Assalamualaikum.....agak lewat sikit nak buat entry petang ni....Maklumlah...tadi masa pergi ambil Reena balik sekolah dia bawa kawan balik nak buat discussion kat rumah....so Akak busy lah sikit bila ada tetamu kat rumah kan!
Lepas tu tadi petang adik ipar lak call bagi khabar yang kurang baik tentang kedua Mak ayah mertua Akak yang sedang mengerjakan umrah di Mekah. Hari Selasa semalam adalah Mak ayah call kita orang....khabarkan bahawa mereka berdua dah selesai buat Umrah ....kali pertama...tapi keadaan kesihatan keduanya sangat-sangat meletihkan....jadi Akak & Hubby cuma nasihatkan aje agar Mak dan Ayah take it easy...tak payah nak terkejar-kejar sangat...sebab at least dah selesai sekali pun jadilah!
....Hari tu sebelum ke sana Mak & Ayah memang kurang sihat pun maklumlah dah lebih 70 tahun keduanya....cepat benar terasa letih.Jadi katanya kalau tak berdaya....akan duduk di masjid aje dan baca Al-Quraan....bila Akak suarakan pada Mak agar baut macam tu aje..mak kata..nak keluar bilik pun dah tak berdaya....mengaji kat bilik pun dah tak kuat....Ini yang membimbangkan kita orang. Tadi petang adik ipar yang tinggal di Bangi informed yang Ayah dah guna wheel chair untuk bergerak....entahlah....hanya doa yang mampu kita orang panjatkan pada ALLAH s.w.t....moga segala urusan ibadah umrah mak dan ayah dipermudahkan buat mereka di sana...Amin!
Petang tadi Akak sempat godek2 kek lapis resepi yang Akak sendiri olah dengan menggunakan biskut oat crunch.Teruja jugalah dengan kejadian kek ni....walaupun sepatutnya Akak guna loyang yang lebih kecil...entah cam mana Akak terguna loyang yang besar...berangan apa tah! Jadi lapisannya tak banyaklah!
Walau bagaimanapun puas hati jugaklah dengan hasil yang tidak mengecewakan ini.....
Di sini Akak sertakan resepinya....untuk rujukan Akak di masa hadapan dan kiranya ada sesiapa yang ingin mencoba....silakanlah ya!
Kek lapis Kukus Biskut Oat Crunch wif chocolate chips
Oleh: Watierman
Bahan-bahan ( loyang 9x9 ) -next time guna 7x7 jer!
- 5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
- 1 cawan gula halus
- 2 cawan rata biskut yang dikisar halus & di ayak
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sk rata baking powder
- 1 sb ovalette
- 150 ml susu cair
- 1/2 sk garam
- 100ml minyak
- 1 sk esen vanilla
- pewarna merah,coklat( ikut suka )
- secukup chocolate chips
Cara-cara
- Ayak tepung dan baking powder ke dlm mangkuk
- Ayak biskut yang dikisar halus .
- Pukul telur & gula hingga sebati dan gebu dengan kelajuan tinggi.
- Loyang dialas kertas dan sapu minyak.
- Masukkan ovallete dan pukul lagi hingga sebati & gebu
- Masukkan susu cair,esen vanila & garam....putar dengan kelajuan sederhana
- Perlahan-lahan masukkan biskut kisar dan adunan tepung...putar hingga sebati
- Akhir sekali masukkan minyak dan kaup balik adunan hingga rata
- Sukat adunan dalam mangkuk kecil, ratakan adunan pertama dan susun secukup chocolate chips dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
- Warnakan adunan ikut suka anda .Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun chocolate chips dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
- Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang sebentar kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.
- Potong dan hidangkan!
Jemputlah ambil sorang sepotong ya!...Kek ni baik untuk kesihatan sebab ianya berserat tinggi.!
Inilah biskut yang Akak kisar dan gunakan untuk membuat kek tersebut.......Sedap!




