Adakah ini satu Tabungan???

Thursday, November 11, 2010

SYUKUR ALHAMDULILLAH..........!

*.*

Assalamualaikum.....Minggu ni perasaan Akak terlalu berdebar-debar....hingga tak mampu untuk Akak duduk bersantai macam kebiasaannya....walaupun ada kalanya sibuk jugak menguruskan hala tuju kehidupan kami sekeluarga......dan debaran itu telah berakhir dengan juraian air mata.....

Berjujuran air mata penuh kesyukuran Akak panjatkan pada yang MAHA ESA.....kerana telah memperkenankan DOA Akak.....ya hanya DOA yang mampu seorang IBU panjatkan buat anak-anak agar berjaya dalam segala aspek kehidupan mereka....dan ALLAH telah memakbulkan DOA itu.......

Hari ini Reena telah berjaya melakar dan mewarnai sebuah kejayaan dalam laluan hidupnya....5A! Itulah....kejayaan yang diraihnya.....kerana telah berusaha dengan gigih.....sebagai ibu bapa....hanya doa ......agar segalanya dipermudahkan buatnya...dan TUMPANG  tersenyum bangga....!



Inilah wajah polos....puteri tunggal Akak.....bersama rakan karibnya Nor Latifah yang sama-sama telah berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A! Tahniah ya Sayang!




Dan sebagai ganjaran.......Akak buatkan bekalan special untuk mereka berdua....kerana sebentar lagi kami akan berangkat ke Kuala Lumpur........Doakan perjalanan kami ya!......dan kepada semua kakak2, abang2....makcik2, pakcik2....atuk2 dan nenek2 yang telah mendoakan buat Reena.....terima kasih ya....hanya Allah yang dapat membalasnya.....Amin!





Akak really has to go......



*.*

Thursday, November 4, 2010

Ice Blended Mocha......Kids request!

*.*

Assalamualaikum.....sebelum gi merehat kan ...melunjurkan kaki tangan sebentar kita paparkan apa yang budak2 tu minta .....Letih den....di kerjakan Dik Reena.....nak rehat jap....lepas ni....kalau dapat baring2 golek2....tanpa ada yang mencuit Akak kan bagus......





Memang dah lama Akak tak layan...sebab cuaca sejuk kebelakangan ni....tak mengizinkan.....tapi hari ni pulak kebetulan panas sikit....dia sibuk minta dibuatkan iceblended ni! Pujuk-pujuk sampai Nizam balik sekolah...lepas lunch aje terus tuntut hajat dia.....

Kalau ada yang nak try buat.....boleh tengok paparan Akak yang terdahulu di sini atau ikut ajelah resepi berikut di bawah ni......


Bahan:

  • 1 paket instant Nescafe 3-in-1
  • 1/2 table spoon cocoa powder (Van Houtan)
  • 1 1/2 table spoon sugar (gula)
  • 1/2 table spoon creamer (susu pekat manis)
  • 1 glass of ice cubes (ketulan ais kiub)
  • 1/2 a glass of warm water (air suam/panas)

Blend semua dalam blender.....then serve.......







Decorate dengan whipped cream & chocolate chips...sesuka citarasa anda....! Slurp!!!Nyummmmmy!







*.*

Asam pedas Ikan Pari......betoi KOG!

*.*

Assalamualaikum....

Entry ni saja jer.....layan Dik KOG...menyahut godaan entry yang dipaparkan KOG@ Makanlah Apa Lagi...... semalam. 

Kita layan pose ikan pari jer dah la ye....tambahan banyak kekurangan bahan-bahan tu!










*.*

Jemput-jemput Ikan Bilis & Kentang .....versi Jepun Mali

*.*

Assalamualaikum.....wah....udara Jepun bertiup pagi ni...ajak makan jemput-jemput.....kita layan kan aje.....sebab pagi ni Akak cuma buat nasi goreng....jadi bila Dik Hana GODA .....Akak dengan resepi ringkas cam gitu Akak yang TERGODA...layankan jugalah resepi tu....Tak menghampakan....Syedap oooo! Tambahan pulak anak dara Akak dah mula cuti hari ni....tapi Alang Nizam masih sekolah....Abah pun kerja....agaknya dia orang ambik cuti peristiwa kot!..Alang Nizam kata..."Adik cuti sebab Adik nak sambut Deepavali....kejap lagi Mama nak bawa Adik gi beli sari."...tu ayat2 menyakat Adik dialah tu!

