Adakah ini satu Tabungan???

Wednesday, March 31, 2010

Bengkang Ubi ku lembik!!!!!!!

*.*

Assalamualaikum......lambat sikit bersiaran hari ni.....banyak yang nak di bereskan....kain baju nak bergosok....mak aiii bila lah nak habis kerja2 ni.....dah le cuaca asyik hujan sebelah petang pulak tu!!!

Walau bagaimana pun nak juga tempek juadah Akak sekeluarga untuk pagi dan tengahari ni.....walaupun bingka ubi tu buatnya petang semalam.....tapi masih banyak bakinya...bukan sebab bingka tu terlembut sikit....tapi rumah ni tak ramai penghuni.....Minggu ni Nizam ada bowling tournament di Seberang Jaya.....seminggu berulang alik.....bila tiba kat rumah dah pukul 6 lebih...Kelam kabut siap2 nak pergi tution pulak! Reena pulak.....jenis yang makan kerak bingka tu jer.....Dia panggil kuih ni...."chewing gum"!

Akak pun suka kerak jugak....tapi bedal semua......Reena macam Hubby Akak....makan kerak jer!

So kuih ni di makan ala kadar jer.....
Pagi ni......Hubby tak bawak bekal nasi.....kami sekeluarga sepakat nak makan bihun goreng. Jadi bekal Hubby cuma bihun goreng.....malam karang baru makan nasi....lega sikit....tak lah Akak kelam kabut! Hubby pun sibuk hari ni.....sebab minggu ni minggu mesyuarat2 penting......Bapak2 atasan & Datuk2 dari  head office turun ke Wilayah Utara....infact..ada kalanya...ada jamuan makan2....so bekal bihun tu lebih sesuai untuk alas perut jer! Kalau tak diberi bekal takut pulak tiba2 rasa nak makan.....so layan jer lah menu ringkas untuk hari ini....


Kalau nak cuba......terbukti resepi kat bawah tu memang best...menjadi....Akak yang tersilap buat semalam sebab tersilap letak dua cawan santan......tu pasal bengkang tu lembik....huhuhu.....malas nak buka internet..tu pasal main agak2 .....sendiri tanggung da!!!Resepi ni trial & error.....dan ini memang sukatan yang sepatutnya Akak buat....!!!Tapi.....huhuhu.....kalau nak coba..Akak jamin resepi ni...betul!!!

Bahan2 yang digunakan:
  • 1 ketul ubi anggaran 1 kg disagat (boleh juga diblend...tapi texture halus sgt)
  • 1 cawan gula pasir  (Kalau tak suka manis kurangkan sikit!)
  • 1/2 sudu garam
  • 2 cawan air (air lebih tak ape...sebab nak tapis & buang)
  • 1 peket santan di campur dengan 1 cawan air
  • sedikit margarine atau butter
  • beberapa titik pewarna kuning

Cara-caranya:

  • Sagatkan ubi dan campur dengan 2 cawan air
  • Kemudian tapiskan, biarkan ubi tu dalam penapis selama lebih kurang 15 minit atau lebih
  • air tapisan dibuang.....tuang perlahan-lahan untuk di ambil sagu yang tinggal dilapisan bawah
  • campurkan sagu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk
  • masukkan gula, garam, dan beberapa titik pewarna
  • kacau...dan tuang santan sedikit2...sampai adunan menjadi macam bancuhan jemput2
  • sapukan loyang dengan butter dan panaskan oven ke suhu 180-200darjah
  • Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci diameter
  • dan sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan
  • Bakar selama 1  - 1 1/2jam...bergantung pada tahap kerak yang anda suka.
  • Bila dah sejuk....baru cantik dipotong....belum sejuk betul akak dah potong....tak sabar!

Cubalah!

Tuesday, March 30, 2010

TOP BLOGGER 2010 AWARD - Thank you Ummi & Adik Maz & juga Adik Farae!






Assalamualaikum....baru jer berkesempatan mengambil award dari blog Ummi~ Home Sweet Home 
& blog Maz ~ ILHAM DAPUR
& juga dari blog adik Farae~ FARAE's A Story of My Life

Ada syarat-syaratnya......

