Adakah ini satu Tabungan???

Sunday, May 20, 2012

Al Fatihah - Buat Anakanda Farizal

Assalamualaikum.....



Hari Jumaat yang lepas Akak dikejutkan dengan berita yang sangat tragis tentang kemalangan yang telah mengakibatkan kami kehilangan seorang lagi ahli keluarga Akak...Muhammad Farizal Bin Rofaizi. Arwah yang berusia 17 tahun agak rapat juga dengan Alang Nizam anak kedua Akak yang dua tahun lebih tua darinya. Arwah ialah anak kepada adik sepupu Akak yang tinggal di Kg Batu 10 Terap...antara Kulim dan Serdang. Arwah juga merupakan cucu kedua kepada Arwah Pak Ngah Akak yang pernah Akak paparkan satu ketika dulu. Arwah terlibat dalam kemalangan motosikal dengan lori....Akak tak tahu cerita detail sebab masih dalam siasatan polis.

Kejadian berlaku pada tengahari sebelum Jumaat dan Arwah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 6:30 petang. Jenazah selamat disemadikan lewat jam 1 pagi kerana mengalami pendarahan berterusan jadi disempurnakan secepatnya. 

Kami sekeluarga mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama hambanya yang beriman.Amin!

Semoga Ani (ibu Arwah) yang mengidap sakit buah pinggang dan mendapat rawatan dialisis terus tabah menghadapi dugaan ini....dan Faizi (adik sepupu Akak) juga redha dan terus tabah menerima ketentuan ini.Yang paling menyayat hati kerana adik bongsu (Fadzli) Arwah yang baru darjah 2 tidak dapat menerima kenyataan ini....kerana masih kecil dan tersangat rapat dengan Arwah. Mereka cuma tiga beradik dan ketiga-tiganya lelaki. Akak juga berharap Abang Sulong Arwah (Firdaus) yang cuma beza setahun dari beliau juga terus cekal menerima takdir yang telah ditentukan ini. Akak rasa Firdauslah yang lebih rapat dengan Arwah kerana beza umur mereka cuma setahun...dan sebagai anak lelaki sulong dia masih mampu tenang di hadapan kami sekeluarga!

Keadaan kesihatan Akak masih sangat tidak stabil dan ditambah pulak dengan kami berulang alik dari Penang ke Kulim ....beberapa hari ni...jadi maaflah ya...sekiranya Akak masih belum mampu menziarahi rakan taulan atau menjawab tegus sapa kalian ya!

Moga Allah memudahkan segala urusan buat keluarga Arwah dan Allah menerima doa dan sedekah Al Fatihah dari kita semua buat arwah Muhammad Farizal...Al~ Fatihah!





Wednesday, May 16, 2012

Minggu Penuh Ujian & Cabaran~ Mummy Akak pulak Demam!

Assalamualaikum Semuanya.....mulanya Akak memang tak nak buat entry untuk blog buat beberapa hari ni...sebab keadaan Akak sendiri memang dah tak terurus....ada selsema sikit , batuk...dan sakit tekak!Badan ni dah macam sayur lecur....overcooked! Tapi semuanya Akak gagahkan juga kerana masih ada insan-insan yang Akak sayangi masih memerlukan kudrat ini. 

Sekitar jam 1:50 tengahari semalam....Akak baru jer nak keluar rumah nak ke sekolah, jemput Reena balik....Mak Tam Akak di kampung pulak talipon. Dia bagi tahu yang Mummy Akak pulak demam panas...dah pun ambil ubat tapi dia tak nak bangun...tak nak makan...tak nak buka mata pun.....!!!Alamak..kenapalah pulak!..Biasalah bila jadi warga emas ni Akak rasa...naluri dan perasaan mereka lagi rapuh...jadi kitaran hidup ni kadang-kalanya buat mereka mahu kan perhatian yang lebih...mahu dibelai dan dimanjakan...seperti mana mereka memanjakan kita sewaktu kita baby dulu kan!

Akak ni jenis yang suka berseloroh...bergurau...tak kira lah..walaupun dalam keadaan bermasalah...bila Akak balik..Akak bawakan lah apa yang ada dalam peti hikmat Akak tu..sebab Akak tak plan nak balik pun kan!...adalah dua tiga biji epal merah, limau sunkist dan epal hijau.....dan yang paling dia suka jeruk buah2an Penang seperti pala, mempelam, kedondong, salak, betik dan sebagainya. Akak umpankan lah agar dia jamah bubur nasi dulu...lepas tu makan ubat....lepas tu kasi minum air zam-zam & makan kurma nabi yang Mak mertua Akak kirimkan. Makan bubur tu pun adalah dalam tiga empat sudu jer pun....itu pun kena suap....selebihnya..anak bujang Akak bedal licin! Lewat petang dia dah mula bercakap....badan pun dah kurang panas...sebab kita orang jelum dengan air asam. Muka dia yang pada mulanya macam bengkak pun dah surut sikit....tapi Akak pesan pada Mak Tam Akak supaya kasi ubat sekitar jam 8:30 malam lagi sekali.

