Assalamualaikum.....dah petang memang sibuk sangat kan...menjelang persiapan berbuka puasa tapi nak juga kongsikan salah satu juadah kegemaran Akak ni.....
Akak guna spring form yang di alas dengan plastik senang nak transfer ke atas pinggan.....
Nampak tak bertapa mudahnya nak mengalihkan dari loyang ke cake plate atau pinggan intuk hidangan.....
Ini close-up sikit kasi "terguda" para peminat kuih talam ubi yang menyaksikan .....minta ampunnnnnn ya!!! Akak yang sangat tergoda & teruja dengan kejadian yang sungguh sempurna ini!
Yang ini test potong baru ya....belum di makan lagi......tapi Akak dah nampak kesedapannya....!Walaupun bahagian kepalanya tu agak nipis sikit...yang pentingnya bahagian bawahnya tu......banyak dan masak elok jer!
Kalau nak saksikan kejadian sebelum ini sila klik di sini di mana kejadian terdahulu sedikit mengecewakan dari segi rupa parasnya...walaupun keenakkannya trtap maintain!
Resepi :Talam Ubi Kayu
sumber: myresepi~ Sofinar
Bahan-bahannya:
Untuk lapis bawah :
1) 1 kilo ubi kayu (sagat dan tapis, buang air tapisan)
Untuk lapis bawah :
1) 1 kilo ubi kayu (sagat dan tapis, buang air tapisan)
...ambil sagunya campur dgn hasil sagat tadi lepas tapis
2) 3 cawan air
3) 1 cawan gula merah
4) 1 cawan gula pasir
5) 2 helai daun pandan
Campurkan, masak hingga
mendidih dan tapis)
Untuk lapis atas :
1) 3/4 cawan tepung gandum
2) 3/4 cawan tepung beras
3) 4 ½ cawan santan pekat
4) 1 sudu teh garam
Cara-caranya:
Untuk lapis bawah :
1) Panaskan kukusan dan rata minyak pada loyang.
2) Ambil ubi dalam tapisan dan gaulkan dengan air gula.
3) Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak anggaran selama ½
jam.
Untuk lapis atas :
1) Bancuh semua adunan untuk lapisan atas. Tapiskan.
2) Masukkan dalam periuk kecil dan masakkan sebentar atas api yg sederhana
besar.Kacau selalu supatya tidak berketul-ketul
dan tutup api.
3) Cakar cakarkan sedikit lapisan bawah dan tuang adunan lapisan atas tadi. Kukus
semula selama 25 minit.
4) Sejukkan dan potong.
Sedia untuk dihidangkan.

Okaylah....Akak nak cepat ni.....sebab nak siapkan main course untuk juadah berbuka hari ni.....
Selamat berbuka Puasa !