Adakah ini satu Tabungan???

Wednesday, March 21, 2012

Kek Lapis Kukus Hawflakes ...dah macam bendera!!!!

Assalamualaikum

Misi untuk mengempiskan perut yang semakin maju ke hadapan selalu aje menghadapi halangan...mahunya tidak asyik ada NAFSU yang sangat besar bila teringatkan nak makan kek.Itu yang Akak terpaksa kawal sikit aktiviti blogging Akak ni...sebab asal ternampak jer paparan menu istimewa di Alam Maya ni....huish....tergugat IMAN Akak yang sedia NIPIS ni!!!!

Kadang-kadang ada pulak tu suara halus yang memujuk hati kecil ni.....ala kalau tak nak makan banyak...jamah sikit pun jadilah!....Macam familiar aje ayat tu! Masalahnya....bila dah jamah sikit ....nak jamah sikit lagi....dan lagi...dan lagi....Alahai badan.....!







Akak ni suka sangat melapis kek kukus....entahlah kenapa! Mungkin rasa kek lapis ni tak buat Akak cepat muak kot. Asal ada stok "Hawflakes" aje mesti tangan ni gatal nak melapis. Mungkin sebab rasanya yang masam manis dan lemak gebus gitu buat Akak suka sangat dengan kek ni! Dah beberapa kali buat...sampai dah boleh hafal resepi ni....kalau nak tengok hasil kejadian yang lepas-lepas sila klik di sini atau di sini.



Ha.... dah macam bendera kan!



Boleh dikatakan kali ni tangan Akak ni saja jer nak melapis sambil membelangkan kek tu..so Akak guna piping bag masa melapis tu...tu yang ada jalur besar..jalur kecik tu...macam bendera negara mana entah!


Layankan ajelah apa yang ada ni ya!!!

Kalau nak salin resepi....silakan...Akak tepekkan sekali lagi....terima kasih buat Kak Fida untuk resepi kek yang mantop ni!!!


Kek Kukus Hawflakes (Versi yang telah diolah yer!)

Bahan-bahan ( loyang 7x7 ) 

  • 5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
  • 225 g gula halus (1 cwn rata sahaja yg Akak gunakan)
  • 220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
  • 1 sk rata baking powder*
  • 1 sb ovalette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sk garam
  • 70 ml minyak masak (ni pun dah adjust) asal 100ml
  • 1 sk esen vanilla
  • pewarna merah,coklat( ikut suka )
  • secukup hawflakes

Cara-cara

  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  5. ***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...(Ni akak buat suka hati akak sebab tu...jadi macam tu!!!!!)Bahagian ni....Akak masukkan adunan dalam piping bag....tu yang belangkan sesuka hati tu!)
  6. Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.
Okaylah dah lambat ni nak pergi ambil Reena .....balik sekolah!


Tuesday, March 20, 2012

Percutian yang TIDAK dirancang...!!!...Pantai Telok Kemang , Port Dickson!

Assalamualaikum.....wah dah habis musim cuti sekolah ya....tugas harian dah bermula....sebab Akak baru jer balik dari bercuti....di Pantai Telok Kemang, Port Dickson nun.....tak dapek Den nak tepek dan celoteh banyak eh.....sebab rumah Den dah macam kapai pocah dah ni. Den bukan yo poyi Port Dickson nun...tapi jugak berjimba di sekitar Klang dan Petaling Jaya.... Minta maaf ya warga Nogori Sembilan...kalau tutur bahasa Akak yang lintang pukang tu.....just nak kasi feel sikit....!






Aktiviti kami tiga beranak di pagi hari....yang lain ada anak kecil yang masih tidor...so ...kami jalan-jalan sepanjang pantai dari lepas subuh sampai cerah.....!

......Lama kemudian baru gang cousin dua orang ni bangun...... baru Kak Reena ada kerja ...bermain dengan kanak-kanak nursery dua orang ni!!!





Kalau tak ada budak-budak kecik tu nak jadi "gang" Kak Reena.....inilah kerja anak dara Akak...layari internet jer memanjang.....sebab dua lagi anak bujang Akak tak dapat bersama untuk this unplanned vacation!


Dan aktiviti di sebelah malamnya pulak....."barbeque"...ini pun tak dirancang juga....so barangan basah tu agak terhad....adik ipar dan abang ipar yang uruskan stok tu semua!!!Akak....sekeluarga jadi honorable guests...."Tukang Makan" aje!








Itulah sedikit sebanyak tentang percutian pantai yang terjadi secara "Ad-Hoc".....when we received a call from Abang Ipar....to join him and family malam Rabu lepas.....so pagi Khamis kami berangkat ke KL singgah Rawang sekejap rumah Kakak...then ....IKEA dulu siang tu.....and lodge in PD...malam tu. Pagi Jumaat Adik bongsu Hubby and family from Bukit Mahkota joined us...baru meriah...sebab baru bising sikit ada suara budak-budak kecik! Sabtu pagi around 10...bertolak ke Kelang...rumah Abang pulak.macam biasalah keluar shopping sana sini...balik gather sembang sambil makan-makan lagi.....siap makan grilled beef & chicken with vegetable tomyam....ala-ala dekat "Seoul Garden" gitu....

