Adakah ini satu Tabungan???

Thursday, August 11, 2011

Kek Lapis Kukus Alwani Versi 2 & Happy 13th Birthday Reena!

Assalamualaikum....Hari ini Akak sangat busy....sebab sehingga lewat pagi Akak masih blurrrr nak buat apa untuk juadah berbuka puasa dan kek apa yang sesuai untuk sambutan hari jadi Reena yang ke 13 !Bukannya buat sambutan apa pun, just..nak bagi dia happy sikit....sebab dia ingat Mama dan Abahnya dah lupa pada hari jadi dia tahun ni. Tak lupa sayang.....cuma puasa-puasa ni susah sikit nak plan celebration especially with food...sebab Mama tak nak nanti membazir dengan makanan yang melimpah ruah.

Pagi tadi juga internet buat hal tak boleh nak scheduled entry atau draft entry....even blog hopping & walking pun ada yang tak dapat nak tinggalkan jejak...so Akak just browse seadanya....as silent reader....and I came across hasil ciptaan Adik DJ@ Dayang Jack yang famous dengan resepi-resepi kek lapis yang fofular!Dan hari ni DJ posted resepi Kek Lapis Alwani II. Memandangkan size kek yang kecil about 6 or 7 inches of diameter gitu....so Akak pun pilih untuk mencoba kek ini....for my Birthday Girl.






Tak sia-sia Akak luangkan masa petang tadi melapis kek ni.....sangatlah teruja membuatnya....apatah lagi dengan warnanya yang sangat menarik......lebih lagi dengan rasanya yang sedap sangat!!!!! Terima kasih sekali lagi buat Dayang dan mohon halalkan perkongsian ilmu ini kerana pasti ia dah melekat di hati Akak.....dan akan sering menjadi hidangan di hari perayaan...Insyaallah!


Walaupun kejadian lapisanya agak tebal nipis...maklumlah baru belajar.....namun Akak dah cukup happy dengan hasilnya!


Jom layankan resepinya ya!
Kek Lapis Alwani Kukus (Versi II)
Resepi asal: Dayang Jack@DJ~@Dapurku Sayang

Bahan-bahan : loyang 6 inci
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 1/2 cawan serbuk horlicks 
  • 5 biji telur A 
  • 1/2 cawan gula halus 
  • 220 g mentega berkualiti (DJ guna SCS) 
  • 1/3 cawan susu pekat manis 
  • 1 sudu kecil esen vanilla 
  • pewarna kuning, merah jambu dan hijau (DJ guna pes pandan + pewarna hijau) 
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Sediakan loyang berukuran 6 inci. Lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. (Seelok-eloknya alaskan loyang dengan kertas serap minyak) 
  2. Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas yang agak besar. Ketepikan. 
  3. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan putih. 
  4. Masukkan telur sebiji dan putar dengan kelajuan minima. Masukkan lagi sebiji telur dan putar lagi. Ulangi sehingga habis. 
  5. Masukkan esen vanilla dan putar lagi. 
  6. Masukkan susu pekat dan putar lagi. 
  7. Masukkan tepung dan diadun sekata. 
  8. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah jambu, hijau dan kuning. Kemudian setiap bahagian ini dibahagi lagi dua. (Kalau nak buat 3 lapis jer pun ok) 
  9. Tuangkan adunan hijau ke dalam loyang terlebih dahulu. Kemudian, tutuplah loyang dengan kertas foil. Kukus selama 3-5 minit atau sehingga adunan dah tak cair. 
  10. Tuangkan untuk lapisan kedua iaitu adunan kuning. Ratakan. Kukuslah lagi hingga dah tak cair. 
  11. Akhir sekali tuangkan lapisan merah jambu. Ulangi proses hingga habis. 
  12. Untuk lapisan terakhir, sila kukus selama 30-40 minit atau sehingga kek masak sempurna. 
  13. Sejukkan kek sebelum dipotong. 
***Sukatan menggunakan cawan metrik. Boleh juga menggunakan cawan yg boleh muat 250 ml air.



Di kesempatan ini juga......Akak paparkan gambar Reena yang sudah pun berusia 13 tahun hari ini 11hb Ogos, 2011 ~


"Mama & Abah sentiasa mendoakan agar Reena menjadi anak yang solehah,beriman,berakhlak mulia, selamat sejahtera selalu, sihat, ceria, riang......berjaya dunia dan akhirat.....semua yang terbaik buat mu! AMIN!"


12 comments:

DjDayang Jack said...

Assalamualaikum kak Watie...

miss u so much!!! lm x dgr berita. moga2 akak sefamili sht dan ceria sentiasa.

wah! dyg sgt2 terharu dan berterima ngn akak krn sudi mencube resepi kek kukus ni. Nampak sgt2 cantik kaler kek tu sehingga mengatasi layernya. jd x nmpk pun berterabur kak..just nice. i likeee...Alhamdulillah...trm ksh sekali lg yer kak.

kpd Reena, Selamat Hari Jadi yer. Semoga menjadi anak yg baik, pintar, solehah, serta taat pd ibu bapanya...amin.

Juwita Jamaludin said...

kak watie lawanya kek lapis.. warnanya mengancam kak..to reena.. happy birthday .. moga success selalu ye

Yatie said...

Happy Birthday Reena, moga pnjng umur, murah rezeki, sihat selalu, menjadi anak yg solehah serta berjaya di dunia dan di akhirat. Aminn.
** uwaaa seronoknya bila mak watkan kek harijadi..cantiklah K.Watie kek kukus alwani tu...Yatie pun dah berangan nak buat...nmpk menarik dan menyelerakan..

Wanieyra said...

salam.

Selamat Hari JAdi Reena....Akak dah try ye kek tu, ira pun rancang nak buat gak...tunggu sambut raya kot

ijayuji said...

Salam kak watie! happy besday buat reena juga, semoga berjaya dunia dunia n akhirat insyaAllah! aminnnn... Kek lapis akak tu membutakn kita pun rasa nak melapis :D

kucingorengemok said...

kak, lapis alwani ni mau jual tak? tengok resepi macam kek lapis batik sutera, sedap tuuu!

happy birthday, reena... semoga jadi anak solehah :)

kurus said...

sedapnya kak kek kukus tuu .. ermmmm terasa sampai ke tekak tau :)

E-na Zarina said...

happy 13th birthday sweet little girl, Reena..cik E-na aminkan doa mama Reena...Amin ya rabbal a'lamin.

currlass kek lapis akak! nak try buat la, stok horlicks ada lagi tp sukat guna cawan ni e-na x pandai la kak, risau x jadi....akak tau brp gram tepung gandum tu...

Ayu said...

Happy 13th birthday to Reena,
semuga dipanjangkan usia berjaya didunia & akhirat dan menjadi kebanggaan maam & abah ..

dah anak dara dah reena ni kan kak, tahun lepas kita tengok macam masih anak2 lagi..sekejapa aje masa berlalu..

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

salam sis
guna mentega ape tu kak... tak penah dgr SCS tu. rasa nak buat la. menarik di pandangan mata..

EmbunRosaliza said...

Happy belated birthday buat reena, semoga menjadi anak yg soleh dan berjaya dunia dan akhirat.

Kalo say jadi akk pun mmg puas hati dengan hasil kek kukus tu, dah teramat cantik tu, kalo saya buat belum tentu hasilnya heheh

kak ijan said...

Happy belated birthday Reena...semoga menjadi anak yang solehah dan terus berjaya di dunia dan akhirat..amin... take care Reena! :)