Adakah ini satu Tabungan???

Thursday, February 25, 2010

Steak Fajitas versi Pratha Rolls

*.*

Assalamualaikum semua....Salam selamat sejahtera.....dah sarapan ke belum?

Ha...pagi ni kita jalan jauh sikit....kita pergi Mexico.....untuk dapat aura dari makanan dia orang....antara Mexican food yang Akak minat.... ialah Steak fajitas....dah lama tak makan...Akak memang suka sangat spicy food dia orang....dengan rasa ....spicy.....Anyway the idea is ...Steak Fajitas ni dia orang makan dengan tortillas tapi ini versi Akak lah yer...kita jadikan inti pratha rolls Akak.....

By the way terima kasih Beattey dari blog Gotcha kerana kasi idea untuk Akak nak buat pratha rolls ni....selepas skodeng kat blog Adik semalam....hehehe!

Actually untuk fajitas (sebutan faheetas) dia orang gunakan daging steak tu....tapi Akak cuma guna burger patties yang digrilledkan terlebih dahulu then di potong dan digoreng semula.....kalau lebih garing lebih umph!



Bahan-bahannya

  • beberapa keping daging burger di grilledkan, kemudian dipotong nipis memanjang
  • sedikit perahan limau
  • secubit jintan putih
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar minyak zaiton
  • 1 labu bawang besar dipotong nipis
  • 1 ulas bawang putih untuk menumis
  • 1 biji cili merah atau hijau di potong kecil
  • sedikit garam
  • sedikit sos tiram
  • serbuk cili kalau suka
  • Akak letak sebiji kentang yang dipotong kecil & nipis
 Caranya:

  • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan masukkan daging burger yang telah di grilled dan kentang yang dipotong nipis 
  • masukkan sos tiram, serbuk cili, serbuk lada hitam , bawang besar,cili merah
  • letakkan sedikit garam & sedikit perahan limau untuk rasa.....jika perlu....gaul atau goreng sehingga garing......tutup api....sedia untuk di jadikan inti pratha rolls atau dimakan dengan roti

Inti ni juga Akak jadikan lauk bekal untuk lunch hubby......


dan hari ni makan ikan jacket lagi.......Mimi....Akak bare backkan dia lagi....tapi sumbat sambal banyak2!!!
Okaylah....andai Akak menyepi faham2 jer lah....esok kita semua nak sambut Maulidul Rasul....jadi dikesempatan ini Akak ucapkan selamat menyambut hari kelahiran Junjungan Besar Kita.....banyakkanlah berselawat dan berzikir......dan Selamat Berhujung Minggu.....kalau sempat Akak jenguk lagi!!!

Wednesday, February 24, 2010

Apam Tepung Beras

*.*
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Kembali dipagi yang sangat panas dan melekit.....dik cuaca yang membahang kebelakangan ni kan!..Namun kehidupan tetap berjalan seperti kebiasaan....bezanya...lebih banyaklah minum air....mandi....dan menyalin pakaian....maka para ibu juga pastinya akan bertambah aktiviti mencuci pakaian dan melipat kain kan.....!

Pagi ni sarapan Akak sekeluarga dengan pilihan nasi goreng dan apam tepung beras. Dah lama tak buat apam ni...terpandang Adik2 dah "mengapam"....tercuit pulak keinginan nak mengapam mengukus apam....apanya bahasa la! Tunggu Mimi (Chik Mi), MamaFami dengan Maz hantar tak hantar2 pun...dengan keinginan dan sedikit jer....angin rajin...paksakan juga diri ni membancuh adunan apam ni lewat malam semalam.


 



Masa tengah bancuh adunan apam ni...terkenang arwah Tok Wan (datuk la tu) Hubby Akak yang suka sangat dengan apam ni....kalau dulu masa hayat arwah....kalau akak buat apam ni dalam loyang...(sebab nak cepat....masa ni tengah kerja lagi...belum bergelar surirumah sepenuh masa) dia boleh habiskan separuh loyang sekali hadap...sebab dia kata manis semua cukup....kena dengan tekak dia!..Al-Fatihah untuk arwah Tok Wan Haji Saad yang dah hampir 12 tahun kembali ke Rahmatullah.....Moga Rohnya ditempatkan dikalangan Hamba2nya yang beriman....Amin!