Akak ajak dia balik ikut Akak ke Penang...dia tak nak...nak tahu tak kenapa??? Dia kata...dua hari lagi dia nak pergi rombongan ke Terengganu.....hehehe...dalam sakit2 tu ingat lagi tu nak turut serta rombongan pergi jalan-jalan Pantai Timur.....okaylah Mummy Ku Sayang.....buatlah apa pun..janji Mummy kena sihat dulu! dalam 6:30 petang Akak drive balik dengan Nizam , Reena tak ikut sama sebab sibuk study for exam. 

Pagi ni Akak dah call tadi...dia dah bangun makan...dah semakin sihat..Syukur Alhamdulillah!Lega sikit....!
Okaylah ya...ini jer lah paparan untuk hari ni....sebab semua kerja kat rumah ni masih bertangguh lagi....jadi hari ni Akak kena betul2 fokus untuk cuba selesaikan semua timbunan kain baju yang semak samun kat rumah ni....



For breakfast.....itu jer lah!



For Lunch pulak dadar & ayam masak merah sos tiram.....

For now I have to go.....sempena hari Guru hari ni Akak nak panjatkan doa buat semua guru di seluruh dunia agar sentiasa diberkati Allah kerana telah menjadi tenaga pengajar dengan menyumbangkan segala ilmu, mendidik dan mengasuh ramai umat di dunia ini agar terus maju dalam apa jua bidang yang diceburi...AMIN! Semoga para guru yang pernah mengajar Akak dan suami serta anak-anak Akak dapat menghalalkan perkongsian ilmu dan tiada yang mampu Akak hadiahkan hanyalah DOA yang tulus Ikhlas dari hati kecil Akak yang paling dalam....Amin!

SELAMAT HARI GURU!


Tuesday, May 15, 2012

Kereta Rosak di Simpang Pulai, Perak - Peristiwa 13 Mei,2012 & Sempena Hari Ibu !

Assalamualaikum.... Salam rindu buat semua.....terima kasih buat semua yang telah mendoakan perjalan pergi dan balik Akak ke KL untuk menjemput kedua mak & ayah mertua Akak yang baru pulang dari mengerjakan Umrah pada minggu lalu. Syukur Alhamdulillah....keduanya sihat walaupun sedikit batuk, demam dan sakit kaki  akibat Ghaout (Bapa mertua Akak lah tu!)!




Perjalanan ke Kuala Lumpur berjalan dengan lancar.dan selamat...sempat lagi bawa mak & ayah pergi Senawang dan Semenyeh menziarahi rakan taulan mereka pada sebelah petangnya. Dan pada keesokan paginya sekitar jam 9 pagi Akak bertolak balik ke Utara.

Perjalanan kami mengalami masalah ketika singgah sebentar di hentian sebelah Simpang Pulai sekitar jam 12 tengahari.....dimana water stopper pada radiator telah bocor dan mengakibatkan tangki air kosong dan kereta berasap.....Kami dapatkan bantuan Plus Ronda yang kebetulan meronda di kawasan tersebut....malangnya.....masalah tersebut terpaksa di rujuk kepada pakar....kena tow masuk bengkel...dan pada hari Ahad....susahlah nak dapatkan bengkel baiki kereta....Nasib baiklah Hubby ada seorang sahabat yang dah lama kami tak jumpa tinggal di Ipoh....so Akak & Hubby telah MENYUSAHKAN beliau sekeluarga dari tengahari tu sampai ke malam......dalam meguruskan hal kereta kami yang rosak tu!


Ketika ini kami berdua dalam kereta dan sedang di tarik oleh Plus Ronda ke Plaza Toll Simpang Pulai. Terima kasih buat dua orang petugas PLUS Ronda yang sangat baik dalam memberikan bantuan ketika kami dalam kesulitan......


Dalam Proses menaikkan kereta ke atas tow truck at Plaza Toll Simpang Pulai.


Dan di ketika ini kereta kami masih di Perak....sedang dibaiki.

