Adakah ini satu Tabungan???

Showing posts with label novel collection. Show all posts
Showing posts with label novel collection. Show all posts

Friday, April 27, 2012

Buku dalam hidup ku!! Tahu @ Taukua Sumbat....Kari @ Gulai Kepala Ikan Tongkol

Assalamualaikum....wah penat betul badan Akak ni....ke hulu ke hilir...dalam rumah yang beberapa kangkang kera aje ni...Entah apa yang Akak sibukkan pun...tak tahu nak cakap....Basicly....semuanya kategori kerja rumah lah.....libatkan lantai....ceiling.....kain baju.....sekolah ....anak-anak....makanan....tempat tidur.....wah....terlalu banyak kategori...tak boleh nak specify. Ibarat kata...pegang ni sekejap....dah ada yang nak kena di buat kat sana pulak....memang penatlah!! Macam orang beranak kembar berapa entah lah....sini jerit ...sana teriak nak kan apa tah....hrmmmm kalau boleh tekan button settle semua tu kan best!

Apa-apa pun...ni baru nak rehat kejap sebelum Akak sambung balik buat apa yang patut Akak buat sebab serious ni....Akak dah confirm jadi pergi KL esok.....haaaa terus rasa bersemangat balik nak buat kerja rumah ni....agaknya inilah package motivasi yang Hubby sogokkan untuk Akak kan!...Dia memanglah minat baca novel...tapi mostly English fiction.....and Akak pulak semua novel melayu yang hangat di pasaran....hingga...keadaan di rumah Akak dah jadi macam ni....


Ni pemandangan di luar bilik tidur Akak ya....menghadap bilik tidur anak-anak......sila abaikan segala yang menyemakkan ya!! Buku-buku koleksi Hubby dah mencecah ceiling.....tengah berunding nak attack dinding lain buat another wall book rack!....nak cari buku dia kena panjat tangga hahaha!!! Part of the reason Akak punya novel collections dah attack rak buku dia dalam bilik tidur kita orang...tu pasal buku2 dia dah melangit kat luar tu!!!


Sliding book rack ni dah lama penuh.....so close case...ni cerita lama!!


Rak buku sebelah bilik air dalam bilik tidur Akak ni pun dah penuh ruangnya......


Ni rak yang dahulunya milik Hubby sepenuhnya....kat dalam bilik tidur kita orang...sekarang dah jadi....milik bersama....Sharing is caring....kan sayang kan....!!!

Lately...kaki Novel punya keluaran dah berjaya menambat hati Akak....walaupun....Alaf 21 dah lama mendapat tempat di hati ini.....jadi kalau ada mana-mana pengarang yang memang dapat pikat hati Akak...memang cepat aje Akak rembat product terkini keluarannya!!....Mana lagilah nak letak buku2 ni agaknya!!!Dulu dah Akak paparkan tentang koleksi buku Akak ni....klik sini kalau nak tengok...sebab kumpul buku ni bukan perkara baru...dah bertahun-tahun lamanya!

Wah kan dah melalut kalau cakap pasal buku......okaylah....menu apa ya untuk pagi ni....

Ha...haha...semalam pergi pasar....jangan ingat nak hadap menu semegah ya....dengan Akak menu sempoi mempoi ajelah.....


Ni buat sarapan pagi.....senang...goreng tahu @ taukua untuk 2 tujuan......sarapan dan menu hidangan untuk lunch.....


Dah lama tak makan tahu sumbat.....menu berkhasiat ni tau....bagi si Reena.....cup cake semalam yang kembang macam apam tu yang dia pilih!!


Ambil 2 ke 3 keping potong-potong buat sambal tumis campur udang...dah jadi datu hidangan untuk makan lunch....senang sungguh....!



