Adakah ini satu Tabungan???

Tuesday, August 25, 2009

Bingka Ubi Kayu ...lagi

*.*

Salam...semua....ini n3 yang tertunggak yer...last week lepas balik dari Alor Setar pada hari Jumaat tu akak buat bingka ubi kayu sebab takut rosak pulak ubi tu dah hampir seminggu di tinggalkan sebab Mil sakit...itu pun buat sebelah petang sebab pagi asyik kemas rumah dan kain baju .....













Bahan2 yang digunakan:
  • 1 ketul ubi anggaran 1 kg disagat (boleh juga diblend...tapi texture halus sgt)
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu garam
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 peket santan di campur dengan 1 cawan air
  • sedikit margarine atau butter
  • beberapa titik pewarna kuning

Cara-caranya:

  • Sagatkan ubi dan campur dengan 1 1/2 cawan air
  • Kemudian tapiskan, biarkan ubi tu dalam penapis selama lebih kurang 15 minit atau lebih
  • air tapisan dibuang.....tuang perlahan-lahan untuk sagu yang tinggal dilapisan bawah
  • campurkan sagu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk
  • masukkan gula, garam, dan beberapa titik pewarna
  • kacau...dan tuang santan sedikit2...sampai adunan menjadi macam bancuhan jemput2
  • sapukan loyang dengan butter dan panaskan oven ke suhu 180 darjah
  • Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci diameter
  • dan sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan
  • Bakar selama 45 minit - 1 jam...bergantung pada tahap kerak yang anda suka.
  • Bila dah sejuk....baru cantik dipotong....belum sejuk betul akak dah potong....tak sabar!









Bila lah nak beli ubi kayu lagi......sedap betul bingka tu....malam tu balik Alor Setar terus hidang pada biras akak....husband kakak ipar....sambil dia orang borak2 dengan hubby akak licin sepiring.....kena pulak dengan kopi O panas...Puas hati tengok dia orang makan!




*.*

Juadah Berbuka & Sahur...hari ketiga

*.*


Salam semua....Baru hari ketiga dah garu kepala....nak masak apa...kesimpulannya...macam biasa aje....masak macam hari2 biasa cuma kurangkan kuantiti yang dimasak....

Kalau ada yang dah jemu dengan menu2 ni...pejam mata tau....ni sekadar diari kehidupan akak dan keluarga....jangan ambil hati tau...akak tak ada niat nak sakit kan hati atau kecilkan hati siapa2....

Berbuka dengan kurma....dan air teh O.....masih lagi cuaca mendung yang suram dan sejuk.....hujan renyai-renyai.....Allah telah memudahkan bagi kita untuk tidak merasa bahang kepanasan dan dahaga....Amin!

























Murtabak daging sebagai sampingan.....




Untuk sahur.....masih lagi menu berbuka yang akak panaskan...ditambah dengan....telur masin goreng dan hirisan buah lai untuk membuka selera di pagi yang hening......









*.*

Lagi Kad Ucapan....dari LindaFendi

*.*

Salam....lagi kad ucapan dan tanda ingatan yang dilayangkan buat akak...syukur...akak masih punya ramai adik2 dan kakak serta rakan2 yang terkenangkan akak di luar sana...dan sudi berkongsi doa dan harapan melalui coretan dan kata2 yang dilayang kan dalam alam ini.

Kad kali ni dari seorang Adik yang baru akak kenali dan akak faham bahawa beliau yang terlibat dalam bidang publishing juga tidak lepas dari turut meminati menu2 untuk hidangan seharian...Adik Linda yang rajin ni telah melayangkan tiga keping kad sempena ucapan Ramadhan ni....cantik & menarik kad2 kirimannya.....







Terima kasih tak terhingga akak ucapkan buat Adik Linda....moga kita sama-sama akan dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan penuh keberkatan dan diterima olehnya....Amin!





*.*