Adakah ini satu Tabungan???

Friday, March 12, 2010

Resepi Sotong Masak Kicap & Kerabu Macam2 Ada!!!

Assalamualaikum.....ni entry cepat jer tau sekadar nak penuhi permintaan resepi sempoi Akak ya!








Resepi Sotong Masak Kicap

Bahan-bahan

  • Sotong yang dilumur garam & kunyit sedikit jer (lebih kurang 12-15 ekor)
  • 1 labu bawang besar *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 2 atau 3 biji cili api *
  • (semua bahan bertanda * diatas di tumbuk atau kisar)
  • 2 atau 3 sudu kicap
  • 2 sudu sos tiram
  • air ikut tahap kepekatan yang anda kehendaki
  • 1 labu bawang besar dihiris bulat untuk hiasan
  • 2 biji cili hidup dihiris untuk hiasan / cili api/cili hijau kalau suka
  • sedikit minyak untuk menumis
Caranya

  1. Tumis bahan kisar atau tumbuk
  2. masukkan sotong
  3. masukkan kicap dan sos tiram dan kacau
  4. Setelah itu tuangkan air secukupnya kalau mahu lebih kuah
  5. Tambah lah apa yang patut...kicap atau sos tiram agar sesedap rasa...kalau dah terlalu masin tambah air saja
  6. Biar mendidih seketika...tutup api
  7. Siap untuk dihidang!
  8. Cubalah!


Dan menu tambahan .......kerabu macam-macam ada.....!!


 
Resepi Kerabu Mempelam.....(Macam-macam Ada!)

Bahan-bahan

  • mempelam muda(Akak letak sikit jer sebab mempelam tu dah masak), jeruk betik(kalau ada betik muda lagi best), timun, tembikai diracik atau dimayang nipis
  • 2 labu bawang besar dimayang nipis
  • 2 biji cili merah diracik  halus
  • 5 biji cili api (boleh tambah kalau suka)juga diracik
  • sedikit air asam jawa dicampur dengan secubit belacan dibancuh
  • secubit garam ikut selera anda
  • sesudu kecil gula
  • sesudu kecil sos ikan nampla (optional)

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan yang dihiris tadi
  2. gaulkan bersama dengan air asam & belacan, gula, garam secukup rasa dan sos ikan (nampla) ....dah siap untuk dihidangkan...Cubalah!


Dan akhir sekali.....juadah pencuci mulut buat anak-anak Akak yang kepanasan dan kepenatan.....baru pulang dari sekolah........

3 comments:

cikmanggis said...

salam,bila lihat kerabu tu..adoi..lapar balik nih

sharamli said...

da terliur teng0k kerabu tu

ItaJeff said...

Salam Watie...
emmm kerabu tu..sedapnya...jd teringin la pula...hehehe
watie, jom join giveaway ita :-)