Adakah ini satu Tabungan???

Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Friday, May 11, 2012

Sarapan Orang Melayu.....Nasi lemak Pandan..Silalah!

Assalamualaikum , Anak-anak, Adik-adik, Kakak2 dan Rakan Taulan yang sudi bertandang ke Dapur sempit Akak ni ya! Kita dah sampai ke penghujung minggu...sekali lagi..betapa masa begitu cepat berlalu...Hari-hari yang kita lalui tak terasa disebabkan terlalu banyak nak kita lakukan...dan masa terus pergi......

Okaylah...sebagai mana semua dah maklumkan..yang Akak akan ke Kuala Lumpur & Alor Setar hujung minggu ni.....jadi Akak sedikit sibuk hari ni....mana nak bereskan semua kerja rumah....persiapan nak tinggalkan anak bujang Akak dua beradik tu lagi....dan juga persiapan untuk terima tetamu dari Alor Setar hari ni.... Ya...Hubby balik semalam dari kursus...dia kata..Adik dia call nak datang kirimkan ikan pekasam buat suami Adik Bongsu di Bangi....so since kedah cuti hari ni..Akak expect tetamu akan datang awal...so I will be busy bersilat sorang-sorang di dapur ya...!Infact...Abang Ipar yang tinggal kat Rawang sekarang ni ada kat Alor Setar baru balik dari Germany baru-baru ni dan akan tumpang kita orang balik ke KL....so ramailah yang akan bertamu di rumah Akak nampaknya....jadi faham-fahamlah ya...kalau Akak tinggalkan korang dengan juadah istimewa makanan Tradisi orang-orang Melayu ni buat santapan....


Since semalam dok layan tekak Mat Salleh celop kelabu asap dua beradik tu kan....hari ni to be fair kita ingatkan balik makanan Tradisi orang Melayu...pada budak berdua tu....hehehe....

Kalau tiap-tiap hari makan nasi lemak...kes berat juga kan....sebab sure tambah berat badan jugak ni....sebab makanan bersantan ni pun penyumbang kepada penghasilan lemak tepu Dik ya!!


Okaylah bukan susah sangat pun nak menyediakan nasi lemak pandan ni....jom kita tengok resepi yang Akak gunakan.....

Resepi : Nasi Lemak Pandan 
Oleh : Watierman@Watiermanlife.blogspot.com
Bahan untuk nasi lemak Pandan
  • 3 cawan beras basmathi dicuci bersih dan toskan
  • 3 cawan santan
  • 1 cawan air pandan yang dikisar & ditapis 
  • 1 batang serai, dititik
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 2 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 1/2 inci halia, dititik
  • secubit halba,lada hitam, kulit kayu manis dan bunga cengkih
  • Garam secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau(jika perlu)
Bahan pelengkap hidangan:
  • Sambal tumis 
  • Timun, dihiris
  • Telur, rebus
  • Ikan bilis goreng
  • Kacang tanah goreng
Cara Membuatnya :

  1. Dalam rice cooker, satukan semua bahan untuk nasi lemak kecuali garam, kacau rata dan tambah garam sesedap rasa . Kacau rata dan masak seperti biasa, bila nasi betul-betul masak, karih nasi 
  2. Hidang kan nasi lemak tadi bersama bahan pelengkap hidangan. Selamat mencuba.
Di sini Akak tempelkan juga resepi sambal tumis versi Akak lah ya..kalau ada yang nak mencoba...ni Akak copy paste dari entry terdahulu aje ya lihat di sini...so editlah mana yang tak perlu tu!

Resepi nya seperti berikut......

Resepi Sambal Tumis & Ikan Bilis
Bahan-bahan
  • Goreng ikan bilis secukupnya dan ketepikan
  • 10- 15 tangkai cili kering dipotong dan direbus
  • 2 labu bawang besar
  • minyak untuk menumis secukupnya (anggaran 1/4 cawan)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar gula
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil asam jawa dibancuh dengan sedikit air
  • secubit belacan (optional)

