Adakah ini satu Tabungan???

Monday, June 21, 2010

Potato Wedges.....my style!!

*.*

Assalamualaikum....

Memanglah..hujan-hujan ni perut akan sentiasa minta di isi....jadi anak-anak asyik tanya....nak masak apa lagi Ma petang ni!!!....Bila tanya......Akak pun ligat berfikir apa yang sesuai untuk sesuatu yang cepat dan panas.....

Terpandang pada 6 ketol ubi kentang kat dalam raga di dapur.....

Dengan cepat ambik peeler......cepat-cepat kupas ubi tu......buat wedges jer lah!





 Akak main belasah jer buat wedges ni.....
Tapi kalau berminat nak cuba apa salahnya.....

Bahan-bahan:
  • 6 biji ubi kentang dikupas kulit
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 butir telur ayam dikocak
  • garam secukupnya
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili
  • 1 cawan bread crumbs
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
Caranya:
  • Potong kentang memanjang bentuk wedges
  • Masukkan tepung gandum, garam, serbuk cili dan lada hitam & sulah ke dalam beg plastik kecil
  • Masukkan beberapa potongan kentang ke dalam beg tersebut dan goncangkan
  • Keluarkan kentang dan celup dalam telur yang telah dikocak tadi
  • Langkah seterusnnya salutkan bread crumbs pada kentang
  • Goreng dalam minyak yang panas dengan api yang kecil
  • Biar wedges bertukar menjadi kuning keemasan.....toskan minyak...
  • Ulangi proses hingga semua potongan kentang habis....
  • Siap untuk disajikan!
  • Boleh dimakan dengan melted cheese...Thousand Island , sos cili, mayonaise...ikut citarasa anda!
  • Selamat Mencuba!



3 comments:

sI tEDI said...

tutup blog!! tutup mata!
malas nak tgk!!
uwaaaaaa!!
lapau!!!!

jane said...

bondaaaaaaaaa...hug me pleaseeeee

Sugarpink Icing said...

wedges one of my fav food in KFC, your version of wedges looks yumpssss!