Adakah ini satu Tabungan???

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, May 16, 2012

Minggu Penuh Ujian & Cabaran~ Mummy Akak pulak Demam!

Assalamualaikum Semuanya.....mulanya Akak memang tak nak buat entry untuk blog buat beberapa hari ni...sebab keadaan Akak sendiri memang dah tak terurus....ada selsema sikit , batuk...dan sakit tekak!Badan ni dah macam sayur lecur....overcooked! Tapi semuanya Akak gagahkan juga kerana masih ada insan-insan yang Akak sayangi masih memerlukan kudrat ini. 

Sekitar jam 1:50 tengahari semalam....Akak baru jer nak keluar rumah nak ke sekolah, jemput Reena balik....Mak Tam Akak di kampung pulak talipon. Dia bagi tahu yang Mummy Akak pulak demam panas...dah pun ambil ubat tapi dia tak nak bangun...tak nak makan...tak nak buka mata pun.....!!!Alamak..kenapalah pulak!..Biasalah bila jadi warga emas ni Akak rasa...naluri dan perasaan mereka lagi rapuh...jadi kitaran hidup ni kadang-kalanya buat mereka mahu kan perhatian yang lebih...mahu dibelai dan dimanjakan...seperti mana mereka memanjakan kita sewaktu kita baby dulu kan!

Akak ni jenis yang suka berseloroh...bergurau...tak kira lah..walaupun dalam keadaan bermasalah...bila Akak balik..Akak bawakan lah apa yang ada dalam peti hikmat Akak tu..sebab Akak tak plan nak balik pun kan!...adalah dua tiga biji epal merah, limau sunkist dan epal hijau.....dan yang paling dia suka jeruk buah2an Penang seperti pala, mempelam, kedondong, salak, betik dan sebagainya. Akak umpankan lah agar dia jamah bubur nasi dulu...lepas tu makan ubat....lepas tu kasi minum air zam-zam & makan kurma nabi yang Mak mertua Akak kirimkan. Makan bubur tu pun adalah dalam tiga empat sudu jer pun....itu pun kena suap....selebihnya..anak bujang Akak bedal licin! Lewat petang dia dah mula bercakap....badan pun dah kurang panas...sebab kita orang jelum dengan air asam. Muka dia yang pada mulanya macam bengkak pun dah surut sikit....tapi Akak pesan pada Mak Tam Akak supaya kasi ubat sekitar jam 8:30 malam lagi sekali.

Akak ajak dia balik ikut Akak ke Penang...dia tak nak...nak tahu tak kenapa??? Dia kata...dua hari lagi dia nak pergi rombongan ke Terengganu.....hehehe...dalam sakit2 tu ingat lagi tu nak turut serta rombongan pergi jalan-jalan Pantai Timur.....okaylah Mummy Ku Sayang.....buatlah apa pun..janji Mummy kena sihat dulu! dalam 6:30 petang Akak drive balik dengan Nizam , Reena tak ikut sama sebab sibuk study for exam. 

Pagi ni Akak dah call tadi...dia dah bangun makan...dah semakin sihat..Syukur Alhamdulillah!Lega sikit....!
Okaylah ya...ini jer lah paparan untuk hari ni....sebab semua kerja kat rumah ni masih bertangguh lagi....jadi hari ni Akak kena betul2 fokus untuk cuba selesaikan semua timbunan kain baju yang semak samun kat rumah ni....



For breakfast.....itu jer lah!



For Lunch pulak dadar & ayam masak merah sos tiram.....

For now I have to go.....sempena hari Guru hari ni Akak nak panjatkan doa buat semua guru di seluruh dunia agar sentiasa diberkati Allah kerana telah menjadi tenaga pengajar dengan menyumbangkan segala ilmu, mendidik dan mengasuh ramai umat di dunia ini agar terus maju dalam apa jua bidang yang diceburi...AMIN! Semoga para guru yang pernah mengajar Akak dan suami serta anak-anak Akak dapat menghalalkan perkongsian ilmu dan tiada yang mampu Akak hadiahkan hanyalah DOA yang tulus Ikhlas dari hati kecil Akak yang paling dalam....Amin!

SELAMAT HARI GURU!


Tuesday, May 15, 2012

Kereta Rosak di Simpang Pulai, Perak - Peristiwa 13 Mei,2012 & Sempena Hari Ibu !