Apam tepung beras

Bahan-bahan: 
  • 1 cawan nasi
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula putih
  • 1 1/4 cawan air
  • 1 sudu kecil yis
  •  sepeket kecil eno
Caranya:
Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (Akak bancuh lewat tengah maalam kukus pukul 5 pagi). Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.



Satu lagi pilihan sarapan pagi ni ialah nasi goreng sebab semalam tak makan nasi.....sebab makan bihun Singapore......ini permintaan Hubby Akak.....so godek ikit sempat jer lah!


Since semalam tak makan nasi.....so ada lebihan ayam masak kicap lagi.....jadinya Akak cuma masak sambal udang pagi ni sebagai tambahan.....dan buat nasi goreng dengan lebihan nasi semalam.


 
Okaylah...Akak nak pergi uruskan kain baju pulak.......bila lapang nanti Akak jenguk korang yer!



Tuesday, February 23, 2010

Agar-agar Santan dengan Gula Merah

*.*

Selamat Petang.....dah nak malam pun......masih ada satu resepi lama nak Akak tempek kat sini...sebab dah lama tak buat hampir lupa pun....

Akak memang suka makan agar-agar santan dengan gula merah ni.....dan senang jer pun nak buatnya....tambahan cuaca sekarang yang sangat panas....dapatlah nak sejukkan tekak dengan agar2 ni!




Bahan-bahan:

  • 10g serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/4 cawan gula putih
  • 1150 ml air
  • 120ml air campur 1 paket santan serbuk(Akak guna jenama KARA)
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan
Caranya:

  • Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis)
  • bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
  • Kecilkan api
  • kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
  • Tuang kedalam acuan yang anda suka
  • Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk!



    My Grilled & Baked Chicken

    *.*

    Assalamualaikum......

    Antara menu tertunggak yang belum Akak paparkan.........masa Along balik last week....nak juga diabadikan kat sini.....ini sekadar jamu mata yer.....!


     
    "My Grilled Baked Chicken Recipe" merupakan resepi campak2 Akak jer.....so Akak main letak jer bahan2 yang dikisar dan merinate semalaman baru Akak grilled ayam.

    Bahan-bahan:
    • bawang besar
    • bawang putih
    • halia
    • serai
    • gula perang
    • garam
    • sos tiram
    • thousand Island
    • serbuk kunyit
    • serbuk cili
    • jintan manis/putih
    • lada hitam
    • minyak zaiton
    • madu lebah
    semua bahan tu Akak main agak2 jer quantitinya......perlu di kisar dan dilumur pada ayan dan perapkan semalaman dalam peti sejuk.

    Them masak ayam yang diperap dalam grilled pan atas STOVE TOP selama 10 hingga 15 minit...for each side

    Kemudian Akak bakar ayam tadi dalam baking pan yang ditutup dengan aluminium foil dan Masukkan dalam OVEN selama 30-40 minit......

    Menurut anak2...rasanya macam ....ayam Kenny Rogers....Akak tak tahulah...sebab Akak tak makan ayam....but the smell.....semerbak harum.....!!!

    Kalau ada yang nak mencuba.....silalah!

    Khas buat pengemar bekal lunch hubby akak.....hehehe.....hari ni...ayam masak kicap jer...jangan confious pulak!


    "Famous Amos " Cookies ....Precious Queen Thank you!!!

