Adakah ini satu Tabungan???

Thursday, April 8, 2010

Spiral Pasta wif Penang Meat balls (not Sweedish) ....for my Kids....


 *.*


Assalamualaikum...& Selamat petang...


Wah kelam kabut sungguh....kalau kerja rumah tak habis-habis ni.....


Kata orang....pejam celik....pejam celik...sekejap jer masa berlalu.....ni tak sempat nak berkelip mata...dah pun petang......huhuhu.....


Sementara tu...ni baru berkesempatan nak masukkan entry pasta untuk lunch anak-anak Akak tadi ya....layan kan jer lah ya!





 Sementara tu layan kan juga the making proses tu ya!




Balik jer dari sekolah sampai tak sempat nak mandi dan tukar baju si Reena bila tengok ada pasta dengan meat balls........


Kalau ada yang nak try......

Bahan-bahannya:

  • 1 bungkus Spiral pasta....apa-apa jenis pun okay (akak guna brand San Remo)-500g
  • 1/2 kilo daging kisar ( akak guna brand Ramly)
  • 2 labu bawang besar diblend/cincang halus
  • 4 ulas bawang putih diblend/cincang halus
  • 1 biji tomato besar didadukan (boleh letak lebih kalau suka)
  • 1 tin button mushroom dihiris nipis
  • 1 botol besar pasta sauce (akak guna brand Prego)
  • 5 tangkai cili kering dikisar untuk dijadikan crush pepper
  • 2 sudu besar cili sos
  • 3 sudu besar sos tiram
  • garam secukup rasa
  • parmesan cheese untuk direnjiskan di atas hidangan(optional)
  • minyak zaiton

Caranya:

  • Mula-mula rebuskan pasta ..akak masukkan juga garam secukup rasa dan minyak zaiton lebih kurang 2 sudu besar.
  • Bila dah lembut...sejatkan sambil di lalukan dibawah air sejuk.

Untuk sediakan Meat Balls:
  • jemput & bulat-bulatkan daging hancur yang telah di gaulkan dengan lada hitam,sedikit garam, sos tiram, satu labu bawang besar yang dicincang halus, sebiji telur & sedikit mayonaise
  • goreng di atas non-stick pan tanpa minyak dengan menggoyang-goyang pan sesekali sehingga agak garing bahagian luar meatballs tersebut
Untuk Kuahnya:
  • Panaskan 3 sudu besar minyak zaiton di dalam periuk
  • Masukkan baki daging cincang
  • Kemudian diikuti bawang besar & bawang putih   dan kacau sampai agak garing
  • Tuangkan pasta sos dan diikuti dengan mushroom
  • Masukkan sos tiram, cili sos, garam dan sedikit crush pepper (akak letak 2 sudu kecil jer)
  • Kemudian masukkan meatballs tadi
  • Kacau perlahan-lahan bila dah menggelegak... masukkan tomato..kacau sekejap
  • Bolehlah ditutup api...sedia untuk dihidangkan
  • lebihan dari crush pepper tu akak guna untuk menabur atas hidangan...untuk rasa yang lebih pedas!
  • SELAMAT MENCUBA!




    5 comments:

    sI tEDI said...

    kak,
    sampai sekarang saya mmg tak reti nak makan pasta atau makaroni.

    spaghetti ok jek.

    walhal bukan susah pun nak makan kan.. masuk mulut kunyah telan.

    ekekekeke


    comel meatball akak! :)

    MamaFaMi said...

    Waduhhhh enaknya bukkkkk.... sepinggan boleh nggak?

    indahhouse said...

    salam kak watie,
    yum yum...lama dah tunggu. mlm tadi tak sempat hulur pinggan. ada balen2 lagi tak kak? :)

    Wanita Mutalib said...

    superb presentation :)

    a.z.r.i.n.a.03.07 said...

    Salam Kak Watie.

    laa..saya memang plan nak buat mcm ni weekend ni tapi guna makaroni je bukan spiral. stok tu jer ada..hehe..


    saya tak pernah buat meatball tu . mlm nnt insyallah saya projek..nak cuba buat.