Apa cerita mak dan ayah pula.....??? Dalam keadaan sedang dilanda kesulitan kita pasti terlepas pandang beberapa perkara....kerana suasana kelam kabut dan panik....kami telah cuba menghubungi beberapa orang yang tinggal di Perak.....malangnya....tiada jawapan atau return call dari mereka....dalam Hubby dan Plus Ronda menguruskan hal kereta kami tu....Akak pulak terpaksa menguruskan cara menghantar Mak & Ayah yang kurang sihat untuk selamat sampai ke Alor Setar. Jadi Akak telah menalipon Along...anak sulong Akak yang baru habis kuliah sekitar jam 1 tengahari supaya drive dari Merbok ke Simpang Pulai untuk menjemput datuk & neneknya dan bawa balik mereka ke Alor Setar. Perbualan talipon Akak dengan Along telah menarik perhatian seorang Hamba Allah yang sedang berehat di wakaf yang ada di perhentian tersebut. Hamba Allah yang sangat baik hati dengan ikhlas telah mempelawa kedua Ayah & Mak Akak untuk menumpang beliau hingga ke hentian Sebelah Juru.....Atas perbicangan dengan Hubby dan atas persetujuan kedua ayah & mak.....mereka sanggup menompang kereta Adik tersebut. Walaupun dalam nada bergurau Akak ada menyuarakan....." Saya tak kenal Encik.....Apa saya nak buat kalau Encik kidnap both my parents?"....Hanya berbekalkan nombor talipon beliau yang Akak minta darinya.....Akak telah dengan mudah membiarkan kedua orang tua Akak pergi dengan perfect stranger! Betapa Akak & Hubby sangat careless jika diingatkan balik.....Nasib baiklah beliau seorang yang memang berhati mulia......Tak sanggup Akak nak fikirkan...all the "What If..........?????". 

Ayah & mak Akak telah di jemput oleh anak Akak di Plaza Toll Sg Dua....sebab saudara tersebut menyarankan supaya anak Akak cuma perlu menjemput dari situ lebih mudah lagi dan kebetulan beliau ada urusan di Sungai Dua.Sykurlah Allah telah memudahkan urusan kami untuk menghantar mak & ayah balik dengan selamat ke Alor Setar.

Apa hal Akak & Hubby pulak???

Kami telah menghantar kereta ke bengkel yang disarankan oleh sahabat lama Hubby. Since hari Ahad...bengkel tak beroperasi so..kami cuma jumpa dengan taukeh kedai tu sekejap untuk tinggalkan kunci aje.Proses membaiki akan bermula keesokan harinya...namun taukeh tu sempat mengenal pasti punca kerosakan we think ....the car is in good hands! 

Kami berdua telah menyusahkan sahabat lama Hubby tu....dari petang kejadian hingga lewat malam kerana terpaksa tunggu Along berpatah balik dari Alor Setar selepas menghantar kedua mak & ayah dan datang menjemput kami berdua di Batu Gajah, Perak. Pada mulanya kami ingat nak balik naik bas aje berdua...tetapi memikirkan masih ada barang-barang mak & ayah dalam kereta...terutamanya tong air zam-zam...mak aiii naik bas.....cancelled! Along tiba agak lewat...selepas dijamu makan malam....kami bertolak balik ke Penang sekitar jam 11.15 malam dan tiba di Penang menjelang jam 1 pagi. Letih kepala otak dan badan hanya Allah yang tahu....Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan keluarga sahabat lama Hubby tersebut....dari maknya & isterinya yang terpaksa melayan celoteh Akak sepanjang kami di sana.

Keesokkan harinya ...Akak bangun macam biasa....walaupun...badan ni rasamacam nak demam namun sebab Reena sekolah dan dalam minggu exam...terpaksalah Akak gagahkan juga....bersilat ala-ala Tai Chi....aje....goreng ikan & goreng telor aje pun....masakkan bekal yang sempoi betoi untuk Hubby...yang dah tentu sedikit terjejas selera makannya..ketika bermasalah!


Lepas selesai Hubby bertolak ke pejabat, Along ke Merbok....Akak & anak kedua...Alang pula memanjangkan langkah kami bertolak balik ke Alor Setar menghantar saki baki barang mak & ayah yang ditinggalkan dalam boot kereta semalam. Akak sampai Alor Setar sekitar jam 10 lebih dan bertolak balik ke Penang sekitar jam 12:15 tengahari sebab nak jemput Reena balik sekolah jam 2 petang.....tu pasal semalam Akak tak sempat langsung nak buka blog......keletihan...hingga ke hari ini...dan bekal hubby hari ni pun lebih kurang macam semalam jugak......memang....kami masih letih dan life has to go on....walaupun mood tak stabil....


Inilah kejadian yang paling tak boleh Akak lupakan sempena hari Ibu tahun ini....mujur Allah telah memudahkan segala urusan buat keluarga Akak.....dan yang paling penting dari segala-galanya....kedua orang tua kami selamat....Syukur padamu Ya Allah!

Akak tak tahu lagi sama ada akan sempat menjenguk blog ni macam biasa dalam sehari dua ni....sebab badan sangat lemah....dah nak semput.....banyak nak settle kain baju dan mengemas....so....kalau segala komen tak berjawab tu....maafkan lah ya.....akan blogwalk bila tenaga Akak pulih kembali dan mood Akak kembali stabil ya....Salam Rindu Buat Semua......!

Sementara tu ada sedikit promosi buku nak Akak buat tapi buat ketika ini....layankan dulu promosi ringkas ni......ya! Pada sesiapa yang ingin memiliki naskah buku ini sila hubungi no talipon yang disertakan ya....(Akak rasa para wanita di luar sana patut memiliki senaskah buku ini.....banyak isu-isu menyentuh masalah wanita yang dipersoal jawapkan...!)


