*.*
Dan sekiranya ada yang berminat untuk mencuba.....Akak letakkan cara membuatnya seperti berikut.....kena agak-agaklah ya.....
KUIH KERIA
Bahan-bahan:
Untuk menyira:
Cara-cara:
2. Lecek ubi keledek.
3. Campurkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil menggaul dengan campuran butter dan menekan-nekan adunan agar bercampur.
4. Boleh ditambah tepung sekiranya adunan masih terlalu lembut tetapi dikira sesuai apabila adunan sudah tidak terlalu melekat di tangan. Jangan terlalu berlebihan menambah tepung kerana ini akan menjadikan keria keras. Adunan keledek dan tepung juga tidak perlu terlalu sebati bercampur. Cukup sekadar boleh dipegang dan dibuat gegelang seperti donut.
5. Gegelang keria yg sudah siap hendaklah di letak di atas dulang yg telah ditabur sedikit tepung utk mengelak dari melekat.
6. Goreng keria hingga kuning keemasan dan ketepikan.
Untuk menyira:
Okaylah....Akak dah lambat ni nak ke dapur untuk persiapan dinner pulak ni!
Assalamualaikum dan bersiaran kembali.....dah rasa kuat dan sihat selepas rehat santai sorang-sorang sepagi tadi.....puas bergolek dan menelentang.......
Berkat doa semua......Akak rasa cam dah sihat sepenuhnya.....dengan penuh semangat ni!!!
Petang ni just nak kongsikan menu Kuih keria jer pun....bukannya ada yang istemewa sangat pun!...Lagi pulak teringin pulak tengok breakfast si Tedi pagi tadi....dan kebetulan stok ubi keledek pun ada sikit tu....
Dah minum petang ke belum???...Eh dah lewat pun ...nak gi prepare dinner lak ni! Jomlah layankan menu tea akak dan anak-anak petang ni...
Mari kita capture the process....in the making ......
KUIH KERIA
Bahan-bahan:
- ubi keledek saiz sederhana
- tepung gandum
- secubit garam
- sesudu butter / margerin
Untuk menyira:
- gulapasir
- air
Cara-cara:
1. Keledek dibuang kulit, dipotong dan direbus hingga empuk.
2. Lecek ubi keledek.
3. Campurkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil menggaul dengan campuran butter dan menekan-nekan adunan agar bercampur.
4. Boleh ditambah tepung sekiranya adunan masih terlalu lembut tetapi dikira sesuai apabila adunan sudah tidak terlalu melekat di tangan. Jangan terlalu berlebihan menambah tepung kerana ini akan menjadikan keria keras. Adunan keledek dan tepung juga tidak perlu terlalu sebati bercampur. Cukup sekadar boleh dipegang dan dibuat gegelang seperti donut.
5. Gegelang keria yg sudah siap hendaklah di letak di atas dulang yg telah ditabur sedikit tepung utk mengelak dari melekat.
6. Goreng keria hingga kuning keemasan dan ketepikan.
Untuk menyira:
1. Masukkan gula dan tuang sedikit air sekadar membasahi gula(1 nisbah1 ~ 1:1).
2. Masak sehingga larut dan mendidih. Biarkan larutan berbuih sehingga keseluruhannya nampak keputih-putihan dan kelihatan bertali-tali jatuh apabila dilelehkan dari senduk.
3. Masukkan keria yg telah digoreng dan terus kacau sehingga gula mengeras dan berwarna putih. Padamkan api dan teruskan mengkaupbalik keria.
4. Segera keluarkan dari kuali dan hidangkan.

4 comments:
kak watie demam ka?maaf la x baca hrtu..harapakan akak cepat sembuh sepenuhnya..
wah! Keria. pakai gulapasir ek kak.
mak saya gula merah. keledek biasa.
he he he
terima kasih watie...dapat berkongsi resepi dengan kami pembaca blog watie. mami suka juga mencuba resepi watie, misalnya cucuk kodok, dan kueh keria ni..orang perak cakap, kueh gelang. mami suka dan akan bikin kueh ini bila ada masa nanti. ita ada ke ipoh dengan mami,,,dia suka makan, jadi mami suka juga masak untuknya. terima kasih dan salam persaudaraan dari mami.
Assalamualaikum....
Dik Solehah~ Alhamdulillah Akak dah sihat banyak dah ni....dah boleh merempit jugak la....tapi hidung dok sok sek...sok sek sikit jer lagi....
Dik Tedi...lain kali Akak nak try guna gula merah pulak..Akak memang suka gula merah tau!! Ubi keledek putih tu memang fav. tapi susah dapat stok...yang banyak dipasaran cuma keledek oren ni!
Kanda Robaaiah~ Alhamdulillah....dapat juga kita berkongsi ilmu memasak ni kan....tapi kadang2 tu ada jugak yang tak kena dengan tekak orang lain...jadi pandai2 lah Akak edit mana yang patut ya....sebab Watie pun main campak2 jugak bahan2 tu...melalui pemerhatian dan perkongsian serta pengalaman lalu....Amin....moga kita akan tersu bersaudara ya Kak hingga ke akhir usia!
Post a Comment