Caranya:
  1. Blend / Kisar cili kering, belacan & bawang dengan 1/3 cawan air
  2. Panas kan minyak dalam kuali
  3. Tumis bahan kisar dan masukkan gula
  4. Kacau sampai nampak pecah minyak, masukkan garam, sos tiram dan air asam jawa
  5. kacau dan biar mendidih dan kuah agak pekat.Rasa garam gulanya kalau perlu tambah.
  6. kalau rasa dah okay tutup api siap untuk dihidangkan!
NOTA:..Akak hidang ikan bilis asing dari kuahnya sebab anak-anak & Hubby suka ikan bilis yang garing



***** Kalau terlalu pedas..boleh tambah gula atau garam atau asam...ikut rasalah...sebab setengah orang suka pedas-pedas manis....kalau tak cukup pedas..tambah cili api dalam kisaran cili tadi....sebab semuanya bergantung pada citarasa anda sendiri...tepuk dada tanya selera!*******

Dan ini bekalan buat putri Akak si Reena ke sekolah untuk pagi ni!


Okaylah..Salam Sayang dari Akak Muuuuahhhh!....Selamat Berhujung Minggu Buat Semuanya!Doakan perjalanan Akak & Hubby ...pergi & balik dengan selamat..Amin!





Wednesday, May 9, 2012

Ubi Keledek Goreng ....vs French Toast!

Assalamualaikum....

Bila ada tekak Melayu tulin versus tekak pengaruh budaya Barat...ha inilah jadinya....menambahkan kerja Akak kat dapur.....dah tahu dah kalau buat ubi keledek goreng tu....Hubby sorang jer mampu habiskan sepiring. Anak-anak pulak kalau buat minum petang ..okay..layan lah jugak....kalau buat untuk makan pagi....tak payah....mesti nak kena ada roti ke benda lain jugak....So langkah paling selamat Akak layankan aje....dua-dua..tekak tu....semampunya...janji senang!!


Inilah yang sarapan pagi kat rumah kita orang hri ni...okay....



Pagi ni nak juga simpan resepi ubi keledek goreng yang Akak buat tu..memang ranggup lah!! Sebelum terlupa baik di simpankan di sini untuk rujukan anak-anak dan diri sendiri di kemudian hari....berdasarkan resepi campak-campak Akak lah kan....tapi sukatan hari ni lebih kurang aje....tak pulak guna sudu atau cawan penyukat tu (measuring spoon or cup).

Resepi Tepung Gorengan untuk Cucur Goreng (Ubi Keledek / pisang / Apa-apa aje)
oleh Watierman
Bahan-bahan:
  • 1/2 senduk tepung gandum
  • 2 senduk tepung beras
  • 1 sudu kecil butter / margerin
  • 1 sudu kecil air kapur
  • garam & gula sesedap rasa
  • air secukupnya
Caranya: 
  1. Masukkan kesemua bahan kecuali air.
  2. Gaul rata dengan menggunakan tangan
  3. masukkan air sedikit demi sedikit sambil di kacau hingga mencecah kepekatan yang dikehendaki
  4. Rasa bancuhan....tambah garam atau gula jika perlu
  5. Celupkan bahan gorengan dalam bancuhan tepung dan goreng hingga garing dalam minyak yang telah dipanaskan terdahulu.
  6. Angkat dan sejatkan atas kertas tuala dapur dan siap untuk dihidangkan.
Resepi yang kedua ni senang sangat....ini untuk rujukan anak-anak Akak yang tak pandai masak lagi tu....kalau adik2 dan rakan-rakan blogger....sila abaikan aje...bahagian ni..hehehe!!

Resepi French Toast Mama Style
oleh Watierman
Bahan-bahan:
  • 5 keping roti sandwich 
  • 2 biji telor ayam 
  • secubit garam, sedikit serbok cili dan sedikit serbok parsley
Caranya:
  1. panaskan frying pan dengan sedikit minyak zaiton ( kurangkan hanyir telor)
  2. telor ayam dipukul sedikit dalam mangkuk dengan secubit garam, sedikit serbok cili dan sedikit parsley
  3. celopkan kepingan roti ke dalam telor dan goreng dalam pan yang panas menggunakan api sederhana 
  4. Balikkan roti apabila telah garing dan angkat dan toskan atas kertas tuala dapur
  5. Siap untuk di makan.

PS: roti tu kalau nak di potong separuh menegak ke serong ke jadi kepingan tiga segi ke pun boleh..terpulang untuk presentation masing-masing!