Kenapa kita perlu memiliki senaskah dari buku ini?????



Saiz buku sebenar.....cuba bandingkan dengan sebuah novel melayu!


Harga jualan di kedai-kedai atau toko buku.....adalah seperti di atas tetapi anda boleh mendapat POTONGAN Harga HEBAT jika anda mendapatkan naskah anda melalui Encik Munirzali Bin Abdullah selaku pengurus jualan Cahaya Raudah Publication di Ipoh, Perak. 
Sila Hubungi beliau melalui Hp: 013-4577103.


Harga Promosi yang sangat hebat RM 240 sahaja
 (tidak termasuk harga pos)

Dapat kan naskah anda sekarang selagi stok masih ada!!!

Psst:   Better Late Than Never.....Selamat Hari Ibu buat Semua......maaf ...hampir terlupa!

Friday, May 11, 2012

Sarapan Orang Melayu.....Nasi lemak Pandan..Silalah!

Assalamualaikum , Anak-anak, Adik-adik, Kakak2 dan Rakan Taulan yang sudi bertandang ke Dapur sempit Akak ni ya! Kita dah sampai ke penghujung minggu...sekali lagi..betapa masa begitu cepat berlalu...Hari-hari yang kita lalui tak terasa disebabkan terlalu banyak nak kita lakukan...dan masa terus pergi......

Okaylah...sebagai mana semua dah maklumkan..yang Akak akan ke Kuala Lumpur & Alor Setar hujung minggu ni.....jadi Akak sedikit sibuk hari ni....mana nak bereskan semua kerja rumah....persiapan nak tinggalkan anak bujang Akak dua beradik tu lagi....dan juga persiapan untuk terima tetamu dari Alor Setar hari ni.... Ya...Hubby balik semalam dari kursus...dia kata..Adik dia call nak datang kirimkan ikan pekasam buat suami Adik Bongsu di Bangi....so since kedah cuti hari ni..Akak expect tetamu akan datang awal...so I will be busy bersilat sorang-sorang di dapur ya...!Infact...Abang Ipar yang tinggal kat Rawang sekarang ni ada kat Alor Setar baru balik dari Germany baru-baru ni dan akan tumpang kita orang balik ke KL....so ramailah yang akan bertamu di rumah Akak nampaknya....jadi faham-fahamlah ya...kalau Akak tinggalkan korang dengan juadah istimewa makanan Tradisi orang-orang Melayu ni buat santapan....


Since semalam dok layan tekak Mat Salleh celop kelabu asap dua beradik tu kan....hari ni to be fair kita ingatkan balik makanan Tradisi orang Melayu...pada budak berdua tu....hehehe....

Kalau tiap-tiap hari makan nasi lemak...kes berat juga kan....sebab sure tambah berat badan jugak ni....sebab makanan bersantan ni pun penyumbang kepada penghasilan lemak tepu Dik ya!!


Okaylah bukan susah sangat pun nak menyediakan nasi lemak pandan ni....jom kita tengok resepi yang Akak gunakan.....

Resepi : Nasi Lemak Pandan 
Oleh : Watierman@Watiermanlife.blogspot.com
Bahan untuk nasi lemak Pandan
  • 3 cawan beras basmathi dicuci bersih dan toskan
  • 3 cawan santan
  • 1 cawan air pandan yang dikisar & ditapis 
  • 1 batang serai, dititik
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 2 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 1/2 inci halia, dititik
  • secubit halba,lada hitam, kulit kayu manis dan bunga cengkih
  • Garam secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau(jika perlu)
Bahan pelengkap hidangan:
  • Sambal tumis 
  • Timun, dihiris
  • Telur, rebus
  • Ikan bilis goreng
  • Kacang tanah goreng
Cara Membuatnya :

  1. Dalam rice cooker, satukan semua bahan untuk nasi lemak kecuali garam, kacau rata dan tambah garam sesedap rasa . Kacau rata dan masak seperti biasa, bila nasi betul-betul masak, karih nasi 
  2. Hidang kan nasi lemak tadi bersama bahan pelengkap hidangan. Selamat mencuba.
Di sini Akak tempelkan juga resepi sambal tumis versi Akak lah ya..kalau ada yang nak mencoba...ni Akak copy paste dari entry terdahulu aje ya lihat di sini...so editlah mana yang tak perlu tu!

Resepi nya seperti berikut......