    Assalamualaikum

    Salam kembali selepas sepi beberapa hari....biasalah sibuk dengan urusan rumah tangga....Along pun dah selamat balik ke Bangi....Kehidupan di teruskan....tapi tahap sibuk Akak ni tak ada sempadan....ada kalanya terlalu banyak.....kerja nak dibereskan...tercungap juga   Akak...tambah dengan cuaca yang panas  sangat sekarang ni! Kalau sempat duduk-duduk sekejap pun....dah datang pulak kerja lain pulak....it's a never ending work!!!

    Kalau nak tahu....kerja sebagai housewife ni tak ada MC...tak ada Annual Leave...infact tak ada Public Holiday pun!....The only time Akak tak bekerja bila Hubby bawa keluar jalan2 ....meaning....memang keluar dari rumah lah! Once step in side the house......ada saja lah....!!!Masa Akak kerja dulu pun ada juga MC ke Annual Leave....& Public Holiday....dari office lah...tapi Akak ni dari azali memang jenis yang suka kerja2 dapur....

    Okaylah....just nak share resepi bekalan yang akak buatkan untuk Along hari tu....Akak buat "Famous Amos" punya resepi chocolate chips cookies....yang Akak dapat dari Blog Precious....Akak nak linkkan....tapi tak tahu kenapa tak boleh nak masuk pulak! Actually Akak panggil Blog owner ni Queen....she is a teacher....she offered the recipe dalam entry dia a few weeks ago....tapi Akak jer bertangguh nak try it out!...Resepi ni ada cerita nya tersendiri....

    A customer sent this recipe via e-mails since she had to pay for 250 for it....due to miscommunication! Salah faham punya pasal.....ketika menjamu selera di Famous Amos....the customer ask the sales person kalau2 dia boleh bagi resepi cookies tu....& the sales person jawab....tak boleh...tapi kalau nak beli resepi boleh lah!....bila pelangan tu tanya....berapa...she answered...two fifty.....so the customer agreed!...and the amount was charged to her credit card.........She only realized that she was charged TWO HUNDRED FIFTY   for the recipe much later.....so....to get back to Famous Amos....is by spreading the recipe via e-mails.Akak got the recipe...& credit to Precious sebab buat special entry for this!

    Since Akak tak boleh nak masuk blog Precious.....I have to type it back.....!And  I have given a name to it!

    "ALMOST FAMOUS" CHOCOLATE CHIPS COOKIES

    I made 1/2 batch of the recipe given!

    Ingredients:
    • 2 cups butter ( Akak guna 1 cup)
    • 4 cups flour ( Akak guna 2 cups)
    • 2 tsp baking soda ( Akak guna 1tsp)
    • 2 cups granulated sugar ( Akak guna 2/3 cup)
    • 2 cups brown sugar ( Akak guna 2/3 cup)
    • 5 cups blended oatmeal ( Akak guna 2 1/2 cups)~ measure oatmeal then blender to fine powder
    • 24oz choc chips ( Akak guna 450 g)
    • 1tsp salt (Akak guna 1/2 tsp)
    • 18oz Cadbury bar grated (Akak tak letak....tak beli)
    • 4 eggs (Akak letak 2 biji)
    • 2 tsp baking powder (Akak letak 1 tsp)
    • 3 cups chop nuts ( Akak sprinkle sikit jer...anak2 tak suka nuts)
    • 2 tsp vanila essence (Akak guna 1 tsp)
    Method:

    • Cream the butter & sugar
    • add eggs & vanila, mix together
    • add in flour,oatmeal powder, salt, baking powder, soda....all the ingredients
    • roll into balls and place 2 inches apart and bake for 10 minutes at 180 degrees (Akak guna spoon jer)

    Rasanya.....memang sedap.....!!!





    Friday, February 19, 2010

    Oh ............Jumaat ...Along nak balik KL dah!

    *.*

    Asslamualaikum......dan Selamat Sejahtera semua ya!

    Pejam celik....makan tidur.....masak makan....membuang kelentang....kelentung....mak aiii dah Jumaat...malam karang Along dah nak berangkat balik Bangi dah!....Sekejapnya....dan hari ini Akak akan busy di dapur....sebab banyak benda yang Akak nak kena masak dan buat......bukannya apa bekalan untuk Along lah!