Assalamualaikum.... Salam rindu buat semua.....terima kasih buat semua yang telah mendoakan perjalan pergi dan balik Akak ke KL untuk menjemput kedua mak & ayah mertua Akak yang baru pulang dari mengerjakan Umrah pada minggu lalu. Syukur Alhamdulillah....keduanya sihat walaupun sedikit batuk, demam dan sakit kaki  akibat Ghaout (Bapa mertua Akak lah tu!)!




Perjalanan ke Kuala Lumpur berjalan dengan lancar.dan selamat...sempat lagi bawa mak & ayah pergi Senawang dan Semenyeh menziarahi rakan taulan mereka pada sebelah petangnya. Dan pada keesokan paginya sekitar jam 9 pagi Akak bertolak balik ke Utara.

Perjalanan kami mengalami masalah ketika singgah sebentar di hentian sebelah Simpang Pulai sekitar jam 12 tengahari.....dimana water stopper pada radiator telah bocor dan mengakibatkan tangki air kosong dan kereta berasap.....Kami dapatkan bantuan Plus Ronda yang kebetulan meronda di kawasan tersebut....malangnya.....masalah tersebut terpaksa di rujuk kepada pakar....kena tow masuk bengkel...dan pada hari Ahad....susahlah nak dapatkan bengkel baiki kereta....Nasib baiklah Hubby ada seorang sahabat yang dah lama kami tak jumpa tinggal di Ipoh....so Akak & Hubby telah MENYUSAHKAN beliau sekeluarga dari tengahari tu sampai ke malam......dalam meguruskan hal kereta kami yang rosak tu!


Ketika ini kami berdua dalam kereta dan sedang di tarik oleh Plus Ronda ke Plaza Toll Simpang Pulai. Terima kasih buat dua orang petugas PLUS Ronda yang sangat baik dalam memberikan bantuan ketika kami dalam kesulitan......


Dalam Proses menaikkan kereta ke atas tow truck at Plaza Toll Simpang Pulai.


Dan di ketika ini kereta kami masih di Perak....sedang dibaiki.

Apa cerita mak dan ayah pula.....??? Dalam keadaan sedang dilanda kesulitan kita pasti terlepas pandang beberapa perkara....kerana suasana kelam kabut dan panik....kami telah cuba menghubungi beberapa orang yang tinggal di Perak.....malangnya....tiada jawapan atau return call dari mereka....dalam Hubby dan Plus Ronda menguruskan hal kereta kami tu....Akak pulak terpaksa menguruskan cara menghantar Mak & Ayah yang kurang sihat untuk selamat sampai ke Alor Setar. Jadi Akak telah menalipon Along...anak sulong Akak yang baru habis kuliah sekitar jam 1 tengahari supaya drive dari Merbok ke Simpang Pulai untuk menjemput datuk & neneknya dan bawa balik mereka ke Alor Setar. Perbualan talipon Akak dengan Along telah menarik perhatian seorang Hamba Allah yang sedang berehat di wakaf yang ada di perhentian tersebut. Hamba Allah yang sangat baik hati dengan ikhlas telah mempelawa kedua Ayah & Mak Akak untuk menumpang beliau hingga ke hentian Sebelah Juru.....Atas perbicangan dengan Hubby dan atas persetujuan kedua ayah & mak.....mereka sanggup menompang kereta Adik tersebut. Walaupun dalam nada bergurau Akak ada menyuarakan....." Saya tak kenal Encik.....Apa saya nak buat kalau Encik kidnap both my parents?"....Hanya berbekalkan nombor talipon beliau yang Akak minta darinya.....Akak telah dengan mudah membiarkan kedua orang tua Akak pergi dengan perfect stranger! Betapa Akak & Hubby sangat careless jika diingatkan balik.....Nasib baiklah beliau seorang yang memang berhati mulia......Tak sanggup Akak nak fikirkan...all the "What If..........?????". 

Ayah & mak Akak telah di jemput oleh anak Akak di Plaza Toll Sg Dua....sebab saudara tersebut menyarankan supaya anak Akak cuma perlu menjemput dari situ lebih mudah lagi dan kebetulan beliau ada urusan di Sungai Dua.Sykurlah Allah telah memudahkan urusan kami untuk menghantar mak & ayah balik dengan selamat ke Alor Setar.

Apa hal Akak & Hubby pulak???