Resepi Sambal Tumis & Ikan Bilis
Bahan-bahan
  • Goreng ikan bilis secukupnya dan ketepikan
  • 10- 15 tangkai cili kering dipotong dan direbus
  • 2 labu bawang besar
  • minyak untuk menumis secukupnya (anggaran 1/4 cawan)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar gula
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil asam jawa dibancuh dengan sedikit air
  • secubit belacan (optional)

Caranya:
  1. Blend / Kisar cili kering, belacan & bawang dengan 1/3 cawan air
  2. Panas kan minyak dalam kuali
  3. Tumis bahan kisar dan masukkan gula
  4. Kacau sampai nampak pecah minyak, masukkan garam, sos tiram dan air asam jawa
  5. kacau dan biar mendidih dan kuah agak pekat.Rasa garam gulanya kalau perlu tambah.
  6. kalau rasa dah okay tutup api siap untuk dihidangkan!
NOTA:..Akak hidang ikan bilis asing dari kuahnya sebab anak-anak & Hubby suka ikan bilis yang garing



***** Kalau terlalu pedas..boleh tambah gula atau garam atau asam...ikut rasalah...sebab setengah orang suka pedas-pedas manis....kalau tak cukup pedas..tambah cili api dalam kisaran cili tadi....sebab semuanya bergantung pada citarasa anda sendiri...tepuk dada tanya selera!*******

Dan ini bekalan buat putri Akak si Reena ke sekolah untuk pagi ni!


Okaylah..Salam Sayang dari Akak Muuuuahhhh!....Selamat Berhujung Minggu Buat Semuanya!Doakan perjalanan Akak & Hubby ...pergi & balik dengan selamat..Amin!





Thursday, May 10, 2012

Bubur Kacang Hijau...Hidangan Minum Petang!

Assalamualaikum
Wah dah petang benar  dah ni....hampir Maghrib dah pun....kita orang baru jer lepas minum & borak-borak petang....hari ni Akak buat bubur kacang hijau dengan sagu jer pun....

Layankan ajelah....


Bila Hubby balik tadi terus hidang....ni antara dessert kesukaan dia jugak ni....anak dara Akak pun suka jugak....baru dok masak atas dapur dia dekat depan dah sibuk dok menjerit..sedapnya bau....!!!

Resepi Bubur Kacang
Oleh : Watierman@ watiermanlife.blogspot.com

Bahan-bahannya
  • 1 cawan kacang hijau
  • 1 cawan santan
  • 1/4 cawan sagu
  • 3 keping gula gerek ( Ni gula yang Akak beli masa gi Padang Besar dulu)
  • air secukupnya
  • sehelai daun pandan
  • garam dan gula secukupnya
Cara menyediakannya
  1. Rebus kacang sehingga kembang.
  2. Masukkan daun pandan.
  3. Masukkan sagu dan biar hingga sagu kembang.
  4. Masukkan santan dan gaul hingga sebati.
  5. Masukkan pula gula melaka dan kacau sehingga gula hancur.
  6. Akhir sekali, masukkan gula dan garam secukup rasa.
  7. Kalau dah sesedap rasa...boleh sendukkan dan hidang!

Jemputlah jangan malu dan segan...ambil sorang semangkuk yer!!...Kat sini pastinya tak ada durian.....sebab Akak memang tak makan durian...kalau nak yang versi ada durian kena pergi ke rumah Adik Sha@ The Writer's Cooking....untung-untung ada lagi lebihan dia buat hari tu..kot-kot tersorok dalam peti ais dia ke kan.....hehehe!


Daa.....Jumpa lagi...Selamat beristirehat!




Elbow Macaroni Goreng Istimewa....Pasta Goreng Lah tu!

Assalamualaikum kembali bersiaran...di tengahari..baru jer lepas buat pasta goreng untuk juadah tengahari ni...ambik kesempatan layankan tekak kebaratan anak-anak Akak sebab En Hubby tak bawa bekal kan....dia makan kat Hotel hari ni...sedang berkursus...dan rasanya sedang menjamu selera ketika ini...hehehe!

Memandangkan tak payah layan tekak anak Melayu tulen hari ni...Akak penuhkan permintaan anak bujang Akak...si Adik pun sama aje..suka Western Food...kebetulan pulak tadi nampak si Q letak entry pasta...cepat-cepat Akak gi  menegur sapa...dan melihat pada bahan-bahannya boleh lah Akak try resepi Adik Q ni pulak kan....caranya tak banyak beza dari cara Akak selalu buat mee goreng, bihun goreng tu aje....cuma pasta yang macam Adik Q guna Akak tak ada so Akak gantikan aje dengan Elbow macaroni....sedangkan Adik Q guna Frusilli@ Spiral pasta lah tu! Bahan lain yang kurang...capsicum..Akak dah gantikan pula dengan cili hidup merah...ingat ada yang hijau...rupanya yang hijau pun dah habis...



