Adakah ini satu Tabungan???

Showing posts with label celebration. Show all posts
Showing posts with label celebration. Show all posts

Wednesday, May 16, 2012

Minggu Penuh Ujian & Cabaran~ Mummy Akak pulak Demam!

Assalamualaikum Semuanya.....mulanya Akak memang tak nak buat entry untuk blog buat beberapa hari ni...sebab keadaan Akak sendiri memang dah tak terurus....ada selsema sikit , batuk...dan sakit tekak!Badan ni dah macam sayur lecur....overcooked! Tapi semuanya Akak gagahkan juga kerana masih ada insan-insan yang Akak sayangi masih memerlukan kudrat ini. 

Sekitar jam 1:50 tengahari semalam....Akak baru jer nak keluar rumah nak ke sekolah, jemput Reena balik....Mak Tam Akak di kampung pulak talipon. Dia bagi tahu yang Mummy Akak pulak demam panas...dah pun ambil ubat tapi dia tak nak bangun...tak nak makan...tak nak buka mata pun.....!!!Alamak..kenapalah pulak!..Biasalah bila jadi warga emas ni Akak rasa...naluri dan perasaan mereka lagi rapuh...jadi kitaran hidup ni kadang-kalanya buat mereka mahu kan perhatian yang lebih...mahu dibelai dan dimanjakan...seperti mana mereka memanjakan kita sewaktu kita baby dulu kan!

Akak ni jenis yang suka berseloroh...bergurau...tak kira lah..walaupun dalam keadaan bermasalah...bila Akak balik..Akak bawakan lah apa yang ada dalam peti hikmat Akak tu..sebab Akak tak plan nak balik pun kan!...adalah dua tiga biji epal merah, limau sunkist dan epal hijau.....dan yang paling dia suka jeruk buah2an Penang seperti pala, mempelam, kedondong, salak, betik dan sebagainya. Akak umpankan lah agar dia jamah bubur nasi dulu...lepas tu makan ubat....lepas tu kasi minum air zam-zam & makan kurma nabi yang Mak mertua Akak kirimkan. Makan bubur tu pun adalah dalam tiga empat sudu jer pun....itu pun kena suap....selebihnya..anak bujang Akak bedal licin! Lewat petang dia dah mula bercakap....badan pun dah kurang panas...sebab kita orang jelum dengan air asam. Muka dia yang pada mulanya macam bengkak pun dah surut sikit....tapi Akak pesan pada Mak Tam Akak supaya kasi ubat sekitar jam 8:30 malam lagi sekali.

Akak ajak dia balik ikut Akak ke Penang...dia tak nak...nak tahu tak kenapa??? Dia kata...dua hari lagi dia nak pergi rombongan ke Terengganu.....hehehe...dalam sakit2 tu ingat lagi tu nak turut serta rombongan pergi jalan-jalan Pantai Timur.....okaylah Mummy Ku Sayang.....buatlah apa pun..janji Mummy kena sihat dulu! dalam 6:30 petang Akak drive balik dengan Nizam , Reena tak ikut sama sebab sibuk study for exam. 

Pagi ni Akak dah call tadi...dia dah bangun makan...dah semakin sihat..Syukur Alhamdulillah!Lega sikit....!
Okaylah ya...ini jer lah paparan untuk hari ni....sebab semua kerja kat rumah ni masih bertangguh lagi....jadi hari ni Akak kena betul2 fokus untuk cuba selesaikan semua timbunan kain baju yang semak samun kat rumah ni....



For breakfast.....itu jer lah!



For Lunch pulak dadar & ayam masak merah sos tiram.....

For now I have to go.....sempena hari Guru hari ni Akak nak panjatkan doa buat semua guru di seluruh dunia agar sentiasa diberkati Allah kerana telah menjadi tenaga pengajar dengan menyumbangkan segala ilmu, mendidik dan mengasuh ramai umat di dunia ini agar terus maju dalam apa jua bidang yang diceburi...AMIN! Semoga para guru yang pernah mengajar Akak dan suami serta anak-anak Akak dapat menghalalkan perkongsian ilmu dan tiada yang mampu Akak hadiahkan hanyalah DOA yang tulus Ikhlas dari hati kecil Akak yang paling dalam....Amin!

