Assalamualaikum....Sila pejamkan mata anda kalau dah jemu tengok sotong yang dah jadi sambal tumis tu kat kuali Akak ya!!Maaflah ya...balik dari bercuti masih tidak bergerak ke pasar...cuma menghabiskan apa yang ada dalam gerobok hikmat..ala-ala poket Doraemon gitu! Jadi menu untuk hari ni....adalah sangat klise dengan dapur Akak.....sambal tumis sotong & kerabu eapal hijau.
Bahan-Bahan
Cara-cara:
1. Epal, tomato, bunga kantan, serai, bawang, cili padi di hiris halus.
2. Gaulkan bahan yang telah dihiris dengan serbok ikan bilis atau udang kering
3. Masukkan garam jika perlu dan gula secukup rasa.
4. Taburkan kacang tumbuk dan siap untuk dihidangkan.
Kalau agak dah jemu dengan hidangan menu ulangan ni sila pejamkan mata ya!!
Wah ada telur la dalam perut sotong tu!!!! Sampai terburai keluar!!
Kerabu Epal hijau ni pulak sebab nak habiskan stok Granny Smith Apple yang ada 2 ke 3 biji lagi kat dalam peti sejuk tu....so Akak main potong jer ...jadikan kerabu.
Kerabu Epal Hijau Watierman
- 2 atau3 biji Epal Hijau
- 1 biji Buah Tomato buang biji
- 1 batang Bunga Kantan
- 1 batang Serai
- 1 labu Bawang Besar
- Cili Padi beberapa biji ikut suka
- Sedikit Kacang Tumbuk (ni lebihan Akak buat apa tah just masukkan aje!)
- segenggam ikan bilis goreng / udang kering dikisar sebentar aje (Akak letak kedua-dua sekali)
- Garam dan Gula Secukup Rasa
Cara-cara:
1. Epal, tomato, bunga kantan, serai, bawang, cili padi di hiris halus.
2. Gaulkan bahan yang telah dihiris dengan serbok ikan bilis atau udang kering
3. Masukkan garam jika perlu dan gula secukup rasa.
4. Taburkan kacang tumbuk dan siap untuk dihidangkan.
Kerabu yang belum digaul.........
Hrmmmm sedap sangat sebab rasa epal yang masam manis dan ranggup!!
Dan seperti biasa.....sambal tumis yang dah jadi dish rasmi keluarga Watierman......
Kalau agak dah jemu dengan hidangan menu ulangan ni sila pejamkan mata ya!!
Wah ada telur la dalam perut sotong tu!!!! Sampai terburai keluar!!
Dan yang pasti Encik Hubby tak pernah complain lagi pasal menu ulangan ni.....sebab favorite dia kan sambal tumis...janji kena pekat...sebab dia tak suka kalau cair sangat! Habis ika goreng tu kena cover....nampak ekor jer sikit....!
Okaylah ya....Selamat Menjamu Selera ya!!