Resepi Elbow Macaroni Goreng Istimewa
(FRUSILLI GORENG ISTIMEWA)
Sumber Resepi asal: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
Bahan2

  • 1/2 paket frusilli (Akak guna sepeket elbow macaroni....anak2 suka ulang-ulang)
  • 10 ekor udang(Akak campur besar kecik tak kira pulak)
  • 10 crab stick dibelah 2
  • 1 capsicum hijau - boleh guna merah dan hijau (Akak ganti dgn cili hidup merah)
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato(Akak tak letak)
  • 1 sudu besar cili sos
  • 1 sudu besar kicap lemak manis
  • 3 bawang putih di tumbuk
  • garam dan gula(Akak tak letak sebab dah cukup perisa dari sos tu)
  • sedikit daun bawang (ni Akak tambah...bg menghijaukan suasana)

Cara2

  1. mula2 rebus frusilli.....panaskan air dalam periuk..letak 1 sudu kecil garam...bila dah didih airnya.
  2. masukkan frusilli dan biar hingga masak...lepas tu toskan...letak satu sudu besar minyak dan gaul rata dgn frusilli.....ketepikan
  3. panaskan minyak dalam kuali...lepas tu tumis bawang putih...kacau hingga naik bau dan masukkan cili kisar...masak hingga terbit minyak dan cili garing.
  4. kemudian masukkan udang...kacau rata dan masukkan segala sos....kacau lagi....
  5. lepas tu masukkan frusilli...garam dan gula skit...kacau2...dan 
  6. masukkan capsicum dan crab stick & daun bawang...kacau hingga semua bahan masak.

Ini pasta yang Akak gunakan sepeket tu 500 gram....


Ini hasil gorengan...sekuali ......


Ini hasil yang anak bujang Akak rasa...belum makan lagi...dia nak tunggu Adik dia balik sekolah baru nak makan sama-sama.....jadi...tak terkejut....kalau sepeket tu...sekejap aje habis!!

Okaylah ya....Akak nak kena keluar gi ambik anakdara Akak balik sekolah pulak ni...Nak gi siap-siap dulu...dah lah hujan pulak tu di luar sana....tak sukanya drive dalam hujan-hujan ni....
OOOppps lupa nak cakap TQ Adik Q....for the recipe....muaaah..sedap Akak dah pow nak bujang Akak tadi!



Crabstick in Puff Pastry

Assalamualaikum...hari ni Akak tak sibuk memasak sebab Hubby ada kursus dua hari....dekat Georgetown...so tak payah bawa bekal segala...cuma kasi dia makan pagi jer....so sepagi ni sibuk...dok call sana sini...apa taknya....ada berita gembira nak kasi tahu ni....

Berkat doa dari semua....kedua mak & ayah mertua Akak dah selamat tiba ke tanah air tengahari semalam.Keduanya sihat..Syukur Alhamdulillah. kita adik beradik tengah berbincang....siapa nak gi ambik mak ayah balik ke Kedah....dan pagi ni dah dapat kata sepakat...bahawa Akak & Hubby akan ke KL untuk menjemput keduanya dan hantar balik ke Alor Setar. Anak bujang Akak kena jaga adik dia kat rumah....Insyaallah both will be fine sebab dah besar2...si Adik tu pun dah anak dara...boleh masakkan nasi untuk abang dia dah! Akak akan bertolak awal pagi Sabtu...Insyaallah!

Jadi pagi ni Akak cuma prepare menu ringkas aje....



Kalau nak tengok cara terperinci penyediaan nya..refer blog CMG

Crabstick in Puff Pastry
Resepi dari blog CMG@Dapur Tanpa Sempadan
BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 1pack (10 keping) puff pastry jenama "KAWAN" saiz 4 inci x 4 inci 
  • 10 batang crab stik 
  • 1 kuning telur, dipukul sedikit 
  • Serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"(Akak guna serbok lada hitam) 
  • Serbok ikan bilis (ni Akak tambah) 
  • Sos pencicah kegemaran anda 
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ambil sekeping puff pastry, kerat 2 dan biar satu bahagian besar sedikit. 
  2. Kemudian kelar menyerong bahagian tengah puff pastry yang saiz besar sedikit tadi (seperti dalam gambar).
  3. Crab stick tadi dibuang salutnya, letakkan pada bahagian puff pastry yang kosong.
  4. Tutup crab stick tadi dengan puff pastry yang telah dikelar2 tadi, tekan2 sedikit dan tekan kelilingnya dengan hujung garfu, seperti dalam gambar. 
  5. Berhati2 alih ke dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
  6. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam berperisa tadi. 
  7. Bakar pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. 
  8. Jika oven anda ada sistem hot fan, hidupkan. 
  9. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang bersama sos kegemaran anda.
Terima kasih banyak-banyak Dik Mat yang menyumbangkan resepi yang ringkas dan mudah ni....jadi Akak mohon halal lah ya Dik Mat atas perkongsian ilmu ni...dan di panjangkan pula resepi ini buat anak-anak dan rakan taulan untuk jadikan panduan untuk kegunaan mereka kelak. Hanya Allah sajalah yang membalas perkongsian ilmu ni ya Dik!




Ni ajelah sarapan ringkas kita orang hari ni.....Akak nak kemas rumah dulu...sebab hujung minggu akan ke KL & Alor Setar...so...banyak yang perlu Akak tinggalkan dalam keadaan teratur untuk anak-anak Akak tu!Akhir sekali terima kasih buat semua yang telah mendoakan buat kedua orang tua Akak & Hubby!




