Adakah ini satu Tabungan???

Showing posts with label apam. Show all posts
Showing posts with label apam. Show all posts

Tuesday, April 17, 2012

Apam Serikaya ......olahan corak dari Apam Dot....Dot!~

Assalamualaikum saudara Akak semuanya....

Syukur Alhamdulillah baru rasa kuat sikit badan ni hari ni.....semalam jangan cakaplah...lemah gemalai....macam lembik letih lesu....tak terkata.....penat sungguh rasanya.....macam nak sambut raya jer! Ye lah kalau time-time nak raya kan dapat tempahan buat kek banyak jugaklah....Dah tu nak kena siapkan sebelum tibanya hari lebaran.....tak ke Akak kena bersilat bagai...kali ni pun lebih kurang macam gitu jugaklah....

Terima kasih buat rakan taulan ...adik2 Akak yang setia berkunjung ke dapur Akak ni....ada yang....mendoakan kedua orang tua Akak....terima kasih Akak ucapkan....tak kurang juga yang termenitis air lior.....teringinkan juadah untuk kenduri yasinan tu kan....kalau dekat2 Akak bagi jer sorang satu gift bag ......tapi nak buat macam manakan.....Takdir yang memisahkan kita!!!Wah macam skrip drama sinetron lah pulak!

Apa-apa pun tak ada resepi baru pun yang Akak gunakan untuk kuih muih yang Akak buat hari tu....yang apam serikaya tu cuma olahan pada warna dan coraknya aje....tetapi resepi asal dari Apam Polkadot yang dah biasa Akak buat tu. Kan resepi tu FAMOUS sangat among bloggers....nak-nak untuk disajikan dalam majlis yang sebegitu ......mudah juga nak menyediakan...tak adalah banyak sangat bahannya!

Untuk entry petang ni Akak dah buat sekali lagi Apam Serikaya yang lebih comel dari yang Akak buat untuk kenduri Yasinan baru-baru ni....tu pun Akak cuma buat separuh dari aduanan asal aje...untuk anak-anak minum petang ni!...Bukannya apa....cute sikit nak bagi anak2 makan...walaupun tangan anak-anak Akak dah tak berapa comel saiznya....haha maklumlah anak-anak remaja...malahan lebih besar pun dari tangan Akak ni ha!! Dah merepek pasal saiz tangan lah pulak!


Kuantiti bahan juga telah Akak dah olah dari yang asal untuk juadah petang ni.Mohon ampun dan maaf ya kepada penyumbang resepi asal kerana Akak pandai-pandai aje mengolah adunan dan corak untuk apam ni ya!!Walau bagaimana pun Terima Kasih kerana telah berkongsi resepi yang sangat menarik ini....Hanya Allah aje yang memberikan ganjaran yang setimpal buat perkongsian ilmu ini....Insyaallah!

Resepi Apam Serikaya (Versi asal :Apam Polkadot)
Akak olah nama tu sebab filling yang Akak guna Homemade Serikaya)
Bahan-bahan:

* 2 biji telur - dari peti sejuk
* 150 gm tepung gandum
* 110 gm gula halus
* 80gm susu segar
* 1 1/2 sudu teh baking powder
* 1 sudu kecil ovallete
* 1 sudu teh esen vanila
* Serikaya secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
* Pewarna Akak cuma guna merah....sebab nak cepat

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Picitkan Serikaya filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.(Akak picit...hampir penuh)
7. Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.Kemudian lorekkan dengan pencungkil gigi.
8. Kukus didalam kukusan air mendidih dengan api perlahan dan kukuslah selama 10-15 minit. Akak masukkan beberapa helai daun pandan yang di potong kecil dalam air kukusan....harum semerbak bau pandan!








Resepi Serikaya (petua dari Ibu Mertua Akak)
Bahan-Bahan
  • 1 cawan gula & 1 cawan air - buat gula hangus dan sejukkan  
  • 1 cawan gula & 3 biji telor dipukul sebati
  • 1 ½ cawan santan 
  • 2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air 
  • 1 helai daun pandan di simpul
Cara
  1. Buat Gula hangus @ karamel dulu: ketepikan
  2. Langkah seterusnya pukul sebati adunan 1 cawan gula dengan 3 biji telur - dipukul sehingga sebati
  3. Campur semua di mulakan dengan adunan telur & gula , diikuti dengan santan, kemudian bancuhan tepung jagung dan akhir sekali karamel atau gula  hangus ke dalam periuk
  4. Masak dgn api sederhana panas dan kacau hingga pekat atau mendidih.
  5. Akak simpulkan sehelai daun pandan dan kacau sekali semasa memasak serikaya ni untuk aroma pandan yang lebih harum!



