Adakah ini satu Tabungan???

Thursday, June 3, 2010

Bengkang Ubi kayu @ Bingka ubi

*.*

Assalamualaikum & selamat petang semua.....

Alahai sekejap jer dah seharian kita kat dapur....yang di pejabat dah pun menalipon.....tentang rancangan lepas balik pejabat....Hrmmm....kerja kat rumah tak beres-beres lagi.....Mak aaaii..ni lah namanya kerja yang berterusan...tak ada kesudahannya....

Apa-apa pun jom kita layankan menu bengkang ubi kayu atau bingka ubi ni dulu ya.....


 


Kalau ada yang nak try...ni Akak tepek sekali lagi resepinya....


Bahan2 yang digunakan:
  • 1 ketul ubi anggaran 1 kg disagat (boleh juga diblend...tapi texture halus sgt)
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu garam
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 peket santan di campur dengan 1 cawan air
  • sedikit margarine atau butter
  • beberapa titik pewarna kuning

Cara-caranya:

  • Sagatkan ubi dan campur dengan 1 1/2 cawan air
  • Kemudian tapiskan, biarkan ubi tu dalam penapis selama lebih kurang 15 minit atau lebih
  • air tapisan dibuang.....tuang perlahan-lahan untuk sagu yang tinggal dilapisan bawah
  • campurkan sagu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk
  • masukkan gula, garam, dan beberapa titik pewarna
  • kacau...dan tuang santan sedikit2...sampai adunan menjadi macam bancuhan jemput2
  • sapukan loyang dengan butter dan panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas & bawah
  • Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci diameter
  • dan sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan
  • Bakar selama 1 jam hingga 1 1/2 jam...bergantung pada tahap kerak yang anda suka.
  • Bila dah sejuk....baru cantik dipotong....


Okaylah Akak nak kena masuk opis balik ni..ada tempahan masih belum siap untuk esok.....Buat apa???

Inilah yang menyibukkan Akak semenjak dua menjak ini.....tempahan yang mendapat tempat di hati pengemar kek lapis kukus yang Akak usahakan....secara kecil-kecilan.....





5 comments:

sI tEDI said...

cantik kuih bengkak tu kak. tak pernah cuba lagi.

indahhouse said...

salam kak watie,
hu, syahdunya tengok bengkang. kat kampung saya panggil beko ubi. kami kukus, makan ngan santan pekat. huhu, teringat...
Bengkang ubi ni dibakar ya kak? sedap nampak. tumpang sehiris kak. skali ngan kek lapis kukus...hihihi

ItaJeff said...

Salam..
tgk gambar je pun dah tau sedap..:)..tq again for the recipe...

Ummi said...

Watie..nak bingka ubi, naaakkkkkk, tak tahan tul dgn godaan Watie nih..kita malas tul nak parut ubi..hehee..tau nak makan je...masa pun x byk balik kerja..cuti mcm2 hal..lupa pulak..hahaha

♥LOVE2COOK♥ said...

Hi KakWatie, hru doing dearie??? ;)

Bingka ubi sikit, share with KakUmmi!

Dear, pls accept a Thank You card from love2cook ya! :D