Wednesday, May 9, 2012

Homemade Salted Butter Popcorn

Assalamualaikum ...Selamat petang semua....kembali semula di petang hari dengan satu lagi juadah yang berupa cemil-cemilan atau kudap-kudapan buat anak-anak sambil buat homework dan menonton TV. Dah ramai yang membuat dan mencuba resepi mudah ni..Akak jer asyik bertangguh walaupun bahannya dah lama Akak beli.

Rasa menyesal pulak dok simpan lama-lama sebab nak membuatnya sekejap benor...tambahan pulak Akak buat versi yang paling mudah..salted buttered popcorn jer pun. nanti kita buat versi yang karamel pulak yer!


Memang best melayan popcorn ni..apatah lagi bila bersantai petang-petang dengan keluarga sambil borak-borak kosong kan....sekejap jer licin semangkuk.

Akak mohon copy & paste yer resepi dari blog Dik Ika@Arah di Bangkok nun...........moga dijadikan rujukan untuk masa hadapan dan dapat kiranya dikongsikan dengan anak-anak, rakan taulan serta sanak saudara yang lain juga!!! TQ ...yang tidak terhingga banyaknya...muaaahhhhhh!

HOMEMADE POPCORN
Resepi Asal : ALUDRA MyR
Sumber Resepi:Ika@Ijayuji@Arah
Bahan-bahan ( Ikut suka.. )
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • jagung kering secukupnya (Akak guna 1/2 cup jer pun)
  • garam secukup rasa
  • Tambah Coklat [Optional] 
  • 60 - 80 gram coklat bar (ikut suka/byk mana pop corn yang ada)
Cara-cara
  1. Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
  2. Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
  3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
  4. Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)




Untuk Coklat [Optional] (Ni maybe next time kita cuba yer!)
Cairkan coklat guna double boiler. Tutup api dan gaulkan dgn pop corn yg dah disalut karamel. So ni jadi caramel popcorn bersalut coklat.

KARAMEL POPCORN (Perisa karamel ni Akak KIV dulu nanti kita cuba yang ini pulak!)
Tambah Karamel [Optional]
  • 1 sudu mentega/margerin
  • 3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada)
Cara-cara :
  1. Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea.>>boleh letak pewarna kesukaan seperti merah, hijau n kuning

Terima kasih buat penyumbang resepi asal ALUDRA dari MyR dan juga Dik Ikaaaa ku cayang!Muaaah...anak-anak suka ..mama sangat gumbira...lalalala....




Ubi Keledek Goreng ....vs French Toast!

Assalamualaikum....

Bila ada tekak Melayu tulin versus tekak pengaruh budaya Barat...ha inilah jadinya....menambahkan kerja Akak kat dapur.....dah tahu dah kalau buat ubi keledek goreng tu....Hubby sorang jer mampu habiskan sepiring. Anak-anak pulak kalau buat minum petang ..okay..layan lah jugak....kalau buat untuk makan pagi....tak payah....mesti nak kena ada roti ke benda lain jugak....So langkah paling selamat Akak layankan aje....dua-dua..tekak tu....semampunya...janji senang!!


Inilah yang sarapan pagi kat rumah kita orang hri ni...okay....



Pagi ni nak juga simpan resepi ubi keledek goreng yang Akak buat tu..memang ranggup lah!! Sebelum terlupa baik di simpankan di sini untuk rujukan anak-anak dan diri sendiri di kemudian hari....berdasarkan resepi campak-campak Akak lah kan....tapi sukatan hari ni lebih kurang aje....tak pulak guna sudu atau cawan penyukat tu (measuring spoon or cup).

Resepi Tepung Gorengan untuk Cucur Goreng (Ubi Keledek / pisang / Apa-apa aje)
oleh Watierman
Bahan-bahan:
  • 1/2 senduk tepung gandum
  • 2 senduk tepung beras
  • 1 sudu kecil butter / margerin
  • 1 sudu kecil air kapur
  • garam & gula sesedap rasa
  • air secukupnya
Caranya: 
  1. Masukkan kesemua bahan kecuali air.
  2. Gaul rata dengan menggunakan tangan
  3. masukkan air sedikit demi sedikit sambil di kacau hingga mencecah kepekatan yang dikehendaki
  4. Rasa bancuhan....tambah garam atau gula jika perlu
  5. Celupkan bahan gorengan dalam bancuhan tepung dan goreng hingga garing dalam minyak yang telah dipanaskan terdahulu.
  6. Angkat dan sejatkan atas kertas tuala dapur dan siap untuk dihidangkan.
Resepi yang kedua ni senang sangat....ini untuk rujukan anak-anak Akak yang tak pandai masak lagi tu....kalau adik2 dan rakan-rakan blogger....sila abaikan aje...bahagian ni..hehehe!!