Dah selesai bahagian rujukan untuk anak-anak tu....juadah pa yang Akak dah sediakan untuk lunch ya!!
Hari ni juadah yang senang juga mengikut apa yang ada dalam stok dapur Akak lah ya!!

Kita masak ayam goreng berempah aje you!!!...kalau dua tiga hari lepas buat ayam bumbu...hari ni buat ayam berempah versi Akak sendiri yang campak aje dalam blender rempah ratus yang tak seberapa tu.Akak buat pun dalam 5 atau 6 ketul ayam aje....sebab 3 orang aje yang makan ayam..Akak tak makan!


Jomlah kita kongsikan resepi kat sini....buat rujukan anak-anak juga suatu hari nanti....siapa yang nak gun a pakai resepi ni pun Akak tak kisah....kira kongsi ilmu secara halal lah ni ya! Kebarangkalian resepi ni mungkin tersama ke dengan sesiapa punya..resepi....ini semua secara kebetulan....Akak pun manusia biasa yang suka buat pandai sendiri bila memasak kat dapur tu....belajar dari segala kelemahan juga...kesilapan yang terdahulu...setelah diolah berkali-kali....dan kali ni pula....jadi begini...

Resepi Ayam Goreng Berempah Watierman Style
oleh Watierman
bahan-bahan
5 atau 6 ketol ayam yang telah dipotong 12 dari seekor ayam
*sesudu besar lada hitam
*sesudu besar ketumbar
*sesudu kecil jintan manis
*6-7 ulas bawang putih
*seinci halia
*2 batang serai yang dihiris nipis paras 1 inci dari pangkalnya setiap satu
*4 tangkai cili kering
sebijik telor dipukul sedikit
secukup garam dan serbok kunyit

caranya:

  1. semua bahan bertanda dikisar menggunakan pengisar kering
  2. gaulkan bahan kisar dengan telor
  3. ayam dilumur garam & kunyit dan di gaulkan dengan ramuan kisar tadi
  4. Perapkan lebih dari 1/2 jam...kadang2 tak sempat Akak perap dalam 10 hingga 15 minit jer pun!
  5. Panaskan minyak yang cukup
  6. Goreng dalam minyak yang banyak dengan api yang sederhana
  7. Angkat ayam yang dah garing dan toskan minyak atas kertas tuala dapur
  8. Siap untuk di hidangkan!




Ni gambar ayam yang sedang di goreng! 

Okaylah..buat orang yang tak makan ayam...ni aje menu untuk hari ni....


Sekali lagi kita kongsikan resepi sambal pedas Sardin versi Watierman untuk rujukan anak-anak juga....

Resepi Sambal Pedas Sardin
oleh Watierman
Bahan-bahan

  • 1 tin sardin (Mama suka guna King Cup)
  • 2 labu bawang besar saiz sederhana
  • 10 -12 tangkai cili kering dipotong & rebus 
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai di titik
  • 3 keping asam gelugor
  • sesudu besar sos tiram
  • sedikit garam
  • sedikit minyak untuk menumis
  • beberapa tangkai cili api dan cili merah untuk hiasan


Caranya

  1. kisar dalam blender 1 labu bawang besar yang dipotong, dengan cili kering yang telah direbus, tapis dan cuci bersih air rebusan tu, bawang putih, halia dan sedikit dari serai tu.
  2. panaskan minyak 
  3. tumiskan bahan kisar hingga sedkit garing
  4. masukkan sardin, sos tiram, asam gelugor, garam dan serai
  5. Biar mereneh dan masukan 1 labu bawang besar yang dipotong bulat dan cili ai serta cili merah yang dipotong serong sebagai menyerikan masakan 
  6. Biarkan sebentah...tutup api dan siap untuk hidangan.

Dan akhir sekali bekal untuk lunch Cik Abang Sayang.....macam biasalah kan...tu pasal pagi-pagi buta dah siap memasak....maaf ya jiran2 seumpama MamaFami...jika daku menggangu tidurmu!


Selamat Menjamu Mata!!! Unless you feel like making them yourself...go ahead...Selamat mencoba & menjamu selera!!



