Assalamualaikum.....Minggu ni perasaan Akak terlalu berdebar-debar....hingga tak mampu untuk Akak duduk bersantai macam kebiasaannya....walaupun ada kalanya sibuk jugak menguruskan hala tuju kehidupan kami sekeluarga......dan debaran itu telah berakhir dengan juraian air mata.....
Berjujuran air mata penuh kesyukuran Akak panjatkan pada yang MAHA ESA.....kerana telah memperkenankan DOA Akak.....ya hanya DOA yang mampu seorang IBU panjatkan buat anak-anak agar berjaya dalam segala aspek kehidupan mereka....dan ALLAH telah memakbulkan DOA itu.......
Hari ini Reena telah berjaya melakar dan mewarnai sebuah kejayaan dalam laluan hidupnya....5A! Itulah....kejayaan yang diraihnya.....kerana telah berusaha dengan gigih.....sebagai ibu bapa....hanya doa ......agar segalanya dipermudahkan buatnya...dan TUMPANG tersenyum bangga....!
Inilah wajah polos....puteri tunggal Akak.....bersama rakan karibnya Nor Latifah yang sama-sama telah berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A! Tahniah ya Sayang!
Dan sebagai ganjaran.......Akak buatkan bekalan special untuk mereka berdua....kerana sebentar lagi kami akan berangkat ke Kuala Lumpur........Doakan perjalanan kami ya!......dan kepada semua kakak2, abang2....makcik2, pakcik2....atuk2 dan nenek2 yang telah mendoakan buat Reena.....terima kasih ya....hanya Allah yang dapat membalasnya.....Amin!
Akak really has to go......
*.*