*.*
Assalamualaikum semuanya.....
Dah minum petang ke belum? Akak baru jer layan anak-anak......Apa juadah minum petang ni......alahai Akak ni dah terkena demam melapis.....jadi mengolah mana-mana resepi yang ada.....mengikut kesesuaian bahan yang ada kat dapur Akaklah.
Mulanya pagi tadi Akak nak buat Kuih Seri Muka lepas menjenguk ke dapur Maz (Ilham Dapur).....sekali dalam resepi tu ada sebut air abu....mana pulak Akak nak cari bahan tu...kat rumah tak pernah beli pun...so selepas di belek-belek resepi2 yang terkumpul....dan dengan menjenguk ke dapur Yatie, Ika, Izah, Hana, dan beberapa dapur Otai yang ada....Akak pun memulakan operasi.....maka inilah hasilnya....
Terima kasih dan mohon halalkan perkongsian ilmu dari penyumbang resepi yang asal....tetapi telah Akak menderhaka mengikut keperluan Akak.....Ampun ya!
Resepi Pulut Sri Lapis
(di olah dari beberapa resepi yang ada sebagai rujukan)
Lapisan Bawah
- 2 cawan beras pulut - rendam dulu 30 minit
- 2 1/2 cawan santan (akak guna 1 paket santan serbuk Brand KARA + air = 21/2 cawan)
- 1 sudu teh garam
Cara-cara
- Satukan semua bahan-bahan dan kukus selama 30 minit (tutup penutup pengukus dengan kain/towel) - loyang tu kita alas dgn plastik wrap,supaya senang nak keluarkan dari loyang ***(Akak guna plastik yang buat alas nasi bungkus kat warung2 jual makanan tu..actually platik bekal Hubby)
- Selepas 30 minit tekan-tekan permukaan pulut dengan belakang cawan atau senduk atau spatula
Lapisan Atas
- 2 cawan santan (akak guna 1 paket santan serbuk Brand KARA + air = 2 1/2cawan)
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula pasir
- 2 sudu makan tepung beras
- 2 sudu makan tepung kastad
- 1 sudu kecil minyak
- 1 sudu teh garam
- beberapa pewarna yang di sukai
- (Kesilapan Akak jangan letak warna kuning dekat merah...tenggelam!)
- Campurkan semua bahan dan kacau sebati. Kemudian tapiskan.
- Sendukkan 1 cawan dari adunan ke dalam mangkuk dan warnakan dengan warna disukai
- Tuangkan adunan yang diwarnakan ke atas pulut dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
- Kemudian lapiskan pula 1 cawan adunan warna seterusnya dan kukus juga selama 8 minit.
- Buat sehingga siap setiap lapisan
- Semasa kukusan akhir, kukus lebih kurang 15-20 minit.
- Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.
Okaylah ya....Akak ni jenis yang tak suka pulut...so bahagian pulut pass dekat anak bujang Akak...Akak makan bahagian lapis jer....boleh lah kan!
Okaylah.....nanti ada kelapangan Akak berkunjung ke dapur korang ya....tertakluk pada masalah berbangkit ....kat dalam rumah ni.....Ni nak kena gi lipat kain baju pulak!
8 comments:
cAntik wrnanya kak ( cakapsambil telan air liur )
salam kak watie,
waduh2 kak... berseri2 kuih lapis. ada pulut pulak kat bawah, kombinasi yg menarik! saya pun takde air abu. itu yg tak tak berani buat. hihi...
Saya amik satu ketul buat minum ptang :D
Salam kak watie! waduhhh fev kita niii nak bwk balik buat cemil2 lepas buka nanti taw! macehhh!! cun lah! sama mcm kita keja nak melapis jerr! hihihi
tgk warna je da menyelerakan..warna2 malaysia..hihi..yummy2!
salam kak watie..cantik tertarik menarik!!
nak juga kak!
warnanay cantik sgt..xpernah plak jmpe mcm ni..bwh dia pulut atas kuih lapis..unik...
salam kak watie. cantik la pulut sri lapis akak. colorful!! mesti sedap!!
sib baik dah buat..klu tak..mau guling2 nk jgkkkkk...
Post a Comment