Adakah ini satu Tabungan???

Friday, June 4, 2010

Kek Lapis Kukus Chocolate Chips.....Tak ada Rahsianya!!!

*.*

Assalamualaikum Semua....

Ya Allah...tak ada niat di hati ni nak sembunyi apa-apa atau berahsia dengan sesiapa pun....cuma kreativiti yang buat ianya sedikit berbeza......dan khas untuk menjawab permintaan Ayu.....Akak dengan ikhlas hati....ingin berkongsi dengan semua.....resepi penghasilan kek lapis chocolate chips tu....




Kek Lapis ni terhasil dari olahan yang mengikut resepi asal milik  Kak Fida MYR.....Kek Lapis Kukus Hawflakes. Biasanya kita ambil resepi kita cuba jer kan....bezanya Akak terpanggil untuk mengolah mengikut citarasa anak-anak Akak di samping melapiskan mengikut bentuk dan saiz yang Akak cuba.....dan belajar dari pemerhatian dan kesilapan.

Maka semua ini cetusan idea dari resepi Kak Fida sebenarnya....dan Akak terhutang budi kerana resepi ini telah memberi Akak peluang berniaga secara kecil-kecilan selama ini. Jomlah kita kongsikan bersama .....khas buat yang ingin mencuba.....kerana ilmu ini adalah anugerah darinya.....semuanya dengan Izinnya jua!


Resepi nya.....
Kek Kukus Hawflakes (Versi yang telah diolah yer!)

Bahan-bahan ( loyang 10x7 ) Akak guna loyang bulat...4 segi tak muat pengukus le!

  • 5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
  • 225 g gula halus (1 cwn rata sahaja yg Akak gunakan)
  • 220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
  • 1 sk rata baking powder*
  • 1 sb ovalette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sk garam
  • 100 ml minyak masak (ni pun dah adjust akak kurangkan sikit)
  • 1 sk esen vanilla
  • chocolate paste untuk lapisan coklat
  • secukup chocolate chips untuk taburan

Cara-cara

  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,chocolate chips dan chocolate paste.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan tabur secukup chocolate chips dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan tabur chocolate chips dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  5. ***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.
  6. Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.
 Selamat Mencuba!






8 comments:

azuan said...

sedap dan mantap nie huhuu

Kak Rose said...

tq watie kerna sudi kongsi resepi..mmg betul ilmu yang baik elok dikongsi kerana ia adalah anugerahNya....sama2 kita belajar darinya.

indahhouse said...

salam kak watie,
wah...ini resipi eksklusif dari kak watie. nak salin jugak. tapi saya ni pemalas, hihi. Hm, bila nak rasa air tangan kak watie ya...

izahdaut said...

salam kak watie..dulu pun saya ada ngendeng resepi kek ni dengan kak watie..hikhik..akhirnye ada juge resepinya.sebab slalu tengok gambo nye memnag memikat hati untuk mencube...terima kasih akakku cayang....

Watierman said...

Salam Anakanda Azuan...wah..dah tak sibuk lagi ke??? Bila nak habis study ni??


Salam kak Rose...berkongsi ilmu tu kan dituntut...selagi diguna pakai..ada ganjarannya..tapi ilmu yang elok lah!!! hehehe...

Dik Nur....datang rumah.. air tangan apa nya...kita siap peluk2 lagi hehehe!

Maaflah Dik Izah ku cayang....mungkin Akak terlepas pandang kot...Maaf kalau buat Adik tertunggu-tunggu untuk berkongsi pengalaman ini...Shoutbox Akak tu pun kadang2 tak berjawab...mesti ada yang tak puas hati....komen box lagi lah....tak sempat....!!!Alasan..tapi kadang2 menag tak sempat betoi Dik!!! Ni pun kena cepat..Hubby dah balik....ajak tengok TV sama-2 kat depan...Akak kata sekejap jer ni!!!Sorry ya Izah...jangan kecik hati ya!

E-na Zarina said...

Salam kak watie...
waaa kena try buat ni..insyaallah..
kak guna loyang bulat saiz brp?

E-na Zarina said...

alamak kak chocolate paste tu camna yer? guna brp banyak? hihiii soryy kak so many Q...jgn mareeee

kucingorengemok said...

dari sehari ke sehari nak cuba kek sarang semut (/gula hangus) yang deris suka... tapi urat² badan kata nanti dulu, baring² dulu lepas balik kerja, hehe...