan bibik buat kan.....)


Wah dah mula nak bebel la tu.....tak....kita pendekkan bebelan yer...dah jangan dok cebik mulut cam tu kat Akak....Akak nak tepek gambor ni jer...lepas ni akak chow....gi basuh & sidai kain...dan mengemas....& masak untuk lunch....untuk anak2 lak...tadi pagi untuk hubby....okay...setuju....





































Akak juga buat satu lagi adunan untuk mini sosej bun....ni guna resepi Yani...yang akak selalu buat...just kecikkan size sosej jer...resepi klik disini atau di sini.



















Untuk Butter Cream Rolls ni...resepi untuk rolls tu actually idea asal dari Yani yang buat Cream Cheese Rolls..di MYR....tapi akak olah sebab akak tak ada Mr . BM....akak uli dengan tangan jer...sebelum ni akak dah pernah buat sebelum zaman berblog...tapi adunan dia cam lembik sikit so akak terpaksa tambah tepung segala...so this time akak olahlah.... yang nak refer direct...klik di sini.

Butter Cream Rolls (yang telah diolah..untuk uli guna tangan)

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 120 susu segar disuamkan
  • 200 tepung roti
  • 50g tepung gandum
  • 1 sudu besar butter
  • 3 sudu besar gula halus
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil dry yeast

Cara-cara

  1. Campurkan susu suam dengan gula dan yis kering. Biarkan selama 10 minit (akan berbuih)
  2. Masukkan semua bahan yang lain dan uli hingga tidak melekit di tangan. Tutup dengan plastik. Biarkan adunan naik....Akak biarkan selama 45 min - 1 jam.
  3. Bila dah siap. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 12 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10-15 minit.
  4. Sementara tu, sediakan krim. Pukul semua bahan-bahan untuk krim sehingga jadi krim yg lembut. Simpan dalam peti sejuk sehingga nak digunakan.
  5. Ambik sebiji doh. Uli panjang 32-33cm. Kemudian lilit pada cornet. Buat sampai habis.
  6. Bakar dengan suhu 180C selama 15 -20 minit. Kemudian sejukkan di atas redai.
  7. Bila roti dah sejuk. Bolehlah paipkan krim ke dalamnya. Hiaskan dengan coklat rice.

  • ~~~~Chocolate Butter Cream~~~
  • 1/2 cawan vegetable shortening
  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 4 cawan gula icing
  • 3 - 4 sudu teh susu pekat
  • chocolate rice secukupnya(optional)

Caranya:

  • Pukul shortening dengan butter sampai kembang
  • Campurkan serbuk koko, susu pekat dan esen vanila
  • masukkan gula sedikit2 dengan kelajuan sederhana sampai kembang
  • Simpan dalam bekas kedap udara & sejukkan dalam peti ais
  • Pukul semula jika perlu sebelum digunakan.
(Sila abaikan butter cream akak buat semalam agak lembik sebab kehabisan shortening, dan serbuk koko...akak letak choc. emulco...)


Dan pagi tadi cuma goreng ikan sekor dan buat sambal udang untuk bekalan Hubby....for lunch!







*.*

10 comments:

Azura Suhaimi said...

Salam kak watie, pekabar akak? Lama x chat dgn akk kn, masing2 busy...rajin akk menguli nk sepiring leh?

indahhouse said...

Salam kak Watie,

Kak !! Thumbs up! Cayalah kak. Cantik roti siput. Nak, nak satu ketul...

Masa skolah, saya giler betul beli roti siput ni. oo, macam cara buat. puas saya pikir, camana la, diaorang buat lubang kat tengah. hihihi.
Persoalanku terjawab sudah. :)

ain said...

cayalah kak tie meroti ngan tangan aje. sy pernah try buat gak, tak jd la kakk!! frust..since then, no more lah. 2ggu ada BM je la. hihi

psst..mmg hari2 ke akak sediakan bekal utk hb??

niesz said...

yummy!akak ni...entry slalu wat niesz rase lapar tau..hihi..nk gak mkn nih!mmg nampak sungguh yummy!

myQza said...

aduhai kak.. jeels betul tgk akak men masak2 lah.. malam td sy try buat balik muffin tu ok sket dr hari tu.. ekekeke...

cantiklah roti tu kak.. macam siput ek..?

Love2cook Malaysia said...

Whoaaaa! Rajin sungguh KakWatie yer! Pagi2 dah buat brekpas tuk family. Cantik plak roti2 tuh! Ur family members r very lucky to have U la kak. As known, there's no joy than cooking for own family kan! ;) Okey Love dtg nak tapau nih...ada lagik tak kak???? :)

sharamli said...

c0mel...nak makan p0n rasa syg...heeee

Anonymous said...

teruja tgk roti akak tue.. tk tau pun buatnye gitu..hehehe...menarikk :)

Watierman said...

Salam Azura...lama betul yer kita senyap jer...Zura cuti lama juga hari tu...akak sibuk apa tah...Tq sudi jenguk akak yer...

Salam Nur...yer ke cantik roti siput tu..macam siputlah kan...tak kan cantik macam artis lak..hahaha..dah lama simpan acuan tu...takut karat sebab tak digunakan..hihi

Yer la ain..selama ni akak uli2 guna tangan korang tak perasan yer...mana lah ada Mr BM...tak nak lah beli..karang akak jarang buat pulak kalau dah adakan...rugilak ..

Salam Kak Ham..betoii guna tangan....yang dah keras kematu ni...tu yg gebus tu..hahaha..

salam Niesz..lapar...jenguk2 selalu..akak cuba laparkan lagi...cuba aje..kijam gak akak kan!!..gurau le...

Salam tedi...jeles yer..wah dah wat muffin senyap2 yer..akak nak buat lagi..bawa balik kampung ...

Hi Love ...Okay le tu Love nak berapa..bawa bekas tak???


Sha...sebab sayang nak makan ..tengok jer lah....akak mamam dulu..


IJan....teruja....macam akak teruja teruja..tgk blog ijan ke..at least dah tahu kan asal usul roti tu wat cam na..you learn something kan!!Mikael..ini siput yang boleh makan pagi2...petang2...sedap tau!!!

Alimaz-Kembara Terasing said...

sedapnyer kakkkkkkkkkkk...tapau kat saya sikit...