Adakah ini satu Tabungan???

Thursday, April 15, 2010

Tolong Panjatkan Doa Kalian .....Buat Si Kecil Ini!

*.*

Assalamualaikum bertemu kembali .....

Akak ingin memohon bantuan dari kalian.....demi anak kecil ini....yang kisahnya baru saja Akak baca dari Blog Dik Tedi....Kadangkala Diam Itu Adalah Lebih Baik  .


Kalau lah ini boleh dikira satu bentuk bantuan yang mampu Akak hulurkan....Akak mohon sangat-sangat.....agar marilah kita sama mendoakan untuk anak kecil ini.....


'Saya Mohon Belas Kasihan Dari Kalian'

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.
Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan.

Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.
2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.
Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian. (bersambung di bawah)

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.
Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim. 


Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.


Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kauasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.



Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU






Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha. Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan. Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak dinotak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat. Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.


Terima kasih buat kalian yang sudi meluangkan masa membaca paparan ini dan seterusnya....melakukan apa yang termampu...Moga Allah perkenankan segala doa dan usaha dari Hamba-hambanya...Amin!


NOTA: Terima kasih buat Dik Tedi dan juga Kella atas perkongsian ini....!


15 comments:

nas said...

ya allah kesian bila tgk baby kecil sakit..nas doakan baby ni sembuh n baik mcm biasa..insyallah semua ni allah yg tentukan..dulu anak saudara nas darwisy pun dapat sakit yg sama ketika kakak bersalin tp now alhamdulilah darwish sihat n cergas..

anis said...

sebagai seorang emak ttu saja sy berasa sebak n simpati dgn cikgu n bayinya yg comel ini. mudah2an dikurniakan Allah apa yg terbaik buat mereka. AMIN... moga ibu td redha n tabah dlm menempuh dugaan yg hebat ini.

indahhouse said...

salam kak watie,
bergenang mata saya. Besarnya harapan seorg ibu. Saya doakan kak Rohaiza tabah, dan anaknya, Nur Hannah dalam perlindungan Allah, diberi kesihatan dan kesejahteraan. Amin..

Anya said...

I cannot read it :(
I hope all is well with the baby!!!
Hugs Anya

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam kak watie..semoga ibu baby tue tabah selalu & kuatkn semangat...tp yg mengalaminya shj yg tau betapa berat sekali tuk menghadapinya.dari kejauhan nie atie panjatkn doa buat mereka sekluarga....

myQza said...

kakwatie,

bukan wang ringgit yg emaknya minta, tapi doa dan solat hajat serta bacaan ayat suci dr kita.

itu yg buat hati saya sebak!

semoga baby hana sembuh dan dapat menggembirakan hati ibu yg byk berkorban jiwa dan raga

salamdariborneo said...

saya pernah kerja wad kanak2 dulu,saya faham macam mana perasaan ibu hana.buat ibu hana,banyak2kan bersabar dan doa kami sentiasa mengiringi perjalanan hidup hana,semoga hana cepat sembuh.amin.

dZah said...

assalammualaikum....
sy amat bersempati dgn hana dan ibu....terhiris perasaan sy melihat gmbr2 hana 2....mudahan Allah mengembalikan kegembiraan dlm keluarga hana dan hana akan sihat seperti anak-anak yg lain cergas bermain dan membesar menjadi anak solehah, taat dan patuh perintah Allah serta ibubapa....Amin.....

kucingorengemok said...

semoga allah sediakan masa depan yang terbaik untuk hana

MamaFaMi said...

Semoga ibubapa Hana sabar dalam menghadapi segala dugaan. Semoga Allah memakbulkan segala doa-doa kami buat insan kecil bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi yang masih bersih dari dosa ini... amin..

Robaaiah said...

sebagai seorang ibu mesti terharu dan sedih melihat anak kecil diduga oleh Allah. Hanya Allah yang tahu bahagian sekecil. Harap ayah dan ibu sabar dan banyak berdoa pada Allah. Kami sama-sama berdoa untuk sekcil. Insyallah ...Ada bahagian untuk dia. Sabar ye......

HaSue said...

Sedihnya baca entri nih kak..harap ibu hana tabah dan cekal menempuh ujian dr Allah untuknya..semoga hana mendapat yg terbaik dlm hidupnya...

Ummi said...

Salam...Sesungguhnya melihat bayi ini buatkan akak sendiri rasa belas dan sangat2 insaf dengan ujian yang sedang dihadapi oleh baby Hana dan kedua ibubapanya...terasa sungguh berat bahu yang memikul...Apapun, diharap baby Hana dan ibubapanya tabah dan bersabar dengan ujian ini yang sudah tentunya ada hikmah dan rahmat di sebaliknya...Semoga insan2 ini tabah hendaknya..

hana said...

huhuhuuu syahdunyerr... berat mata memandang berat lagi bahu memikul! moga ada sinaran buat hana! Ya Allah perkenankanlah doa2 kami... aminnn...

ijan said...

Salam Kak Watie...
Berat sungguh dugaan untuk si kecil Hana... sedih sangat dengan apa yg berlaku dan dia terlalu kecil untuk semua tu.. Semoga Allah selamatkan bayi comel ini dan kurniaan ketabahan buat ibu nya... Semoga Hana dpt membesar dgn cergas dan sihat mcm bayi lain. Amin.