Tuesday, April 10, 2012

Kangkung Goreng Belacan & Ikan Goreng Berempah

Assalamualaikum

Dah lewat baru nak tambah entry untuk menu hidangan tengahari tadi.....bukanya apa....just nak simpan resepi untuk tatapan anak-cucu di kemudian hari.....

Budak sekarang sekolah tinggi-tinggi....tak sempat nak masuk dapur....jadi kalau tak sempat nanti bila dah kahwin susah pulak....



Resepi Kangkung Goreng Belacan
OlehWatierman
Bahan-bahan 
  • 2 ikat kangkung segar
  • 1 cawan udang segar
  • 1 sudu besar pes cili
  • 3 biji cili api -bahan kisar*
  • 2 ulas bawang merah - bahan kisar*
  • 2 ulas bawang putih - bahan kisar*
  • Segenggam ikan bilis dan udang kering -bahan kisar*
  • 1 sudu kecil belacan*
  • Garam dan perasa serbuk ikan bilis secukupnya
  • 1/4 cawan minyak masak menumis
Cara-cara
  1. Potong kangkung mengikut citarasa,bersihkan dan toskan.
  2. Bahan2 yg bertanda * dikisar hingga hampir lumat dalam blender kering
  3. Bila minyak sudah panas,tumis bahan kisar, udang segar & pes cili tadi dan kacau hingga naik bau atau sedikit kekuningan.
  4. Masukkan garam dan perasa & kacau 
  5. kemudian masukkan kangkung.
  6. Gaul rata dan kacau sehingga masak(jgn terlalu lama) 
  7. Kalau suka berkuah bubuh sedikit air dan bila kuah dah mendidih padamkan api..
  8. Siap untuk dihidangkan!
Satu lagi menu sampingan tengahari ni....ialah Ikan Goreng  Berempah....


Resepi ni lagi mudah....


Resepi Ikan Goreng Berempah
style: Watierman

Bahan-bahan :
  • 2 ketol ikan - apa2 ikan pun boleh
  • garam kunyit
  • serbuk teragon*
  • serbuk cili*
  • serbuk lada hitam*
  • serbuk ikan bilis*
  • minyak untuk menggoreng tak perlu sampai terendam semua permukaan ikan ya!

Cara-cara
  1. Ikan di cuci bersih
  2. Lumurkan garam kunyit.
  3. Gorengkan dalam minyak panas dengan api sederhana
  4. Renjiskan atau taburkan bahan* pada permukaan yang tidak terendam minyak
  5. bila dah agak masak balikkan perlahan2...dan biar masak sebelah ikan tu lagi.

Dan bekal lunch untuk En Hubby ke pejabat hari ni.....






Thursday, November 4, 2010

Asam pedas Ikan Pari......betoi KOG!

*.*

Assalamualaikum....

Entry ni saja jer.....layan Dik KOG...menyahut godaan entry yang dipaparkan KOG@ Makanlah Apa Lagi...... semalam. 

Kita layan pose ikan pari jer dah la ye....tambahan banyak kekurangan bahan-bahan tu!










*.*

Friday, June 25, 2010

Resepi Asam pedas Tomyam

*.*

Assalamualaikum

Hari  ni dah Jumaat ...keadaan sedikit sibuk..anak2 balik awal dari sekolah....semua nak cepat...update ala kadar jer lah....

Jadi layankan ajelah apa yang ada ya!!



Resepi Asam Pedas Tomyam
Bahan-bahan
  • - ikan pari/tenggiri (atau apa2 ikan, ikut selera)
  • -3 labu bawang besar-dikisar
  • -3 ulas bawang putih-dikisar
  • -sedikit serbuk kunyit
  • -1 atau2  btg serai dititik & bahagian bawahnya di racik & blend anggaran 1 inci
  • -daun kesum secukupnya
  • -1 inci halia juga dikisar
  • -1 bunga kantan-dibelah dua (akak tak letak sebab terlupa stok dah habis)
  • -1/2 mangkuk kecil air asam jawa
  • -10 tangkai cili kering yg  di rebus & dimesin sekali dengan bahan kisar yang lain
  • - secubit belacan (optional) untuk aroma!(dikisar)
  • -1 1/2 mangkuk kecil air
  • -garam dan gula (ikut rasa)
  • -1 sudu besar sos tiram
  • -1 sudu besar pes tomyam
  • -minyak masak
Cara-cara
  • -Panaskan minyak, masukkan serai,  dan tumis bahan kisar .Tumis hingga naik bau.
  • -Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, & pes tomyamsdan sos tiram kacau dan biar mendidih.
  • -Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air. Biar mendidih.
  • -Masukkan ikan, garam.sesuaikan rasa,bila masak boleh la dihidangkan.


