Adakah ini satu Tabungan???

Friday, June 18, 2010

Brownies Pandan Kukus.....ilham dari New Zealand!!!

*.*
Assalamulaikum buat semua!



Terima kasih buat Adik As di New Zealand dari Blog Nurkasih atas perkongsian resepi yang menarik ini....Akak mohon copy & paste resepinya di sini ya....buat rujukan di masa hadapan!


Brownies Pandan Kukus

Bahan-bahan 

  • Butter 190gm,
  • Gula Kastor 1 cawan, boleh kurangkan kalau x suka manis
  • Susu Cair 1/2 tin,
  • Telur 2 biji (dipukul),
  • Tepung Gandum 1 1/2 cawan,
  • Serbuk Koko 1/4 cawan,
  • Baking Powder 1/2 sudu teh,
  • Baking Soda 1/2 sudu teh,
  • Vanilla Esen 1 sudu teh,
  • Pewarna Hijau 1 sudu teh,as x guna, sbb dah guna pandan paste
  • Estrak pandan (kisar dari daun pandan)- as guna pandan paste jer
  • **Pastikan guna acuan panjang (loaf pan) supaya bila adunan pandan itu dikukus ia masak sekata...** - as guna loyang bulat shj..

Cara-cara

  1. Mula mula campurkan gula kastor,butter, susu cair dan esen vanila di dalam periuk dan jerang kan diatas api sederhana kacau sehingga gula dan butter cair. Kemudian biar ia sejuk (suhu bilik).
  2. Setelah sejuk masukkan telur dan kacau. Ayak 1 cawan tepung, baking soda, baking powder dan masukkan kedalam adunan tadi. Ambil 2 cawan dari adunan tadi dan campurkan dgn serbuk koko.
  3. Adunan yang selebihnya tadi dicampurkan dengan 1/2 cawan tepung,ekstrak daun pandan dan pewarna hijau. Panaskan pengukus. Lingsir acuan (greased)dan masukkan adunan koko tadi dan kukus dan tutup acuan dengan kertas timah agar air pengukus tidak masuk kedalam adunan. Selepas 30minit masukkan adunan pandan dan tutup semula dengan kertas timah.Kukus selama 30minit lagi. Dah siap..... Selamat Mencuba..






Untuk atasi masalah bahagian pandan yang kurang umph dengan tekak anak-anak Akak....begini caranya....




Okaylah.....sessi try resepi....selesai....

8 comments:

niesz said...

yummy2!kek da siap!mahu2..

myQza said...

amboi!

jauh tutntut ilmu buat brownies. ekekekkeke

nampak sedap.

ari ni say abuat binga roti. lama tak buat
habis dah

chekgu Bani Hassim said...

woahhh...

sblm bermandikan coklat tu nmpk kering je...
lepas bermandikan coklat, perghh...terliur...

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam kak...waaaaaaa nampak sedap tu saya tengah lapaq ni ,....

Softtouch [Hanim] said...

sedapnya..tp mcm ssh jer nak buat...he he he..

indahhouse said...

salam kak watie,
sesi menyimbah ganache.. hehe..
saya tak pernah buat brownies belang2.

MamaFaMi said...

Mesti ada Plan B kan Watie, kot kalau experiment kita kurang mendapat sambutan! Mamanya kenalah creative!

E-na Zarina said...

betul kata mamafami tu! mamanya kena berpusing ligat je kepala otak bila kat dapur kan kak...