Adakah ini satu Tabungan???

Tuesday, March 30, 2010

Norzailina Nordin........"CINTA 365 HARI"

*.*

Assalamualaikum.....

Wah pertama kali Akak baca sentuhan Norzailina Nordin terus jatuh cinta.....malangnya masa pergi pameran di PWTC tempoh hari Akak tak bertentang empat mata dengan beliau!...




Sinopsis :
KATA orang, cinta tidak mengenal siapa. Cinta itu perkara biasa bagi makhluk yang bergelar manusia. Mahu bercinta, ingin dicintai – itu sudah pasti! Persis ombak dan pantai yang tidak ingin berpisah walau sesaat. Itulah CINTA!

Cinta yang mendalam pada Erynn membutakan matanya. Kali pertama bertemu, Darren Ho sudah jatuh hati. Perwatakan Erynn yang agak lurus mencuit hatinya. Kelembutan sifat Erynn meruntun jiwanya. Keikhlasan gadis itu menawan sanubari. Namun, latar belakang mereka yang jauh berbeza, apatah lagi perbezaan agama yang dianuti menjadi halangan besar buat mereka meneruskan hubungan.

Madam Ho sama sekali tidak mahu melepaskan Darren kepada Erynn. Maka, dia membuat muslihat untuk memisahkan mereka. Bagi mempertahankan nama keluarga Ho, Madam Ho memaksa Darren mengahwini Tania, gadis sebangsanya. Darren serba salah. Antara ibu dan kekasih, yang mana patut didahulukan? Mempertahankan cintanya atau terus menjadi anak yang patuh? Gila! Memang gila dibuatnya

Yang pasti, dia tidak pernah berhenti membilang hari... bilakah cintanya dan Erynn bakal bersatu.

Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-492-0
Mukasurat : 512 Halaman
Harga: RM19.90


Ulasan Akak :

Novel ini mempunyai daya tarikannya tersendiri kerana penceritaan dan penulisan Norzailina mampu menarik minat Akak untuk menghabiskan bacaan.....Santai jalan ceritannya! Namun kesudahan yang sedikit mengecewakan Akak...kerana terlalu ringkas....tak detail...! Buat penulis....Akak akan mula mengumpul hasil penulisan beliau ....!Tahniah!

7 comments:

niesz said...

suke bc novel smpaikn kadang2 nk jd mcm watak lam novel tu..huhu....tp mcm xmungkin jer..sbb xpnh rase bnda tu reality..

Solehah said...

wah..banyak eh buku akak beli..

myQza said...

kak,
penulis ni yg chef tu ke?
dah lama x baca novel. sbb x ske kalau akhirnya tak seperti yg kita harapkan..:( ha ha ha.. emo lebih.

kak,
bukan x nak guna alamat rumah. Duduk kg. alamat x de no umah, terus kg dot dot dot jek...

kalau pos laju ke apa ke, masaklah posmen tu cari. ha ha ha ha

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam kak....best jalan crita dia...kalau best nak beli la...

Anonymous said...

bonda g pesta gak ke??
tk jumpe pon???

ngahahhahahah

sy pon bli 3 novel bonda...lamaran hati, solanya hati n ada satu lg tuh rahsia

hahhahaha

best ah layan novel....;)

indahhouse said...

salam kak watie,
bestya layan novel. saya pun baru abes baca Versus dari Hlovate. beli utk adik. Tumpang baca, tapi best jugak. memahami hati remaja. saya ni, ramai adik2 pompuan. susah nak faham diaorg ni. huhu

sharamli said...

macam best...nasib baik setah0n...