A :-Say thanks and link the person who gave you the award.
  • Thank you Ummi & juga Maz  for the Great Award...I am honored!

B :-Pass this award onto (?) bloggers you've recently discovered and think are fantastic. 
  •  Okay but prefer if they will grab the award as they visited my blog.....to all my blog followers & anybody who drop in!!
C :-Contact said blogs and let them know they've won the award.

  • Will leave message at their shoutbox.....heheehehe!....if time permits....


Thank you again to  Ummi, Maz & Farae......for considering my blog to receive such an award...which I don't think.....I deserve it!


Norzailina Nordin........"CINTA 365 HARI"

*.*

Assalamualaikum.....

Wah pertama kali Akak baca sentuhan Norzailina Nordin terus jatuh cinta.....malangnya masa pergi pameran di PWTC tempoh hari Akak tak bertentang empat mata dengan beliau!...




Sinopsis :
KATA orang, cinta tidak mengenal siapa. Cinta itu perkara biasa bagi makhluk yang bergelar manusia. Mahu bercinta, ingin dicintai – itu sudah pasti! Persis ombak dan pantai yang tidak ingin berpisah walau sesaat. Itulah CINTA!

Cinta yang mendalam pada Erynn membutakan matanya. Kali pertama bertemu, Darren Ho sudah jatuh hati. Perwatakan Erynn yang agak lurus mencuit hatinya. Kelembutan sifat Erynn meruntun jiwanya. Keikhlasan gadis itu menawan sanubari. Namun, latar belakang mereka yang jauh berbeza, apatah lagi perbezaan agama yang dianuti menjadi halangan besar buat mereka meneruskan hubungan.

Madam Ho sama sekali tidak mahu melepaskan Darren kepada Erynn. Maka, dia membuat muslihat untuk memisahkan mereka. Bagi mempertahankan nama keluarga Ho, Madam Ho memaksa Darren mengahwini Tania, gadis sebangsanya. Darren serba salah. Antara ibu dan kekasih, yang mana patut didahulukan? Mempertahankan cintanya atau terus menjadi anak yang patuh? Gila! Memang gila dibuatnya

Yang pasti, dia tidak pernah berhenti membilang hari... bilakah cintanya dan Erynn bakal bersatu.

Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-492-0
Mukasurat : 512 Halaman
Harga: RM19.90


Ulasan Akak :

Novel ini mempunyai daya tarikannya tersendiri kerana penceritaan dan penulisan Norzailina mampu menarik minat Akak untuk menghabiskan bacaan.....Santai jalan ceritannya! Namun kesudahan yang sedikit mengecewakan Akak...kerana terlalu ringkas....tak detail...! Buat penulis....Akak akan mula mengumpul hasil penulisan beliau ....!Tahniah!

Maaf..Akak kurang sihat...& internet merajuk!

*.*

Assalamualaikum......salam bahagia buat semua...

Maaf!!! Itu jer yang mampu Akak ucapkan kerana tidak sempat nak menziarah sahabat handai....rakan taulan di alam maya ini...dik beberapa faktor yang terbabit....antaranya....Akak tak dapat nak hadap lappy lama-lama.....sebab masalah kesihatan.....sakit kepala mungkin cuaca terlalu panas....tambahan pulak apa kena entah internet ni asyik hang jer!....Susah betoi nak bukak blog sendiri pun...Itu yang tak ber"update" tu!!

Hopefully.....apa yang Akak nak update hari ni....tak ada sekatan...atau rintangan lagi kot! Kalau ada juga....Akak nak rehat seketika.....nak hantar PC & lappy untuk service dulu kot!....Masa juga menjadi faktor untuk Akak aktif berblog....TOO MUCH TO DO....with SOOOOO LIMITED TIME!!!!Dekat nak akhir zaman ni memang TIME span kita .......macam dah running out kan! Well hopefully everything lebih baik buat Adik2 Akak di luar sana.....bersyukurlah dengan apa yang kita dapat dan sedia ada!