Kami telah menghantar kereta ke bengkel yang disarankan oleh sahabat lama Hubby. Since hari Ahad...bengkel tak beroperasi so..kami cuma jumpa dengan taukeh kedai tu sekejap untuk tinggalkan kunci aje.Proses membaiki akan bermula keesokan harinya...namun taukeh tu sempat mengenal pasti punca kerosakan we think ....the car is in good hands! 

Kami berdua telah menyusahkan sahabat lama Hubby tu....dari petang kejadian hingga lewat malam kerana terpaksa tunggu Along berpatah balik dari Alor Setar selepas menghantar kedua mak & ayah dan datang menjemput kami berdua di Batu Gajah, Perak. Pada mulanya kami ingat nak balik naik bas aje berdua...tetapi memikirkan masih ada barang-barang mak & ayah dalam kereta...terutamanya tong air zam-zam...mak aiii naik bas.....cancelled! Along tiba agak lewat...selepas dijamu makan malam....kami bertolak balik ke Penang sekitar jam 11.15 malam dan tiba di Penang menjelang jam 1 pagi. Letih kepala otak dan badan hanya Allah yang tahu....Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan keluarga sahabat lama Hubby tersebut....dari maknya & isterinya yang terpaksa melayan celoteh Akak sepanjang kami di sana.

Keesokkan harinya ...Akak bangun macam biasa....walaupun...badan ni rasamacam nak demam namun sebab Reena sekolah dan dalam minggu exam...terpaksalah Akak gagahkan juga....bersilat ala-ala Tai Chi....aje....goreng ikan & goreng telor aje pun....masakkan bekal yang sempoi betoi untuk Hubby...yang dah tentu sedikit terjejas selera makannya..ketika bermasalah!


Lepas selesai Hubby bertolak ke pejabat, Along ke Merbok....Akak & anak kedua...Alang pula memanjangkan langkah kami bertolak balik ke Alor Setar menghantar saki baki barang mak & ayah yang ditinggalkan dalam boot kereta semalam. Akak sampai Alor Setar sekitar jam 10 lebih dan bertolak balik ke Penang sekitar jam 12:15 tengahari sebab nak jemput Reena balik sekolah jam 2 petang.....tu pasal semalam Akak tak sempat langsung nak buka blog......keletihan...hingga ke hari ini...dan bekal hubby hari ni pun lebih kurang macam semalam jugak......memang....kami masih letih dan life has to go on....walaupun mood tak stabil....


Inilah kejadian yang paling tak boleh Akak lupakan sempena hari Ibu tahun ini....mujur Allah telah memudahkan segala urusan buat keluarga Akak.....dan yang paling penting dari segala-galanya....kedua orang tua kami selamat....Syukur padamu Ya Allah!

Akak tak tahu lagi sama ada akan sempat menjenguk blog ni macam biasa dalam sehari dua ni....sebab badan sangat lemah....dah nak semput.....banyak nak settle kain baju dan mengemas....so....kalau segala komen tak berjawab tu....maafkan lah ya.....akan blogwalk bila tenaga Akak pulih kembali dan mood Akak kembali stabil ya....Salam Rindu Buat Semua......!

Sementara tu ada sedikit promosi buku nak Akak buat tapi buat ketika ini....layankan dulu promosi ringkas ni......ya! Pada sesiapa yang ingin memiliki naskah buku ini sila hubungi no talipon yang disertakan ya....(Akak rasa para wanita di luar sana patut memiliki senaskah buku ini.....banyak isu-isu menyentuh masalah wanita yang dipersoal jawapkan...!)


Kenapa kita perlu memiliki senaskah dari buku ini?????



Saiz buku sebenar.....cuba bandingkan dengan sebuah novel melayu!


Harga jualan di kedai-kedai atau toko buku.....adalah seperti di atas tetapi anda boleh mendapat POTONGAN Harga HEBAT jika anda mendapatkan naskah anda melalui Encik Munirzali Bin Abdullah selaku pengurus jualan Cahaya Raudah Publication di Ipoh, Perak. 
Sila Hubungi beliau melalui Hp: 013-4577103.


Harga Promosi yang sangat hebat RM 240 sahaja
 (tidak termasuk harga pos)

Dapat kan naskah anda sekarang selagi stok masih ada!!!