Ni kari atau gulai kepala & Ikan Tongkol......kenapa Akak buat kari hari ni....sebab nak makan nasi dengan sambal belacan gadingan dengan ulam raja...baru best kalau ada kari ikan.....lagi pun Along dah balik....Merbok...diaa memang tak makan ikan tongkol...tak tahu kenapa...tapi kalau Akak buat kerabu ikan tongkol makan pulak !!



Ooo...sambal belacan ni...sebab nak gandingkan dengan ulam raja yang Akak beli di pasar semalam...mak aiii sedapnya lemak-lemak si Ulam Raja!!!


Ngam tak menu hari ni...bila dah bergabung dalam satu hidangan.....macam dalam bekal lunch untuk Hubby tu......????


Okaylah.....Akak nak kena berkemas sekarang....ooops kalau nanti kat PWTC ke KL ke ada yang terkenal ke terperasan ke .....tentang seorang makcik blogger bernama Kak Watie tegur2lah....Akak ni peramah orangnya.....mesti meriah...dapat peluk2 muaaahh.....jangan marah ya!!!

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!!!!!





Thursday, April 26, 2012

Cupcake Kukus...Resepi Moist Chocolate Cake untuk Along!

Assalamualaikum....wah gi pasar dari pagi...dekat malam baru muncul ni...apa kes! Maaflah ya....Akak sibuk sikit hari ni...sebab Along dah nak balik ke rumah sewanya di Merbok, Sungai Petani. Tu yang Akak tak sempat nak hadap PC ni....tak sempat nak balas komen yang semalam pun lagi!....Maaflah ya!

Balik dari pasar sibuk dengan kerja-kerja mengemas barang dapur.....then buat kerja-kerja routine yang lain....

Menjelang petang......Along kata dia nak balik petang ni...tapi hujan pulak...so bila call Abah dia suruh balik lewat sikit...lepas office hour.So sempat lah Akak buatkan bekalan untuk dia bawa balik.


Tak payah letak topping sebab senang dia nak bawa balik...!


Kek Kukus Coklat yang lembab ni dah selalu Akak buat....tapi kali ni saja jer buat versi cawan sebab senang untuk Along nak share dengan housemates dia .....terkembang mekar pulak semuanya...dah jadi cam apam jer! tapi rasanya tetap maintain....memang kegemaran Along, Alang & Reena.


Akak dah biasa buat guna resepi kek ni....tapi dah agak lama jugaklah Akak tak buatkan untuk anak-anak....jadi bila buat tadi sambutan sangatlah......meriah!Terima kasih ya buat tuan empunya resepi yang memenuhi citarasa anak-anak Akak ni ya. So kalau ada yang berminat nak try....silakan....

Kek coklat kukus (Akak buat versi cupcake...dah jadi macam apam mekar jer!)
hanismajid@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10 orang makan )
  • 2 cawan tepung blue key
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan milo
  • 1 cawan serbuk koko vochelle
  • 4 biji telur ayam
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air panas
Cara-cara
  1. masukkan semua bahan2 dalam mangkuk besar....
  2. kacau dengan sudip besar..kacau tangan je...jangan guna mixer...nanti telebih naik....tak jadi
  3. bila semua bahan2 dah sebati dalam 5 minit je kacaunye....
  4. then boleh ditapis adunan yag dah siap agar hasil nanti lebih halus dan cantekkkk
  5. didihkan periuk pengukus dan kukus selama 40 minit (Akak kukus 15 minit aje)
  6. dah siap...kalo nak letak topping lagik best....
  7. selamat mencuba....caiyok2





Sebelum Along berangkat balik tadi Akak sediakan minum petang yang ringkas aje...nak habiskan stok keropok lekor & losong yang beli kat Kelantan hari tu....






Minum petang makan  Keropok....habiskan stok ajelah!



Along pun dah selamat sampai kat rumah sewa dia tadi...Syukur Alhamdulillah....Esok akan sibuk juga sebab nak bereskan kerja rumah sebelum Akak berangkat ke KL.....buat apa kat KL.....mestilah Akak tak nak ketinggalan untuk ke PWTC....Ada apa kat PWTC???? 