Tak ada juadah hebat pun...cuma masakan harian yang selalu menjadi pengalas perut kami sekeluarga.....jadi Akak sekadar nak tempek apa yang Akak dah masak buat keluarga Akak .....


Itu jer yang termampu buat hari ini......kalau punya kerajinan akan diusahakan juadah minum petang....ada sesuatu dalam perancangan....tapi entah jadi entah tidak....semuannya dengan izinnya....! Akak  juga kesuntukan masa sebab terlalu banyak bahan bacaan nak Akak layan hasil dari kunjungan ke Pameran Buku di PWTC tempoh hari....!TQ sudi singgah ke Blog Akak ya!


Thursday, March 25, 2010

TOMEI......& JELLO.....dapat mainan baru!

*.*



Assalamualaikum....


Masa balik dari KL hari tu.....dua ekor penjaga rumah Akak telah berkelakuan baik....jadi....sebagai ganjaran si Reena telah belikan mainan baru.....tapi yang excited lebih....bukannya kucing-kucing tu.....Reena sendiri!

Kalau tak berkelakuan baik pun hadiah dah di beli semasa di KL lagi....tapi memang betul....dua2 ekor tu sangat berkelakuan baik.....cuma Akak kena sapu dan mop lantai jer sebab bulu dia orang berterbangan merata....maklumlah...banyak hari juga ditinggalkan...!


Tapi Akak rasa....dia lebih sukakan & rindu pada Mr. Brownie dari teruja dengan bebola mainan tu!
 

Menu sambal tumis lagi... TOLONG....jangan jemu tau!!

*.*

Assalamulaikum....

Lambat bersiaran hari ni.....sebab bermalas-malasan.....hehehe...sekali sekala apa salahnya kan.....naik lemak sebab pagi ni cuma panaskan bekalan untuk hubby....sebab cuma tanak nasi jer....and buat nasi goreng untuk sarapan....guna nasi lebihan semalam. Kan semalam Akak ada tetamu....pasangan ni best friend Akak dan Abang masa kita menuntut kat US dulu.....walaupun Aiza & Zabar ni bukannya satu Universiti dengan kita orang pun tapi we are very close....mereka ni dulu kat Charlotte tapi sanggup drive all the way to Tennessee just to visit us.....kerap jugak lah.....!

Hubby Akak pulak balik agak lewat sebab singgah market to get some fresh fish......kat Pasar Batu Lancang.......hasilnya.....a late dinner at 9:00pm......Apa lagi my simple dishes macam biasalah kan!



 
 
Dan pagi ni.......sarapan dengan nasi goreng jer .......
Hari ni Akak nak bersantai dengan novel jer lah......lalalalalalalalala.....nak join mai lah!!


Wednesday, March 24, 2010

Microwave Banana Pudding Recipe

*.*
Assalamualaikum........panas...panas...... baru jer masak!

Ni nak cepat ni...baru jer dapat panggilan that I will have guests for dinner malam ni....nak bersilat nak masak apa erk kat dapur.....

For the mean time layan jer lah menu minum petang Akak dengan anak-anak tadi yer.....

hasil skodeng kat blog Ijan ( Finland) & tergoda dik entry Si Ika kat Bangkok sana nun.....





Credit goes to Ijan.....and Thank you for sharing the recipe.....Akak copy & paste dari blog Ijan jer ni....and altered sikit at the amount of sugar used.......TQ to both Ijan & Ika for trying out the recipe and proven a success!!! The taste is great!!!