Psst:   Better Late Than Never.....Selamat Hari Ibu buat Semua......maaf ...hampir terlupa!

Tuesday, May 8, 2012

Tetamu Jauh....Anak Bongsu Arwah Kakakku!

Assalamualaikum.....hrmmmm nak kata macam mana eh....bila tengah duduk santai jer macam biasa sambil teguk Nescafe....pagi-pagi...tiba-tiba HP berdering-dering..........tak adalah dering...keluar lagulah...kan HP sekarang dah canggih....tak mainlah dering2..talipon rumah pun dah tak berdering...ada lagu tau!Melampau...punya belagak ni....hehehe...tak delah saja nak celoteh banyak2 sebab hati tengah girang...lalalala...oh ya...sambung balik....bila tengok nama yang tertera...eh ini anak sedara Akak ni...kenapa eh....sebab kita orang ni jarang sangat berhubung....adalah datang menziarah tu....tapi tak ada lah kerap call each other.....

Habis seperenggan..cerita tak habis lagi....karang ada yang baling kerusi ke keyboard ke....Anak dara ni cakap dia ada kat Penang...tanya kat mana..ada kat Tanjung Bungah.....mak aiii sebelah sana pulau lah tu....tapi dia ...akan datang ke USM...dengan kawan2 dia...infact nak jumpa Akak sebab abah dia ada kirimkan barang untuk Akak.....oh mak aiii...ingat lagi bekas abang ipor Akak ni dengan Akak ya!!!...nape bekas??...sebab kakak Akak dah lama kembali mengadap yang maha Esa...sebab leukemia ...infact my brother in-law dah kahwin lain pun...tapi we still contact each other...tambahan pulak wife baru dia tu dah macam lebih dari sedara Akak sendiri pulak....itulah hikmahnya....Allah ambil arwah kakak Akak....gantikan jodoh yang lebih baik lagi buat Hambanya!

Haha...cerita anak dara bongsu arwah ni....belum ada...sebab dari tadi dok tunggu-tunggu tak sampai-sampai lagi...sampai maksu dia tak sempat nak update blog ....!

Jom update dululah mana yang sempat ....karang tengah-tengah mengarang cerita...belum sempat post entry anak dara En Hussin datang pulak! Hari ni sebenarnya nak post entry awal sebab Hubby keluar awal...sebab ada meeting jam 8 pagi...tu pasal maksu dia lepak baik punya.....ingat later-later lah nak mengemas....sekali dik panggilan hangit  tu.....kok terkejar-kejar tak cukup tangga  maksu dia...keh..keh keh...padan muka...dok ingat nak bersantai jer kat depan PC.

Tak ada niat tau nak tayang maruku gunting tu lama-lama......

Ini dia anak dara Akak dengan cousin dia yang Akak dok ternanti-nanti dari hari Khamis...Jumaat baru dia muncul.....


Tak ada apa yang Akak hidangkan pun untuk dia just sedikit kek lapis yang Akak bekalkan untuk dia....sebab awal-awal dah cakap dia dah makan kat restoren nasi kandar.....so kita orang borak-borak aje sekejap....sebab dia tunggu kawan2 dia datang jemput untuk ke Sungai Petani pulak lepas tu.....cam tu lah ragam anak remaja sekarang....sementara tunggu nak sambung buat Ijazah....dia baru aje habis buat Diploma Uitm baru-baru ni! Apa-apa pun Akak suka sangat sebab inilah antara sedara mara Akak yang ada dan masih kuat ikatan kekeluargaan tu...Syukur Alhamdulillah!

Well....weekend Wesak....dipenuhi dengan program makan-makan bersama keluarga...ni antara juadah yang kita orang hadap.....



ABC atau Ais Kacang yang melimpah ruah banyaknya......







Dan kembali ke dunia realiti....apa juadah sarapan untuk pagi ni ya!!!


Apa yang sempat untuk pagi ni.....sediakan grilled sandwich sardines aje pun.....makan panas-panas memang best!!!



Ni breakfast kita orang pagi ni ya!!! Sedap makan suam-suam  tau!!



Dalam kuali Akak lepas goreng ikan.....cuma buat sweet , sour & spicy sambal udang aje for our lunch hari ni.....


Untuk sayur pulak Akak just buat sawi tumis air berencahkan anak-anak udang aje pun!