Monday, April 16, 2012

Apam & Kek Kukus untuk Kenduri Yasinan....

Assalamualaikum

Kembali bersiaran....walaupun badan Akak ni baru nak terasa.....kesan letih memerah tenaga selama dua hari semasa balik ke Alor Setar...sempena kenduri Yasinan & doa selamat untuk keberangkatan Mak & Ayah Mertua Akak ke Mekah tidak lama lagi. Kenduri pada waktu selepas Subuh di Masjid Derga untuk lebih dari 100 orang tu berjalan lancar....sebab semua makanan di pack dari rumah dan Akak turut menyediakan sedikit juadah berupa kek lapis chocolate chips,apam indon dan apam polkadot versi Watierman!








Ada juga juadah lain yang turut di pack iaitu, bihun goreng ( ditempah), agar-agar dan sargon ( ni disediakan oleh MIL & Kakak Ipar Akak dan sejenis kuih lagi kalau tak silap Akak lepat pisang dari kenalan MIL yang menumpang kenduri untuk pagi tersebut. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kenduri di sambung lagi di rumah MIL & FIL dimana Akak dan Kakak Ipar sambung mengoreng bihun tambahan sebanyak 2 kuali lagi...maklumlah orang lama ni kenalannya ramai....sedara mara pun ramai...jadi kerahan tenaga terpaksalah di sumbangkan bagi menjayakan majlis bila ada tetangga dan saudara mara yang perlu di raikan.

Hari Ahad Akak bangun seawal jam 5 pagi nak sediakan sarapan macam biasa....menu jemput-jemput udang dengan kuah kacang & karipap kentang & daging.....saja buat karipap tu lebih sebab MIL boleh frozenkan untuk kegunaan di hari -hari berikutnya. Maaflah dalam kesibukan tak sempat pulak Akak nak snap gambar masakan dan hidangan.....Tengaharinya pulak Akak dengan MIL bertungkus lumus menyediakan hidangan tengahari untuk meraikan kenalan baik abang ipar & keluarganya .....jadi 2 hari yang sangat sibuk dengan pencak silat ...keletung keletang di dapur MIL.....petang .....kami sekeluarga siap untuk balik ke Penang...tapi sempat lagi singgah menjenguk dua buah lagi rumah bapa sedara yang kurang sihat. Tiba semalam di Penang lepas Isyak...sibuk mengemas rumah yang ditinggalkan .....PENAT!!!!!

Ini saja yang mampu Akak tulis ....dah terlalu letih rasanya ....
Resepi akan menyusul nanti!!!



Monday, April 9, 2012

Apam Balik.........balik mana????


Assalamualaikum

Wah cuaca mendung jer ni....sedih lah kalau sepanjang hari mendung aje....rasa malas aje nak bergerak.....ada juga orang yang di pengaruhi faktor cuaca..macam Akak ni ke???

Tak pe lah...kita tak payah gerak banyak-banyak....berdiri jer kat dapur sempit tu sekejap......

Tak lama mana pun berdiri kat situ kan.....dah  boleh panggil budak-budak tu datang  tengok apa yang Mama buat. Senyum simpol aje...suka lah tu....Kejap nak bancuh teh panas!


Resepi apam balik ni Akak dapat masa google kat internet..lihat pada kejadian nya...melalui google image...berkenanlah pulak.....baca resepi dan cara penyediaannya...okaylah maka...inilah hasilnya....



Apam Balik
Resepi ni diperolehi dari Puan Jeni,Riyadh..
Akak copy & paste dari sini:Resepi Raidah

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung naik sendiri } diayak
  • 1/4 cawan gula
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 - 2 cawan susu segar (kalau nak guna air biasa pun boleh)
  • Sedikit garam.
Inti:
  • 1 cawan kacang tanah yg telah digoreng tanpa minyak } dimesin - untuk ditabur
  • 1 tin jagung krim - untuk ditabur
  • 1 cawan gula - untuk ditabur
  • Sedikit mentega
Cara penyediaan:

1. Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, baking powder,susu segar,sedikit garam dan pewarna kuning. Pukul lagi hingga sebati.
2. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel.
3. Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan. Tutup pan sebentar.
4. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega.Bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua.Sapukan sedikit mentega di bahagian kulit luar.

** Untuk mendapatkan apam balik yg cantik,perapkan bancuhan tepung tadi selama 2-3 jam dan barulah dimasak.

Mohon dihalalkan perkongsian ilmu masakan ini di sini dan terima kasih tak terhingga buat penyumbang resepi.