SELAMAT HARI GURU!


Tuesday, May 1, 2012

Happy 3rd Blogiversary Watiermanlife! Happy Labor Day !... 1st May 2012...Jom makan Samprit Reena!


Credit gambar untuk Mr Google!! TQ ya!


Assalamualaikum....Selamat beristirehat sempena cuti umum buat semua para pekerja!!! Pasti semua punya perancangan masing-masing untuk hari ni....moga apa yang dirancang berjalan dengan lancar!

Di kesempatan ini juga ingin dirakamkan bersempena ulangtahun yang ke 3 untuk WATIERMANLIFE....kerana telah tiga tahun lama nya kewujudan blog ini...yang ada kalanya terang...ada ketikanya pula malap seakan-akan pelita yang kehabisan minyaknya!...Corat-coret dan rentetan kehidupan harian Akak sebagai suri dalam kehidupan keluarga Watiermanlife....sedikit sebanyak dikongsikan dalam blog ini.....

Bermulanya blog ini atas usul Along...anak sulong Akak....yang ketika itu sedang belajar di Bangi...agar memaparkan semua masakan Akak...jadi dia dapat tahu apa yang Akak masak setiap hari.Atas sebab itulah wujudnya WATIERMANLIFE!

Rupa-rupanya dunia blogger ni sangat luas kerana ianya merupakan dunia tanpa sempadan....maka setiap hari Akak mula belajar meningkatkan taraf blog...ni ke satu peringkat yang lebih baik...dan mula kenal lebih ramai rakan taulan dan saudara maya....mula berkongsi segala macam ilmu.....tak kira apa bangsa dan agama sekali pun!...Atas dasar....biarlah Aku mengambil selangkah setiap hari...rupa-rupanya...langkah ku semakin jauh...dalam tempoh tiga tahun....perjalanan ini telah jauh dari tempat permulaannya. Syukur Alhamdulillah....Semuanya dengan Izinnya! Moga hubungan & Ukhwah yang terjalin terus mekar dan terus kekal Insyallah!

Memandangkan hari ni....para pekerja sedang bercuti....makanya...pelajar ini telah mengambil alih tugas pekerja di dapur......




Terima kasih kepada penyumbang asal resepi kuih samprit yang sedap ini.....juga buat saudara maya...Adik dZana dari blog Inspirasiku.....Cikgu...Akak mohon ampun kerana telah selongkar dapur adik untuk dapatkan resepi kuih ni ya...tapi dah kemas siap mop lantai lagi sebab ada tertumpahkan tepung tadi.....Mohon halal ya Dik!

SEMPERIT PANDANSumber : Chef Zubaidah via Maklang Azie
Akak ambil dari blog Dik dZana @ Inspirasiku

Bahan A :
  • 200 gm mentega
  • 100 gm gula icing
  • 1 biji kuning telur
  • 1/4 tsp pes pandan 
  • 1/2 tsp pewarna hijau
Bahan B :
  • 250 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 30 gm tepung kastad
Hiasan :
Coklat masakan putih dan gula manik
Akak letak ceri merah

Cara-cara :
  1. Sebatikan bahan-bahan A.
  2. Masukkan B dan uli rata.
  3. Gunakan acuan dan picitkan adunan ke atas dulang. 
  4. Letak ceri diatas bunga yang di tekan
  5. Bakar selama 15 minit dengan suhu 160C.
  6. Sejukkan biskut .
  7. Simpan dalam bekas kedap udara.




Well ......kudapan Akak sekeluarga sempena hari cuti ni!!....Buat satu adunan jer pun....sekejap jer siap!


Have a nice day !

Wednesday, February 3, 2010

BELATED BIRTHDAY WISHES FOR UNCLE LEE.......CANADA!

*.*


Send this eCard !

I am sorry...that I missed your Birthday.....hope this is acceptable!
Compliment to Mr. Google for the cake...he! he! he!








And....taking advantage of this circumstances.....I am taking this opportunity to send you this sincere  Happy  New Year Greetings all across the miles!




Thursday, January 28, 2010

Happy Birthday Sayang.........