Oh ya....bercakap tentang Deepavali.....ni bukan ladhu atau kuih muih India tau.....ni jemput2 versi Jepun Dik Hana ....nun....Jom kita layankan sarapan Akak dengan Reena pagi ni!






Di bawah ini Akak sertakan resepi nya....mohon izin ya Dik Hana......terlebih dahulu...Ya Ampun.....Ya Sayang...Akak ni memang suka edit sana sini....so sekali lagi ampun ya....dan terima kasih untuk resepinya....

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum (Akak kurangkan sikit tepung sebab letak sesenduk nasi)
  • 1/2 biji kentang - potong dadu kecil
  • 1/2 biji bawang besar - hiris
  • segenggam ikan bilis kopek - basuh dan tumbuk kasar
  • daun bawang atau hirisan lada - jika suka ( Akak letak sikit dua-dua sekali)
  • 11/2 (-+) cawan air (Akak guna air dari peti sejuk)
  • garam
  • sesudu makan minyak masak ( Ni Akak tambah)
Cara-cara
  • Campurkan semua bahan kering. Masukkan air sedikit demi sedikit.
  • Panaskan minyak. Jemputkan sejemput demi sejemput ke dalam kuali dan goreng hingga kekuningan dan masak.
  • Hidangkan dengan sambal kicap atau sos atau sambal kegemaran masing2.
  • Nota: Boleh tambahkan dengan sesenduk nasi yang diblend dengan air sukatan. Hasilnya lagi lembut walaupon dah sejuk.







Kalau nak tahu sedap tak sedap pi balik godek cepat!!!Heeeeee....Akak dengan Reena nak main masak2 sat....dengan Barbie Dolls & Baby Alive serta kawan-kawan......layan.....jangan tak layan.....!Kami nak jamuan high tea sat! Nak join mai lah!

Breakfast Hubby pagi tadi......dan bekalan...





Okay.....I am gone......layan si Reena pulak!

NOTA:  Berita terkini dari MIL....air dah naik & masuk dalam rumah.....so baby & pengasuh dah dihantar ke rumah MIL Akak....cousin Hubby gi kerja!

*.*

Banjir diTaman Uda, Alor Setar...Terkini!

*.*


Assalamualaikum....mata ni baru jer terasa ngantuk...nak terlelap...tapi dikejutkan oleh deringan talipon sebentar tadi...jam kira-kira 11:45 malam.....Terdengar di talian suara ibu mertua Akak memaklumkan bahawa banjir sudah mula menyerang Taman Uda.....air sudah mula naik......dan Pak Cik Akak serta anak dan cucunya tengah memerhatikan untuk tindakan lanjut.....mengenangkan cousin Hubby Akak tu beranak kecik.....Akak sarankan pada MIL Akak agar suruh aje dia orang berpindah keluar ke tempat yang selamat sebelum terperangkap dalam rumah......

Doakanlah agar air segera surut di semua kawasan yang terlibat dengan masalah banjir.....!



*.*

Wednesday, November 3, 2010

Let's do the Conga!!!...opps..Congo Bars!

*.*

Assalamualaikum....first...lets do the Conga Dance.....


Sambil kita hiburkan hati jom kita kunyah....makanan sedap tak hengat ni....





Resepi Akak cedok dari rumah Dik Izahdaut @ Izah Muffin Lover Terima kasih dan mohon halal ya kepada sumber asal Dik Rima di Singapore sana...walaupun Akak tak pernah menjenguk Dik Rima...tapi ilmu tu tetap sampai juga melalui saudara maya yang lain.....seperti Dik Izah, Dik Zana, Dik Ika.....terima kasih yang tak terhingga atas perkongsian yang kalian panjangkan hingga kepada Akak. Hanya Allah yang membalas dengan pahala atas ilmu yang diberi....melalui perkongsian ini...Amin!



