Adakah ini satu Tabungan???

Monday, November 1, 2010

Dah buat Sicilian Orange Cake?

*.*

Assalamualaikum semua...dan salam sejahtera....kembali bersiaran setelah busy menguruskan segala hal yang membuatkan Akak busy beberapa hari atau minggu yang lepas.....Syukur Alhamdulillah...dengan IZINNYA...segala urusan dipermudahkan olehNYA! Amin!

Syukur juga kerana Mummy & Mak Tam Akak dah selamat sampai ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji tahun ni.....dan dah selamat menghubungi Akak melalui telefon....Alhamdulillah! Moga para jemaah tahun ni akan selamat menunaikan tuntutan haji dan selamat kembali ke tanah air!

Okaylah....Akak nak juga berkongsi dan mengabadikan resepi fofular kebelakangan ni ...dan dah ramai  yang membuatnya...dan Akak juga tak nak ketinggalan.....dah try dan sangat teruja sebab resepinya mudah dan sedap! Kek ni Akak buat masa nak balik Alor Setar  Khamis lepas semasa nak jemput Hubby balik lepas berkursus selama 3 hari di sana.....so Akak bawakan untuk buah tangan buat mak ayah dan juga semasa menjenguk Pak Lang yang kurang sihat!.....Ternyata.....rasanya tak mengecewakan dan rasanya Akak akan buat lagi kek ni di masa akan datang! Untuk itu jutaan terima kasih buat Adik Rima Singapore pencetus inspirasi.....namun....resepi ni Akak copy & paste dari blog Dik Hana jer yang terdahulu dah mencubanya!Antara bloggers lain yang dah buat rasanya Adik Yatie,Mama Fami, Dik Ayu S'pore....buat semua Akak mohon halal ya dan terima kasih kerana mendorong Akak untuk mencuba resepi ni setelah menjamu mata dengan paparan di blog kalian ya!




Resepi Sicilian Orange Cake

Bahan-bahan
  • 250g butter - suhu bilik
  • 250g gula pasir - hana buh 210g je..tuh pong dh manis (Akak letak 200g aje guna gula perang)
  • 4 biji telur size M
  • 11/2 sk parutan kulit oren
  • 250g tepung naik sendiri (jika menggunakan tepung gandum + 1sk baking powder)
  • 85ml jus oren
Bahan untuk aising (Akak tak buat topping)
  • 125g gula aising
  • 5 sk jus oren




Cara-cara
  • Panaskan oven 170C. Sapu loyang 22cm dengan butter keliling. dan alas loyang dengan baking paper.
  • Pukul mentega dan gula hingga berkrim selama 4-5minit. Pecahkan telur, masukkan satu per satu. Masukkan parutan kulit oren. Pukul lagi hingga kembang.
  • Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45-50min. Cucuk sebelum keluarkan dari oven. Jika kek belom masak dan permukaannya sudah keperangan, letakkan aluminium foil di atas kek supaya kek tidak hangus dan teruskan membakar.
  • Sejukkan kek sebentar di dalam loyang di atas wire rack. Kemudian baru sisipkan.
  • Untuk membuat aising, campurkan gula aising dan jus oren ke dalam mangkuk dan kacau sehingga berkrim. Curahkan ke atas kek tadi dan boleh la dipotong dan dinikmati.







Akak dah buat dah...kalian bila pulak?Try jangan tak try! 


5 comments:

izahdaut said...

akk nk jugk yg dlm bekas kecik2 tu..gebu btul nmpknyee

hana said...

waaa cumil2 yg lam bekas kecik tuh! kite pong harus mencube lagik kek nih! sedap kan kak...

Softtouch [Hanim] said...

gebu kak kuih akak tu...mcm kuih seri ayu tu kak watie..yg mcm apam tu

ieda said...

uuuuhu seyes sedapp jer kak tgk tuuu .. gebuu jer cake tuu .. erghhh kalaulah ieda nie pandai buat .. ada tiap2 minggu buat huuhu

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kak Watie,

tergoda saya kak..
nak cuba tapi tak taulah bila.

carrot yg dah diparut tak jadi2 nak buat.. sibuk betul !