    Semalam.....Along nak makan laksa....dengan rencah yang tak seberapa....bahan2 laksa yang tak cukup ......tak ada bunga kantan...tak ada daun kesum....Akak campak juga apa yang ada kat dalam periuk tu....bagi ada jugak...hehe..boleh bagi ada ka ....kalau dah memang tak dak!(Ingat David Copperfield kot!)

    Ni jer lah....rupanya.....yang termampu dihasilkan....(.MIMI.....ada rencah ratus lebih dak????)....ni kes Chik Mi kita tayang laksa dia lah ni....nak buat ni di mulut.....banyak hari dah....tapi sebab bahan2 tak cukup....last2 dengan bahan tak cukup tu jugak lah.....


    Dan pagi ni menu sempoi jer ya.......




    Bekal Hubby cuma wat simple vegetables......Kacang buncis goreng dengan udang bercili.....dan panaskan leftover ikan goreng sambal yang semalam jer....sebab semalam semua hadap laksa!
    Okaylah Akak tak mampu nak bebel panjang hari ni...sebab takut tak sempat nak sediakan bekalan untuk Along bawa balik malam karang......nanti kelapangan Akak berkunjung ke seantario cyber world ya!!! Yang tinggalkan komen...nanti Akak cuba balas....dan jejak kehadiran korang ....tapi setakat hari ni.....belum sempat ...Ya AMPUN!!!!......Nak tahu bekalan apa Along bawa balik......tunggu update seterusnya.....Selamat Berhujung Minggu!!!



    Thursday, February 18, 2010

    Ini kesudahan....episod tempahan bersiri cuti CNY hehehe!!

    *.*
    Assalamualaikum,

    Okaylah kita dah sampai ke penghujung siri penceritaan tempahan kek Akak sempena cuti raya Cina baru2 ni....... 

    Tempahan ni istimewa sebab ianya dari seorang Adik Blogger.......Akak terima panggilan dari Adik Mawar.... dari A JOURNAL OF MY LIFE    http://packysidique1175.blogspot.com/ .....teruja betul Akak....sebab tanpa disangka-sangka.....Pada mulanya Akak cadang nak hantar tempahan 2 biji kek lapis kukus chocolate chips tu ke seberang....pada hari Sabtu.....memandangkan krisis Akak dengan muffin NGERI ...Akak tu.....membuatkan Akak panic......tak berani pulak Akak nak terkejar ke Seberang...selagi masalah tu tak selesai....jadi Akak call untuk tukar pick up point dengan Adik Mawar.....Jadi Kami bersetuju untuk bertemu di Sunshine Square....depan KFC....pada hari Ahad...on CNY tau!

    Once Adik Mawar tiba kat Jambatan Pulau Pinang dia called Akak so Akak keluar ke pick up point....berdebar-debar jugak.....ni first time jumpa Adik Cyber Akak ni!  Tiba kat tempat yang dijanjikan....Adik Mawar dah menanti....hehehe....sorry.....

    Orangnya kecil molek jer....anggun bergaya....siap pakai sunglasses lagi........Akak pun salam2 peluk2...cium2...wah over pulak jangan jelous yer Adik2 Akak yang lain.....Mimi....yang selalu call Akak pun flying kiss kat talipon jer kan!!!Ieta dgn Lyana.......yang dok berhubung dengan Akak pun tak sampai seru nak bertemu lagi.....hehehe....ni lah namanya takdir....Akak yang serabut serabai ni....habis lupa pada digi camera kat dalam hangbag....dok berurusan jual beli.....Gabra oooo 1st time jumpa!Mana dengan Hubby dalam kereta dok perhatikan gerak laku wife dia .....

    Adik Mawar datang dengan kawan dia...Adik Azlin.....dua2 peramah & selamba orang nya tapi masa terhad....& Akak pun tak nak jemur dia orang lama2 tengah panas tu.....sebab they have a function to attend kat Sg Ara.......


