Adakah ini satu Tabungan???

Thursday, June 17, 2010

Kek Batik Biskut Koko Puff

*.*

Assalamualaikum...jumpa lagi!!!

Walaupun sekejap cuma tapi nak juga abadikan resepi biskut koko puff yang dah di adunkan menjadi kek batik versi Akak ni ya!! Akak refer resepi Kek Batik Cik Mat Gebu...terima kasih CMG sebab contribute resepi ni yang senang untuk Akak jadikan panduan dalam mengolah resepi mengikut bahan-bahan yang Akak ada dalam stok! Memandangkan resepi ni Akak dah lama salin dalam diari masakan Akak ...jadi....tak dapatlah Akak nak link kan ke Blog Mat ya...!






BAHAN-BAHANNYA :-)
30 keping lebih biskut koko puff yang dipatah-patahkan
1/2 cawan mentega .Akak guna buttercup!
1/2 cawan gula (Akak letak 1/4 cawan jer sebab biskut dah manis!)
1/2 cawan susu pekat manis
1 camca teh esen vanilla
1 cawan milo
2 camca besar serbuk koko


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan mentega, gula, susu dan esen vanilla dalam periuk, masak atas api kecil sambil dikacau sentiasa hingga semua larut dan bersatu dan cair. 
  2. Masukkan serbuk koko dan milo & kacau hingga rata.
  3. Masukkan  biskut  koko puff. Gaul segera hingga semua bahan2 tadi bergaul mesra dan rata.
  4. Tuang dalam loyang kek yang telah di alas dengan plastik. Ratakan permukaan kek hingga rata. Sejukkan semalaman sebelum dipotong!



Cubalah.....guna jer apa2 biskut yang ada!!

1 comment:

Softtouch [Hanim] said...

kek nilah satu2nya saya reti buat..he he he..tp sy guna biskut marrie..