Adakah ini satu Tabungan???

Friday, June 4, 2010

KUIH KETAYAP

*.*

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semuanya.....dah sarapan ke belum...???

Kalau belum ...jomlah kita sarapan sama-sama.....pagi ni buat juadah simple...nak cepat....jadi kena buat yang simple dimple kan! Hari Jumaat dah datang lagi.....esok keluarga berkumpul lagi....tambah-tambah pulak nak cuti sekolah...tapi anak-anak Akak tetap ada kelas tambahan sebab tahun ni nak exam....jadi rasanya macam tak cuti juga lah!!

Lagi pun jadi suri rumah ni...ada ke cuti???....Susah nak schedule cuti untuk suri rumah ni kan!!Ada saja ad hoc matters nak kena attend to!Pendek kata selagi mampu mengerakkan kaki tangan tu.....kira sihat lah...kecualilah kalau semput tercunggap-cunggap....kena sedut gas....baru bernafas lancar...ha...tu kira MC lah tu!!!

Dah...jangan di layan bebelan Akak tu sangat....makan ketayap lagi ada manafaat....kenyang.....telinga pun sihat........


Jom makan "kuih ketayap" sama-sama....sesetengah tempat...orang  panggil "kuih dadar" kan??




Kalau ada yang berminat nak buat Kuih ketayap@ Kuih dadar ni jangan lah segan2...senang jer...try ikut resepi ni...insyaallah.....anak suka.... ibu gembira..... Hubby bahagia!!!

BAHAN BAHANNYA 

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 cawan air
1/2 cawan air daun pandan
sedikit pewarna hijau
sedikit garam

BAHAN INTI

1 cawan kelapa parut putih sahaja
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 sudu kecil tepung pulut
sedikit garam

CARA MEMBUAT INTI

1. Masak gula merah dengan 1/2 cawan air kemudian tapiskan.
2. Masukkan gula pasir dan kelapa parut dan sedikit garam. 
3. Masak diatas api yang sederhana  dan kacau hingga sebati sambil di taburkan tepung pulut dan biarkan sedikit lembab.
4. Angkat dan sejukkan


CARA MEMBUAT KUIHNYA

1. Masukkan semua bahan dalam blender dan blend hingga sebati.
2. Panaskan non-stick pan,tuangkan satu senduk kecil adunan ini dan goyangkan kuali supaya adunan rata dan nipis.
3. Tutup non -stick pan sekejap atau sehingga adunan masak.
4. Bila masak angkat dan letakkan inti kelapa tadi.
5. Lipatkan bahagian kiri dan kanan, gulung dengan kemas.
6. Buat hingga selesai.

 Siap untuk hidangan!!!
Dan seperti biasa.....bekal Hubby Akak hari ni bertemakan daging.....bersambal.....
Moga Hari Ini Lebih Baik dari Semalam!!!~ Amin~



5 comments:

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam kak... sedapnya kuih ketayap..... akak sihat???? saya tak boleh dengar lagu nih... shahdu..... tapi suka dgr lagu nih walaupun tak leh dengar sayu ja....

Softtouch [Hanim] said...

sy pggil kuih ketayap jgk n kdg2 pggil kuih gulung....seperti biasa lauk hubby kak watie mmg sedap....


psst kak watie bahasakan diri tok mama tu cutelah..he he he..

indahhouse said...

salam kak watie,
yum yum...sedapnya kuih ketayap. teringinnya... sedap3x...

myQza said...

kenapa kuih ni mesti warna hijau???

ifah said...

sedapnya kuih ketayap.huhu.dah lama xmkn.blk kedah nnti confirm nk mkn.tp lmbat lg nk blk.huhu