    Well...itulah......ceritanya.....
    Ini Akak angkut testimonial dari blog adik Mawar....kat shoutbox dia yer......!!!

    Mawar: Kak Watie..kek tu best in the world...sedapppp..so next time bleh ler tempah lagi.


    Guest : KakWatie,saya azlin,kwn DikMawar yg hr tu jmp masa deliver kek.Memg kek tu sedap sgt..member2 semua cakap sedapp...nxt time nk tempah jugakla...


    Dan petang2 ni apa lagi tuntutan anak2 Akak ya!


     


    Okaylah......itu aje aktiviti Akak dan buat Adik Mawar & Dik Azlin......it's my pleasure to meet both of you.....& kalau nak tempah lagi...jangan hesitate to ring me up!!!TQ again!


    Kita Tambah Sikit Lagi Cerita Semalam Boleh!

    *.*

    Assalamualaikum dan selamat pagi semua.....

    Kembali bersiaran..walaupun kehidupan kita sekarang yang sering mengejar masa....maklumlah....semakin hari....semakin singkat dirasakan waktu2 seharian kita...jadi kita tak punya waktu untuk bersenang lenang lagi...harus terus mengejar detik2 itu untuk dimanafaatkan sebaik mungkin!

    Detik ini deraian airmata masih laju membasahi pipi ini.....kerana baru saja mendapat berita sedih dengan pemergian Itni.....kucing kesayangan Kak Ummi E Untuk berita lanjut anda boleh klik pada nama Kak Ummi tu!Moga Kak E tabah menghadapi kehilangan ini........dan sememangnya....ia amat menyayat hati!Moga Itni lebih Tenang di sana!

    Okaylah.....semalam Akak paparkan 2 biji kek cokelat yang begitu mengujakan Akak.....hari ni pula....lagi cerita tempahan dari Cikgu sekolah Nizam.....2 biji kek dan 100 biji cokelat muffin.

    Cerita nya lain sikit kali ni......terlalu banyak dugaan yang membuatkan Akak STRESSSSSSS GILERRRR!

    Bukan senang juga kerja baking membaking ni......ada banyak juga dugaan dan rintangannya!....Tempahan dari Puan Zulhijjah ni adalah kali kedua....dulu beliau ada menempah kek kukus Hawflakes masa nak raya Haji....dan kali ni....sebiji kek kukus hawflakes , sebiji moist chocolate cake dan 100 biji muffin sebagai buah tangan untuk dibawa balik ke kampung.....

    Bab....membuat kek tu Akak tak adalah masalah sangat....tapi bab 100 biji muffin tu...mak ooi....selalu buat 10 biji jer untuk sarapan pagi....ini..100 biji....alahai.....dalam pada tu......beberapa kejadian anih & ngeri berlaku.....ada muffin yang naik elok...ada yang kecut balik pun ada....infact ada yang jadi macam lahar gunung berapi...inilah agaknya dugaan....Rasa macam nak nangis jer!....rasa sedap tapi rupa....menyedihkan....jadi banyak lah habuan anak2 Akak.....Rasanya tak berani Akak nak bermuffin banyak2 lagi.....Mungkin oven Akak yang agak uzur..tu tak di servis....usia dah melebihi 10tahun pun!

    Korang layan dulu yer gambo2 kek & muffin NGERI Akak tu!


     
    Dah breakfast ke belum ni??? Jom kita makan.....sambil tu...layan jer lah.....kek permintaan Reena petang semalam....dia kata..."Mama ni asyik buatkan untuk orang jer..Reena tempah dah lama tak dapat2 pun!"

    Panas2 dah dikorbankannya......abaikan potongan yang sememeh dengan kesan dari melted chocolate chips tu yer!
     
    Okaylah.....panjang juga celoteh Akak yer....nanti kita sambung episod terakhir tempahan.....dari Adik Blogger.....tunggu!!!!
    Have Fun!!!