Dan inilah bekalan Reena dan Hubby untuk hari ni......moga dapat mengenyangkan perut mereka berdua Insyaallah!


Semua komen dan jejak Akak akan usahakan untuk membalasnya secepat mungkin.....semuanya dengan Izinnya.....Salam Rindu buat semua.....Muaaah!





Friday, April 27, 2012

Buku dalam hidup ku!! Tahu @ Taukua Sumbat....Kari @ Gulai Kepala Ikan Tongkol

Assalamualaikum....wah penat betul badan Akak ni....ke hulu ke hilir...dalam rumah yang beberapa kangkang kera aje ni...Entah apa yang Akak sibukkan pun...tak tahu nak cakap....Basicly....semuanya kategori kerja rumah lah.....libatkan lantai....ceiling.....kain baju.....sekolah ....anak-anak....makanan....tempat tidur.....wah....terlalu banyak kategori...tak boleh nak specify. Ibarat kata...pegang ni sekejap....dah ada yang nak kena di buat kat sana pulak....memang penatlah!! Macam orang beranak kembar berapa entah lah....sini jerit ...sana teriak nak kan apa tah....hrmmmm kalau boleh tekan button settle semua tu kan best!

Apa-apa pun...ni baru nak rehat kejap sebelum Akak sambung balik buat apa yang patut Akak buat sebab serious ni....Akak dah confirm jadi pergi KL esok.....haaaa terus rasa bersemangat balik nak buat kerja rumah ni....agaknya inilah package motivasi yang Hubby sogokkan untuk Akak kan!...Dia memanglah minat baca novel...tapi mostly English fiction.....and Akak pulak semua novel melayu yang hangat di pasaran....hingga...keadaan di rumah Akak dah jadi macam ni....


Ni pemandangan di luar bilik tidur Akak ya....menghadap bilik tidur anak-anak......sila abaikan segala yang menyemakkan ya!! Buku-buku koleksi Hubby dah mencecah ceiling.....tengah berunding nak attack dinding lain buat another wall book rack!....nak cari buku dia kena panjat tangga hahaha!!! Part of the reason Akak punya novel collections dah attack rak buku dia dalam bilik tidur kita orang...tu pasal buku2 dia dah melangit kat luar tu!!!


Sliding book rack ni dah lama penuh.....so close case...ni cerita lama!!


Rak buku sebelah bilik air dalam bilik tidur Akak ni pun dah penuh ruangnya......


Ni rak yang dahulunya milik Hubby sepenuhnya....kat dalam bilik tidur kita orang...sekarang dah jadi....milik bersama....Sharing is caring....kan sayang kan....!!!

Lately...kaki Novel punya keluaran dah berjaya menambat hati Akak....walaupun....Alaf 21 dah lama mendapat tempat di hati ini.....jadi kalau ada mana-mana pengarang yang memang dapat pikat hati Akak...memang cepat aje Akak rembat product terkini keluarannya!!....Mana lagilah nak letak buku2 ni agaknya!!!Dulu dah Akak paparkan tentang koleksi buku Akak ni....klik sini kalau nak tengok...sebab kumpul buku ni bukan perkara baru...dah bertahun-tahun lamanya!

Wah kan dah melalut kalau cakap pasal buku......okaylah....menu apa ya untuk pagi ni....

Ha...haha...semalam pergi pasar....jangan ingat nak hadap menu semegah ya....dengan Akak menu sempoi mempoi ajelah.....


Ni buat sarapan pagi.....senang...goreng tahu @ taukua untuk 2 tujuan......sarapan dan menu hidangan untuk lunch.....


Dah lama tak makan tahu sumbat.....menu berkhasiat ni tau....bagi si Reena.....cup cake semalam yang kembang macam apam tu yang dia pilih!!


Ambil 2 ke 3 keping potong-potong buat sambal tumis campur udang...dah jadi datu hidangan untuk makan lunch....senang sungguh....!



Ni kari atau gulai kepala & Ikan Tongkol......kenapa Akak buat kari hari ni....sebab nak makan nasi dengan sambal belacan gadingan dengan ulam raja...baru best kalau ada kari ikan.....lagi pun Along dah balik....Merbok...diaa memang tak makan ikan tongkol...tak tahu kenapa...tapi kalau Akak buat kerabu ikan tongkol makan pulak !!