CONGO BARS
source: RIMA

Bahan-bahannya:

  • 2  3/4 cawan tepung serbaguna (all purpose flour) - saya guna gandum(Akak pun)
  • 2 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2/3 cawan butter- dilembutkan - saya guna 150gm
  • 1 lb. gula perang lembut(light brown sugar)- saya guna 310gm(Akak guna 1 cawan bumbun)
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh vanilla essence
  • 11.5 ounce milk coklat chip - saya guna 200gm coklat dicincang(Akak guna segenggam)
  • 1 cawan kacang pecan dicincang- saya guna kacang gajus(Akak guna campuran badam & walnut)
  • segenggam kismis hitam- saya tambah
Caranya:

Menggunakan mixer:

  • Ayakkan tepung bersama baking powder dan garam ke dalam mangkuk yang besar dan ketepikan.
  • Satukan butter dan gula perang menggunakan mixer sehingga benar-benar sebati.
  • Masukkan telur satu persatu dan sebatikan dengan perlahan-lahan menggunakan mixer.
  • Masukkan pula essence vanila dan sebatikan.
  • Kemudian masukkan adunan tepung dan sebatikan. 
  • Akhirnya masukkan pula coklat chip dan kekacang, dan satukan.
Kalau Menggunakan tangan:
  • Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
  • Satukan butter  dengan gula sehingga benar-benar sebati. Disarankan menggunakan belakang sudu untuk memudahkan kedua-duanya sebati.
  • Masukkan telur satu persatu ke dalam adunan butter dan gaul sebati setiap kali telur dimasukkan.
  • Masukkan vanila, kacang dan coklat.
  • Akhirnya masukkan adunan tepung.
Griskan loyang 13x9 dengan sedikit butter. Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit.
Akak keluarkan...potong dan masukkan balik selama 5 minit





Jom layan hasilnya lagi......!



Menurut testimonial......anak-anak prefer chocolate chips COOKIES dari cookie bars yang cam gini.....but it is worth trying.....sebab kalau nak beli.....mahal kan! I bet I know why...sebab cookies lebih crispy....and they are not a nut fan!....Tapi kalau letak masa menonton TV...rasanya tak perasan pun tangan menggagau balang bars tu...hehehe....mulut tetap mengunyah!



*.*

Kuih Lapis Pisang & Keladi.......Jom Sarapan!

*.*

Assalamualaikum...dan selamat sejahtera ya....wah lega rasanya bila nampak mendung berarak kelabu tu dah berlalu...dan sang suria....bersinar ceria pagi ni......Hrmmmmm....mudah-mudahan kain baju cepat kering!...Dan yang paling penting....nak jauhkan kain gebor yang menghalang aktiviti dari berjalan lancar......Eh salahkan gebor pulak!

Alhamdulillah syukur...Reena selamat tiba ke rumah dalam pukul 6 petang semalam....dan tentunya banyak celoteh anak dara tu ...bercerita tentang trip semalam.....walaupun dia tak puas.....sebab bila pergi ramai-ramai dan lawatan tu terlalu cepat ...maklumlah kalau dengan parents...mesti kita layan....dan tengok setiap sudut sampai puas....kan. Malam semalam sibuk dia bercerita dengan Abahnya pulak!~

Semalam Akak dok siapkan tempahan kek....jadi tak boleh nak layan dia lebih-lebih...jadi Si Abah lah yang jadi tukang layan....!

Lepas buat kek terus buat menu untuk sarapan pulak......





Kuih Lapis Pisang Keladi ni memang sedap.....ni kali kedua Akak buat.....Akak guna loyang size 8 inci(actually Akak guna foamspring yang di lapik dengan plastik).....Resepi asal milik Chef Hanieliza tapi Akak ambil dari dapur Yatie Lousiana...hehehe...sekarang dah tukor jadi Yatie Johor!....Terima kasih sangat-sangat pada Yatie yang telah memanjangkan perkongsian ilmu penyediaan makanan untuk juadah keluarga.....Moga beroleh pahala dan keberkatan dariNYA buat kalian berdua ...Amin!

