Adakah ini satu Tabungan???

Thursday, August 4, 2011

Juadah Berbuka Puasa Hari ke 3 ~ Menu simple jer!

Assalamualaikum semua yang membaca.....terima kasih sekali lagi kerana meluangkan masa menjenguk dapur kecil Akak ni....menu juadah untuk berbuka hari ni agak simple....

Buah Melaka bak kata orang utara....tapi setengah-setengah tempat pula mengenali jaudah ni sebagai onde-onde. Rasanya resepi buat buah melaka ni....adalah antara resepi kuih pertama yang Akak belajar masa mula-mula Akak nak belajar main masak-masak kecik-kecik dulu. Dari dulu pun Akak tak ada pakai sebarang sukatan sebabnya Akak main tuang jer tepung dalam bekas dan bancuh....



Petang tadi bincang dengan Reena & Along....nak buat apa untuk berbuka petang ni....maka kami sepakat nak menu yang memudahkan kerja Mama....hehehe....anak-anak suka...mama pun gumbira! Reena yang tolong buatkan buah melaka ni....selepas Akak bancuhkan tepung.....kerja merebus Akak yang buat....dia cuma tolong masukkan gula melaka ke dalam tepung & gentelkan aje! Lepas tu Akak rebus & salutkan kelapa parut.....Alhamdulillah...itu pun dah cukup meringankan kerja Mama kat dapur ni!


Resepi Buah Melaka

Bahan-bahan:
  •  tepung pulut
  • Air daun pandan  secukupnya (Akak gunakan pandan paste dengan air )
  • gula melaka/kabung ~ dipotong kecil-kecil utk intinya
  • Kelapa parut secukupnya ~ digaul dgn sedikit garam halus (Akak panaskan sekejap dalam microwave baru gaul garam ~ untuk elak dari mudah basi)

Cara penyediaan:

1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendidih.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul bolehlah diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Gaul dengan kelapa parut.
8. Siap untuk di hidangkan.






Ini pulak untuk penuhi permintaan anak bujang sulong Akak....mee goreng basah.....Akak main campak-campak jer bahan yang ada dalam kuali....berlaukkan daging sebab stok udang dah habis....just tumisan berudang kering sikit buat bangkitkan bau....



Gambar mee goreng basah yang tak sempat di hiasi potongan telur rebus dan taburan bawang goreng bagai ni ala-ala versi cedok terus snap sebab AZAN dah berkumandang tanda waktu untuk berbuka ......ooops so yang sempat disnap cuma sambal kicap sebagai pelengkap hidangan.....



Nampaknya......tak boleh miss sahur.....sebab family kami belum jumpa NASI  lagi.....apa-apa pun juadah sahur kebiasaannya Akak buat nasi goreng jer....tengoklah mana yang sempat karang...Akak nak gi tidor dah ni...karang tak bangun untuk sahur pulak.....Okalylah....Syukur Alhamdulillah untuk rezeki berbuka hari ni...simple but satisfy our needs....!

Selamat Malam Semuanya!

Wednesday, August 3, 2011

Puding Roti Karamel

Assalamualaikum semuanya.....wah ni dah masuk hari ketiga kita berpuasa.....dalam kepala masih blurr aje nak masak apa hari ni. Buat rujukan di kemudian hari Akak nak tepek kejadian puding roti karamel yang Akak buat semalam sebagai pemanis mulut untuk juadah berbuka puasa semalam.


Resepi puding ni Akak dah lama KIV dari blog adik-adik dan rakan-rakan blogger yang telah lama dok try resepi-resepi menarik yang ke udara......akak pun dah beberapa kali buat puding ni tapi nak meng 'update' jer tak kesampaian. Akak rasa resepi ni sangat sesuai dengan tekak Akak dan anak-anak ...terutama si Reena dan Along.....kalau dibiarkan sebiji sorang pun dia orang boleh hadap ni!... Tapi Akak dah pesan awak-awal...bulan puasa ni kita kena control nafsu....bersederhanalah!

Kalau tak silap Akak resepi ni Akak tinjau dari Encik Google....akhirnya dia bawa Akak ke beberapa blog yang dah menghasilkan kejadian menarik ini.....antaranya dari blog Adik Hana Kanazawa...ermmmm (Akak masih berhutang dengan Dik Hana ni.....Akak tak lupa !)

RESEPI PUDING ROTI KARAMEL 
resepi asal : rosaliza@embunkasih
source: Hana@http://hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
  • 2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
  • 1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
  • esen vanilla (1sk)
Cara-cara
  1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je. (Akak ikut Hana juga!)
Terima kasih Akak ucapkan buat penyumbang asal yang telah berjaya mencetuskan idea menarik dan berjaya menghasilkan karya yang sangat sedap di tekak.....Mohon halalkan ya perkongsian resepi dan ilham menarik ini dan juga moga di izinkan juga untuk Akak panjangkan lagi perkongsian ini dengan para pengunjung dapur sempit Akak ini.



Selepas di kukus........sejukkan .....dinginkan dalam peti sejuk selama beberapa jam...baru di telangkupkan untuk hidangan.....nyummmmy!


Bila dah betul-betul dingin....sejuk...nyaman....baru dipotong......untuk di makan!





Sangat sesuai untuk juadah berbuaka puasa.....jadi pada yang belum mencoba.....cobalah!!!Tak rugi tau!