Ooo...sambal belacan ni...sebab nak gandingkan dengan ulam raja yang Akak beli di pasar semalam...mak aiii sedapnya lemak-lemak si Ulam Raja!!!


Ngam tak menu hari ni...bila dah bergabung dalam satu hidangan.....macam dalam bekal lunch untuk Hubby tu......????


Okaylah.....Akak nak kena berkemas sekarang....ooops kalau nanti kat PWTC ke KL ke ada yang terkenal ke terperasan ke .....tentang seorang makcik blogger bernama Kak Watie tegur2lah....Akak ni peramah orangnya.....mesti meriah...dapat peluk2 muaaahh.....jangan marah ya!!!

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!!!!!





Wednesday, April 25, 2012

Kuih Talam Lapis Roti Gardenia

Assalamualaikum

Salam Sejahtera buat semua....pagi ni Akak sangat-sangat sibuk....sebab ada beberapa tugas yang MUSTAHAK  Akak perlu berikan perhatian.....jadi rasanya tak patut sangatlah Akak mengadap PC ni lama-lama...makanya kita cuma nak kongsikan juadah sarapan pagi ni aje pun!!



Dah ramai bloggers yang dah mencuba resepi talam roti lapis coklat ni....dengan paparan yang sangat menarik dan comel-comel aje kejadiannya....Antara saudara-mara bloggers kita yang dah mencuba resepi ni...ialah Dik Ayu nun di Singapore sana @Curlybabe's Satisfaction, Kak Ross @ My Kuali, Dik IzahDaud @Izah Muffin Lover, dan paling akhir beberapa hari lepas  di dapur Dik Zila @ zila4ever. Terima Kasih buat pencetus ilham resepi yang marbeless ni....kalau tak silap Akak Puan Wan @ Citarasawan.Mohon halalkan segala perkongsian ilmu di alam siber ni ya!! Tak lupa juga pada semua saudara mara yang telah mencuba dan berjaya mengoda Akak untuk rasa lebih berselera untuk mencuba resepi ini dengan paparan menarik yang korang dah experiment tu!!


TALAM ROTI LAPIS COKLAT
resepi : kak Wan
sumber: kak Yatie, kak Anim @ kak Ayu

Bahan-Bahan (Akak buat 2 adunan jadi resepi di bawah kali2 ya!)
  • 4 keping roti sandwich - buang tepi, siat kecil + rendam dgn 100 ml air 
  • 50 gm gula pasir
  • 1/4 sudu teh garam
  • 200 ml santan KARA
  • 100 ml air
  • 60 gm tepung beras
  • 20 gm tepung sagu/tpng ubi
  • 1 sudu teh coklat emulco 
Acuan Lompang (10-12 biji)
Akak guna : Loyang saiz 5 inci

Cara-cara :
  1. Masukkan roti yang direndam ke dalam pengisar. Ketepikan.
  2. Satukan air, santan, gula dan garam, masak hingga gula larut. Biarkan suam. Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
  3. Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang di rendam hingga halus.
  4. Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di campur dengan coklat emulco.(Akak bahagi 3 bahagian)
  5. Tuang warna asal, kukus selama 5 minit dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu.
  6. Tanpa mengangkat dari pengukus, tuang adunan coklat ke atas lapisan bawah tadi. Lap tutup pengukus dan kukus selama 10 - 15 minit dengan api sederhana hingga masak (Akak selang selikan lapisan kukusan tu setiap 5 minit hingga lapisan terakhir selama 20 minit)

Seperti biasa kalau juadah manis cam gini....mestilah nak ada dih lain jugakkan...nak kenyangkan perut penghuni rumah Akak ni kan!



Dan pagi ni Akak cuma sediakan menu ringkas buat Hubby....





Okaylah Akak terpaksa gerak dulu ya....banyak betul nak Akak uruskan hari ni....tambahan pulak dalam kepala ni asyik dok fikirkan Pesta Buku di PWTC hujung minggu ni......nak pergi ke tak....50-50!

Moga Allah permudahkan segala urusan buat Akak...Insyaallah...Amin!

NOTA:
Hari ni Mak dan Ayah akan berlepas ke Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah...Akak sekeluarga hanya mampu mendoakan dari kejauhan moga mereka berdua sihat dan selamat mengerjakan ibadah dengan tenang dan mudah serta sempurna.....dan selamat pergi dan balik ke tanah air nanti...AMIN!!!!