Adakah ini satu Tabungan???

Sunday, May 20, 2012

Al Fatihah - Buat Anakanda Farizal

Assalamualaikum.....



Hari Jumaat yang lepas Akak dikejutkan dengan berita yang sangat tragis tentang kemalangan yang telah mengakibatkan kami kehilangan seorang lagi ahli keluarga Akak...Muhammad Farizal Bin Rofaizi. Arwah yang berusia 17 tahun agak rapat juga dengan Alang Nizam anak kedua Akak yang dua tahun lebih tua darinya. Arwah ialah anak kepada adik sepupu Akak yang tinggal di Kg Batu 10 Terap...antara Kulim dan Serdang. Arwah juga merupakan cucu kedua kepada Arwah Pak Ngah Akak yang pernah Akak paparkan satu ketika dulu. Arwah terlibat dalam kemalangan motosikal dengan lori....Akak tak tahu cerita detail sebab masih dalam siasatan polis.

Kejadian berlaku pada tengahari sebelum Jumaat dan Arwah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 6:30 petang. Jenazah selamat disemadikan lewat jam 1 pagi kerana mengalami pendarahan berterusan jadi disempurnakan secepatnya. 

Kami sekeluarga mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama hambanya yang beriman.Amin!

Semoga Ani (ibu Arwah) yang mengidap sakit buah pinggang dan mendapat rawatan dialisis terus tabah menghadapi dugaan ini....dan Faizi (adik sepupu Akak) juga redha dan terus tabah menerima ketentuan ini.Yang paling menyayat hati kerana adik bongsu (Fadzli) Arwah yang baru darjah 2 tidak dapat menerima kenyataan ini....kerana masih kecil dan tersangat rapat dengan Arwah. Mereka cuma tiga beradik dan ketiga-tiganya lelaki. Akak juga berharap Abang Sulong Arwah (Firdaus) yang cuma beza setahun dari beliau juga terus cekal menerima takdir yang telah ditentukan ini. Akak rasa Firdauslah yang lebih rapat dengan Arwah kerana beza umur mereka cuma setahun...dan sebagai anak lelaki sulong dia masih mampu tenang di hadapan kami sekeluarga!

Keadaan kesihatan Akak masih sangat tidak stabil dan ditambah pulak dengan kami berulang alik dari Penang ke Kulim ....beberapa hari ni...jadi maaflah ya...sekiranya Akak masih belum mampu menziarahi rakan taulan atau menjawab tegus sapa kalian ya!

Moga Allah memudahkan segala urusan buat keluarga Arwah dan Allah menerima doa dan sedekah Al Fatihah dari kita semua buat arwah Muhammad Farizal...Al~ Fatihah!





22 comments:

ogyep yummy mellow said...

Innalillahhiwainnailaihirojiun.... Al-Fatehah..

Semoga roh Arwaah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh, InshaAllah.. AMIN..

Sabar Kak Watie ya... Takziah buat seluruh ahli keluarga.. Jangan lupa take a good care of yourself too.. Take care

Unknown said...

salam Watie,semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan disini mereka yg beriman,akak jugak baru kehilangan anak sedara yg jugak dari Kulim kira2 sebulan yg lepas lagi terkejut sbb meninggal kan atas laptop, tapi semuanya dahditentukan ALLAH ajal maut kita tk mampu mengubah takdir banyak bersabar noo..

MOMMYLIN said...

Alfatihah... Semoga, akak serta keluarga arwah tabah dengan dugaan ini. Takziah dari saya.

Ummi said...

Salam takziah buat Watie dan keluarga arwah Farizal, semoga rohnya ditemapatkan di kalangan golongan mukmin...al fatihah..

Cendana Kasih said...

al fatihah... semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman...amin...

lama dah tak balik Kulim, dulu selalu gak jenjalan tengok sekolah, makan charkuetiau kat sana..

EmbunRosaliza said...

Alfatehah buat aewah farizal, semoga arwah di tempatkan di kalangan org2 yg beriman

zila norazila said...

alfatihah..dan takziah dari saya kak..semoga arwah ditempatkan bersama org2 beriman aminn.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Takziah dan alfatehah ..
Semoga akak da sekeluarga arwah tabah menghadapinya. Semoga arwah berada digolongan orang2 yg beriman..

Nur Illahi said...

al-fatihah..

hana said...

alfatihah... moga rohnya dicucuri rahmat.. amennnn..

dZana said...

salam takziah buat krga arwah jugak akk yer.. smga rohnya dicucuri rahmat.. alfatehah..

Rohah said...

alfatihah..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam takziah dari saya, Al-Fatihah...

Mamasya said...

Salam takziah buat k.Watie sekeluarga.moga arwah dicucuri rahmat.Al fatihah..

HALAMANKU said...

Innalillahiwainnailaihirajiuunn.. n salam takziah untuk akak sekeluarga.. baca tajuk n3 akak terkejut gak.. rupanyer anak saudara.. akak ermapun ader tgk berita kat tv kisah ni.. tak sangka rupanyer saudara rapat akak.. Moga ruhnyer dicucuri rahmat..Amin..

Shahriah Abdullah Novelis said...

Al-FATIHAH... sebak sambil membaca.. moga roh Arwah di tempatkan bersama kalangan yang beriman.. Aminnn.. dan semoga Akak dan keluarga Arwah tabah menghadapi dugaan... aminnnnn

MamaFaMi said...

Salam takziah dari kami sekeluarga. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan golongan beriman. Al Fatiha

HaSue said...

Takziah buat akk sekeluarga n Alfatihah buat arwah..semoga rohnya tenang di sana..harap ibu arwah terus tabah mghadapi kehilangannya..

Kak watie,akk x sihat ke?semoga akk cepat sembuh spenuhnya..patut la x nmpk update akk kat tingkap umah.tu yg jenguk akk ni n baru tau berita sedih akk ni..bila tenet meragam mmg sekalu trtinggal bas..hmm...akak jaga diri yer..rehat cukup2 tau..luv u..

Love2cook Malaysia said...

May his soul RIP :(
Deepest condolences to the family.

How are you now kak?

Unknown said...

Innalillahhiwainnailaihirojiun.... Al-Fatehah..

salam takziah dari kami sekeluarga.

Semoga roh Arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh, InshaAllah.. AMIN..

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Watie..salam takziah buat keluarga arwah..Al Fatihah semoga roh beliau bersama orang2 beriman disisinya....

Dan buat akak..take care yaaaa..jaga kesihatan

maz said...

Salam TAKZIAH dri maz buat kak sklrga..sori kak bru brksempatan buat knjung bls..lama benar bertapa..mksih ye kak sdi singgah dpur maz yg suam2 kuku tu...ni bru nk panaskan enjin skit...