    Okaylah ya....Akak kena masuk dapur balik ni...hujung minggu ni sedikit sibuk.....ada macam aktiviti bakal berlangsung.......jumpa lagi ya!


    *.*

    Tuesday, April 6, 2010

    Grilled Eggs & Cheese Sandwich

    *.*

    Assalamualaikum semua....Salam selamat Pagi....

    Dah sarapan ke belum? Kalau belum jom kita jamu selera dengan menu ringkas Akak ni.....promosi nak lakukan roti Gardenia.....(boleh dapat komisyen tak?????)....Actually nak buat something else tapi malas nak uli tepung....end up jadi menu ni jer lah....


    Resepi Grilled Eggs & Cheese Sandwich



    Bahan-bahan:

    • 2 keping roti sandwich
    • butter untuk sapuan 
    • beberapa keping cheese dipotong dan tabur atas eggs fillings
    • telur secukupnya untuk scrambled fillings ( Akak campur sedikit susu, garam, hirisan bawang, serbuk lada & cili merah) kalau nak letak hirisan daun bawang pun boleh...lebih  menarik...!
    Caranya:

    • Sapukan butter pada roti....
    • Panaskan frying pan....dengan api sederhana kecil
    • letak sekeping roti dengan bahagian yang disapu butter di sebelah bawah
    • letakkan scrambled eggs fillings di atas roti tersebut
    • Kemudian letakkan pula potongan cheese
    • Akhir sekali letakkan sekeping roti dengan bahagian butter di sebelah atas pula!
    • Biar sampai garing betul baru di alih dengan cermat sandwich tersebut
    • Teruskan membakar belah yang di alihkan....sampai garing....!
    • Siap untuk di makan begitu saja....!!

    Hari ni anak-anak Akak terpaksa naik bas sekolah....seawal jam 6:30 pagi dah kena ada kat tepi Jejantas...tunggu bas. Hubby Akak yang hantar sebab gelap lagi masa tu...kesian pulak nak biarkan si Nizam uruskan beg Reena yang berat tu sorang-sorang. By 6:15 dia orang dah keluar rumah...kesiankan...! Dugaan kecil jer tu sebagai pengajaran untuk menghadapi liku-liku kehidupan yang lebih mencabar. Lagi pun dah besar pun budak-budak tu....Anak orang lain kecil-kecil lagi....dah redah kegelapan pagi....!Bersyukurlah seadanya. Infact cousin-cousin dia orang kat Kedah (Darjah 2 & Darjah 6), kena kayuh basikal sendiri ke sekolah....Jadi anak-anak Akak lebih bernasib baik kan!

    Jadual Akak pun dah start awal (4:30 pagi) untuk beberapa hari ni since kereta masuk bengkel tengahari semalam....dan dijangka siap hari Khamis atau Jumaat. Hubby Akak pun dah pergi office naik bas Rapid. Nak buat macam manakan.....Kereta Akak yang lama tu....tengah cari enjin nak di ganti...nampaknya mechanic belum jumpa enjin yang sesuai. Ramai Driffters dok minta nak beli my antique tu....tapi sayang lah pulak!!!Biar Akak aje yang tukar enjin dan turn myself to a "Drifter".....What say you???...Hahaha....

    So menu pagi ni....yang sempat untuk bekal lunch Hubby....ini jer....


     
    Okaylah....Akak nak kena buat kerja-kerja lain pulak ni....especially nak menggosok pakaian yang dah mula bertimbun belum bergosok!

    Bersyukurlah di atas segala nikmatnya!!!