Resepi nya dah pernah Akak paparkan sebelum ni....di sini . Walau bagaimanapun kalau susah sangat nak klik...Akak tepekkan sekali lagi...resepi yang telah di olah ni....maaf ya kepada pemilik asal....Chef Hanieliza...sekali lagi ampun ya Chef kerana menderhaka pada resepi asal......

Kuih Lapis Pisang & Keladi

Bahan A
  •  2 cawan santan (akak guna 1 paket  santan serbuk Brand KARA + air = 2 cawan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu kecil minyak
  • 1 sudu teh garam
Bahan B
  • 1 cawan pisang emas - dilecek
  • 1/4 cawan air

Bahan C
  • 1/4 cawan air
  •  1/2 sudu kecil perisa yam/keladi
  • 1/2 sudu kecil yam paste
  • 1/2 sudu kecil pewarna purple
Cara Membuat
  • Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
  • Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
  • Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
  • Panaskan kukusan. (Sediakan loyang saiz 7 atau 8 inci yang digriskan dengan sedikit minyak.
  • Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
  • Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
  • Buat sehingga siap setiap lapisan
  • Semasa kukusan akhir, kukus lebih kurang 10 - 12 minit.
  • Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.











Okaylah.....jom layan bekalan Hubby & anak-anak.....








Tak payah nak meleleh air lior......ambik sorang sepotong ya!!!.....Daaaa!


*.*

Tuesday, November 2, 2010

Bila Sang Kodok Memanggil Hujan!

*.*

Assalamualaikum...kembali bersiaran....walaupun cuaca mendung terus dari pagi tadi.....cuaca di sekitar Penang ni tak adalah hujan lebat....tak adalah sampai banjir...cam di Jitra dan Kangar......tapi mendung dan suram....yang membuatkan Kodok.....kat sini terus berdendang! Mungkin suara Kodok kat Penang sedap sikit kot dari yang kat Kedah dan Perlis...tu pasal hujan terhenti sekejap-sekejap....bila hit key yang tak enak di dengar Kodok stop kot.....tu pasal hujan pun terbantut!....Cam real aje Akak karang cerita dongeng kan!

Moral of the story...Kodok dah jadi cucorq...tu pasal tak hujan dah kat Penang!...Tak caya tengok dalam kuali Akak ni.....










Kalau nak try resepi boleh juga klik di sini! Akak dah pernah ajar cara-caranya satu ketika dulu....kalau tak dapat nak klik.....ni Akak tepekkan sekali lagi ....

Nak resepi???....Macam yang tok nenek....dan mak2 kite semua buat jugaklah....

Just akak cakap bahan2 yang akak campak kat dalam mangkuk tadi yer!

  • 1 sikat pisang...ape2 pisang pun tak kisah...janji masak ranum
  • gula....4-5 sudu besar....akak suka manis2 buah gitu...(ada keturunan diebetes)
  • secubit garam
  • 1/2 sudu soda bikarbonat
  • 2 sudu besar margarine/butter kasi ranggup
  • tepung gandum
  • sedikit jer air seeloknya air sejuk
Lenyek ler pisang tu dulu tau...then campur semua bahan....sampai jadi adunan yg akak dah tepek tu!!Lepas tu panas minyak...& goreng...sambil GOLEK2kan dgn sudip KAYU YER!!!!Petua...nak membolatkan bentuk jemput2 tu!!!



Okay tak?.....Jom makan!








Aku Terima.......dengan hati berbunga !

*.*

Assalamualaikum....

Wah ....tajuk entry tu cam lafaz....Aku Terima Nikah jer kan....!Actually petang ni baru jer dapat anugerah...tak sangka .....masa masuk menjenguk blog Alimaz...yang berada di Perlis.....yang sedang berhadapan dengan masalah banjir!.......Sekali tersenarai pulak nama Blog Akak untuk terima anugerah.....rezeki...jangan ditolak Dik musuh pula jangan di cari...!




Dengan hati berbunga-bunga...mekar kembang mewangi...Akak junjung anugerah ni balik...untuk di paparkan.

Bila dah dapat kena lah promo sikit kan.....

