Adakah ini satu Tabungan???

Monday, November 1, 2010

Dah buat Sicilian Orange Cake?

*.*

Assalamualaikum semua...dan salam sejahtera....kembali bersiaran setelah busy menguruskan segala hal yang membuatkan Akak busy beberapa hari atau minggu yang lepas.....Syukur Alhamdulillah...dengan IZINNYA...segala urusan dipermudahkan olehNYA! Amin!

Syukur juga kerana Mummy & Mak Tam Akak dah selamat sampai ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji tahun ni.....dan dah selamat menghubungi Akak melalui telefon....Alhamdulillah! Moga para jemaah tahun ni akan selamat menunaikan tuntutan haji dan selamat kembali ke tanah air!

Okaylah....Akak nak juga berkongsi dan mengabadikan resepi fofular kebelakangan ni ...dan dah ramai  yang membuatnya...dan Akak juga tak nak ketinggalan.....dah try dan sangat teruja sebab resepinya mudah dan sedap! Kek ni Akak buat masa nak balik Alor Setar  Khamis lepas semasa nak jemput Hubby balik lepas berkursus selama 3 hari di sana.....so Akak bawakan untuk buah tangan buat mak ayah dan juga semasa menjenguk Pak Lang yang kurang sihat!.....Ternyata.....rasanya tak mengecewakan dan rasanya Akak akan buat lagi kek ni di masa akan datang! Untuk itu jutaan terima kasih buat Adik Rima Singapore pencetus inspirasi.....namun....resepi ni Akak copy & paste dari blog Dik Hana jer yang terdahulu dah mencubanya!Antara bloggers lain yang dah buat rasanya Adik Yatie,Mama Fami, Dik Ayu S'pore....buat semua Akak mohon halal ya dan terima kasih kerana mendorong Akak untuk mencuba resepi ni setelah menjamu mata dengan paparan di blog kalian ya!




Resepi Sicilian Orange Cake

Bahan-bahan
  • 250g butter - suhu bilik
  • 250g gula pasir - hana buh 210g je..tuh pong dh manis (Akak letak 200g aje guna gula perang)
  • 4 biji telur size M
  • 11/2 sk parutan kulit oren
  • 250g tepung naik sendiri (jika menggunakan tepung gandum + 1sk baking powder)
  • 85ml jus oren
Bahan untuk aising (Akak tak buat topping)
  • 125g gula aising
  • 5 sk jus oren




Cara-cara
  • Panaskan oven 170C. Sapu loyang 22cm dengan butter keliling. dan alas loyang dengan baking paper.
  • Pukul mentega dan gula hingga berkrim selama 4-5minit. Pecahkan telur, masukkan satu per satu. Masukkan parutan kulit oren. Pukul lagi hingga kembang.
  • Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45-50min. Cucuk sebelum keluarkan dari oven. Jika kek belom masak dan permukaannya sudah keperangan, letakkan aluminium foil di atas kek supaya kek tidak hangus dan teruskan membakar.
  • Sejukkan kek sebentar di dalam loyang di atas wire rack. Kemudian baru sisipkan.
  • Untuk membuat aising, campurkan gula aising dan jus oren ke dalam mangkuk dan kacau sehingga berkrim. Curahkan ke atas kek tadi dan boleh la dipotong dan dinikmati.







Akak dah buat dah...kalian bila pulak?Try jangan tak try! 


Kek BEN 10 untuk Birthday Boy Danish Hakim!

*.*

Assalamualaikum...kembali lagi sebab baru teringat nak tempek hasil tangan Akak yang pertama menggunakan edible image....untuk kek tempahan hari jadi buat Adik Danish Hakim yang berusia 6 tahun....yang di sambut minggu lalu. Atas sebab terlalu sibuk nak update blog.....entry tertunggak ni baru dapat Akak paparkan untuk dijadikan kenangan atas hasil jemari Akak yang agak keras ni!




Kek ni di tempah oleh Puan Ziham ...office mate Hubby Akak.....berserta dengan sebiji kek lapis kukus hawflakes.Akak buat Moist Chocolate Cake untuk cake harijadi ni....dan menjelajah jauh kek ni sebab Puan Ziham bawa balik ke Pendang, Kedah untuk sambutan hari lahir putra tunggal beliau....






Dan ini pulak kek lapis kukus hawflakes yang ditempah.....



Terima kasih buat Puan Ziham untuk sokongan yang berterusan atas usaha kecil Akak ni.....kerana sering membuat tempahan .....Alhamdulillah Syukur....atas rezeki dari mu ya ALLAH!



Tuesday, October 26, 2010

MOIST ORANGE MOCHA CHOCOLATE CHIPS BROWNIES

*.*
Assalamualaikum semua timbul sekejap nak update recipe sedap yang Akak ceduk dari blog IZAH MUFFIN LOVER dan dah dua kali Akak buat recipe ni.....sekali masa pergi gathering kat Pulau Aman 2 minggu lepas....dan minggu ni buat lagi bawa pergi rumah Mummy Akak buat jamuan untuk tetamu yang menziarah bakal haji .....Terima Kasih buat penyumbang resepi sedap ini ya.....Resepi ni dah di olah kerana Akak ni memang suka tambah2....bahan Ampun ya pada empunya resepi......Chef tersohor....Puan Hanieliza(Kak Liza)....juga terima kasih pada Maz....yang dah terlebih dahulu mengolah tambahan Sunquick yang mmyedapkan lagi rasanya......juga tak lupa pada Dik Izah Daut di mana Akak dah cedok resepi nya....Mohon halal ya....dan Akak panjangkan perkongsian ilmu ini di sini ya!







MOIST ORANGE MOCHA CHOCOLATE CHIPS BROWNIES 
Bahan-bahan
Bahan A
  • 1 cawan butter cair 
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air panas (Akak bancuh dengan Nescafe 3 in 1)
  • 2 sudu besar sunquick orange - (akak letak 3 instead of 2 sudu)
  • 2 cawan gula perang
Bahan B (kacau rata) - maz guna wisk*Ana kacau ngan garfu jer..nak cepat
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji telur gred B
Bahan C [ayakkan]
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • (1 cawan chocolate chips ni Akak tambah)
Cara-cara :
  • Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
  • Kacau bahan A supaya sebati.
  • Masukkan bahan B dan kacau rata.Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
  • Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.(Akak guna loyang 13 X 10inci)
  • Bakar selama 45 - 50 minit. 
  • Sejukkan brownies dan salutkan dengan coklat ganache.

Chocolate Topping
  • 250 gm coklat masakan
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil susu cair
Cara-cara untuk topping

1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan








Minggu ni memang Akak sibuk kena drive around hantar anak2 ke sekolah, balik rumah mummy hantar apa2 juadah yang termampu Akak sediakan,balik rumah uruskan anak2....sebab Hubby berkursus di Alor Setar..... Mummy Akak akan bertolak ke Kuala Lumpur esok untuk penerbangan hari Khamis ni dari KLIA...Moga Mummy & maktam Akak akan selamat pergi dan balik dengan Haji yang Mabrur!Amin!



Akak pulak akan drive balik Alor Setar untuk menziarah Pak Lang dan PIL Akak yang kurang sihat sambil mengambil Hubby yang akan tamat kursus hari Khamis petang nanti....







*.*