*.*

Assalamualaikum......

Well.....finally....January 28....the final event of Birthday Celebration for January....in our family calender....is here! January..calls for ....celebration....with Along's Birthday 0n the 5th, Nizam's yesterday (27th)...not forgetting our Anniversary....0n the 15th....and finally....your Birthday Sayang!

Bersyukur kepada Allah S.W.T....for giving us the opportunity to have shared our life together.....to have the most wonderful moments together...during good & bad times.....and to have such beautiful & precious children ....to compliment our relationship!

Sayang....I am taking this opportunity to Thank You...for choosing me as your partner in life.....and one thing I am  sure of is that....." I LOVE YOU SO MUCH!"......

On your 44th Birthday.....this E-card is for you....




We have been classmates since Form 1.....and ever since then....Our Love is Stronger as time goes by....

Tak ada hadiah istimewa.....nak Watie berikan.....hanya hasil kerja tangan (tangan yang semakin kasar ni....) yang tak seberapa.....sebab you surely know that...I am still learning to decorate my cakes....! For the first time.....presenting  to you...















As life goes on...so sarapan macam biasalah...apa yang sempat.....jadi bekalan ke pejabat dan sekolah anak-anak.....








So.....hope you have a great day today on your Birthday.....moga Sayang bertambah murah rezeki, panjang umur, sihat kesihatan.....mental & fizikal....., mendapat keberkatan dan dilimpahi Rahmat darinya....AMIN!






Wednesday, January 27, 2010

Happy 17th Birthday Sayang!

*.*

Assalamualaikum.....

Happy Birthday Nizam.....you have just turned 17!



Sorry sayang...nothing special yang Mama & Abah dapat berikan pada Nizam sempena Hari Lahir Nizam yang ke 17 ini....just DOA yang tidak putus-putus agar Nizam menjadi anak yang beriman, beramal soleh dan menghormati orang tua serta berjaya dunia dan akhirat!

We just want you to be happy and always remember...that we love you always & forever!....Moga Nizam bertambah matang dan terus maju ke hadapan...kerana bagi Mama yang tidak berharta ni cuma dapat memberikan galakan yang tidak putus-putus agar Nizam terus berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan dalam hidup!Mama & Abah cuma ingin TUMPANG senyum bangga dengan kejayaan kalian!

Hope Nizam suka dengan cupcakes yang Mama buat... decoration  with Reena 's help ...and hope your have a great time with your classmates today!









Sekejap je masa berlalu....dan Nizam dah pun 17 tahun.....dah dewasa...kalau Nizam tak perasan....cuba tengok ni.....













 






















And now......how much you have grown up!




Happy 17th Birthday!!



Tuesday, January 5, 2010

Happy Birthday.....Along...It's Been 20 Years....my oh my!!

*.*

Assalamualaikum.....and Salam Sejahtera.....

This special entry is for my beloved son who just turn 20 today...!!! And this is why....I have been so emotional today....especially this morning while I am alone at home....

So you know how your mum is right.....ya...ya...you know me better......!! Sikit nangis...banyak pun nangis....Abah cakap kasar lagi lah tak boleh....korang terjerit pun Mama dah terasa....nak buat macam mana kan...!Today...is your special day...yet you are far away from all of us.....lagi lah Mama sedih!

What I did this morning......digging the old boxes....searching for old photos....and manage to keep myself busy....and at the same time semakkan bilik .....scanning some photos.....and these photos are my favourites...and I want to share them with you.....





















































No cakes....no presents......as what we have discussed before......but...you know....what's coming....if what is plan......tak ada halangan.....apa-apa...Insyaallah.......you will just have to come back for the Semester Break...okay!

Mama & Abah both love you so much.....and remember....you will always be my baby....no matter how old you get........

Semoga pada usia 20 tahun ini menjadikan Along insan & anak yang lebih soleh lagi, lebih taat & patuh pada Allah & menghormati yang tua....berjaya dalam hidup....mendapat keberkatan dalam segala usaha.....ingat....bersusah-susah dahulu...bersenang-senang kemudian.....so work hard dear....we will always pray for your success & future undertakings!!



*.*