Resepi French Toast Mama Style
oleh Watierman
Bahan-bahan:
  • 5 keping roti sandwich 
  • 2 biji telor ayam 
  • secubit garam, sedikit serbok cili dan sedikit serbok parsley
Caranya:
  1. panaskan frying pan dengan sedikit minyak zaiton ( kurangkan hanyir telor)
  2. telor ayam dipukul sedikit dalam mangkuk dengan secubit garam, sedikit serbok cili dan sedikit parsley
  3. celopkan kepingan roti ke dalam telor dan goreng dalam pan yang panas menggunakan api sederhana 
  4. Balikkan roti apabila telah garing dan angkat dan toskan atas kertas tuala dapur
  5. Siap untuk di makan.

PS: roti tu kalau nak di potong separuh menegak ke serong ke jadi kepingan tiga segi ke pun boleh..terpulang untuk presentation masing-masing!

Dah selesai bahagian rujukan untuk anak-anak tu....juadah pa yang Akak dah sediakan untuk lunch ya!!
Hari ni juadah yang senang juga mengikut apa yang ada dalam stok dapur Akak lah ya!!

Kita masak ayam goreng berempah aje you!!!...kalau dua tiga hari lepas buat ayam bumbu...hari ni buat ayam berempah versi Akak sendiri yang campak aje dalam blender rempah ratus yang tak seberapa tu.Akak buat pun dalam 5 atau 6 ketul ayam aje....sebab 3 orang aje yang makan ayam..Akak tak makan!


Jomlah kita kongsikan resepi kat sini....buat rujukan anak-anak juga suatu hari nanti....siapa yang nak gun a pakai resepi ni pun Akak tak kisah....kira kongsi ilmu secara halal lah ni ya! Kebarangkalian resepi ni mungkin tersama ke dengan sesiapa punya..resepi....ini semua secara kebetulan....Akak pun manusia biasa yang suka buat pandai sendiri bila memasak kat dapur tu....belajar dari segala kelemahan juga...kesilapan yang terdahulu...setelah diolah berkali-kali....dan kali ni pula....jadi begini...

Resepi Ayam Goreng Berempah Watierman Style
oleh Watierman
bahan-bahan
5 atau 6 ketol ayam yang telah dipotong 12 dari seekor ayam
*sesudu besar lada hitam
*sesudu besar ketumbar
*sesudu kecil jintan manis
*6-7 ulas bawang putih
*seinci halia
*2 batang serai yang dihiris nipis paras 1 inci dari pangkalnya setiap satu
*4 tangkai cili kering
sebijik telor dipukul sedikit
secukup garam dan serbok kunyit

caranya:

  1. semua bahan bertanda dikisar menggunakan pengisar kering
  2. gaulkan bahan kisar dengan telor
  3. ayam dilumur garam & kunyit dan di gaulkan dengan ramuan kisar tadi
  4. Perapkan lebih dari 1/2 jam...kadang2 tak sempat Akak perap dalam 10 hingga 15 minit jer pun!
  5. Panaskan minyak yang cukup
  6. Goreng dalam minyak yang banyak dengan api yang sederhana
  7. Angkat ayam yang dah garing dan toskan minyak atas kertas tuala dapur
  8. Siap untuk di hidangkan!




Ni gambar ayam yang sedang di goreng! 

Okaylah..buat orang yang tak makan ayam...ni aje menu untuk hari ni....


Sekali lagi kita kongsikan resepi sambal pedas Sardin versi Watierman untuk rujukan anak-anak juga....

Resepi Sambal Pedas Sardin
oleh Watierman
Bahan-bahan

  • 1 tin sardin (Mama suka guna King Cup)
  • 2 labu bawang besar saiz sederhana
  • 10 -12 tangkai cili kering dipotong & rebus 
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai di titik
  • 3 keping asam gelugor
  • sesudu besar sos tiram
  • sedikit garam
  • sedikit minyak untuk menumis
  • beberapa tangkai cili api dan cili merah untuk hiasan


Caranya

  1. kisar dalam blender 1 labu bawang besar yang dipotong, dengan cili kering yang telah direbus, tapis dan cuci bersih air rebusan tu, bawang putih, halia dan sedikit dari serai tu.
  2. panaskan minyak 
  3. tumiskan bahan kisar hingga sedkit garing
  4. masukkan sardin, sos tiram, asam gelugor, garam dan serai
  5. Biar mereneh dan masukan 1 labu bawang besar yang dipotong bulat dan cili ai serta cili merah yang dipotong serong sebagai menyerikan masakan 
  6. Biarkan sebentah...tutup api dan siap untuk hidangan.

Dan akhir sekali bekal untuk lunch Cik Abang Sayang.....macam biasalah kan...tu pasal pagi-pagi buta dah siap memasak....maaf ya jiran2 seumpama MamaFami...jika daku menggangu tidurmu!


Selamat Menjamu Mata!!! Unless you feel like making them yourself...go ahead...Selamat mencoba & menjamu selera!!