Okaylah banyak lagi nak Akak selesaikan ni.....bila ada kelapangan baru Akak boleh hadap PC ni lama-lama sikit dan nak jawab apa yang perlu pada rakan taulan yang sudi tinggalkan jejak komen di dapur sempit Akak ni!!! Okaylah Akak minta diri dulu ya! Kita jumpa lagi nanti Insyaallah!


Tuesday, August 2, 2011

Sambut Puasa di Alor Setar

Assalamualaikum semua....

Syukur alhamdulillah...kembali bersiaran pagi ini dengan sedikit paparan sempena menyambut hari pertama puasa tahun ini......Walaupun sedikit sibuk... tapi syukurlah dengan izinnya kami sekeluarga telah selamat balik ke Alor Setar untuk menceriakan sedikit suasana sambutan puasa dengan mak dan ayah(mertua Akak). Hubby Akak ambil cuti sehari dan Reena pulak kebetulan dapat cuti larian 1 Malaysia hari tu....so tak adalah sunyi sangat mak dan ayah berdua. 

Petang Ahad tu.....lepas aje Maghrib....mak lah yang paling excited ...sampai tak sempat-sempat nak tunggu pengumuman puasa....dah sibuk ajak ayah, akak dan dua puteri Akak Reena dan Hanim(anak adik Hubby Akak)....untuk sama-sama ke masjid Al-Arfan (masjid Derga)....nak tunaikan solat Terawih....In another car Hubby Akak, my brother-in-law {abah si Hanim}, Along (anak sulong kak) dan Haikal (adik si Hanim). Terpancar sinar kegembiraan di wajah kedua orang tua kami....dapat sama-sama menunaikan solat terawaih tahun ni..walaupun keadaan mak sedkit uzur....tapi jelas terpancar kekuatan dan semangatnya dia nak turut serta dengan anak menantu yang ada berjemaah di masjid pada malam menjelangnya Ramadhan.

Balik dari Terawih kami semua baru nak makan malam...agak lewat hampir jam 11 malam baru selesai menghadap juadah...hehe....tup tap tup tap.....masuk tidur melepasi jam 12 malam.....jam 3.45 pagi Akak dah siap bangun untuk menanak nasi....ada sedikit lebihan semalam tu Akak buat nasi goreng aje! Juadah untuk sahur kami simple aje.....daging goreng campur dan telur asin goreng.. adalah juga side dish seperti acar tu...! Air minuman standard..teh 'O' panas! Tapi ayah punya biasalah 'susu Anlene'. 

Siangnya..Akak dengan Hubby dan Along keluar ronda Alor Setar atas niat nak cari baju raya.....tapi si Reena pulak tak ikut so masalah baju raya tetap belum selesai sepenuhnya...apa-apa pun...1st day puasa Akak dah dapat apa yang perlu untuk Akak hehehe..anak belum complete mama siap dulu!Letih juga naik turun tangga kat pekan Rabu nak cari kain tudung yang berkenan di hati.Thank you ya En Suami ku Sayang...melayan kerenah dalam melengkapkan persiapan Hari raya....tak lupa juga Terima Kasih buat anak bujang Akak yang turut serta dalam ekspedisi Mama & Abah mencari persalinan Raya untuk Mama ya!

Walaupun anak kedua Akak tak dapat turut serta kerana melanjutkan pelajaran di Uitm Seri Iskandar, Perak.....namun dengan adanya Along yang sedang bercuti sampai September ni.....suasana di rumah kami sedikit ceria dengan kerenah dan usikan Along dengan Reena.Kalau tak...sunyi jugak sebab bila Along dah mula kuliah di Uitm Merbok...cuma tinggal Akak aje kat rumah....Reena pulak sekolah kadang2 tu sampai jam 5 atau 6 petang....lebih kurang time office Abah dia pulak! 

Berbalik kepada aktiviti petang semalam....persediaan untuk juadah berbuka puasa....since Akak ronda-ronda sampai tak hengat...balik rumah mak dah siap masak kari daging dan buat ikan cencaru belah belakang. Akak cuma perlu sediakan roti jala untuk dipadankan dengan kari daging tu dan juga menyediakan  murtabak mee segera berlauk daging.So Akak bersilat le kat dapur dengan bantuan dari En. Hubby. Masa ni Mak dah 'knock out'.....cuma baring dan terus terlena...terlalu letih agaknya....tu lah nak sediakan jugak apa yang dia mampu.! Adik ipar Akak si Ija pulak menyediakan sambal kering ikan bilis yang ranggup...sedap!Ija juga buat bihun goreng....banyak jugaklah juadah kami semalam....mana idaknya....sebab Akak & Hubby juga sempat singgah bazar Ramadhan dan beli asam pedas sayur keladi, dan rencah nasi ulam juga seekor ayam panggang!...Penuh meja di buatnya!! Anak-anak dara tu pulak turut sibuk menghidangkan juadah dan ditugaskan membancuh air.

Nilah antara juadah yang sempat Akak paparkan....gambar dari simpanan Akak...semalam tak sempat snap masa kat rumah mak....






Kari daging tu Akak snap gambar lepas kari tu sampai balik Penang...hehehe!

Apa pulak juadah untuk hari ni ya.....ikut permintaan...salah satunya......juadah yang kat bawah ni....tapi tu gambar yang pernah akak buat terdahulu.....hari ni Akak belum buat apa-apa lagi ni!.....Okay nak kena mengundur diri dah ni......

Salam Sayang buat semuanya!