Adakah ini satu Tabungan???

Thursday, April 8, 2010

Karipap.....make it & Froze it!

*.*

Assalamualaikum.....

Selamat Pagi dan salam ceria buat semua.....tentu masing-masing sibuk dengan penyediaan juadah untuk sarapan pagi kan.....

Well to overcome that situation....Akak buat persediaan awal....seawal petang semalam....First.....sebab memang dah ada permintaan dan memang Akak dah plan jugalah....untuk buat Karipap pagi ni....tapi kalau bangun pagi ...ni baru nak potong ubi buat inti...nak uli tepung buat kulitnya....mengklim dan goreng pun....pagi ni....alamat tak tidur lah Akak....

Makanya....mestilah ada perancangan....cheewah....bunyi sikit punya gah...nak buat karipap 20 biji pun kena planning bagaikan "wedding planner" pulak! Well back to my "make & froze it" karipap....ni gara-gara kereta masuk bengkel sama....bukan apa takut bas sekolah tinggal anak2 akak...tak sempat lak budak-budak tu nak breakfast!(  Kena keluar tunggu bas 6:15 cam tu..... bas sekolah arrived at 6:30 a.m....gelap lagi....sian kan!)

Okay...okay....back to the main topic....the making of "my karipap".....Akak buat petang semalam.....dah siap tu Akak frozen kanlah!




Kalau ada yang berminat untuk buat karipap versi Akak ni.....di bawah ni Akak tepekkan resepi nya ya!Kali ni Akak buat inti ubi keledek dengan daging. (Actually resepi campak-campak jer!)

Inti :
  • ubi keledek di potong dadu (Akak suka kecil dalam 3 cm3)
  • sedikit daging di potong kecil & nipis (nak ground beef pun okay jugak)
  • 2 ulas bawang merah dimayang  halus (bahan tumis)
  • 1 atau 2 ulas bawang putih dimayang halus(bahan tumis)
  • 1/2 inci halia diracik halus(bahan tumis)
  • beberapa helai daun kari untuk tumisan & aroma
  • 1 atau 2 sudu besar serbuk rempah kari daging dibancuh dengan sedikit air
  • 1/4 - 1/3 cawan air (di masukkan sikit2...sehingga ubi empuk)
  • sedikit minyak untuk menumis(anggaran 2 sudu besar)
Caranya:

  • Panaskan minyak dan tumis bawang & halia serta daun kari
  • masukkan daging dan rempah....goreng sampai garing
  • masukkan ubi gaul sebati dengan bahan tumisan
  • masukkan air sedikit2
  • Kaup balikkan inti dalam kuali sehingga empuk ubi tu dan agak kering
  • Tutup api dan sejukkan inti sebelum di gunakan

Pastri atau Kulit Karipap :

Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar butter/margerine/shortening
  • air (campurkan sikit2...)
  • minyak untuk menggoreng secukupnya
Caranya:
  • Blend bahan2 untuk dijadikan serbuk
  • Tuang bahan kisar kedalam tepung
  • masukkan tepung, garam, butter dan minyak dan gaulkan
  • Masukkan air sedikit demi sedikit....sampai adunan boleh diuli & tak melekat di tangan
  • Uli sehingga lembut & licin
  • Akak buat bola2 kecil untuk mudah mencanai
  • Kemudian canai dan isikan dengan inti
  • tangkupkan dan klim di tepi
  • ulang proses mencanai dan mengklim sampai selesai
  • Goreng dalam minyak yang banyak
  • Bila dah garing angkat dan sejatkan
  • Siap untuk dimakan

NOTA :


  1. Kalau nak guna inti sardin ke inti serunding ke....apa2 inti pun boleh.
  2. Kalau tak nak inti pedas...gantikan rempah kari dengan rempah sup & rempah kurma pun boleh

Selamat Mencuba!


3 comments:

E-na Zarina said...

dtg ambik karipap frozen 2 tupperware..he he senang kije!

Watierman said...

E-Na....ada pun 2 bekas tu jer..dah goreng habis ..hehehe..sila beratur semula untuk tempahan berikutnya...hehehe...

Anonymous said...

salam akak, bahan kisar untuk kulit karipap tu yg mana?sori x faham. tp tertarikh tgk karipap akak...