Adakah ini satu Tabungan???

Tuesday, June 22, 2010

Kuih Lapis Keladi & Pisang

*.*

Assalamualaikum semua....

Kembali semula dengan resepi yang diolah berdasarkan resepi asal Chef Hanielieza. Menu hidangan kita untuk minum petang hari ni ialah Kuih Lapis Keladi & Pisang. Resepi rujukan Akak berdasarkan Kuih Lapis pisang yang dah ada beberapa rakan Bloggers membuatnya. Akak minta maaf Chef kerana menderhaka sebab pandai-pandai mengolah resepi asal milik Chef dengan lapisan perisa keladi pulak.

Akak memang sangat teruja bila tengok Blog yang buat entry kuih-kuih lapis...antara Otai-Otai yang sering menghasilkan kuih lapis yang sangat menggoda minat Akak ialah Yatie USA, Ika, Maz, Hana....CMG...ni antara yang boleh dikategorikan Sifulah...Ummi, dan ramai lagi....tak tersenarai di sini....

Kalau tengok hasil tangan dia orang ni melapis....boleh menitis air liur Akak...kagum dan sangat teringin nak menikmati barang sepotong dua....menu yang dipaparkan.....Jadi bila ada kerajinan Akak pun cuba-cubalah belajar melapis....bak kata orang putih..."Practice Makes Perfect!"

Jom kita lihat hasil lapisan Akak hari ni.....









Sesiapa yang ingin buat Kuih Lapis Pisang resepi asal....boleh rujuk dari Blog Yatie USA...Akak juga mohon izin copy & paste resepi  dan Akak olah mana yang patut...ya seperti paparan dibawah ini....

Kuih Lapis Pisang & Keladi

Bahan A
  •  2 cawan santan (akak guna 1 paket  santan serbuk Brand KARA + air = 2 cawan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu kecil minyak
  • 1 sudu teh garam
Bahan B
  • 1 cawan pisang emas - dilecek
  • 1/4 cawan air

Bahan C
  • 1/4 cawan air
  •  1/2 sudu kecil perisa yam/keladi
  • 1/2 sudu kecil yam paste
  • 1/2 sudu kecil pewarna purple
Cara Membuat
  • Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
  • Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
  • Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
  • Panaskan kukusan. (Sediakan loyang saiz 7 atau 8 inci yang digriskan dengan sedikit minyak.
  • Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
  • Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
  • Buat sehingga siap setiap lapisan
  • Semasa kukusan akhir, kukus lebih kurang 10 - 12 minit.
  • Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.



Kalau ada pengemar rasa dan aroma keladi dan rasa lemak manis pisang..memang patut try buat kuih lapis ni...Akak rasa cam boleh habis jer seloyang tu sorang....melampau betoi kan.....!!


 
 






*.*

5 comments:

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam kak...sedapnya....saya lipa makan nasik tengahari tadi...tengok kuih lapis akak terliur saya....

niesz said...

wa..1st time kak, niesz tau pasal kuih nie..2 in 1..hebat la kak!nk try la wat..

Kak Rose said...

menjejeh air liur tengok lapis keladi pisang tuh.... sabar2... tgh diet ni nnti dah abes kak rose nak cuba gak... masuk dalam list dulu ya...

izahdaut said...

lawo tu kak wati lapisnya..tangan seni buat apa pun nampak sedap dan cantikk.....caya la kak watie..

Yatie said...

Salam K.Watie,
Cantik dan kemas je kuih akak ni...memang sedap kuih ni...klau Yatie pun dekat seloyang Yatie mkn sendiri sbb sedap sangat...aritu Yatie buat 2 kali hari yg sama sbb tak cukup....
Kalau kuih akak punya ni rasa sayang nak mkn sbb cantik sangat kalernya...