Microwave Banana Pudding Recipe
Adapted from BBC GoodFood Magazine, April 2010 pg.38
  • 100 gram butter, softened
  • 2 ripe bananas
  • 100 gram muscovado sugar (Ijan used normal sugar. It was a bit too sweet for me. I would reduce the amount next time)*****Akak used 80g of BROWN SUGAR instead!
  • 100 gram self-raising flour (I used normal flour)
  • 2 tsp ground cinnamon (I reduced to 1 tsp)....AKAK PUN!
  • 2 eggs (I replaced with Egg Replacer Powder)...Akak guna 2 biji telur
  • 2 tbsp milk
  • icing sugar, toffee sauce, and ice cream to serve, if you like ( I used ready made vanilla cream)
  1. Put the butter in a 1-litre baking dish and microwave for about 30 secs-1 min until melted.
  2. Add 1 1/2 mashed bananas, sugar, flour, cinnamon, eggs and milk. Mix together well.
  3. Slice the remaining banana over the top, then return to the microwave and cook on High for 8 mins until cooked through and risen.
  4. Serve warm, dusted with icing sugar, if you like, with a drizzle of toffee sauce and a scoop of vanilla ice cream.

Hiasan pandai2 sendiri lah yer......nak makan kan!

    Award from Suehann......Thank you Dear!





    Here are the rules to accept the award :
    1. Thank & link the person that gave you the award-

    Award from Suehann......Thank you Dear!

    2. pass this award onto any bloggers you've recently discovered and think are fantastic



    3. Contact said Blogs and let them know they've won the award

    Should be no problem with that!

    4. State 7 things about yourself

    • love to cook
    • love the blog world
    • love to read Malay novels
    • love to watch TV.....especially the "Nanny"
    • love to eat as much as cooking them!
    • love to have lots of cyber friends and sisters
    • love to make steam cakes

    Menu ringkas....menghabiskan stok apa yang ada!

    *.*

    Assalamualaikum.....

    Dah tengahari.....apa juadah hari ni.....sejak balik KL.....menu menghabiskan stok dari peti sejuk jer lah!

    Jadinya macam biasa menu Akak memang yang biasa-biasa lah kan.....tak ada yang luar biasanya! Janji ada benda nak di jamah.....tak fancy....tapi kenyang dah la!


    Yang tinggal barangan Frozen....dalam fridge....ada fish nugget.....jadi buat jerlah sarapan ringkas pagi tadi.....ada yang makan cam gitu saja....ada yang buat sandwich....makan dengan roti Gardenia!
    Okaylah....janji ada makan yer tak!....Ayat nak memujuk hati sebab tak pergi shopping barangan dapur lagi.....tunggu weekend jer lah....for the mean time....masak jer apa yang ada tu....!



    Sehari di Genting Highlands.....family moments!

    *.*

    Assalamualaikum & salam rindu buat semua......

    Hari ni Akak cuma nak berkongsi saat-saat indah percutian Akak bersama keluarga ke Genting Highlands pada hari Sabtu yang lalu.....

    Selepas seharian  berkunjung ke PWTC .....keesokan harinya.....planned ke Genting Highlands.....tambahan pula Akak baru nak jumpa my eldest son during the weekend....sebabnya Along had to sit for an exam hari Jumaat tu.....so Genting Highlands sesuailah nak kasi anak bujang akak release tension....and to get away from the heat in KL.......

    At first ajak my youngest adik ipar & family to join.....tapi tawaran ditolak....begitu juga my eldest sister-in-law......yang kat Rawang.....semua tak nak ....may be sebab anak dia orang.... kecil lagi kot! Yang ada anak2 bujang dah besar-besar cuma my eldest brother-in-law & my family. So bertolak dari rumah brother in-law around 8:00am....lepas breakfast.....from Klang  to Genting...Anak Abang cuma dua orang....but the youngest tak dapat nak join us sebab dia dah ada program......dengan member2 dia....to the HOT AIR Balloon Ride at Putrajaya.....the three of them & our family of five!




     










    Cuaca di Genting Highlands......sangat indah.....dan segalanya berjalan dengan lancar......sejuk.....nyaman....dan sungguh menghiburkan!
    Wow.....there are a lot more pictures captured.....but could not paste it all.....but the time spent there was one of the most exciting moments...... where we both realized how much our kids had grown up.....! A few years back....Reena could not take a ride on any of those rides......but this time.....she is a teenager....12 is a big number !Nizam.....& Along both can manage the rides without Abah's supervision.....isn't that something? 

    This family moments is one of the best......!

    Genting Highlands.....we.....sure miss it already.....hopefully will go back.....again...soon!