Kalau nak beli sekarang dah 60 atau 70 sen sebiji...kalau buat sendiri puas hati boleh letak bahan tabur banyak-banyak....kan...kan...tabur ..jangan tak tabur!!








Friday, April 6, 2012

Apam Polkadot


Assalamualaikum

Dah kenyang ke semua....??...Tentu dah kenyangkan.....Akak pun dah kenyang.....makan bihun tonggek tu....dah tak makan nasi lagi dah tengahari ni....cuma En Hubby saja yang makan nasi...sebab memang perut dia yang dah terbiasa...pemakan nasi tegar!...Cuma goreng ikan dan panaskan left over semalam aje pun...

Si Reena pulak balik aje dari sekolah dah terus tidur...tak sedap badan...I think she is coming up with flu ke fever tu...Ni nak kena pantau ni! Kejutkan makan nasi pun dah tak ada selera dah tu...Biarlah dia rehat kejap...Sementara tu jom kita layankan juadah ni ha...buat siap-siap...nanti petang tak payah kalut dah!


Apam ni senang aje nak buatnya...and agak FUN juga nak main paip masuk ke dalam acuan tu...dan Akak pula gunakan filing nuttela....memang kena dengan selera anak-anak yang sukakan chocolate.......


Akak mohon izin dari Dik Hana untuk panjangkan perkongsian resepi apam yang popular ni...sebab dah ramai yang membuatnya berbagai versi dan corak...ada juga yang buat corak ladybug yang sangat menarik.....juga untuk rujukan Akak dan generasi yang akan datang melalui paparan dalam blog Akak ni.

Terima kasih Dik Hana ....juga tuan punya asal resepi....Akak mohon moga halalkanlah perkongsian ilmu Akak di alam cyber ni ya..dah ramai yang buat apam ni dan ada juga yang mengambil tempahan.Syukur Alhamdulillah!

Resepi Apam Polkadot
copy & paste dari: Hana's Family
Dik Hana dulu kat Kanazawa, Japan..sekarang dah ada kat Malaysia

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan- Akak letak 200g jer
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)Akak guna nuttela
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

NOTE dr Hana:
Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.



Selamat Berhujung minggu!!!









Monday, April 2, 2012

Resepi main campak apa yang ada....layan selera anak-anak

Assalamualaikum....wah dah beberapa hari tak hadap PC ni....sibuk...maklumlah Encik Hubby baru balik dari KL...dah nak gi semula....yang sibuk tu...kerja mendobi dan urusan rumah tangga yang tak pernah selesai...Akak singgah kejap hadap PC ni...sebelum teruskan dengan kerja mendobi kain baju anak-anak bujang yang bawa balik dari hostel...dan baju Encik Hubby yang ke KL atas urusan kerja. Nampaknya Hubby  Akak akan ke KL lagi....minggu ni....jadi kerja-kerja mengemas beg perlu disegerakan....

Akak singgah sekejap aje jadi nak main upload ajelah apa yang Akak buat kat dapur beberapa hari ni...adalah yang Akak sempat snap...ada jugak yang terlupa nak snap!....Infact...main snap terus dari periuk atau belanga pun ada juga!

Layankan ajelah apa yang ada...ya!



 Bihun Singapore tu Akak buat untuk makan sarapan pagi.....digandingkan dengan sambal kicap aje!





Ini pulak misi menyelamatkan pisang yang hampir dibazirkan begitu saja....lagi pun dah lama tak makan apam kan...sekejap aje licin!


 Kalau ada menu manis wajib juga ada menu pedas....jadi jemput-jemput atau cucur udang ni...yang paling senang nak di godek dan campak jer dalam kuali tu....!!




Kejadian karipap ni sebab senang...untuk frozen menu...kalau terkejut-tergempar...boleh goreng aje....tapi dah habis ye....belum buat lagi untuk frozen stock!...


Ini pulak antara dish yang sempat Akak godek for our lunch and dinner....this past few days......



All time favorite anak-anak...Sup Daging dengan air asam.....




Okaylah....terima kasih sebab sudi menjenguk ke dapur sempit Akak ni.....tapi buat seketika ini Tuan Rumah terlalulah sibuk jadinya layan diri ya untuk jamu mata.....nanti Akak kongsikan lagi....bila berkesempatan....harap-harap dapat berkunjung balas nanti bila selesai urusan Akak semua...

Sebelum Akak mengundur diri....Akak ada satu soalan.....Apakah bezanya LOKAN dengan KEPAH?...Tahu tak apa bendanya tu!...Nanti kita kongsikan menu nya....Daaaaa....