Tuesday, March 30, 2010

Norzailina Nordin........"CINTA 365 HARI"

*.*

Assalamualaikum.....

Wah pertama kali Akak baca sentuhan Norzailina Nordin terus jatuh cinta.....malangnya masa pergi pameran di PWTC tempoh hari Akak tak bertentang empat mata dengan beliau!...




Sinopsis :
KATA orang, cinta tidak mengenal siapa. Cinta itu perkara biasa bagi makhluk yang bergelar manusia. Mahu bercinta, ingin dicintai – itu sudah pasti! Persis ombak dan pantai yang tidak ingin berpisah walau sesaat. Itulah CINTA!

Cinta yang mendalam pada Erynn membutakan matanya. Kali pertama bertemu, Darren Ho sudah jatuh hati. Perwatakan Erynn yang agak lurus mencuit hatinya. Kelembutan sifat Erynn meruntun jiwanya. Keikhlasan gadis itu menawan sanubari. Namun, latar belakang mereka yang jauh berbeza, apatah lagi perbezaan agama yang dianuti menjadi halangan besar buat mereka meneruskan hubungan.

Madam Ho sama sekali tidak mahu melepaskan Darren kepada Erynn. Maka, dia membuat muslihat untuk memisahkan mereka. Bagi mempertahankan nama keluarga Ho, Madam Ho memaksa Darren mengahwini Tania, gadis sebangsanya. Darren serba salah. Antara ibu dan kekasih, yang mana patut didahulukan? Mempertahankan cintanya atau terus menjadi anak yang patuh? Gila! Memang gila dibuatnya

Yang pasti, dia tidak pernah berhenti membilang hari... bilakah cintanya dan Erynn bakal bersatu.

Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-492-0
Mukasurat : 512 Halaman
Harga: RM19.90


Ulasan Akak :

Novel ini mempunyai daya tarikannya tersendiri kerana penceritaan dan penulisan Norzailina mampu menarik minat Akak untuk menghabiskan bacaan.....Santai jalan ceritannya! Namun kesudahan yang sedikit mengecewakan Akak...kerana terlalu ringkas....tak detail...! Buat penulis....Akak akan mula mengumpul hasil penulisan beliau ....!Tahniah!

Tuesday, March 23, 2010

KL INTERNATIONAL BOOK FAIR 2010......puas hati!!!

*.*

Assalamualaikum......salam rindu buat semua.....

Kembali bersiaran selepas bercuti.....lebih seminggu.....& percutian yang sangat bermakna dalam diari kehidupan Akak sekeluarga.....

Baru aje balik dari Kuala Lumpur pagi semalam.....around 5:45 pagi.......sangat 2x keletihan.....namun....BEST!!!!....Buat Shiela....yang Akak hubungi melalui telefon.....ni Akak dah selamat balik tau!!...Ada juga try call Kak Intan....tapi tak dapat!.....Te....Akak nak call tapi takut Te sibuk....kat Parlimen...hehehe!

Percutian Akak sekeluarga kali ini.....ekoran dari mengikut Hubby berkursus di Kuala Lumpur.....selama 3 hari.....check-in at Hotel Equatorial....lewat malam Isnin.....hingga Khamis petang.....then bermulalah episod percutian keluarga Akak.....
Aktiviti percutian pada hari Jumaat......KL International Book Fair 2010.....di Putra World Trade Center (PWTC)......hari pertama.....sangatlah mengujakan Akak sekeluarga.....kerana ini pertama kali kami terserempak dengan Book Fair yang sangat ber..prestige ini!!!But rata-rata ada book fair.....yang kecil2 tu...especially dari Popular Book Store....!

KL International Book Fair  telah menjadikan impian Akak menjadi realiti setelah menemukan Akak dengan pengarang-pengarang novel tersohor yang Akak minati......Norhayati Ibrahim dan Anis Ayuni!