    Saturday, March 6, 2010

    Kerabu Ikan Tongkol

    Assalamualaikum semua.....Rindu....................nya!!!!
    Maaf tak dapat nak celoteh panjang sebab Akak sibuk melayan mak sedara yang datang menemankan Akak sepeninggalan Hubby ke China.......malangnya kesihatan Mak Tam Akak ni kurang sihat sikit...demam selsema dan batuk2...jadinya Akak banyak menghabiskan masa dengannya....Maklumlah nak tinggalkan dia sorang2 mengadap PC....rasa macam kurang sopan pulak....jadinya Akak tumpukan sepenuh perhatian pada nya....susah juga...sebab hati orang2 tua ni mudah terusik....sebelum dia kecil hati biarlah Akak layan dia betul2....

    Bagi yang rindu...tu sama2 lah kita saling rindu merindui.....hehee....

    Just nak kongsi resepi kerabu ikan......ni....jer...actually...masak macam biasa jugak....ada akak buat roti kentang, apam pisang.....donut....sotong kunyit...asam pedas ikan pari....kari....sambal tumis....macam selalu juga....tapi tak sempat nak tepek macam selalu....maaflah ya!!!



    OLYMPUS DIGITAL CAMERA





     Kita kongsikan resepi  ni kat bawah ya.......actually Akak dah pernah letak resepi ni kat my resepi.com satu ketika dulu...bolek klik sini.


    Bahan-bahan ( Untuk 3-4 orang satu hidangan )

    • 1/2 ekor ikan Tongkol(ikan Kayu) sederhana besar
    • 2 labu bawang besar
    • 2 biji cili merah
    • 5 biji cili api (boleh tambah kalau suka)
    • sedikit air asam jawa dicampur dengan secubit belacan dibancuh
    • secubit garam ikut selera anda
    • air perahan limau kasturi/ limau nipis

    Cara-cara

    1. Ikan tongkol dicuci bersih dan dibelah dua


    2. lumurkan sedikit garam pada ikan dan dibakar


    3. Biar ikan masak sebelah baru dialihkan ke sebelah lagi
    4. Sementara menunggu ikan masak bolehlah menghiris nipis...bawangbesar, cili merah dan cili api


    5. Bila ikan dah masak perisi ikan macam nak buat kuah laksa
    6. Campurkan dengan bahan yang dihiris tadi
    7. gaulkan bersama dengan air asam & belacan, garam secukup rasa dan perahkan limau kasturi ....dah siap untuk dihidangkan...Cubalah! 

    Okaylah.....nanti bila dah jadual Akak kembali normal Akak kembali lagi....jadi jeritan2 rindu di shoutbox pun masih belum dapat Akak nak jawab....sebab tak nak Mak Tam Akak tercari-cari pulak...Akak kat bilik ni....lama-lama! .....Dan super Mom nak kena terbang ke sekolah pulak karang ...nak ambil Alang balik dari kelas tambahan.......memang busy betoi....!!!Salam rindu...buat semua ya!!
    Pssst......................Mami.....ni kita share resepi......& Sifu Ros....Akak tetap meroti...walaupun kualiti gambar kurang jelas...nak tepek juga.....



    OLYMPUS DIGITAL CAMERA
    OLYMPUS DIGITAL CAMERA


    Monday, February 8, 2010

    Pizza Bun.....& Mini Sosej Rolls .....again!!!

    *.*

    Assalamualaikum....& Salam Ceria semua....

    Kembali bersiaran selepas berhujung minggu bersama-sama keluarga.....dengan perbagai urusan....melawat kaum keluarga yang sakit.....menguruskan persekolahan anak2 pada hari Sabtu....keluar membeli belah untuk keperluan dapur & rumah.....menempuhi kesesakan lalu lintas....dan segala nya lah....Apa-apa pun.....it was another exciting weekend with my family.....

    Well..untuk pagi yang ceria ni....sarapan pagi atas permintaan anak-anak....jadinya....lewat tengah malam semalam Akak dah siap membakar roti untuk anak-anak...cuma mini pizza tu Akak panaskan dalam toaster oven di sebelah pagi....untuk juadah sarapan....


     
    Okaylah....itu saja juadah yang dapat Akak sajikan untuk pagi & tengahari ni ya!.....
    Nanti selesai urusan rumah tangga...ni baru Akak tinjau perkembangan Adik2 & kawan2 ya!!