1) Akak suka  menjenguk blog Alimaz-Kembara Terasing sebab blog ni banyak berkongsi paparan kehidupan dan kekeluargaan serta ada kalanya berupa ilmiah....paparan hidup pasangan ini  , keceriaan dengan gelagat anak-anak mereka tu juga turut mencuit hati Akak.Mereka ni juga merupakan warga kerja UITM Arau yang sangat komited.....betoi....Husband & wife dua-dua...kebanggaan UITM & mereka juga berbangga menjadi sebahagian dari UITM...!

2) Apa perasan Akak lepas dapat anugerah ni.....rasa apa ya....kembang kuncup....megah jugaklah sebab walaupun sering tenggelam timbul dalam dunia blog ni....tapi masih ada harapan....sebab ada juga yang menghargai...Terima kasih ya Dik!

3) Buat semua kenalan yang singgah....sudi-sudikanlah junjung balik anugerah ni....kerana Akak sangat2 menghargai kunjungan & komen dari kalian semua!

Terutama buat rakan-rakan dan adik2 yang sering meninggalkan jejak....antaranya.....
  • Dik Izahdaut
  • Dik Hana
  • Dik Yatie
  • Dik Azatie
  • Dik Wanieyra
  • Dik Kerull
  • Dik Hanim
dan.....ramai lagi maaf jika tak tersebut sebab ramaikan.....(jemput lah jangan malu atau segan tau!)






Sarapan berat......Kue Teow Udang!

*.*

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Wah terasa macam dah tukar musim pulak......ala-ala Fall ....nak masuk Winter gitu.....tapi snow tak ada lah...cuma drizzle yang berpanjangan........wah liputan cuaca kat Penang ni tau....bukan kat luar negara tapi oversea.....jugaklah....!Sejuk......tarik selimut pun okay jugak ni......tapi alamat kerja rumah semua tak siaplah! Apa pun kain baju yang jadi masalahnya......basuh....tapi lambat sikit nak kering....

Sejuk2 cam gini asyik lapor jer! Tu yang tak habis2 kerja di dapur tu......mulut asyik nak mengunyah! Hari ni Reena ada lawatan ke Alor Setar....dan Lembah Bujang! Just a one day trip.....excited....sangat anak dara tu....padahal baru minggu lepas balik Alor Setar rumah Tok & Tok Wan dia!.....Sejak semalam dia dah call inform Tok dia yang dia akan ke Alor Setar....semoga perjalanan mereka dipermudahkan dan selamat pergi dan balik hendaknya!

Pagi ni Akak sediakan juadah berat....Kue Teow sebab nak bagi kejap perut si Kecil tu nak travel jauh-jauh ni...bila ditanya nak bawa bekalan apa-apa tak......dia tak nak...sebab excited nak spend dengan kawan-kawan....



Dah makan pagi......siap bertolak ke sekolah sebab kena sampai sekolah sebelum pukul 7 pagi....Agaknya dari semalam dah tak berapa nyenyak tidor tu....dok teringat nak pergi trip hari ni....Antara tempat yang bakal dilawati....Muzium Arkeologi Lembah Bujang.....Muzium Padi dan Muzium Negeri Kedah.....juga Planetarium  di Wilayah Utara....





Nanti 11hb November Akak akan ke KL untuk hantar Reena dengan best friend dia Latifah untuk menyertai program Jom Kembara! ....anjuran Bank Rakyat yang mana program ni julung-julung kali di adakan yang merupakan ekspedisi pengembaraan bersama rakan strategik Kelab Nuri, Petrosains dan Planetarium Negara yang mengajak peserta menjelajah angkasa dan menerokai dunia sains.Program 3 hari 2 malam ni akan bermula dari 12 hingga 14 hb November dan bertempat di Petrosains KLCC dan Planetarium Negara! Both of them are really looking forward to go ......and Mama pun is counting days to go to IKEA again...hahaha! lain pulak......program Jelajah Sains Mama!!!






Well.....juadah apa yer untuk Hubby pagi ni.....bawa bekal ke Office....layankan ajelah...dengan left over daging semalam ya......!






Okaylah.....Akak nak gi buat kek untuk tempahan jap ya.....nanti siap Akak jenguk lagi ya!!!Daaaaa!