Hari Ahad about 10 jugak we left Kelang dan sempat singgah Mid Valley sekejap dan .......



masuk sini cuma jamu mata.....sebab teringin nak belek .....sebelum ni just google & tengok dalam internet....sangat cantik dan membuat Akak teruja!!!!!


Okaylah back to reality kehidupan......seawal pagi...bangun siapkan bekal Hubby macam biasa.....dan juadah pagi ni....


Cekodok ni untuk breakfast Reena dan bekal dia ke sekolah



...dan jemput-jemput ikan bilis ni pulak untuk breakfast Akak & Hubby ....



Bekalan hari ni sedikit meriah dengan anak-anak sotong goreng kunyit dan sambal udang...dan anak bawal goreng kicap...Moga rindu kalian pada bekalan dari dapur Akak....sedikit terubat ya!!!

Dah nak balik ke realiti dah ni....misi selamatkan ... kapal pecah....see you guys later when Akak berkesempatan untuk blogwalking ya!!!!




Tuesday, March 13, 2012

SALAM SERIBU KEMAAFAN BUAT SEMUA YANG DIRINDUI........

*.*

Assalamualaikum Semua....

Ya Allah......lamanya Akak menghilangkan diri......MALAS.......dan BERIBU alasan....kalau nak di coretkan di sini...namun tiba-tiba hati ni terpanggil pulak untuk kembali mengetuk kekunci ni.

Hanya kata-kata maaf yang mampu Akak taipkan....buat semua!

Banyak kejadian dah berlalu dalam kehidupan Akak sekeluarga....ada pahit...manis...masam kelat....masin...segala rasa....yang sedap untuk ditelan...yang nak termuntah ijau pun ada....yang menyenakkan perut pun ada...yang buat hati terbuai dan berbunga-bunga pun ada. Itulah kehidupan....WATIERMANLIFE!

Namun ....walaupun tak semua dapat Akak paparkan di sini...namun mengikut BLOG PENCIPTA YANG ESA...semuanya tidak pernah sekalipun terlepas dari putaran harian kehidupan kita sebagai manusia.

Apa-apa pun.....biarlah kali ini....Akak kembali dengan harapan dapat terus berblog....tapi mungkin tidak serancak dahulu.....akan cuba sebaik yang termampu.Insyaallah!

Di kesempatan ini jom kita berkongsi resepi kek yang Akak dah olah dari resepi asal milik  Kak Fida MYR. Mohon Kak Fida halalkan ya!Juga Jutaan Ampun & Maaf ya Kak Fida kerana menderhaka terhap resepi yang sedia sedap seadanya...tapi masih juga dibuat OLAHAN sesuka rasa. Moga mendapat pengampunan dari kak Fida hendaknya.

Resepi inilah juga yang selalu Akak gunakan untuk buat kek lapis kukus chocolate chips. Tapi kali ni Akak buat Kek Lapis Kukus Tembikai.



Resepi nya.....
Kek Lapis Kukus Tembikai (Versi yang telah diolah yer!)

Bahan-bahan ( loyang 9X9 ) 

  • 5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
  • 1 cawan rata gula halus 
  • 1 1/2 cawan rata tepung gandum
  • 1/2 cawan Horlicks
  • 1 sk rata baking powder
  • 1 sb ovalette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sk garam
  • 100 ml minyak masak
  • 1 sk esen vanilla
  • pewarna hijau & merah 
  • perisa tembikai (optional)
  • secukup chocolate chips untuk taburan

Cara-cara

  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,chocolate chips dan chocolate paste.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  3. Loyang dialas kertas dan sapu butter/margerin. 
  4. Bahagikan kepada 6 bahagian.(11/2 bahagian hijau, 1/2 bahagian tanpa warna & 4 bahagian merah)
  5. Ratakan adunan pertama yang berwarna hijau dan kukus selama 7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan terdahulu.
  6. Ratakan pula lapisan tanpa pewarna dan dikukus selama 7 minit lagi
  7. Lapisan seterusnya lapisan yang berwarna merah dan di taburkan chocolate chip dan dikukus lagi selama 7 minit
  8. Buat hingga habis lapisan seterusnya berwarna merah dan tabur chocolate chips dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  9. ***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.
  10. Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 5 minit kemudian dibalikkan di atas redai kek sehingga sejuk.
 Selamat Mencuba!


Kek ni memang tak menjemukan sebab tu Akak suka sangat mengolah resepi ni dan hasilkan versi yang berbeza.....memang tak akan mengecewakan.


Texture kek ni sangat halus dan lembut...memang sangat sedap...tambahan bila di bawa ke Cameron Highlands hari tu.....anak Akak makan sampai tak hengat.....sedar-sedar dah nak habis....maklumlah kat sana sejuk....nak nya pulak hari hujan.....



Apa-apapun sudilah mencuba kalau nak rasa ya!...

Moga bersua lagi Insyaallah bila ada kelapangan........Salam Sayang dan Rindu buat Semua!!!