 
 
 
Banyak juga yang Akak sekeluarga borong....di hari pertama ni tau....sebab hari Ahad sebelum balik ke Penang kami pergi sekali lagi.....penuhi hajat Hubby nak borong novel collection dia pulak!!!

Puas hati.........nanti kami nak pergi lagi..........Insyaallah!!! 
Oh ya....dalam ramai-ramai tu.....jodoh untuk bertemu salah seorang rakan maya.....dengan izinnya......pasti ramai yang kenal dengan orang ini......
Dalam kelam kabut......tu....Kak Ina dan Akak sempat berpeluk-pelukkan.....dan bergambar kenangan.....tentulah Kak Ina tak kenal Akak.....tapi Akak kenal kak Ina...sebab blog Kak Ina ni popular & Akak follower blognya......http://tertunailahhasratdihati.blogspot.com/!



Apa juadah hari ni????



Okaylah...sekian dulu paparan buat kali ini.......Akak perlu bereskan rumah yang macam tongkang pecah ni dulu ya!.......


Tuesday, February 2, 2010

SHARIFAH ABU SALEM.......AKU CINTA DIA

*.*

Assalamualaikum...bertemu semula....seperti yang Akak pernah janjikan....koleksi novel-novel Akak dah banyak yang tak di update....so at the same time bolehlah Akak update kan...dan kongsi dengan Adik2 dan kawan2, yang juga punya minat yang sama.....Apa lagi hasil karya salah seorang penulis kegemaran Akak ni...yang belum anda miliki atau baca?

Kali ni tentang hasil karya Sharifah Abu Salem yang terkini di pasaran.







AKU CINTA DIA
Pengarang : Sharifah Abu Salem
Harga : RM 19.90
Halaman :499
ISBN : 978-983-124-459-3


Sinopsis

DANIA, gadis kota yang liar, mengandung anak luar nikah. Akibat nya, papanya, Datuk Safuan mendesak agar kandungan itu digugurkan. Namun, kerana tidak mahu menanggung dosa, mamanya, Datin Kay terpaksa melarikannya ke Pusat Perlindungan Wadi Saffiyyah, tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial. 

Sepanjang tinggal di Wadi Saffiyyah, Dania sentiasa bermunajat kepada ALLAH. Walaupun dosa yang ditanggung selama ini tidak mampu mengembalikan lelaki yang bertanggungjawab atas kandungannya itu, dia pasrah. Baginya dia harus meneruskan kehidupan sehingga anaknya lahir. 

Dalam diam, dia terpaut pada sifat-sifat mulia Ustaz Iqbal salah seorang tenaga pengajar  di Wadi Saffiyah. Namun, bila difikirkan, mana mungkin dirinya yang kotor jatuh hati pada insan semulia Iqbal?Sehinggalah suatu hari,dia menerima hadiah, pemain MP3 dan al-Quran kecil dari lelaki itu.

Apakah maknanya ini? Adakah Iqbal juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya? Iqbal pernah menyatakan kepadanya bahawa dia harus mencintai ALLAH dan Rasul-NYA terlebih dahulu sebelum dia mencintai sesama manusia. 

Dania bimbang dengan kenyataan ini. 
Takut dia bertepuk sebelah tangan


Antara koleksi lain dari sentuhan pengarang dan juga penulis skrip beberapa drama hebat ini, yang ada dalam simpanan Akak ialah:

 Karya : Sharifah Abu Salem
  1. TAK SEINDAH MIMPI
  2. TAK SEMANIS IMPIAN
  3. TIADA LAGI MIMPI
  4. SEMBILU 2005
  5. JANJI DIANA
  6. PESONA RINDU
  7. GERIMIS DI HATI
  8. MASIHKAH ADA KASIH
  9. BIAR RINDU BERLALU










Jom kita membaca!